Tidak pasti dari mana ia bermula, aku hanya tersedar apabila langkahku mulai longlai dan semakin lemah. Tidak lama selepas itu aku rebah dan hilang dalam kepekatan malam. Peluh di dahi mulai membintat basah. jernih peluh masin itu jelas menunjukkan suhu badan yang semakin meningkat. demam yang masih tidak kebah sejak seminggu lepas tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih. Batuk dan selesema datang silih berganti.

Lelap.

Dalam khayal yang tidak pasti dimensinya, aku mungkin sudah berada di dalam pengaruh kepenatan yang amat sangat. Sementelah siang nya letih memandu pulang dari tempat berkursus. Aku pasrah dalam letih dan lesu. Namun, itu semua sudah berlalu kira-kira empat atau lima jam yang sudah. Barangkali tujuh jam sudah lepas.

Lelap. Aku yakin aku sudah lelap.

Sehinggalah aku didatangi oleh beberapa individu yang samar-samar wajahnya. Barangkali lelaki. Kesemuanya lelaki. Itu mungkin dapat aku pastikan. Mereka menghampiri aku yang tersedia berbaring di atas... lantai, mungkin? Lalu sesuatu ditujukan ke arah dada. Dalam samar-samar itu, aku hanya mampu mengangkat kepala yang sedikit diangkat bagi memperjelaskan pandangan mata.

BAMMMM!!!

Aku terjaga. 

Ashadu'alla ila haillallah. Ashadu'an na muhammad ar rasulullah.

Aku memandang ke sekeliling bilik dengan perasaan yang bercampur. Lega - kerna aku masih hidup, dan kerna aku masih ingat akan syahadah; mengakui kewujudan Allah yang Esa, dan Muhammad itu pesuruh-Nya. Takut - kerna hayatku kini mungkin sudah tiada.

Mengurut dada yang berombak, aku kembali lelap.

Kembali hanyut dalam dimensi yang aku rasakan aku sedang dikafankan.

Tanpa sedar posisi lena aku kini sudah mengiring ke arah kanan, dengan muka sedikit rendah dari bahu. Mungkin, hanya mungkin ketepatan posisi itu yang aku ingatkan. Lantas aku diaju dengan satu suara yang aku sendiri tidak pernah dengari sebelum ini.

Ma Rabbuka?

Celik. Dan jantungku berdegup kencang.

Allah... Allah...





Dan sehingga entry ini ditaip aku masih terasa ingin menangis semahunya. Ya Allah, jika ini adalah suatu petunjuk yang Engkau ingin berikan, Kau bantulah hamba-Mu ini mengerti. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran-Mu.

Hidup kan; dan matikan aku, keluarga ku, seluruh keturunan ku di dalam Islam dan iman yang Engkau redhai.




Ya. Kisah benar.
Awal pagi 19 Oktober 2012.

Dan aku lebih merisaukan keadaan sebenar yang mungkin berlaku. Terutamanya bila aku disoal oleh suara itu.

NUke

2 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    kalau aku pun mesti aku dah terasa sangat takut weh.

    aku pernah alami keadaan macam kau. masa tu aku terlalu letih. nak memulakan tidur, suddenly jantung aku berdegup sangat kencang dan dengar segerombolan tentera berkuda menjerit Allhuakbar dengan suara jeritan manusia yg lain.

    aku terus bangun solat 2 rakaat. seramlah.huhuhu
    ..nOWa.. said...
    Allah sayang kamu.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.