Amaran: Entry ini TIDAK ditaja oleh mana-mana syarikat Pizza. Aku tak dibayar pun, okay?
Tatkala hati perut merintih kelaparan, aku terkenangkan pizza. Ya! Itu adalah satu sebab kenapa duit semakin cepat habis. sikit sikit nak beli kat luar, sikit-sikit nak makan kat luar. Tapi, bila perasaan malas utk memasak itu datang...apa boleh buat.
Lalu aku mengambil keputusan untuk meng-oder pizza.
Domino's Pizza. Call 1-300-888-333.
Ringing entah berapa kali. Then drop call. Cilanat!
Aku saja usha website diorg utk confirmkan hotline no. tu. Memey betul! Tapi aku lebih tertarik dgn aplikasi tempahan secara online. lalu, aku merajinkan diri mendaftar sebagai pengguna, dan terus order pizza dengan pelahapnya.
Dan yang paling best, kita boleh track kita punya order tu!!!
Aku suka!
Aku rasa lepas-lepas ni aku order je domino's pizza kot.
p/s: Dah 30 minit order... masih tak sampai-sampai lagi!
NUke
dalam topik : makan
Kehilangan adik kembarnya telah menyebabkan Shaziman menjadi tidak keruan. Sementelah dia hanya ditinggalkan dengan satu nota yang berbentuk ugutan atau ancaman untuknya tidak melibatkan pihak polis. Dalam pada kebuntuan mencari jawapan, Shaziman 'menjadi' adiknya, Ikhsan dan menyelami dunia Ikhsan sedikit demi sedikit. Sudah tentu, dia kemudiannya bertemu Jo, seorang penyiasat peribadi yang terlebih dahulu diupah Ikhsan untuk menyiasat suatu perkara.
Dalam hal yang langsung tidak berkaitan (pada mulanya), Khairani, seorang pekerja kilang di kotaraya pula hidup bersahaja dengan dibelenggu masalah kewangan. Tambahan pula kakaknya di kampung yang sakit misteri itu perlu diubati, dan memerlukan kos...pendek kata duit yang banyak! Ayah mereka? Sudah mati. Mak nya pula berkahwin lain selepas itu. Tetapi... ayah tirinya itu juga mati.
Apa kaitan Shaziman, Jo, Khairani dan Ikhsan?
Dayang Noor, si penulis Hilang ini bijak membawa pembaca masuk dari satu babak, ke babak yang lain. Dari permulaan kepada penghabisan; dan juga penghabisan kepada permulaan. Hayatilah plot-plot Hilang yang disulam kemas sehingga klimaksnya bertemu di tengah-tengah penceritaan.
Dan bersedialah untuk mengetahui kebenaran di sebalik nota ancaman itu...yang dicemari darah dan juga cecair benih dari seorang....lelaki.
Judul: Hilang
Penulis: Dayang Noor
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2012
Skor: Patut Beli, Wajib Baca
p/s: Picture is courtesy of Buku Fixi
NUke
dalam topik : buku
Tidak pasti dari mana ia bermula, aku hanya tersedar apabila langkahku mulai longlai dan semakin lemah. Tidak lama selepas itu aku rebah dan hilang dalam kepekatan malam. Peluh di dahi mulai membintat basah. jernih peluh masin itu jelas menunjukkan suhu badan yang semakin meningkat. demam yang masih tidak kebah sejak seminggu lepas tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih. Batuk dan selesema datang silih berganti.
Lelap.
Dalam khayal yang tidak pasti dimensinya, aku mungkin sudah berada di dalam pengaruh kepenatan yang amat sangat. Sementelah siang nya letih memandu pulang dari tempat berkursus. Aku pasrah dalam letih dan lesu. Namun, itu semua sudah berlalu kira-kira empat atau lima jam yang sudah. Barangkali tujuh jam sudah lepas.
Lelap. Aku yakin aku sudah lelap.
Sehinggalah aku didatangi oleh beberapa individu yang samar-samar wajahnya. Barangkali lelaki. Kesemuanya lelaki. Itu mungkin dapat aku pastikan. Mereka menghampiri aku yang tersedia berbaring di atas... lantai, mungkin? Lalu sesuatu ditujukan ke arah dada. Dalam samar-samar itu, aku hanya mampu mengangkat kepala yang sedikit diangkat bagi memperjelaskan pandangan mata.
BAMMMM!!!
Aku terjaga.
Ashadu'alla ila haillallah. Ashadu'an na muhammad ar rasulullah.
Aku memandang ke sekeliling bilik dengan perasaan yang bercampur. Lega - kerna aku masih hidup, dan kerna aku masih ingat akan syahadah; mengakui kewujudan Allah yang Esa, dan Muhammad itu pesuruh-Nya. Takut - kerna hayatku kini mungkin sudah tiada.
Mengurut dada yang berombak, aku kembali lelap.
Kembali hanyut dalam dimensi yang aku rasakan aku sedang dikafankan.
Tanpa sedar posisi lena aku kini sudah mengiring ke arah kanan, dengan muka sedikit rendah dari bahu. Mungkin, hanya mungkin ketepatan posisi itu yang aku ingatkan. Lantas aku diaju dengan satu suara yang aku sendiri tidak pernah dengari sebelum ini.
Ma Rabbuka?
Celik. Dan jantungku berdegup kencang.
Allah... Allah...
Dan sehingga entry ini ditaip aku masih terasa ingin menangis semahunya. Ya Allah, jika ini adalah suatu petunjuk yang Engkau ingin berikan, Kau bantulah hamba-Mu ini mengerti. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran-Mu.
Hidup kan; dan matikan aku, keluarga ku, seluruh keturunan ku di dalam Islam dan iman yang Engkau redhai.
Ya. Kisah benar.
Awal pagi 19 Oktober 2012.
Dan aku lebih merisaukan keadaan sebenar yang mungkin berlaku. Terutamanya bila aku disoal oleh suara itu.
NUke
dalam topik : personal
Aku tak berapa kisah sangat kalau seorang lelaki itu berbulu dada. tapi kalau perempuan ada bulu dada...DAN LEBIH LEBAT daripada lelaki, yang itu aku kisah. Something wrong somewhere, kot?! Anyway, aku takde bulu dada (lagi). Haha.
Lelaki vs Bulu Dada.
Tiada apa-apa kesalahan pun. Kalau ada, mungkin akan memberikan extra credit kepada lelaki itu; sebab bertambahlah ke-macho-annya. But kena ingat, ada perempuan yang suka lelaki berbulu dada, ada yang tidak. terpulang kepada selera masing masing. Cuma pendapat aku bagi mereka yang berbulu dada ni, make sure kebersihan itu sentiasa dijaga. Especially yang berbulu lebat.
Risau jugak kalau daki-daki melekat and tak terkeluar daripada pintalan-pintalan bulu dada tu kan? Haha. Keji.
Bayangkan Lindsay lohan ada bulu dada macamni?
What say you?
p/s: Itu hari dah tumbuh bulu dada sehelai, lepas tu dah tercabut kot. haha! Gambar sumber Google.
NUke
dalam topik : lelaki
Terbeliak matanya mencari cahaya di dalam bilik itu. Peluh di dahi tak perlu dicerita, setiap roma dan ruang mengeluarkan cecair jernih yang...jika dirasa dengan lidah, masin juga rasanya. Lenjun mukanya juga dengan peluh yang tidak berhenti-henti mengalir. Kaget, tanpa sebarang desakan, Azman mengelap pantas mukanya, memberikan sedikit ruang untuknya untuk bernafas. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi benar-benar menguji kesabaran dan kemampuan akal jantannya.
Siapa Kasih? Gadis berambut hitam, panjang yang ditemuinya di dalam mimpi sebentar tadi? Aneh, itu bukanlah kali pertama. malah jika mahu dikira dan dihitung pertemuannya dengan Kasih dalam mimpi-mimpi nan terdahulu... mungkin ini adalah kali yang ke... err, tidak terkira.
Namun, bukan enak mimpi yang dinikmati Azman itu, jauh sekali mimpi yang memaksa dirinya mandi wajib; tetapi semuanya lebih tertumpu kepada kesalahan lampaunya yang sebelum ini sudah jauh dibuang dari kotak memori. Sungguhpun Azman adalah seorang kaki perempuan pada zaman mudanya dahulu, namun tidak sekali dia pernah bertemu dengan gadis bernama Kasih itu.
Musykil.
Ingin sekali dirinya beristighfar memohon keampunan Illahi, namun lidahnya kelu, butir katanya berterabur menyusun abjad jawi, dungu melafazkan bahasa syurga yang pernah dipelajarinya sewaktu kecil-kecil dahulu.
Allah... Allah... Ampunkan aku, ya Allah.
Ampunkan aku...
Ampunkan aku...
Bangkit, bersendirian di dalam bilik yang luas, Azman membiarkan tubuh bogelnya itu longlai melangkah ke bilik air yang sengaja didindingkan kaca. Pancur air laju membasahi tubuhnya yang mulai membuncit itu, memaksa Azman perlahan terduduk bersandar, hanyut. Dia amat berharap agar segala yang dimimpikan tadi hanyalah satu lagu permainan syaitan yang dilaknat.
Kembali terimbau babak-babak hitam putih mimpi di dalam paparan mindanya.
"Azman, kau kejam."
"Kenapa kau tinggalkan Kasih macam ni saja?"
Suara-suara gemersik Kasih kembali menghantui jejaka itu. Tanpa sedar, Azman mengalirkan air matanya. setelah hampir berpuluh tahun dirinya tidak pernah menangis, malam itu, dia menangis semahunya... kerana takut; takut akan kesalahan yang tidak diketahui. Azman takut dengan dirinya sendiri. Azman takut, dengan Kasih yang misteri.
INSOMNIA.
Nota: Nama watak adalah rekaan. jalan cerita berdasarkan imaginasi yang diolah dan dicampurkan dengan sedikit mimpi penulis yang ingat-ingat lupa. Tapi mostly fiksyen lah. Cebisan nukilan ini hanyalah berakhir di sini. Inginkan lebih? Tunggu saya tak tidur malam dan insomnia dahulu.
NUke
dalam topik : novel
Kasino karya Saifullizan Tahir ini sememangnya digarap baik sedari permulaan ayat pertama sehinggalah baris akhir. Naskah yang mengisahkan tentang kehidupan Mohd Narcissus Yussof, seorang pemilik syarikat swasta di kota raya.
Cerita banyak pun tak guna. Dari tajuk pun dah boleh agak yang tema novel ini lebih terfokus kepada 'duit'. Ya, dari situ, cerita diolah dan disulam baik dengan plot-plot perancangan Narcissus untuk mendapatkan sejumlah wang sementelah keadaan semasa menjadikan dirinya berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM3.8 juta.
Dalam pada Narcissus berusaha dan merancang untuk mendapatkan sumber kewangannya itu, turut diselitkan adegan-adegan romantik dan konflik cinta jejaka itu dengan isteri, skandal dan juga cinta sejati.
Namun, bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan penulisan buku Fixi ini, cuma ada satu pesanan saja daripada saya:
Buka minda dan cubalah menerima apa saja butir penulisan di dalam KASINO ini dengan rasional.
Mahukan lebih banyak komen tentang buku ini? Maaf, sila baca sendiri. Inzal.
Judul: Kasino
Penulis: Saifullizan Tahir
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2011
Skor: Wajib Beli, Wajib Baca
Penulis: Saifullizan Tahir
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2011
Skor: Wajib Beli, Wajib Baca
NUke
dalam topik : buku
Anugerah Industri Muzik ke-19 kembali, mengiktiraf karya-karya terbaik yang dihasilkan pemuzik, pengkarya tempatan. Dan berikut adalah calon-calon top 5 / finalis bagi AIM 19 yang akan berlangsung November ini.
* - Jangkaan pemenang.
Artis Baru Terbaik
- Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
- MOJO (Andai Ku Bercinta Lagi)*
- SalamMusik (Alamak ft. Altimet)
- Stephen Rahman Hughes (Bertemu di Syurga)
- The Malayan (Aku Bukan Lagenda)
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam lagu (Lelaki)
- Azlan & the Typewriter : Idola*
- Faizal Tahir : Buta
- Hazama : Majnun
- Jamal Abdillah : Bahagia Sementara
- Stephen Rahman Hughes : Bertemu di Syurga
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita)
- Jaclyn Victor : Counting Days
- Jaclyn Victor : Jagalah Diri
- Nora : Doa
- Shila Amzah : Patah Seribu
- Dato' Siti Nurhaliza : I Cry Out*
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu
- Firdaus : Saat Terindah
- Forteen : Seperti Dulu
- GX4 : Kerana Kasihmu
- Prince of Pop : Main Jauh Jauh
- Ramlah Ram & Sleeq : Sesaat Kau Datang
Kulit Album Terbaik
- Muka Surat Satu (Filsuf) - Anuar Sujud (Raunajud)
- Sang Enemy (Hujan) - Sanjay*
- World Wide Transgression (Love Me Butch) - Wing Meng
- Take Over (Mizz Nina) - Even Odds Sdn. Bhd.
- Terukir Di Bintang (Yuna) - Zul Amran Hilmi
Rakaman Album Terbaik
- Zikir Terapi Diri (Hafiz Hamidun) - Hafiz Hamidun / CL Toh
- Raja Pop 2 (Jamal Abdillah) - Eddie Slam / Greg Henderson / Voodoo / Illegal
- Menggoda (Kat Hassan) - Edry Hashim / Manusia Putih / Cat Farish
- Hikmah (Nora) - Rahmad Ayob
- Perjalanan (Shanel) - Azlan Abu Hassan / Lee Stephen / Arief Renald
Video Muzik Terbaik
- Kerna-Nya Aku Menolakmu (Firdaus) - Sahak
- Bila Seharusnya (Goldfish and Blink ft. Noh Saleh) - Michael Weicker / Marcus Weicker
- Pelangi Senja (Stacy) - Ghaz Abu Bakar
- Terlalu Mencintaimu (Suki) - Jeremy Zainal
- Sparkle (Yuna) - Quek Shio Chuan*
Lagu Pop Etnik Terbaik
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Album Terbaik
Trivia:
- Endang Endong Cintaku Satu : Noraniza Idris (Wan Mohammad Logan / Noraniza Idris / Ahmad Fedtri Yahya)
- Hari Demi Hari : Noraniza Idris (Mohd Shahril / Noraniza Idris / Ahmad Fedtri Yahya)
- Kuasa Cinta : Noraniza Idris (Edrie Hashim / Ahmad Fedtri Yahya)
- Mahligai : Noraniza Idris (Helen Yap / Ahmad Fedtri Yahya)
- Menarik Hati : Noraniza Idris (Asmin Mudin / Ahmad Fedtri Yahya)
- Asmaulhusna : Mawi (Hafiz Hamidun / Hafiz Hamidun)
- Allah : Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun / Hafiz Hamidun)
- Garisanmu : Izzat Mahadi (Hafiz Hamidun / Hafiz Hamidun)
- Doa : Nora (Gjie 6ixth Sense / Lukhman S)
- Erti Al-Fatihah : Voice of Ummi (Johan Nawawi / Johan Nawawi)
- Idola : Azlan & the Typewriter (Audi Mok / Dark)*
- Buta : Faizal Tahir (Audi Mok / Faizal Tahir)
- Simetri : Hazama (Audi Mok / Omar K)
- Mati Senyap : Silent Death (Stone / Zizie Hashim)
- Bebas : The Azenders (Sam / Sam)
- Sebelah Jiwaku : Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
- Harapan : Hyper Act (Hyper Act / Frozen)
- Patah Seribu : Shila Amzah (Shila Amzah / Shila Amzah)
- Terukir di Bintang : Yuna (Yuna / Yuna)*
- Jagalah Diri : Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Lagu Hip Hop Terbaik
- Teman Pengganti : Black & Malique (Malique / Malique)*
- Sendiri di Kuala Lumpur : Filsuf (Belle Fatah / Filsuf / Bob Yusuf)
- Aku Maafkan Kamu : Jamal Abdillah & Malique (Malique / Jamal Abdillah / Tripdizs / Malique)
- Just You and Me : Mizz Nina (Saph / Shazrina Azman)
- Tenang Sayang : SSK (DJ Jocular / Saph & NBE)
- Memo : Yuna (Yuna / Yuna)*
- Counting Days : Jaclyn Victor (Aubrey Suwito / Aubrey Suwito / Lin Li Zhen)
- Stand Up : Dato' Siti Nurhaliza (Bryan Bouro / Bryan Bouro)
- Haircut : ZE! (Sarah Zainal Abidin / Sarah Zainal Abidin)
- Photo of You : Yuna (Yuna / Yuna)
- Tentang Rasa : Astrid
- Sudah Cukup Sudah : Nirwana Band
- Aku Bersahaja : Rossa ft. Taufik Batisah
- Ku Pinang Kau Dengan Bismillah : Rossa ft. Ungu
- Aku Kembali : Sammy Simorangkir
- Gerimis Mengundang : Brenda & Budi (Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy)
- Counting Days : Jaclyn Victor (Aubrey Suwito)
- Kasanova : Stacy (Edry Abdul Halim)
- Bertemu di Syurga : Stephen Rahman Hughes (Azlan Abu Hassan)
- Terukir di Bintang : Yuna (AG Coco)*
Lagu Terbaik
- Pemenang Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik
- Pemenang Kategori Lagu Nasyid Terbaik
- Pemenang Kategori Lagu Rock Terbaik
- Pemenang Kategori Lagu Pop Terbaik
- Pemenang Kategori Lagu Hip Hop Terbaik
- Pemenang Kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
- Sang Enemy : Hujan (Noh Salleh / AG Coco)*
- Hikmah : Nora (Johan Nawawi)
- Take Off : Pesawat (Pesawat)
- SalamMusik : SalamMusik (Salam)
- Stay-C : Stacy (Muhammad / Kuncidemak)
Trivia:
- Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik dimonopoli oleh Noraniza Idris secara sepenuhnya! Ini menjanjikan satu trofi kepada beliau sekiranya AIM turut mengiktiraf artis/penyanyi dalam penganugerahan bagi kategori lagu kali ini. (lazimnya, anugerah bagi kategori lagu hanya diberikan kepada penggubah & penulis lirik sahaja)
- Selain Noraniza Idris, penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya juga merupakan pemenang dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik apabila kelima-lima finalis merupakan karya tinta beliau sendiri. Juga menjanjikan 1 trofi untuknya.
- Pemenang Vokal Terbaik Wanita AIM18, Yuna tidak tercalon dalam kategori yang sama pada AIM kali ini. Namun, kategori itu diserikan semula dengan kemunculan Dato' Siti Nurhaliza yang ditentang hebat oleh Jaclyn Victor, Nora, dan Shila Amzah.
- Yuna dan Jaclyn Victor mengungguli senarai dengan 6 pencalonan, masing-masing menerima double nominations dalam beberapa kategori.
NUke
Sekali lagi, sama macam tahun-tahun yang lalu; blog ini masih mengira turun 100 buah lagu yang kerap dimainkan sepanjang tahun ini. Dan sehingga jam 8 malam tadi, 20 lagu paling kerap dimainkan telah pun dikenalpasti.
Heh.
Korang rasa lagu mana yang akan ranked #1 nanti?
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.