Minum petang tidak seharusnya terbatas kepada kuih karipap dan pisang goreng! Bagaimana jikalau anda mencuba resepi ini. Oh, kepada para lelaki... kalau dah bosan makan megi cara biasa, boleh juga cuba resepi ini!




(Klik gambar untuk besarkan)

Bebahan:-

  • 2 peket Maggi Kari
  • 2 biji telur ayam
  • Lada sulah
  • 1-2 keping keju (sebarang jenama)
  • Beberapa ekor udang (dipotong kecil/dadu)
  • Minyak

Cecara masak:-

1. Rebuskan mi Maggi sehingga kembang.
2. Setelas kembang, dan ditoskan, gaul sebati mi itu dengan serbuk perencah.
3. Taburkan lada sulah di serata mi, dan gaulkan sekali lagi.
4. Bulat-bulatkan mi seperti yang ditunjukkan dlm gambar di bawah, menggunakan tangan yang bersih.



5. Masukkan cebisan kecil keju dan juga udang yang dipotong kecil. (Boleh juga menggunakan daging lembu/ayam sebagai alternatif lain). Kemudian dibentuk seperti bebola semula.
6. Pecah dan pukul telur.
7. Panaskan minyak.
8. Celupkan bebola Maggi itu tadi ke dalam pukulan telur sebelum memasaknya di dalam minyak yang sudah panas.
9. Angkat bebola Maggi itu setelah warnanya bertukar kekuningan.
10. Sedia dihidang!

bergedil Maggi yang siap dimasak!



Resepi ini diilhamkan oleh my sister, Alang atau namanya Hidayah!


Selamat Mencuba!

NUke

6 Comments:

  1. FaizalSulaiman said...
    sedapnya wehhh
    Afir said...
    cam cekodok jer..huh delicious
    W. Hidney said...
    tak terfikir dek akal. nak cuba lah!
    msnizammzahri said...
    wah!

    nice.. nk try!

    thanks for the recipe
    Joey said...
    It look delicious. but wont try it :P
    A m a l i n A m i n said...
    drop here untuk curi resepi. belum try lagi dah terliur!

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.