Al-kisah tersebutlah sebuah cereka tentang seorang jejaka bernama Mulia. Halus dan lembut budi bicaranya membuatkan setiap gadis di Kampung Jernang terpesona dengannya. Namun, segala perhatian yang diterima oleh jejaka itu tidak disalahgunakan.


Sekian.





Amacam?


NUke

Well, rasanya sekarang ni mungkin musim pelajar-pelajar tahun akhir universiti menyiapkan Final Year Project dan bersedia untuk viva. Haaa.. aku dah lepas dah zaman-zaman itu. Yang mana menyaksikan aku jadik down gila selepas sesi viva.

Okay. Jangan panik. Kat sini aku cuma mahu kongsikan SATU sahaja tips viva untuk kalian.

1. Jangan bubuh gambar / item yang tiada kaitan dengan kajian korang pada presentation slide.





Hikmahnya: Kalau korang letak gambar banyak sangat (yang mana kadang kala tak releven pun dengan kajian), maka ia akan mengundang persoalan kepada pemeriksa. Then, kalau pemeriksa tanya perihal itu and korang tak dapat jawab or jawab "oh, ini sekadar hiasan saja...".. then.. hilang lah sikit points di situ.


Jadi, selamat maju jaya!





NUke




Tempoh hari, aku balik ke kampung Opah di Perak. And it came to our surprise that Durian di dusun Opah dah mula gugur. But then, ada juga dahan yang serkah, dan patah lalu memusnahkan harapan kami untuk menyebat habis 80 biji durian.

Sayang oo.. kira-kira 80 biji durian tak dapat dilahap oleh kitorang sebab masih muda. T_T


Nevertheless, some of them tu memang dah masak pun. So, dapat lah juga merasa sorang sikit.

Siapa kat sini peminat durian?



NUke

Mungkin ketika anda membaca entry ini, saya sedang sibuk menguruskan beberapa perkara. Barangkali untuk kebaikan diri sendiri juga.

Ketika inilah bermulanya satu lembaran baru dalam hidup saya. Dan saya harap saya tidak menjadi seorang yang tipikal bila dikaitkan dengan lembaran baru ini.


Saya adalah....






...Rangers Merah.




Go go Power Rangers!

(kerja ke-5)




NUke




Aku yakin semua orang pernah mengalami situasi ini.

Bila nak pakai, benda tu hilang... and kadang-kadang memaksa kita untuk keluar duit dan beli baru.

Elok je dah habis pakai or beli, benda tu muncul semula dengan tiba-tiba.


Jampi serapah apakah ini?





NUke

Minum petang tidak seharusnya terbatas kepada kuih karipap dan pisang goreng! Bagaimana jikalau anda mencuba resepi ini. Oh, kepada para lelaki... kalau dah bosan makan megi cara biasa, boleh juga cuba resepi ini!




(Klik gambar untuk besarkan)

Bebahan:-

  • 2 peket Maggi Kari
  • 2 biji telur ayam
  • Lada sulah
  • 1-2 keping keju (sebarang jenama)
  • Beberapa ekor udang (dipotong kecil/dadu)
  • Minyak

Cecara masak:-

1. Rebuskan mi Maggi sehingga kembang.
2. Setelas kembang, dan ditoskan, gaul sebati mi itu dengan serbuk perencah.
3. Taburkan lada sulah di serata mi, dan gaulkan sekali lagi.
4. Bulat-bulatkan mi seperti yang ditunjukkan dlm gambar di bawah, menggunakan tangan yang bersih.



5. Masukkan cebisan kecil keju dan juga udang yang dipotong kecil. (Boleh juga menggunakan daging lembu/ayam sebagai alternatif lain). Kemudian dibentuk seperti bebola semula.
6. Pecah dan pukul telur.
7. Panaskan minyak.
8. Celupkan bebola Maggi itu tadi ke dalam pukulan telur sebelum memasaknya di dalam minyak yang sudah panas.
9. Angkat bebola Maggi itu setelah warnanya bertukar kekuningan.
10. Sedia dihidang!

bergedil Maggi yang siap dimasak!



Resepi ini diilhamkan oleh my sister, Alang atau namanya Hidayah!


Selamat Mencuba!

NUke

Kadang-kadang kan, bila kita sudah rasa selesa dan serasi bersama dengan kenalan sekerja, dan juga kenalan dalam hidup; ketika itulah datangnya 'panggilan perubahan' kepada diri kita kan?



Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada kenalan sekerja, manager, dan kemudiannya menjadi rakan kongsi di atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang membina. Sebab? Aku tak pasti, mungkin kalau aku tak berjumpa dengan beliau sebelum ini, aku mungkin akan berada pada tahap yang sama. Atau pun mungkin dibayar gaji yang tidak setimpal dengan bebanan kerja.

Tak lupa juga kepada kenalan lain yang turut menjadi rakan kerja dan rakan di alam realiti. All the good and hard times will be remembered. At least, there's something to laugh at while we're at the top of success later on (InsyaAllah).

Wishing all the best to all of you. And all of us.


Kerja ke-3 ke-4 sudah tamat pada Jumaat lepas. :)



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.