DEMAM
Disebabkan demam panas dan batuk yang berterusan sejak petang Sabtu, maka aktiviti hujung minggu tempoh hari tidak lagi berapa menarik bagi aku; si empunya diri. Petang Sabtu, kami sekeluarga ke kampung ayah di Perak untuk menikmati Durian.
Ya. Durian. Kegemaranku.
Tapi, disebabkan suhu badan yang semakin meng-hangit, maka aku tidak mahu mengambil apa-apa risiko, sementelah banyak kerja perlu diselesaikan.
Daripada tidur di ruang tamu opah, hanya berlapikkan sehelai tuala, aku berjaga malam dan mencari 'port' yang sesuai untuk berhibernasi. Sasaran utama adalah bilik tidur utama yang hanya 'didiami' oleh si Ayah. Ini adalah sesi flash back:-
- Seret bantal slow-slow;
- Adjust bantal sebelah bantal ayah;
- Baring dengan perlahan;
- Tangan pantas mengambil sejadah yang tertebar di lantai bersebelahan; dan
- Cubaan untuk tidur.
Pun begitu, perbuatan aku ini dihidu ayah! Terus disapanya! Dan sesi berpura-pura tidur mati pun bermula. Ayah menge-off-kan kipas yang dihalakan tepat ke arah kami. Ayah aku memang cool! Dia sanggup mempanaskan dirinya bersama-sama aku, dek kerana aku yang tak tahan sejuk disebabkan demam.
Ada terlihat kasihnya di situ.
DURIAN
So, aku tak makan lagi durian. Jadi, tak tahu nak cerita apa.
PENCURI
Balik KL. Isnin. Tak larat langsung pergi kerja. Ibu angkut aku ke Hospital Selayang bahagian Kecemasan, sebab aku dah tak larat nak berjalan. Doktor bagi aku MC selama 2 hari.
Subuh. Selasa. Dek kerana batuk-batuk yang semakin melampau, maka aku memang tak dapat tidur dengan nyenyak. Sengaja aku tidak menge-on-kan kipas untuk menghasilkan suasana yang ghairah bahang. Lampu bilik pun tidak ditutup. Kedengaran bunyi tingkap berdeser. Di satu penjuru bilik berhampuran tingkap sisir itu, aku terlihat akan pergerakan semacam ranting kayu yang menguis-nguis langsir. Tak sempat orang tu nak jengah melihat apa yang ada dalam kamar tidurku, sudah diherdik oleh NUke Rude.
"HOiii!"
"Hoii!!"
Sehingga kedengaran oleh ahli keluargaku yang lain.
Moral: Setiap kali ada renovation kat rumah jiran aku, sure ada kes-kes sebegini. Macam mana aku tak suspicious dengan mereka?
NUke
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
sabor ye. byk dosa gugur dek sakit tu! untung woo..
hmm.. umah aku kena pecah dulu pun masa jiran tgh wat renovation. coincidence? NOT!
btw demam ko dah baik ke?