Tokio Hotel
Live In Malaysia
May 01, 2010
Live In Malaysia
May 01, 2010
NUke
Entry ke 100 untuk tahun ni.
Anyway, kebanyakan kawan2 aku dan juga kenalan blogger dah memiliki akaun Twitter. Sapa je yang tak tahu twitter kan? Anyway, mula2 aku tahu pasal twitter ni.. macam excited jugak. Tapi bila mengenangkan diri yang tak berapa nk 'sihat' ni.. aku takde lah keen sangat nk create akaun twitter.
Sebab apa?
Aku ni cuma pekerja biasa yg bekerja dari jam 9pg hingga 5.30ptg. Bukanlah artis yg boleh menyanyi, menari, dan berlakon. Artis yang lukis2 kat CM pun bukan. Tapi aku adalah ambil subjek seni dlu.
Mengenangkan perkara itu, aku barangkali tak perlu meng-create akaun twitter yg fungsinya (bagi aku la) untuk mengupdate status cuma. lagipun kawan2 aku pun takdela ramai sangat. Peminat? Takde satu pun.
Lagipun, aku tak mahu buat akaun twitter sebab aku rasa aku ada tendency utk buat status2 macam ni:-
Tadi pergi berak. banyak tahi keluar (15 minutes ago)
Nak makan nasi atau piza? (20 minutes ago)
Wah! ada orang komen kat blog!! Hebat! (21 minutes ago)
Korek hidung juga nikmat! (22 minutes ago)
@(your name here) hey! I saw you in my blog! (1 hour 33 minutes ago)
So, buat masa skang ni aku rasa tak perlu kot utk aku ada twitter.
NUke
Damn!
Setelah hampir 2 bulan stengah bilik dibiarkan berhabuk, hari Ahad lepas aku dah kemas2 bilik. Lap habuk. Sapu lantai. Mop lantai siap guna gel mandian Palmolive. Tu pun sebab tak jumpa sabun lantai... entah mana la ibu letak.
Alih2 baru la tersedar yang aku terlupa buat sesuatu.
Lupa lak nk buang sesawang kat bucu siling tu. Cis.
Kalau tak buang, makin byk lak habuk2 melekat. Tapi kat situ ada labah2, tak sampai hati nk halau dia.
NUke
dalam topik : personal
Sedang2 aku membaca 'Cursing Malay' (yang mana akan aku bloglistkan sekejap lagi) sambil mendengar 1,180 random song dlm pc aku ni, maka tiba2 terplay pulak lagu Evanescence - Bring Me To Life. Terus aku teringat zaman2 tingkatan 4.
Yakni tahun 2003.
Waktu tu citer daredevil baru kuar. And aku ingat lagi kawan aku yg pertam2nya bertanya pada aku pasal lagu Evanescene tu. Time tu aku baru nk keluar dari bilik, menghala ke toilet.
"Eh! Kau tau tak lagu citer Daredevil tu? Yang skarang asyik ada kat radio tu...?"
Aku tak tau. Haha, sampai la aku pinjam walkman sape ntah and terdengar lagu tu kat radio. Time tu kalau nak dengar2 lagu hits English terbaru, kena la dengar Hitz.fm. Nyatanya, lagu Bring Me To Life tu betul2 mengimbau kembali kenangan aku masa zaman tingkatan 4.
Kegilaan kitorang terhadap majalah Gempak dan Utopia. Dulu2, aku tak rajin beli Gempak. Selalu aku pinjam junior punya je, ended up member2 aku yg lain masuk bilik n bawak Gempak tu kat blik dorang. From then, dah takleh nak trace dah. Hahaha. Sampai la terkeluarnya majalah Utopia. Percaya tak, aku ada beli majalah Utopia tu dari bil #1 sampai la yang latest waktu tahun 2006 (rasanya). But then, ada jugak yg dah hilang sebab misplace waktu zmn skolah, matrikulasi dan universiti.
Only after aku masuk 2nd year kat Universiti je aku dah tak beli Utopia. Sebab takde duit nk beli bnda2 alah tu. Lagi pun dah ade internet. Tgk je la porn ke.. baca wikipedia ke.. kat tenet.

The Fishes by Ben
Back to zaman skolah, kegilaan terhadap Utopia menjadi2 bila kartunis Ben menghasilkan karya 'The Fishes'. Aku rasa sapa yang ikut series komik ni tau la kot. Aku suka gila Ben punya katun. Sebab tu aku tak miss beli Utopia. Kalaulah Ben baca blog ni, aku igt nk suruh dia lukis karikatur aku la.. Haha.. (macam la dia baca).
Minat aku kat muzik develop waktu aku form 4. Daripada 1 je koleksi kaset yang aku ada; Avril Lavigne - Let Go; aku scara slow2 mnambahkan koleksi album. From Avril, aku layan Linkin Park - Meteora. Time tu kan dorg baru release album... maka tergla2 lah jugak aku kat Linkin Park. Siap ade skali tu aku spend hr Sabtu aku smata2 nk lukis artwork askar yg macam serangga tu.
Ha.. itu lah dia. Daripada Evanescene, masuk plak citer komik Gempak n Utopia dan macam2.
Best tul zaman sekolah.
NUke
dalam topik : sekolah
Bila korang drive kereta, ada tak korang perasan motorcyclist tiba2 menjenguk kat tingkap korang dan membuat 'muka'? Sebelum jawab soalan tu, fahamkan soalan tu betul2. Sebab secara umumnya, memang akan ada dan kerap seorang penunggang motor akan menoleh ke belakang untuk memerhatikan kenderaan lain.
Tapi, ada tak yang pandang sambil memberikan ekspresi 'tak puas hati'?
Ada. Tak ada? Well, as a motorcyclist and car driver, aku pun slalu buat dan dipandang macam tu.
Reason? Usually, seseorang motorcyclist tu akan memberi 'muka tak puas hati' kpada pemandu kereta sebab bagi mereka, pemandu kereta itu secara tak sedar telah menyusahkan mereka. Barangkali menukar lorong tanpa memberi signal, atau pun secara tiba2. Since motorcyclist ni berada di tengah2 lorong dan mencelah sana sini, so, mereka jugak mengharapkan kepekaan (bukan saja pada dri sendri), tapi kepekaan pmandu2 lain jugak.
Tapi kadang2 tu, ade jugak motorcyclist yg cuai waktu mnukar lorong, pastu kena hon ngan kete lain, dorg pun rasa tak puas hati n sanggup pecut n pintas keta tu just untuk melemparkan 'pandangan kebencian'. Haha. Standard.
Bila korang bhadapan ngan stuasi camni... buat2 biasa je. Sebab apa? Sebab tu memang perkara biasa pun. Lainla kalo korang mnghimpit mamat2 motor sampai tegolek... Yang tu tanggung sendri la.
So, aku as motorcyclist scra jujurnya mmg akan bengang dgn driver lain yg sesuka hati menukar lorong (scara tiba2 or x bg signal). Usually, aku marah bila dorg wat camtu je la.
Bawak motor ni mmg byk mnambahkan pngalaman. Baik n buruk. semua ada. Heh.
NUke
dalam topik : life
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.


