ruam.

gatal2.

pergelangan tangan.

cis!

ada petua utk menghilangkan gatal2 pada tangan?

NUke

Salam.

Memang dah lama tak update blog ni! Rindu blog. Rindu jugak kat pembaca. Huhu. anyway, kali ni aku nak bincangkan pasal ketinggian. Yeah, aku tahu dan aku mengaku yg aku ni pendek. Tinggi pun tak (pernah) cecah 1.7 meter. Hak hak hak! Dan pada aku, ia nya dah ckup bagus, sebab kalo kat sekolah, tak perlu lah kena lap tingkap kat bhgn atas.. or else, kna padam papan hitam. Dan yang palin penting, org2 pendek ni takkan menjadi target utk diminta tolong utk amik barang atas almari.

Tapi tu semua persepsi tipu. Kat skolah dlu, aku yg pendek ni jugak kena padam papan hitam.

Normal utk lihat or tgk lelaki tinggi, and in some cases, ada yg menganggap ketinggian tu satu extra credits utk lelaki. Kiranya menambahkan lagi 'points' utk wanita (dan lelaki) jatuh cinta. Lumrah. Setiap lelaki sedikit sebanyak pasti ada rasa untuk memiliki ketinggian yg maksimum. Nyatanya, pada aku, dah tak mampu meninggi la kot. Gigi bongsu pun dah mula menonjolkan dirinya. Huhuhu.

Pelukis gambar ini adalah seorang perempuan. Dan beliau ni tinggi. Aku salute dia!

Camne lak dgn perempuan yg tinggi? Well, aku takdelah mendiskriminasi, walaupun aku jeles ngan perempuan yg tinggi nih. Hahaha, Jujur aku katakan yang aku memang jeles tgk perempuan tinggi daripada aku... Oh! ini tak termasuk kes wanita tinggi disebabkan high heels okay! Bukan apa, tipula kalau aku cakap takde rasa segan bila berjalan dgn perempuan yg lbh tinggi daripada lelaki.. tapi it all depends on how we look at the situation. Tak salah nk berkawan or bercinta dgn perempuan yg lebih tinggi drpd kita (lelaki), dan adakalanya, aku lihat kebanyakan psgn mcm ni agak sweet n romantic.

Romantik kah?

Entahlah. Ade juga aku dgr kata org2 tua; kalau beristerikan wanita yg lebih tinggi drpada kita (lelaki), hidupnya bahagia dan murah rezki.

Karutkah? Betulkah? Aku tak mahu menafi, jauh sekali mempercayainya... kerana itu urusan-Nya.

NUke


Siri 10

Asyraf bukanlah seperti Xyryll. Ya, jauh dalam hatinya sedikit sebanyak menyukai sahabatnya itu. Hanya menyukai. Bukan mencintai. Dan kini dia mengerti akan air mata dan senyuman yang terpancar dari bibir nipisnya itu. tak disangka selama belasan tahun perkenalannya dengan Xyryll, terluah rasa cinta oleh sahabat karibnya itu.

--

Pagi.

Kelibat Xyryll masih tidak kelihatan walaupun kuliah Matematik hampir bermula. Jason yang sedari tadi bersembang dengan Kimi, tiba-tiba menyapa Asyraf yang duduk berselahannya.

"Mana roomate kau, Asyraf? Kelas dah nak mula ni... Tak nampak-nampak pun lagi... Ponteng ke?"

"Entah. Pedulikan lah dia!"

Daripada intonasi itu, Jason seolah-olah mengerti untuk tidak bertanya lagi. Terus disambung perbualannya bersama Kimi yang sedari tadi mahukan teman bersembang.

Fikiran Asyraf melayang. Sedikit pun tidak terfokus kepada pengisian kuliah yang disampaikan oleh Dr. Samad. Segala huraian dan penjelasan oleh pensyarah itu seolah-olah bising cengkerik yang didengarinya pada malam kelmarin. Ya! Serentak dengan itu, Asyraf terkenang akan peristiwa yang berlaku antara dirinya dengan Xyryll. Senyum.

--

Hai awak! Lama s dgr kaba. Sht ke?
Hi. sht saja. awk? sori la. lately agak bz dgn assgnmnts. Ni pun byk x siap lg ni.
Oh! Kwn awk mana? Lama jga x dgr crita dr dia.

Mesej yang dihantar Alya' itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran Asyraf. Terus dimatikan telefon bimbitnya sambil melangkah perlahan menuju ke bilik; setelah selesai menikmati makanan tengahari di kafeteria. Pintu dikuak; kasut ditanggalkan; baju kemeja putihnya dilucutkan dari tubuh yang sedikit berpeluh.

"Aku minta maaf...", tegur Xyryll yang dilihat berdiri di hadapan katilnya. Tanpa mempedulikan Asyraf yang terus-menerus tidak mengendahkannya, Xyryll berkali-kali memohon maaf sambil cuba menjelaskan situasi dirinya yang kononnya tidak stabil pada malam kejadian lepas. Asyraf hanya meneruskan rutinnya yakni mengunyah biskut sambil menghadap soalan-soalan tutorial.

2 minit.

"Dah sudah?"

Persoalan yan diajukan Asyraf mematikan butiran kata yang belum sempat terluah oleh Xyryll. Segera mulutnya dikatup. Asyraf bangun dan merapati tubuh Xyryll yang berdiri tinggi itu. Apa yang hanya mampu dilakukan oleh Xyryll hanyalah berdiri kaku tatkala menyedari dirinya dipeluk erat oleh Asyraf. Kuat pelukannya. Erat.

"Aku maafkan kau..."

"...tapi tak bermakna aku cintakan kau..."

--Bersambung...

NUke

Salam.


Alhamdulillah, ketika aku menulis ni, connection internet makin baik. Laju. Mungkinkah ada org2 dr company itu membaca aduan aku ini? Oh No!

Dulu kan, waktu aku kecik2, aku selalu wondering... 'kenapa la org laki tua2 ni pakai kain... bukan ke kain tu org pompuan je yg pakai??' Maklum je lah. budak hingusan, seluar pun suruh akak2 yg pakaikan. Haha. Crita lama. Okay lah. Untuk para pembaca sekalian, satu soalan untuk korang.. Sejak bila korang start pakai kain pelikat (utk lelaki) or kain batik (utk pompuan) ?

Aku percaya, kebanyakan kaum Hawa dah start pakai kain batik lagi awal berbanding lelaki ni. Maklumlah, zaman2 aku kecik dlu, yg lelaki ni kemain lasaknya, tiap2 petang wajib main ngan jejiran kat luar.. kotor satu badan. And basically, yang perempuan selalunya ptg2 kna lipat baju, or masak.. or sometimes temankan adik2 or join abg2 dorg main skali. Basically, aku hanya refer pada life kakak2 aku je lah. Dah itu je contoh yg terdekat. So, disebabkan perempuan byk mluangkan masa kat rumah.. so maybe lah diorg terdorong utk pakai kain batik kot.. Ceh! pepandai je aku ni wat teori.

Buat pertama kalinya aku pakai kain pelikat pada usia 11 tahun, yakni ketika aku Darjah 6. Aku ingat lagi, kain pelikat tu kaler biru and disebabkan aku pendek, aku kena lipat skit kain tu... bagi sesuai ngan kependekan aku tu. And of course, aku terdorong nk pakai ni sejak aku nengok abang aku yg sorg tu pakai.. Cam best je rasanya. And yeah, dialah yg menolong aku menggulung2 kepala kain tu.. Besar je bonjolannye.

Pakai kain pelikat membuatkan diri terasa bagai 'sudah dewasa'!! Esoknya, aku canang cerita kat kawan2 sekelas.. Bangga nih! Pakai kain beb!

Apa yg membuatkan kain pelikat selesa diapakai? Bagi aku, ianya satu kebebasan untuk ruang 'peribadi' sorg lelaki... Ye lah, kalo dah dari pagi sampai ke lewat petang asyik pakai seluar je, kadang2 boleh jadi rimas. So, bila pakai kain (especially time malam) and rileks2, terasa tenang la skit.

Selain daripada tujuan ke masjid dan menghadiri upacara keramaian, aku rasa jarang aku pakai underwr bila pakai kain ni! Hahaha! Tapi selalunya aku pakai shorts or boxer lah... Bukan apa, kot2 terlucut lak kain.. haa tak pasal je menjaja kejantanan diri. Malu beb! Overall, aku selesa bila pakai kain pelikat especially time tidur.. memang nikmat! Dan aku tahu, ada dikalangan kita ni masih x pernah or tak gemar pakai kain.. mungkin sebab terpaksa mengawal pergerakan once pakai kain ni.. which is true. But, boleh je kalau nk cuba2 kan?

Hm. Ko rasa kain pelikat kaler apa yg cantik eh? Aku suka kaler hijau.

NUke

Kau tahu...

Dah hampir 3 minggu rasanya ibu bekalkan aku makanan setiap pagi.
Sebab ibu tahu yg aku mesti tak sempat nak bersarapan di rumah.
Dan setiap bekalan yang ibu berikan itu, pasti aku jamah...
Walaupun ada kalanya tidak dapat aku habiskan.

Dan peristiwa ini mengingatkan aku ketika zaman sekolah.
Ibu selalu membekalkan adik-beradik dgn nasi goreng
Atau pun roti telur yang garing.
Nyatanya, aku memang tak suka nasi goreng utk dimakan waktu pagi
Ataupun sewaktu rehat.

Apa yang aku buat?
Aku sengaja tinggalkan bekal di dalam laci meja sekolah
Dan pulang; berkata lupa mahu membawa bekas pulang.
Esok pagi, sampai sekolah... Aku buang bekas tu dalam tong sampah besar!

Bukan bekas tupperware pun... Bekas murah. Mungkin tidak mengapa.
Semua itu kisah tahun 1997.

Dah 12 tahun berlalu.
Dan kini baru aku mahu menghargai setiap usaha murni ibu setiap pagi.
Kasihnya ibu memasakkan aku nasi goreng dan roti telur.
Yang mengenyangkan perut sewaktu diri kesejukan di dalam ofis.

Kalaulah 12 tahun lalu aku tahu dan mahu mengerti semua itu.
Aku yakin, aku pasti senang hati dan badanku pasti berisi.
Ibu, saya tak tahu sampai bila lagi saya dapat rasa bekalan yang ibu sediaka itu.
Mungkin sehingga 10 tahun lagi..

Atau mungkin tiada lagi bekal untuk esok pagi?

Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.