Salam.

Selamat Hari Lahir Tanah Melayu yang ke 52. Tapi, sayang... kau telah bertukar nama. Elok2 dah ada nama melayu, nama yang sesuai dengan asal usulmu, alih2 nak tuka nama yg ada unsur ke-mat-salih-an. Nama kau kini Malaysia. Gerek seh! Bak kata sorg kawan aku. Dah 52 tahun. Tua dah kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku ni, nak mengundi pun belum cukup umo. Kena tunggu lagi sebulan la baru leh register as pengundi. Tapi, malangnya, aku tak tahu sama ada aku patut register sbg pengundi atau tak. Bukan apa, walaupun Tanah Melayu dah merdeka, tapi aku tetap khuatir kot2 kalau once aku dah register as pengundi, nama aku ni nnti diguna oleh pihak2 tertentu utk pilihan raya kecil yang mana aku tak menetap pun kat kawasan tu. Kiranya, aku ni jadi pengundi hantu la. Tapi kalau tak register kang, takleh nak mengundi lak. nanti lah. Tu belakang kira.

Sejak Tanah Melayu ni dah merdeka, tiba2 ada Proton Saga. Dan tiba2 jugalah ada Perodua Kancil. Bangga tu beb! Kereta nasional. Tapi, itulah... Pantang ter'sentuh' tiang pagar rumah sikit.. dah kemek! Merdeka kah kereta nasional itu daripada pembaziran yang tidak sepatutnya? Ah, itu pun belakang kira sebab aku sendiri tak punyai kereta lagi.

Tanah Melayu merdeka dari jajahan British. Tapi sehingga kini, kita si muda mudi, tetap meminati Coldplay; satu band muzik British yang memang sedap lagu2 mereka. Tak kurang ngan itu, pakaian anak2 muda (dan tua) juga pun ada berkonsep2kan Inggeris. Ingatkan dah merdeka dah, rupa2nya ada juga saki baki penjajahan moden kat Tanah Melayu ni. Oops! Malaysia. Muzik, fesyen, dan hiburan semuanya universal la. Biaq pi lah. Music is a universal language. Kata aku dalam hati.

Dalam kita cuba menghayati erti sebuah kemerdekaan, kita acapkali terlupa dengan pejuang masa silam. Tok Janggut? Siapa tu? Dato' Bahaman? Ah? Ulang balik?? Mat Kilau? Kau sebut Mat Kilau atau M. Daud Kilau?

Sedarlah wahai sahabat dan bangsa Malaysia-ku, tanpa mereka yang berkehendakkan kemerdekaan (kebebasan) daripada sebarang bentuk penjajahan... kita secara tak sedar telah membiarkan diri kita dijajah. Oleh siapa? Oleh setiap perkara yang mengubah diri sendiri. Bebas kah kita sebetul-betulnya? Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Aku juga begitu. Dan ini juga peringatan kepada diriku.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52.

NUke


Salam.

Freebies. Betul ke ejaan aku tu? Hm, benda-benda free. memang best kalau kita dapat kan? Tapi, freebies dgn hadiah menang peraduan tu aku rasa tak sama. Kalau hadiah menang peraduan, maknanya ada skit pelaburan n stiap pnyertaan tu ada peluang untuk menang. Sedangkan freebies tu benda2 yang dibagi scra percuma kpd org ramai. Ye ke?

Huhu, selama aku hidup ni, ada gak la 3 4 kali aku dapat benda2 free. And kadang2 tu ada gak aku menang hadiah praduan. haha. tapi selalunya aku menang peraduan la. Tak kesah la gores dan menang ke, main tikam2 time skolah2 dlu, or menang kuiz sms. hahaha. Dan selalunya hadiah yang aku menang tu nilainya takdelah besar sangat. Tapi, ok la untuk menghiburkan hati. hahaha.

Tapi, hadiah peraduan yang paling mahal penah aku menang ialah tiket konsert. Haha, last year punya cerita. Hotlink ada wat contest via sms. Jwb 3 soklan mudah dan berpeluang menang tiket konsert. Konsert siapa? Avril Lavigne. Haha, member2 rapat aku sure tahu ke-die-hard-fan-ian aku kat minah Avril ni, so, mula2 aku dapat tau minah ni nk wat konsert kat KL, aku konon2nye nak la beli tiket, alih2 mahai la pulak. So, aku pun biar je la. Sampai la 1 pagi tu aku join je la kuiz sms tu tanpa mengharapkan kemenangan! (sebenarnya mngharap gak menang! haha).

Dah rezki, dapat la aku 2 tiket konsert worth RM180+ each. Huhu. Sapa yang pergi? Aku and member kamcing aku since form 1, Izham. Dah dia je yg free time tu. And konsert tu on pada 29 August 2008.

Eh! Last year la!! ngam2!!!

Skang ni aku malas dah nak masuk apape contest sebab 'luck' dah kurang! hahaha.

NUke


Kita ni manusia. Tak pernah terlepas daripada persepsi baik dan buruk manusia lain. Dan dalam masa yg sama, kita jugak ada persepsi tersendiri kat orang lain. Jangan tipu la. So, slot Pantang Larang kali ni nak mengupas isu (isu kah?) melabel orang lain.

Hah! Katakan lah kita nampak ada sorang laki ni jalan kat Pavilion. Gayanya segak, dengan kaca mata hitam disangkutkan kat atas jambul. Then, kita noticed gak cara dia berjalan agak meninggikan kepala sambil tak menolih kiri kanan...

The first thought yang dtg kat dalam kepala ialah "POYO gila mamat tu..."

Ok. Situasi lain lak, kalo ada member kita ni asyik nak marah2 dalam blog/dalam real life. Kiranya, pantang ditegur skit or else, nak melenting je kejanya. Label yang dia dapat ialah "BUDAK EMO".

Dalam kuliah lak, ada sorang budak yang mmg tak pnah missed class and always duduk depan & sentiasa ada soalan yg nak dtanya kat lecturer... label yang dia dapat ialah "NERD".

Label. Macam2 label kita selalu bagi kat orang. KEPOH, POYO, LANGSI? .. et cetera.., but then, kita sendiri pun tak sedar ada juga org yang melabel kita. Well, aku rasa sikap or habit melabel ni tak elok diteruskan. Kalau orang tu tak kaco kita, why should we kaco dia kan? Suka hati dialah nak poyo ke apa. Huhu. Tapi itulah realitinya. It happens everywhere, ryte?


NUke

Maha Hebat ujianMu
Akui kini, aku si hamba lemah
Besar ujianMu terhadapku
Ya Allah...

Ramadhan yang suci
Memberikan kesan kepadaku.
Ampunkan segala dosa dan salahku
Ya Allah...

Jangan biarkan aku terus berputus asa
Ya Allah, Ya Tuhanku...


NUke



Siri 5

Segera ku capai telefon bimbit itu. Dalam leka aku memerhati nombor yang terpampang pada skrin, Xyryll menolak daun pintu. Berpaling. Melihat kami sesama sendiri. Bisu. Tanpa suara. Hanya dengkuran Arief sahaja yang kedengaran. Riak wajah Xyryll kelihatan sedikit berubah.

"Kenapa?", tanya Xyryll memecah kebuntuan yang sepi.

"Tiada apa, ada satu mesej untuk kau."
"Jangan risau, aku tak baca..."

Telefon bimbitnya aku letakkan semula di atas meja. Aku kemudiannya kembali ke bangku berhampiran meja tulisku. Xyryll pula dengan pantas membaca mesej yang diterima. Dan apa yang nyata, mesej itu dikirimkan oleh Alya', seseorang yang masih misteri identitinya bagi aku. Siapa sebenarnya Alya' itu? Mungkinkah dia sahabat Xyryll. Atau kekasih? Saudara barangkali? "Ah! Jangan terlalu difikirkan tentang seseorang yang kau sendiri tidak kenal, Asyraf", teriak hati kecilku.

"Asyraf."

Xyryll berdiri betul-betul di belakangku. Aku menoleh menghadapnya. Dari wajahnya aku tahu yang dia sememangnya menyembunyikan sesuatu. Dan jauh di dasar hati dan fikiranku, aku memberontak mahu mencungkil rahsia yang dipegang erat oleh Xyryll.

"Bukannya aku berniat nak berahsia... tapi, aku rasa aku perlu berterus terang.", tambah Xyryll. Dia kemudiannya duduk di atas katilku. Aku cuba bertindak seperti biasa, seolah-olah tiada keraguan dan kemusykilan dalam kepala. Cuba untuk membuat tidak tahu.

"Sebenarnya, Alya' tu kawan lama aku. Kawan sewaktu aku duduk di rumah lama. Di Cheras."

Aku diam. cuba mendengar setiap penerangan yang Xyryll berikan. Cuma sesekali aku mengangguk, memberikan respon supaya Xyryll meneruskan penceritaannya itu.

"Perempuan yang kau tenung-tenungkan time di Melaka Sentral tu adalah Alya'. Since kau tak nak and tak ada usaha nak dapatkan nombor telefon dia, so, aku bagilah nombor dia pada kau. Mungkin kau tak perasan aku letakkan kertas dalam kocek seluar kau waktu dalam bas Patt Hup haritu. Dan jujurnya, memang aku yang beria-ia menyuruh Alya' melayan setiap sms yang kau bagi kepadanya."

Diam.

"Aku harap kau tak kisah. Sebab aku tengok dari zaman kita sekolah menengah lagi, kau tak ada girlfriend... So..."

Belum sempat Xyryll menghabiskan ayatnya, aku menyampuk. Memutuskan bicaranya. Aku senyum kepuasan, setelah mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

"Terima kasih Xyryll, kau memang sahabat sejati. Kau tahu apa yang aku perlu kan?"

"Jadi, kau tak marah?", tanya Xyryll yang sedikit musykil.

"Tak. Dan kalau kau benarkan, boleh tak aku terus mahu berkawan dengan Alya'?", ujarku kepadanya.

---Bersambung...


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.