Sehingga hari ini, dengan berbaki beberapa hari saja lagi, undian mendapati slot Pantang Larang dalam blog ini perlu diteruskan. Jadi, aku teruskan lah jugak, walaupun aku sendiri tak pasti sampai edisi ke berapa patut aku wujudkn slot ini.

terima kasih kepada yang sudi mengundi. Haha, macam speech post-pilihan raya pulak.

By the way, Malaysia ni memang terkenal ngan budaya 'respek' dan saling menghormatinya. walaupun ada sesetengah perkara, pedoman kita ni sememangnya hilang dek hal-hal sensitif (kononnya lah). Tak perlu lah aku mengulas lanjut, sebab slot pantang larang kali ni nak membincangkan tentang satu budaya masyarakat Melayu (khususnya) yang menganut ajaran Islam. memanglah dalam perlembagaan ada statement yg mnyatakan Melayu = komfirm Islam! Tapi aku rasa dengan situasi sekarang ni, tak semua Melayu tu mengamalkan ajaran Islam. (insaf kejap...)

Maghrib or waktu senja memang sinonim dgn kesibukan para mak-mak dan bapak2 memastikan anak2 kecil mereka sudah sedia mandi dan bersedia menunaikan solat Maghrib. Ada juga family yang dinner waktu2 senja ni dan ketahuilah kita, sememangnya waktu senja ni adalah satu WAKTU YANG TIDAK SESUAI UNTUK BERSOSIAL.

Tak perlulah kita call org lain time2 Maghrib ni just semata2 nak bertanya khabar. Tak perlu juga menunggu Maghrib untuk menghantar juadah2 dan lauk pauk ke rumah jiran. Dan tak perlu juga menanti Maghrib untuk melepak dan melalak bagai orang histeria di tembok tepi longkang.

Tidak lah menjadi kesalahan; tapi ianya dah jadi sebahagian budaya kita. lagipun tak elok duk merayau2 time2 Maghrib ni. Syaitan tu tgh syok merewang2 juga. Bukan ke lebih baik kita duk je dalam rumah sambil menonton rancangan 'Mari Mengaji'? Or koman2 pun baca blog aku ni? Tak salah juga kalau waktu2 senja ni kita manfaatkan dengan beribadat. Tak pun tolong ibu potong sayur kat dapur?


betul tak?




NUke



New Limited Edition 'My Friends' T-Shirt from Bizandry.
July 2009



--------------------
DESIGN 01

Front - center

Back - center

--------------------
DESIGN 02

Front - center

Back - center

-------------------
DESIGN03

Front - Center

Back - Center

--------------------
DESIGN04

Front - Center

Back - Bottom Right

-------------------
DESIGN05

Front - Center

Back - Center

-------------------
DESIGN06

Front Only - Center

--------------------
DESIGN07

Front - Center

Back - Center

Note:-
T-Shirt color: BLACK
Short Sleeves : RM27
Long Sleeve : RM29
Baby-T : RM25
Available Size : S - 3XL

How to order?

For UKM students:
Simply SMS your name; college & room no; design no.; size, sleeve; quantity.

e.g Siti Nurhaliza, KUO 7A101, design03, M, Long, 1

For others:
Simply SMS your name; design no; size, sleeve; quantity.

and send to 012-6445789.


Such as more enquiries about ordering and payment (or if you want to see a better and clear version), feel free to contact me at nukerude@yahoo.com / 0133152081

NUke_Rude will be in UKM starting on this Friday, 31 July 2009 until 20 August 2009.

NUke


Sakit hati juga kan bila kita asyik diajukan dengan soalan yang sama berulang-ulang kali. Tak mengapalah, dah Tuhan ciptakan mulut, maka bertanyalah sepuas2 mungkin. Tapi kalau dah sampai tiap2 kali berjumpa dan asyik ditnya dengan soalan2 yang sama je, baran jugak kan?



Lumrah manusia.

Suka nak amik tahu hal2 peribadi orang lain.

Suka tak nak amik tahu perihal diri sendiri yg perlu diperbaiki.

Ada sesetengah perkara memanglah bagus untuk dikongsi bersama, tapi ada kalanya, it's better left unspoken. Ryte? ada sesetengah perkara yang tak boleh dikongsi. Justeru, aku memohon maaf daripada kawan-kawan. Sebab apa?

Ada perkara yang aku tak boleh kongsi. Kerana ianya terlalu peribadi dan berkaitan dengan family.

Full stop.



NUke

Salam.

Pertama-tama, sekalung takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang telah pun kembali ke rahmatullah. Segala hasil karya seni beliau kini diyakini kekal tersemat di dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia; khususnya.

---

Semalam, 25 Julai berlangsungnya majlis persandingan 2 mempelai yang rapat dengan diri aku. Siapa lagi kalau bukan kakak aku sendiri; Nurhidayah yang disatukan dengan pilihan hati yang juga sepupu.


Well, itu lah dia. Sebelum2 ni masing2 bercinta dengan orang lain. Last2, jodoh yang ditentukan tuhan tu sebenarnya depan mata saja. Betapa aku mengagumi kehebatan percaturan tuhan. So, kat sini aku letakkan beberapa gambar (3 je kot!) during majlis itu.



p/s: haha! no way la aku nak pakai baju melayu!

NUke


Siri 2

Tergamam. Aku terkedu. Dalam gigilan, aku masih cuba mahu menoleh perlahan. Tak mungkin yang berbisik itu seorang perempuan, kerana apa yang aku dengari hanyalah satu suara kasar milik seorang lelaki.

"Hahaha. Rileks lah Asyraf! Ni aku la!"

Serentak dengan itu, aku menarik nafas lega. Ku tarik juga zip seluarku setelah memastikan istinja'ku sempurna. Itulah Xyryll, rakan sebilik ku di Kolej Maju Cemerlang. Senyuman manis dilemparkan kepada ku. Oh, kalaulah aku ni seorang perempuan, semestinya aku cuba memikatnya. Ya lah, bertubuh sasa dan memiliki ketinggian yang sama dengan kebanyakan 'mat saleh', siapa saja pasti tergoda dengan kacak wajahnya.

"Kau nampak ke?", aku bertanya kepadanya, sambil menuju ke arah sinki untuk membilas tangan. Xyryll cuma tersenyum. Kemas dirinya dalam salinan kemeja putih berbelang biru. Dipadankan pula dengan sepasang jeans biru gelap yang semakin lusuh.

"Ah! Kau ingat aku ni apa? Tak ingin lah aku melihat 'anu' kau tu!", balasnya. Ianya diikuti dengan hilaian tawa. Xyryll kemudiannya meminta maaf kalau-kalau tindakannya itu tadi menakutkan aku. Aku hanya mampu untuk tertawa kecil.

Xyryll pun baru sahaja sampai di Melaka Sentral. Pun dalam perjalanan pulang ke kolej. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kolej bersama-sama. Sementara menunggu bas Patt Hup yang menuju ke Durian Tunggal tiba, kami menghabiskan masa berbicara tentang hal-hal yang berlaku di rumah masing-masing. Bercerita juga tentang perihal gadis-gadis yang lalu di sekeliling kami, sambil membandingkan aset-aset mereka. Biasalah, lelaki memang suka perbualan kotor.

---

Terpaku pandanganku kepada langkah manis si cantik itu. Ya, itu perempuan yang duduk di sebelah aku semasa di dalam bas. Aku menunjukkan isyarat diam kepada Xyryll lalu memerhatikan perempuan itu melangkah menuju keluar kompleks bas ini. Xyryll juga menoleh. Dia tersengih. Katanya, kalau sudah berkenan, cepat-cepat lah minta nombor telefon. Kiranya kalau bosan-bosan pun, boleh lah melayan mesej.

"Apalah kau ni, ke situ pula!" balasku cuba mengelak.

"Asyraf, aku ni kawan baik kau. Kita ni berkawan sejak Darjah Satu. Takkan lah aku masih tak mengenali kau. Kau ni dah macam adik-beradik aku sendiri, okay". Xyryll cuba mendorong aku untuk mengenali perempuan itu dengan lebih rapat. Namun, aku hanya mampu terpaku dan duduk di kerusi kusyen yang keras yang ada di dalam dewan menunggu itu.

---

4.00 petang.

Bas Patt Hup berwarna hijau itu pun tiba di platform. Sama seperti pemandangan biasa di mana-mana, manusia mulai sesak dan berebut untuk menaiki bas. Yang tua ditolak ke tepi, yang bunting terpaksa beralah, dan yang comel cantik didahulukan si jejaka. Budi bahasa kita entah ke mana. Aku membontoti Xyryll ke arah bas itu. Ditolaknya lelaki-lelaki miang yang menempel dan menghalang pintu bas dan terus masuk menuju ke arah tempat duduk paling belakang. Aku cuma menuruti.

Perjalanan singkat ini terasa sangat lama dek kerana bas yang dinaiki bukanlah bas ekspres, tapi bas lompat-lompat cuma. Aku yang sememangnya hilang mengantuk dek terhayun-hayun di dalam bas walaubagaimanapun kagum dengan kemampuan si Xyryll yang elok saja berdengkur di atas bahu kiriku.

Sekali lagi, diam.

---

Sesudah tiba di bilik, aku menyimpan semua kain bajuku yang ada di dalam beg ke dalam almari kayu yang usang itu. Peluh sudah lama kering pada tubuh badanku. Arief dan Fadhiri sudah hilang entah ke mana. Bermain badminton barangkali. Yang ada, cumalah si Xyryll yang sedia terbongkang di atas katil. Dalam pada aku mengemas baranganku, aku masih memikirkan peristiwa di tandas Melaka Sentral tadi.

"Bagaimana Xyryll boleh ada di situ? Adakah dia tahu aku pun berada di situ?", bisik hati kecilku.

Setelah semuanya kemas dan tersusun. Aku menanggalkan baju pagodaku, menampakkan susuk tubuhku yang sedikit berkilat akibat hujan peluh sepanjang hari. Ku capai tuala dan ku sangkutkannya di atas bahu kanan sambil tangan kiriku mula memeriksa kocek seluar jeans hitamku. Kosong. Cuma debu. Ku masukkan pula tangan ke poket kiri di bahagian belakang pula. Ternyata ianya berisi. Bukan sahaja debu, malah ada sekeping kertas kecil.

Hairan. Ku keluarkan isi poket itu dan ku baca tulisan pena merah pada permukaannya...

"Alya' - 015 337 9828"

Termenung sambil mula berfikir.

"Siapa pula Alya' ni?", soalan yang bermain dalam benak fikiranku.


---Bersambung...

p/s: sebutan Xyryll adalah 'Zairil'

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.