Salam.
Aku baru habis 2 paper. So, maknanya aku ada 3 paper lagi yang tak setel. Semoga aku berjaya dengan warna yg berterbangan.. Huhu.
So, ape yg aku nk kongsi hari ni? Hm, mungkin pasal makan2. Aku tahu kita semua suka makan2. Dan kita tak pedulikan hal lain selain makan2. Makan adalah penting unutk menyapot energy. Selain tu, makan2 jugak penting untuk membesarkan perut dan menarik perhatian wanita! cewah. Pernah tak kita betul2 pikir yg makanan yg kita makan tu sebenarnya betul2 healthy? Mungkin ada dikalangan korang yang begitu concern pasal bab2 makan ni. Tapi, aku tak! haha, aku rasa sebab tu aku ni maintain kurus je kot. Tak bertambah2 berat badan.. tang tu je..
Ye la, mana taknya.. kalo pergi mapley.. aku akan order Maggi goreng, tak nak sayur.. telur mata!. hahhaha. Oh, menu aku ni slalu ditiru oleh Nora de la la. Cis kepada beliau. Kalo pergi kat kedai Pak Ngah, aku akan order nasi pattaya, tapi still aku asingkan mixed vege tu.. especially carrot n peas. Aku tak suka la rasa mix vege tu. Rasa ais dlm freezer. Huhuhu.
Makanan yg sihat tu apa?
Aa.. kalau korang nak tahu, kena la tanya nutritionist ke.. ape ke. Sebab bdasarkan apa yang aku tahu, mkanan yg sehat tu.. adalah makanan yg mendatangkan kebaikan. Oh! Tapi statement tu mungkin dah tak valid. Sebab apa? Meh sini aku bagi contoh.
Che Didu berusia 10 thn. Dia pergi ke kedai Jimat untuk membeli makanan kegemarannya, tak lain tak bukan.. Jajan berperisa kari berapi. Jadi. dia menggambarkan makanan itu sebagai healthy food. Sebab makanan tu mendatangkan kebaikan kepadanya disebabkan adanya permainan percuma di dlm jajan itu.
maka, tafsiran healthy food as makanan yg mendatangkan kebaikan tu, maybe dah lari konsep. Oh! harus diingat.. makanan sihat juga tak berkait rapat dengan pengurusan ekonomi individu. Tak faham? meh aku bg contoh lagi...
Muskapar ada RM1.20. Dia mahu sekali memakan makanan yg healthy iaitu salad segar dingan minyak zaitun yg kurg kolestrol. Akan tetapi harganya RM12.50. Memandangkan dia tak cukup duit.. maka dia mengambl keputusan untuk membeli Jajan berperisa sayur yang berharga RM0.60 ... Pada pandangan Muskapar, Jajan sayur itu tetap memberikan zat2 seperti sayur dan salad segar walaupun hakikatnya jajan itu penuh dengan MSG yang menyebabkan kepala mengalami kebotakan.
Jadi, makanla makanan yang berkhasiat dan pastikan ianya betul2 healthy food.
NUke
Salam.
Sehingga saat ini, aku masih belum menguasai sepenuhnya subjek High Energy Physics yang mana examnya akan mendatangi aku pada esok petang. Haha. Banyak peristiwa yang berlaku hari ni. And aku tak mahu amik port sangat.
Oh, kebelakangan ni banyak benda serba tak kena. Aku pun tak tahu kenapa. Yang pasti, aku rasa aku sorg je kot yg mengalami perkara tu. Huhuhu.
Satu persoalan. Korang pernah tak rasa macam nak lempang je orang lain? haha. Aku pernah. Aku memang rasa bengang dengan orang yang mengetuk pntu bilik secara berterusan, dan bila kita buka, terus menerus orang tu tanya itu ini... Annoying bukan? Sekurang2nya bagilah salam dulu, or at least ade skit greetings, panggil nama ke.. ape ke. Ni tak. Bukak2 je pintu:
"Mana romate kau?" or;
"Weh, aku nak soalan past year subjek ni... itu ini.. itu.. itu itu.."
Bukan apa, kadang2 tu kita ni tengah sebuk pikirkan or lakukan hal2 lain, dan bila situasi camni jadi, maka kita akan jd blur jap and maybe tak faham kehendak si tetamu itu. So, saranan aku kepada diri sendiri dan juga kalian, agar beri salam, or greetings terlebih dahulu ketika mengetuk pintu bilik org lain, sebelum menyatakan hajat kedatangan anda tu... Huhuhu.
by the way, baju2 nukegroup tu telah menjadi perhatian kawan2 aku yang lain dan juga lecturer. Diorang minta aku re-print kan baju2 tu sebab dorg pun nak. huhuhuhu. So, sapa2 yg nak tengok design baju yg akan direprint tu, boleh la klik kat sini.
Hmm..
NUke
dalam topik : life, pantang larang
Salam.
Akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. Exam pertama aku unutk semester terakhir sudah pun berlalu dengan jayanya. Ok. aku tipu. Exam tu memang berlalu dengan jayanya, cuma aku je tak menjawabnya dengan jaya. Jadi, harapan aku untuk menggenggam A solid untuk subjek itu mungkin kabur (atau hilang dr pandangan sama sekali). Tapi, aku percaya akan kebesaran Tuhan. Aku nak minta agar si pemeriksa kertas jawapan itu akan berlembut hati. Amin...
Tak perlu kau pertikaikan perbualan aku dengan adik beradikku yang lain. Kami tahu sememangnya kami memiliki satu persamaaan. Suka membuat lawak sengal. Kadang2 aku pun malas nak layan diri sendiri. Tapi, berbual-bual dengan adik beradik yang lain sedikit sebanyak akan melegakan tegangan emosi yang sememangnya tak stabil.
Jika haritu aku berbicara tentang ibu, kali ni aku nak cerita pasal Opah. Ye, opah. Opah merupakan satu panggilan kepada nenek. Nenek pula adalah satu perkataan yang sinonim dengan Opah. Opah, Nenek, Tok Wan, Nanny, and the what so ever tu adalah panggilan cuma. Tak perlu lah kita gaduhkan tentang Opah.
Oh no, mood aku untuk bercerita tentang Opah telahpun musnah. Aku emosi sekejap, sesuai dengan tagline blog aku ni yg kini menjadi kegilaan belia-belia: "Kenapa aku emo ah?" yang mana kalau korang nak tahu, ibu aku pernah bertanya..."Emo tu apa nak?". Disebabkan aku ni mewarisi genetik lawak daripada En Mahmod, aku menjawab: "Ala.. Emo pun tak tahu? Tak rock ah camni, bu~"
Oh, sungguh tak percaya akan perbualan ku itu. Aku menasihati ibu2 dan bapa2 muda zaman sekarang ni utk menjaga perilaku dan perkataan yang anak2 anda luahkan agar tak menjadi seperti aku ni. Haha. Tapi, ibu aku memang slumber. Seslumber dia menggosok2kan kepala aku yang berambut cacak itu. Hey, kalau org lain, jgn harap la dapat pegang kepala aku..!
Entry ini lebih kepada perbualan satu hala dan sesi bercerita karut disebabkan hilang keyakinan diri disebabkan exam sebentar tadi.
Btw, baju nukegroup dah siap. Supposed ada 16 helai, tapi yang aku dapat cuma 15 helai je.. ni tgh dalam proses berurus niaga jap.
Korang tak rasa ke lately aku ni kurang self-confidence?
NUke
Salam.
Kau pernah dengar perkataan elektronik? Pernah? Bagus. Kau tahu apa maknanya? Tak tahu? Samalah dengan aku.
Kau belajar elektronik? Tidak? Kau memang rugi.
Aku belajar elektronik. Tapi, aku tak pernah nak score subjek ini selain swaktu time menengah rendah. Sebab aku suka subjek Kemahira Hidup, dan tajuk elektronik time sekolah menengah dulu sangat lah senang.
Universiti? Kenapa dengan universiti?
Oh... Aku faham maksud kamu.
Sangat berbeza... subjek elektronik di universiti ni memang berbeza.
Oh. memanglah... aku bukannya amik jurusan Kejuruteraan Elektrik/Elektronik. Sebabtu lah aku kata susah.
Tapi, aku kena belajar juga Elektronik Nuklear.
Sebab apa? Kau tanya aku sebab apa?
- Subjek Wajib Major
- Nak graduate
- Nak kena faham cara kerja instruments.
- Nak lulus exam...
Salah diri kamu itu.
Belajar dan menuntut ilmu kerana Allah s.w.t
bukan kerana nak lulus exam.
NUke
Salam.
pagi ni aku bangun tak berapa nak awal. Dengan keadaan sejuk disebabkan tak berbaju. Malam tadi, aku ada call ibu. Aku cerita semua yang aku rasa; tension, nearly give up, and almost tak tentu arah disebabkan aku down. Ibu terkejut and cakap nak dtg jumpa aku esoknya (hari ni).
Kul 11.
Ibu datang. First time aku rasa tak sabar nak jumpa and cium tgn ibu sepanjang aku study kat UKM ni. maklumlah, rumah aku ngan UKM ni takde la jauh sgt, dlm sejam lebih da bole sampai kalo naik motor. So, bagi aku yg mmg down ni, aku rasa peluang berjumpa ngan ibu sendiri itu amatlah berharga.
Aku drive keta. Tak banyak benda dibualkan. Sampailah kat kedai makan Pak Ngah. Aku duk dlm keta and crita semuanya kat ibu. Ibu nasihatkan aku. Banyak benda ibu cakapkan. Hubungan aku dengan kawan, hubungan aku dgn keluarga... and ibu ingatkan aku perkara yang paling penting; hubungan dengan Tuhan. Ibu suruh aku banyak berdoa dan memohon pada Allah, pencipta yang satu. Tapi, aku sedar akan dosa yang banyak ni... akankah doa aku diperkenankan? Oh tuhan. Kau maha hebat. Kau menguji aku dengan ujian ini. Mampukah aku mengharungi nya?
Aku sangat mengagumi ibu. Ibu pandai menukarkan mood yg sedih dan down menjadi ceria. Aku seronok mendengar jenaka ibu tentang adik-beradik aku yg lain. Aku terpesona dengan ibu yang asyik menikmati kerang rebus. Betapa aku bersyukur mempunyai ibu yang memahami kehendak emosi anaknya itu. Ibu tak memaksa aku untuk dapat pointer yang tinggi. Aku tahu itu. Tapi aku mahukan nya sebab aku mahu menunjukkan kepada ibu bahawa pelaburannya selama hampir 16 tahun sejak aku mula masuk sekolah rendah itu berbaloi.
Aku tak boleh berterusan untuk down. Kalau difikirkan, apa sajalah yang aku hadapi sekarang ini berbanding mereka yang jauh lebih susah dan teruk menghadapi ujianNya. Aku kena bangun dan teruskan hari2 mendatang.
Aku kena mula study untuk exam kali ni. Kalau tak, macam mana nk perform? macam mana nak tunjukkan kpd ibu bhwa pelaburannya itu berbaloi?
Terima kasih ibu. saya sayang ibu.
NUke


