Okay lah. Actually, dah lama nak post entry pasal Langkawi ni, tapi (kononnya) sibuk memanjang. Panjang ke? Biasa je. Anyway, nak dijadikan cerita, awal Januari 2015 haritu (now dah June, kan?) aku decided to have a short trip to Langkawi, Kedah. Tujuannya hanya untuk bercuti membawa diri memandangkan almost 5 weeks before that aku bekerja non-stop (even during weekends).

So, cut it short; aku called Ri, ajak dia join trip ni sekali. He said OK! Great!

Jadinya, ke Langkawi lee kite.

Pantai Chenang baq hang!

Not that aku tak pernah pergi Langkawi sebelum ni. Kalau ta silap aku, masuk trip kali ni, dah 5 kali aku ke sana. What is good about Langkawi is, you'll always get a chance to do new things there. Contohnya, macam makan ais krim kat puncak gunung, lepas naik cable car; mandi laut di Tanjung Rhu, beli aircraft model A380 MAS; dan pergi Pantai Chenang, tapi tak mandi sebab dah tengahari.


Casa Fina baq hang! Tempat kitorang stay. Cara gak! Kat Pantai Chenang!

Cable Car baq hang! Sejuk baq hang!

Street Arts kat Pantai Chenang baq hang! Kalau nak amik gambaq, kena mai sini before 11am.

Nasi Dagang baq hang! Mai singgah! Sebelum simpang ke Makam Mahsuri! View cantik baq hang!

Tanjung Rhu baq hang! Banyak mat salleh shirtless and berbikini baq hang!


The point here is that sometimes, kita kena sayangi diri sendiri. Don't overwork because you will eventually put yourself in an unhealthy situation; and eventually dies. Hahaha. No, just don't overwork.



NUke


Siri Kosong

Maafkanlah, pintaku begitu. Tak terdaya tanpamu, menjaga cintamu.
Tak Cuba Kembali; Asfan

"Can we meet up?", bicara Xyryll, membuka kata sementelah sudah lama tidak berhubung dengan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya - Alya'. Jauh di gagang telefon, satu kesunyian membisu. Tidak mengiya, tidak menafi. Tidak bersetuju, tidak menolak. Namun, apa yang pasti, kedua-dua insan itu sebenarnya merindui satu sama lain. Tetapi, mengenangkan kesongsangan lelaki bernama Xyryll itu, Alya' kembali menetapkan pendiriannya; untuk terus menyendiri sehingga bertemu insan yang lain. Bukan Xyryll. Bukan juga Asyraf. Walaupun, ingin sekali dia mengenali Asyraf. Ingin.

"Okay. Date and time?"

Mengalah.

--

Sudah lebih 4 tahun hubungan cintanya dengan jejaka itu putus. Semuanya dek perancangan bodoh untuk 'memberi peluang' kepada Asyraf yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Akhirnya, apa yang dia dapat? Dapat tahu yang Xyryll, kekasihnya waktu itu juga memendam rasa dengan Asyraf. Dan peluangnya untuk mengenali Asyraf juga hancur. Apatah lagi 'peluang' yang kononnya mahu diberikan kepada Asyraf... hilang entah ke mana. Alya' berasa bodoh dengan tindakannya sendiri. Bodoh! Memang bodoh! Tetapi dia bersyukur dalam masa yang sama... memandangkan insiden itu telah menunjukkan belang Xyryll yang sebenar. Konklusinya mudah, iaitu "lelaki bertubuh sasa... majoritinya adalah gay!".

"Aku lebih percayakan lelaki kurus bak Osman Kering...", bisik nalurinya. Mengambil iktibar.

"What if... kita mula semula?", soal Xyryll memecah kebuntuan bicara di antara kedua manusia yang melepak di Starbuck itu. - Starbuck; simbol lokasi para lelaki songsang berkumpul.

"You mean?", segera gadis bertudung itu merapatkan pandangannya ke arah Xyryll. Sejak memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, penampilannya diakui semakin menarik; sesuai dengan kerjayanya.

"Me and you... together.. again.. macam dulu-dulu?", soal gadis itu lagi. Gadis? Atau mungkin lebih profesional jika dipanggil wanita bekerjaya. Tas tangannya dicapai. iPhone-nya juga dicapai. Ingin memulakan langkah untuk pergi meninggalkan Xyryll yang termangu buntu. Sebelum dia sempat menggenggam tangan wanita itu, bahunya ditepuk dan ditekan oleh seorang lelaki; memaksanya untuk kekal duduk di kerusi.

"Sorry, Xyryll. But I think my sister dah buat keputusannya. Iaitu... Tidak!"

Amiroul, adik Alya' yang sengaja diajak dan diminta memerhati dari jauh bertindak menyelamatkan maruah kakaknya. Tak elok jika dia hanya membiarkan kakaknya disentuh oleh seseorang yang bukan mahramnya. At least, not in front of him.

"Assalamualaikum.", itulah kata terakhir Amiroul kepada Xyryll. Sebelum bersama-sama dengan kakaknya melangkah pergi.

***

[End of KAC series]


NUke


Few months back -  I think around August 2014 kot, aku ada join peraduan #StopMissingOut anjuran BlackBerry Malaysia.



Yeah, I knew what you're thinking. BlackBerry? Siapa je yang pakai BB? Or masih ada lagi ke BB kat dunia ni. TRUST me, aku guna phone BlackBerry. Problem?


Senang je contest tu btw, just snap pictures on how BB helps you in your daily life. So, aku hantar lah satu gambar ni. Tup tup! rupanya aku menang hadiah mingguan! Dapatlah voucher KFC bernilai RM50. Gila best time tu sebab boleh melantak KFC tetiap hari! Time aku gi tuntut hadiah tu kat KL, staff yang uruskan pasal peraduan tu siap tanya lagi, model BB apa yang aku pakai; which is Z30; so, qualified for another 2 entries.

Tak fikir panjang, aku hantar entry aku yang kedua. And I have forgotten about it pun, sebenanrnya. Not long after that, I got a call from the organizer saying that I'm among the grand prize winner...which is a fully-sponsored hang out session with singer-songwriter, Aizat Amdan!





Gembiraku bukan kepalang.

So, apa je aktiviti kitaorang? Lepak breakfast dengan Aizat & the BB team, and the other winner kat the Curve. Lepak makan sambil the BB team hulurkan bermacam-macam lagi hadiah kat aku. Among them are 2 GSC Signature tickets, Sony earphones & KFC vouchers worth RM100. While Aizat, courtesy of Kasi Gegar Entertainment handed over his album complete with his autograph. Not only that, semua pemenang dikejutkan dengan 'hadiah 3 CD/Album percuma dari kedai Rock Corner'. Pilih je lah apa yang ko suka - konsepnya!

And yang paling teruja - to appear in Aizat's latest music video 'Catwalk ke Balai'. So, dekat sejam yang terakhir daripada sesi pertemuan tu, kitorang basically merakam shots untuk Aizat's MV. But, if you guys really follow his updates, aku rasa project MV ni macam tak tahu development macamana. Mungkin proceed atau tidak. Kalau jadi, ada lah muka aku nanti kot kat dalam tu.

Kalau takde, makanya takde lah rezeki kome nak nengok wajah abang di dalam MV tu. Haaa.


Regardless anything,  I am very thankful to Allah for this opportunity - meeting Aizat and the rest of the team; spending times doing funny things and for the foods and drinks. And oh, Aizat secara peribadinya adalah seorang artis yang sangat humble and easy going. Looking forward to meet him (again) some day?! Who knows?



#StopMissingOut

NUke

supposed you are 67 today.











Saya rindu Ayah.





Happy birthday!




NUke

Lintas langsung dari Starbucks Alamanda. Penaja utama wifi untuk sesi mengupdate blog kali ini.

Anyhow, I am truly blessed with my 2015 so far, though I have not been able to update my blog more often; compared to the previous previous previous years. I guess, kata orang-orang tua tu ada betulnya; bila kita dah makin tua dan matang or dewasa; kita banyak mengabaikan benda-benda yang kita suka secara tidak sedar. I was very passionate about blogging once. But now? Aku pun tak tahu,

Back to the main agenda of this entry, I was very grateful to Allah sebab mengurniakan rezeki dan 'Tuah' yang sangat banyak sepanjang hampir 27 tahun aku hidup di Bumi-Nya ini. Among the recent one was '8TV Quickie Quiz'.

Alah, yang selalu ada peraduan time malam-malam tu. Diorang suruh call, kalau jawab soalan dengan betul, dapat hadiah!

Ceritanya begini... waktu tu, aku dan kawan seofis ada kursus di luar; lagi pun waktu tu memang dah dekat hujung-hujung tahun pun. Malam tu, kitorang pun layan lah cerita apa entah kat 8TV tu...sampai lah habis. Nak dijadikan cerita, lepas movie tu habis, keluarlah slot 8TV Quickie nih. Dan ketika itu lah, aku dengan yakinnya mengeluarkan statement kat member aku ni; lebih kurang cenggini

Rasanya tahun ni macam tak menang apa-apa lagi lah!

Dan lepas je Nadia (host 8TV Quickie at that time) suruh penonton call untuk jawab soalan, terus lah aku call! Mencuba nasib katanya! Dapat go through pulaaaaaak! Now, this is luck! And to cut it short, aku dapat lah jawab soalan yang ditanya tu. actually, aku pun xtahu apa benda yang aku menang, until 2nd of January 2015, one of the 8TV staff called and asked me to present at KL Live the next day. Katanya aku menang tiket concert.






Konsert BASTILLE rupanya! Dah lah aku memang bercita-cita nak pergi konsert tu! Nasib baik tak beli tiket awal2. Aku ajak member ofis aku tu at first; but he refused (he later found out that the invitation was fully sponsored, padan muka!). Penyudahnya aku ajak Nazrin.

So, yeah. Few days later, the same staff from 8TV called me and told me that I can now collect my other prizes at their office...which is until now, aku tak amik2! Katanya ada album baru Foo Fighters, and some other goodies. Nantilah aku pergi amik!





Luck? Maybe. 

Always.

Thank you. Alhamdulillah.




NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.