Siri Kosong

Maafkanlah, pintaku begitu. Tak terdaya tanpamu, menjaga cintamu.
Tak Cuba Kembali; Asfan

"Can we meet up?", bicara Xyryll, membuka kata sementelah sudah lama tidak berhubung dengan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya - Alya'. Jauh di gagang telefon, satu kesunyian membisu. Tidak mengiya, tidak menafi. Tidak bersetuju, tidak menolak. Namun, apa yang pasti, kedua-dua insan itu sebenarnya merindui satu sama lain. Tetapi, mengenangkan kesongsangan lelaki bernama Xyryll itu, Alya' kembali menetapkan pendiriannya; untuk terus menyendiri sehingga bertemu insan yang lain. Bukan Xyryll. Bukan juga Asyraf. Walaupun, ingin sekali dia mengenali Asyraf. Ingin.

"Okay. Date and time?"

Mengalah.

--

Sudah lebih 4 tahun hubungan cintanya dengan jejaka itu putus. Semuanya dek perancangan bodoh untuk 'memberi peluang' kepada Asyraf yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Akhirnya, apa yang dia dapat? Dapat tahu yang Xyryll, kekasihnya waktu itu juga memendam rasa dengan Asyraf. Dan peluangnya untuk mengenali Asyraf juga hancur. Apatah lagi 'peluang' yang kononnya mahu diberikan kepada Asyraf... hilang entah ke mana. Alya' berasa bodoh dengan tindakannya sendiri. Bodoh! Memang bodoh! Tetapi dia bersyukur dalam masa yang sama... memandangkan insiden itu telah menunjukkan belang Xyryll yang sebenar. Konklusinya mudah, iaitu "lelaki bertubuh sasa... majoritinya adalah gay!".

"Aku lebih percayakan lelaki kurus bak Osman Kering...", bisik nalurinya. Mengambil iktibar.

"What if... kita mula semula?", soal Xyryll memecah kebuntuan bicara di antara kedua manusia yang melepak di Starbuck itu. - Starbuck; simbol lokasi para lelaki songsang berkumpul.

"You mean?", segera gadis bertudung itu merapatkan pandangannya ke arah Xyryll. Sejak memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, penampilannya diakui semakin menarik; sesuai dengan kerjayanya.

"Me and you... together.. again.. macam dulu-dulu?", soal gadis itu lagi. Gadis? Atau mungkin lebih profesional jika dipanggil wanita bekerjaya. Tas tangannya dicapai. iPhone-nya juga dicapai. Ingin memulakan langkah untuk pergi meninggalkan Xyryll yang termangu buntu. Sebelum dia sempat menggenggam tangan wanita itu, bahunya ditepuk dan ditekan oleh seorang lelaki; memaksanya untuk kekal duduk di kerusi.

"Sorry, Xyryll. But I think my sister dah buat keputusannya. Iaitu... Tidak!"

Amiroul, adik Alya' yang sengaja diajak dan diminta memerhati dari jauh bertindak menyelamatkan maruah kakaknya. Tak elok jika dia hanya membiarkan kakaknya disentuh oleh seseorang yang bukan mahramnya. At least, not in front of him.

"Assalamualaikum.", itulah kata terakhir Amiroul kepada Xyryll. Sebelum bersama-sama dengan kakaknya melangkah pergi.

***

[End of KAC series]


NUke


0 Comments:

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.