Siri 4
Minggu-minggu pengajaran dan kuliah
berlalu seperti normal. Tiada drama-drama atau babak-babak besar berlaku di
antara Xyryll dan Asyraf. Melihat akan situasi ini, Arief berasa sedikit lega
mengenangkan kedua-dua sahabatnya itu kini sudah berbaik. Ya, seperti apa yang
diberitahu oleh Asyraf kepadanya; dia dan Xyryll kini hanya sekadar kawan.
Tidak lebih daripada itu.
Kedua-dua lelaki itu kembali rapat dan
ini mengundangkan rasa menyampah Meor terhadap Xyryll yang disangkakan sudah
kembali bertaut cinta dengan lelaki yang diminati itu. Rasa geram itu ditambah
lagi dengan tindakan Asyraf yang tidak membalas satu pun pesanan ringkas yang
dikirimkan kepadanya setiap hari semenjak cuti semester yang lalu.
“Sial betul mamat ni! Sekarang dah rapat
balik dengan Asyraf!” bebelnya berseorangan sambil memerhatikan kedua-dua
jejaka itu melangkah menuju ke kafeteria untuk minum petang.
“Asyraf pun satu! Tak serik-serik lagi
kah ditipu jantan tu?”
“Apa benda yang best sangat si Xyryll tu
pun, aku tak tahu.”
Dalam kegeramannya memerhati perlakuan
mereka dari jauh, Nizam datang menghampiri Meor, bertanyakan perihal apa yang
dingomelkan seorang diri itu. Dalam diam, dia sebenarnya mengidam juga untuk
merasa kehangatan tubuh Xyryll, sama macam apa yang pernah dinikmatinya satu
masa dulu.
“Oh! Kau usha Xyryll ya!”, tegur Nizam
menghangatkan lagi hati Meor yang sememangsya sudah panas.
“Kepala hotak kau!”
“Buat apa aku nak usha mamat tu…”
“Aku tengah usha Asyraf…”
Mencebik bibir. Nizam seolah-olah hairan
kenapa Meor masih tergila-gilakan si Asyraf itu. Pada pendapatnya, Xyryll itu
lebih menarik perhatian. Hot Stuff dari pandangan matanya.
“…badan sedap, tinggi pulak tu… dan ‘barang’
pun baik!” spontan Nizam membogelkan personaliti Xyryll kepada Meor. Dan
peluang ini digunakan Meor untuk memujuk dan menghasut Nizam untuk sama-sama
meneruskan niat jahatnya; menyingkirkan Xyryll daripada liga perebutan Asyraf.
“Kau tak nak main lagi ke dengan mamat
tu?” soal Meor. Benci.
“Kau gila!? Siapa je yang tak nak?”
sambut Nizam. Nafsu.
Memandangkan Nizam memberikan
tindakbalas dan respon yang mahu didengarinya, Meor mengambil kesempatan ini
untuk terus memperapi-apikan gelora nafsu Nizam untuk sama menggoda Xyryll.
Menjauhkan ‘mamat’ itu daipada fokus cinta yang masih belum termiliki Meor,
yakni Asyraf. Mereka kemudian khayal membayangkan bagaimana mahu memenuhi
kehendak hati masing-masing, sehinggalah termampu untuk merangka idea dan
konspirasi lahanat demi merealisasikan impian masing-masing.
Mendengar rancangan syaitan yang
dibisikkan Meor kepadanya, Nizam menjadi kaget. Tidak mampu bertutur kata.
Mungkin terlalu perinci rancangan jahat yang didengari itu, atau terlalu benar
untuk menjadi kenyataan.
Pun begitu, dia sebenarnya menyangka
konspirasi jahat mereka sepatutnya berakhir ketika di surau kolej tempoh hari.
“Kau serius ke ni, Meor? Aku ingatkan
benda ni settle kat surau hari itu saja.” Ucap Nizam mendapatkan kepastian
tentang rancangan jahat yang dibentangkan Meor.
“Dah alang-alang lecturer dah tau pasal
dia… ini saja lah masanya!” balas Meor dengan lirikan matanya memandang langit,
membayangkan apa yang bakal dilakukan dan apa pembalasan yang bakal diterima
Xyryll kelak.
Membiarkan Nizam termagu tidak pasti sama
ada dia masih mahu terlibat sama; atau tidak.
--
Dingin malam di bumi Melaka itu tidak
menghalang langsung kesungguhan Fadhiri untuk ke surau, melaksanakan solat
Maghrib berjemaah. Dia tekad, untuk semester terakhir ini, dia sebolehnya tidak
mahu terlepas ke surau pada setiap malam – untuk menunaikan solat Maghrib dan
Isya’. Dan mungkin ramai yang tidak peduli atau perasan, khutbah Maghrib dan
ceramah ketika malam Jumaat pada minggu-minggu berlalu lebih menyentuh akan
perihal salah laku disiplin pelajar, nilai-nilai murni pelajar, serta
kecenderungan homoseksualiti di kalangan pelajar. Antara keempat-empat teman
sebilik itu; hanya Fadhiri yang ternotis akan perkara ini. Lalu diambil
keputusan untuk bertanyakan sesuatu kepada Ustaz Zainuddin setelah beliau
selesai memberikan kuliah Maghrib sebentar nanti.
--
Manakala di suatu lokasi yang lain,
Arief yang sedang sibuk menyiapkan tugasan berkumpulan bersama-sama rakan
tutorialnya yang lain dikejutkan dengan satu cerita daripada Fatin yang mana
isi kandungannya lebih berpusat kepada apa yang didengarinya ketika berjumpa
pensyarah siang tadi.
Fatin menceritakan akan perbualan yang
didengarinya di antara pensyarah-pensyarah di Jabatan Matematik ketika berjumpa
dengan seorang pensyarah pada awal petang tadi. Menurut apa yang didengarinya,
sekarang ini para pensyarah sedang sibuk membincangkan tentang salahlaku
pelajar yang semakin menjadi-jadi, dan juga membincangkan tentang seorang
pelajar lelaki jurusan Fizik yang tidak diketahui siapa.
Tanpa sebarang prejudis, Arief
membiarkan apa yang didengari itu begitu saja dan dianggap sebagai halwa
telinga semata-mata, lalu mengembalikan tumpuan kepada tugasan yang perlu
disiapkan itu.
Tidak menyedari hakikat bahawa dia
sebenarnya kenal benar dengan pelajar lelaki jurusan Fizik yang diperkatakan
oleh pensyarah-pensyarah itu.
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
Siri 3
Sekembalinya Asyraf ke rumah keluarganya
di Kuala Lumpur, hatinya sedikit sebanyak merasakan sayu. Tidak disangka dia
kini dalam kondisi yang tidak bertegur sapa dengan teman karibnya. Barangkali
bekas teman karib. Ah, serabut bila difikirkan! Dia hanya mempunyai tiga minggu
untuk menenangkan fikiran daripada kekusutan perhubungan cinta songsang yang
dilalui sepanjang semester lalu. Lebih teruk, Xyryll adalah teman karib dan
rakan sebiliknya. Mengeluh panjang.
Tambah-tambah pula, si ibu sering
bertanyakan perihal Xyryll ketika mereka menjamu makan malam di dapur. Ayah
juga sesekali menyampuk kehairanan menyedari Xyryll sudah tidak datang bermalam
di banglo ini; tidak seperti dahulu kala.
“Entah lah ayah, dia pun nak luangkan
masa dengan keluarga dia juga.” Sebaris saja ayat yang dibalas Asyraf pabila
kedua-dua orang tuanya bertanyakan perihal Xyryll.
Konflik. Jika dua individu diletakkan
terlalu rapat dan bersama, adakalanya, rimas mula menguasai diri. Kebebasan dan
ruang berjauhan dirasakan perlu untuk sama-sama memperbaiki kelemahan dan
segala macam gaduh yang pernah dilalui.
Telefon bimbit dicapai.
Xyryll, how r u?
Options; Cancel.
Lima minit berselang, sambil-sambil
Asyraf melayan majalah di atas kamar beradunya, deringan notifikasi pesanan
ringkas pun berbunyi. Segera dicapai dan nafas panjang diambil sebelum membaca
isi kandungan mesej yang diterima daripada…
“…Meor?” pelik.
Tiba2 terigt kt kau. Rindu kot.
Goodnight! :)
--
Malam itu adalah malam Jumaat pertama
dalam semester baru. Semester akhir buat mereka semua. Mereka-mereka yang
berada di dalam bilik itu mengambil keputusan untuk sama-sama ke surau,
mengerjakan solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah. Tambahan pula ada bacaan
Yaasin.
Saf dirapatkan. Tumit-tumit kaki para
jemaah berada segaris. Bahu bersentuh bahu, antara satu sama lain. Saf di
hadapan yang kosong, segera dipenuhkan oleh si jemaah di barisan belakang.
Untuk khusyuk dalam kewajibannya sebagai
seorang Muslim, adalah perlu untuk Asyraf membuang segala rasa dendam dan kurang
selesa terhadap Xyryll yang berdiri di sebelahnya. Akan sedaya upaya dia mahu
melupakan segala yang pernah terjalin antara mereka. Akan sedaya dan semahunya
dia kembali ke jalan-Nya. Mencari kedamaian dan ketenangan yang sudah hilang
dalam hatinya.
“Allahu Akbar!” Imam melaungkan takbir,
bermulanya himpunan Mukminin dan Mukminat dalam mencari satu kedamaian, di
samping melaksanakan lagi tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam.
--
Sepatu disarungkan di kedua-kedua kaki.
Sejadah pemberian ibu segera diletakkan di atas bahu kiri. Asyraf hanya menanti
teman-teman sebiliknya untuk keluar dari surau; untuk sama-sama menikmati makan
malam, seperti yang dijanjikan. Jauh di benak sanubari, dia sebenarnya merindui
keakraban antara mereka. Ralat. Barangkali hanya keakraban antara dirinya
dengan Xyryll.
“Assalamualaikum”, sapa Xyryll yang
lengkap berbaju Melayu hitam, dipadankan dengan kain pelikat hijau.
“Waalaikumussalam”, balas Asyraf.
Seolah-olah asing, walaupun seketika dulu pernah bertaut tubuh-tubuh itu.
“Asyraf.”
“Aku minta maaf. Sejujurnya aku
betul-betul minta maaf atas apa yang dah berlaku.” Nada suara Xyryll sedikit
bergetar menyampaikan maaf secara ikhlas dan tulus daripada sahabatnya itu.
“Aku pun. Maaf sebab tumbuk muka kau
tempoh hari.” Jatuh juga ego dendam dan marah Asyraf ketika ini.
“Jadi, kau masih boleh terima aku?”,
soal Xyryll mendapatkan kepastian.
Asyraf memandang seketika wajah Xyryll
yang masih kelihatan keliru. Dialihkan semula pandangan ke muka pintu surau,
memerhatikan dua lagi rakan sebiliknya yang sedang terkial-kial mencari selipar
masing-masing. Membiarkan Xyryll ternanti-nanti jawapan daripadanya.
“Boleh.”
“Hanya sebagai kawan.”
“Dan aku sendiri pun rasa kalau berlebih
daripada itu mungkin takkan berjaya.” Asyraf berterus-terang merujuk kepada
cinta yang pernah berbunga di antara mereka.
“Terima kasih, Asyraf!” Refleks Xyryll
terus menyentap tubuh Asyraf yang sedikit kecil daripadanya itu, lalu memeluk
ikhlas tanpa segan silu. Lama rasanya tidak terasa bahang tubuh sahabatnya itu.
Lama pelukan yang diberikan Xyryll itu. Yang termampu dibalas Asyraf hanyalah
satu dua tepukan perlahan ke belakang tubuh Xyryll, sebelum sopan menolak tubuh
Xyryll.
Dan masing-masing kini mengerti. Antara
mereka, ada garisan pemisah yang tidak kelihatan. Mereka kini tidak lebih
daripada seorang kawan.
“Ryll…”
“Ya?”
“Lain kali jangan lupa pakai spender
atau boxer, eh?”
“Kenapa?”
“Aku dapat rasa lah! Kau stim!”
“Kau bagitahu aku, siapa je tak stim
kalau dapat peluk kau?!”
“Hahahahaha…”
Tanpa disedari, perlakuan mereka di
perkarangan surau yang sedikit mesra itu terlihat oleh Ustaz Zainuddin dan
beberapa pensyarah dan pelajar lain yang kebetulan mahu keluar dari surau,
menyambung urusan duniawi masing-masing.
“Astaghfirullah al’azim. Budak-budak
zaman sekarang ni, makin pelik ditengoknya.”
“Alah, Ustaz. Apa nak dihairankannya?
Bukannya berpeluk antara lelaki dengan perempuan.”, sampuk pensyarah muda
Matematik, Dr. Khairi, rakan sekerjanya.
“Ish! Sekarang ni, macam-macam boleh
jadi! Yang berpelukan sesama jantina ni lah yang lagi kita kena perhatikan!”,
balas Ustaz Zainuddin, meyakinkan hujahnya.
“Heh, betul cakap Dr. Khairi tu Ustaz.
Apa benda yang nak dihairankan? Mereka berdua tu memang pasangan kekasih pun…”,
suatu suara lain menyampuk perbualan dua tenaga pengajar itu.
Berpaling masing-masing. Baik Ustaz Zainuddin, mahupun Dr. Khairi. Keliru dan
terkejut dengan ayat spontan yang didengari dari belakang tubuh masing-masing.
“Ustaz
memang tidak tahu ke? Khabarnya, mereka berdua tu memang tengah hangat
bercinta! Dari semester lepas lagi.” sambung seorang lagi individu lain sambil
terkial-kial mencari selipar miliknya di perkarangan surau yang sedikit gelap
itu.
“Ya ke?! Mana kamu tahu ni? Kamu jangan
nak buat-buat cerita! Fitnah namanya tu!”, Dr. Khairi cuba mendapatkan
kepastian; dalam masa yang sama cuba menegur kalau-kalau apa yang disampaikan dua
lelaki itu tadi hanyalah khabar angin cuma.
“Alah, Dr. Khairi ni… Saya kenal sangat
dengan budak-budak lelaki tu.”
“Tu! Yang pakai baju Melayu hitam tu!”
Mulutnya dijuih menunjukkan ke arah Xyryll yang kini sudah pun ditemani
rakan-rakan sebiliknya, dan kini menuju ke arah kafeteria untuk menikmati makan
malam bersama.
“Namanya Xyryll. Ramai yang tahu dia tu songsang.
Minat kepada lelaki. Tapi, ada juga yang cakap dia tu minat kepada perempuan.”, sambung lelaki itu.
“Saya sendiri pun tak tahulah, Ustaz.
Yang mana satu betul, yang mana satu salah.”, sampuk lelaki kedua tadi, setelah
terjumpa sepatu yang dicari-cari sebentar tadi.
“Okay lah, Ustaz dan Dr. Khairi. Kami
minta diri dulu, nak cepat balik ke bilik, ada kerja tutorial nak disiapkan.”
Tangan dihulur oleh kedua-dua lelaki itu untuk bersalaman dengan kedua-dua
pensyarah. Mereka kemudiannya berlalu pergi meninggalkan kedua mereka berfikir
tentang apa yang baru diperkatakan dan dibincangkan sebentar tadi.
“Aku jamin, lepas ni Xyryll tu mesti
kena punyalah!” bicara Meor bersendirian setelah berjaya memberikan tanggapan
buruk terhadap Xyryll kepada dua pensyarah itu tadi. Dia kemudiannya
berpaling kepada sahabat konspirasi yang berjalan di sebelah kirinya itu dan melemparkan
satu senyuman puas.
“Terima kasih, Nizam.”
--Bersambung...
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
Siri 2
Hari-hari berlalu menyaksikan si
penghuni bilik itu tidak pernah cukup qorumnya. Jika Asyraf keluar makan
bersama-sama Fadhiri dan Arief, pasti tiada Xyryll menemani. Begitu juga
sebaliknya, jika Xyryll keluar makan bersama kedua teman sebiliknya yang lain,
pasti tidak disertai oleh Asyraf. Semua ini berlarutan sehinggalah minggu
peperiksaan semester; yang hanya berbaki seminggu saja lagi.
Dan Arief yang sememangnya ‘berfikiran
terbuka’ mengesyaki sesuatu sedang berlaku. Sudah lama dia berasakan akan
perkara ini. Dia yang akrab dengan Xyryll dan Asyraf merasakan perlu untuk
dirinya memainkan peranan dalam memperbaiki hubungan sahabat dua lelaki ini.
Dia perlu bersifat diplomatik.
Merenung jauh ke dalam buku rujukan
Anatomi yang dipinjam dari perpustakaan tempoh hari, Arief tidaklah memberikan
fokusnya kepada apa yang ditelaah, walaupun peperiksaan Biologi akan
dihadapinya dalam masa empat hari lagi. Dia cuma ingin meneliti semula
personaliti kedua-dua sahabatnya itu.
Sungguhpun bersaiz sedikit kecil
berbanding kenalan yang lain, Asyraf memiliki kekuatan mental yang luar biasa.
Gurauan baik kecil, dan kasar yang dilempakan kepadanya dengan mudah diambil
ringan tanpa dendam di hati. Pun, tembok keutuhan itu mudah rapuh apabila dia
berada dengan teman rapat dan juga orang tersayang. Arief masih ingat lagi
suatu ketika dahulu di mana Asyraf pernah terganggu emosinya bila Arief
bersama-sama Xyryll dan Fadhiri sengaja meninggalkannya bersendirian di
kafeteria sementelah mereka usai menikmati makan malam. Dan akibatnya, dua
minggu tidak bertegur sapa dan mengambil peduli. Sungguhpun beribu kali maaf dibicarakan. Kepercayaannya usah sesekali dicalarkan.
Arief juga tahu bahawa Asyraf ini adalah
seorang insan yang setia. Baik kepada manusia lain, ataupun segala macam
perkara. Kalau itulah pilihannya, itu jugalah menjadi kegemarannya. Sukar
berpaling. Arief juga masih ingat akan perbualan mereka ketika minggu-minggu
awal perkenalan mereka di kolej ini;
“Asyraf, kau ni memang suka makan ayam
kicap eh? Tiap-tiap hari makan benda yang sama.”
“Kau tahu Arief, aku, kalau dah suka
dengan satu benda ni; boleh kata sampai mati lah aku akan suka!”
“Untung lah siapa yang jadi awek kau
nanti!”
“Haha! Itu lah. Tapi aku tak ada girlfriend,
macam mana?”
“Ah, tipu lah kau!”
“Dulu waktu zaman sekolah, aku pernah
lah suka seorang perempuan ni. Tapi, dia dah ada teman lelaki. But that does
not stop me from terus meminati dia, right?”
“Sampai sekarang?”
“Ya. Selagi tiada orang lain yang dapat
mencuri hati aku lagi la.”
Halaman lain diselak. Arief menanggalkan
cermin matanya lalu diletakkan ke tepi. Dia mengambil keputusan untuk
berbaring. Dia kini tahu, untuk berbincang dan berbicara dengan Asyraf, dia
perlu masuk dan hanyut bersama-sama emosi lelaki itu. Dan dia juga tahu, untuk
memberikan sebarang pendapat, ayat-ayatnya perlu disusun supaya tidak disalah
tafsirkan. Asyraf adalah seorang lelaki yang kuat luarannya, namun sensitif di
dasar hati. Juga, lelaki itu sangat menghargai cinta yang diterima.
Mungkin kesemua ini sedikit berbeza
dengan Xyryll.
Memiliki susuk tubuh yang sedap
dipandang, Xyryll ternyata seorang yang berkeyakinan tinggi dalam segala segi.
Tak mustahil semua itu membuatkan dia memiliki ‘wow-factor’ di mata mereka yang
melihatnya. Sikapnya yang ramah membuatkan dia mudah didekati, walaupun pada
hakikatnya dia adalah seorang yang pemalu pada tempat-tempatnya.
Pemilik nama Xyryll itu juga sebenarnya
sangat teliti dan cuai dalam masa yang sama. Selain memiliki bakat dalam membaca
fikiran orang lain. Namun, semua itu ibarat bercelaru apabila dirinya ada
bersama-sama dengan Asyraf. Dan Arief juga terperasan akan perihal ini.
Jika mereka berdua bersama-sama, Xyryll
acapkali kelihatan bodoh dan tidak berupaya mengawal tingkah laku. Dia seperti
keanak-anakan walhal jika bersama kenalan lain, Xyryll lah yang seringkali
mendominasi; menentukan arah perbualan, bijak bertutur kata, dan bersikap
spontan yang masuk akal. Dia akan selalu berdamping dengan insan lain, baik
teman sebilik, rakan sekuliah, atau kenalan lain.
Dan ketika inilah Arief menyedari
hakikat personaliti Xyryll yang sebenar. Lelaki itu adalah dominant tetapi
penyayang. Curious dalam kejujuran. Ingin mencuba dalam keterlarangan. Xyryll
adalah seseorang yang takut akan kesunyian. Dan sebab itulah dia sentiasa cuba
mencari teman selagi matanya masih belum mahukan tidur.
-
“Assalamualaikum!”
Tersentak daripada konklusi dan analisis
sendiri, Arief bingkas bangun dan menjawab salam. Sebelum menyedari akan Asyraf
yang sudahpun pulang daripada peperiksaan subjek Fizik. Tiada kelibat Xyryll
mengekori.
Perfect timing! Ditunggunya Asyraf
selesai menyalin pakaian formal dan berbaring untuk rehat, sebelum mengambil
keputusan untuk berbicara dengannya.
“Eh, Asyraf! Sorry lah kalau aku kacau kau.
Tapi, aku ada hal nak bincang dengan kau ni. Kau free tak nak sembang-sembang
ni?”, ditegurnya Asyraf yang terlentang baring tidak berbaju melepaskan lega
dan penat ‘bertarung’ dengan peperiksaan sebentar tadi.
“Apa halnya?”. Bangkit.
“Tak ada lah. Aku tengok kau dengan
Xyryll ni… dah tak bertegur langsung. Something’s wrong, is it?”
“Ya”
Menunggu. Ayat itu dirasakan tidak habis
oleh Arief.
“Kau pun tahu kan? Aku dengan Xyryll are
no longer together.” Sambung Asyraf.
“Oh. Tak tahu pula.”
Mengetap bibir. Berminat untuk lebih
memahami.
“Cinta
berdasarkan nafsu semata-mata. Macam ni lah jadinya.”
“Err… sorry ya. Tapi, kenapa korang
boleh clash pula?” Soal Arief yang tidak berapa mengerti akan perihal cinta sebegini.
And the stories were told, again; dan
keseriusan antara mereka berterusan sehinggalah Arief bertanyakan satu soalan
yang difikirkan bodoh oleh Asyraf.
“By the way, best ke korang… you know…?”
Asyraf melopong mendengarkan persoalan
itu. Hanya hilai tawa yang mampu dibalasnya sambil cuba menyakat si Arief yang
begitu naïf riak wajahnya.
“Hahahahahahaha! Bodoh lah kau, tanya
soalan macam tu! Kau nak rasa ke?”
“Demi Tuhan, aku tak mahu! Aku curios je
lah!”, dan hilai tawa mengikuti dan mengakhiri perbualan pada petang itu.
-
Sehinggalah tamat semester itu,
kedua-dua mereka masih membisu tidak menyapa. Tanpa salam dan ucap selamat
jalan, mereka membawa haluan sendiri. Dan mungkin salah seorang daripada mereka
hanya menanti kedatangan semester baru, mengharapkan satu permulaan yang baru.
Mungkin.
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
Siri 1
Sunyi… Kesepian yang menghuni bilik itu
membuatkan Xyryll dan Asyraf bertambah buntu. Membisu seribu bahasa. Yang
kedengaran hanyalah bunyi bilah-bilah kipas siling yang meniupkan angin panas
petang Khamis di Bumi Melaka itu.
Hati Asyraf terasa begitu sebak
mengenangkan segala macam kemungkinan antara perhubungan cintanya dengan
Xyryll, sementelah kebenaran diberitahu oleh Meor yang dalam diam juga meminati
dirinya itu.
Di suatu persona yang lain, Xyryll
seolah-olah dapat mengerti akan kewajaran Asyraf bersikap dingin terhadapnya.
Mungkinkah rahsia yang dipegang rapi selama ini sudah terbongkar? Sudah dapat
dihidu baik oleh Asyraf; si kekasih songsangnya itu? Tidak pasti. Hanya
beranggapan sendiri.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya
jatuh ke tanah jua.
“Awak…”, Xyryll memulakan bicara. Yang
terbalas hanyalah sepi.
“Awak… Awak jangan lah buat saya macam
ni, awak. At least cakap lah something.”, rayu lelaki itu.
“Sayang, please…”, bisik sang lelaki
yang sama.
Muka ditoleh, memandang tepat wajah Xyryll
yang melutut di tepi katilnya itu. Bingkas dia membangunkan tubuh, membiarkan
dirinya dalam posisi bersila di atas kamar beradu itu. Tangan-tangannya laju
mencari bantal untuk dipeluk, diletakkan di atas riba. Sekaligus menafikan hak
dan peluang untuk terangsang andaikata Xyryll memulakan rabaan pujuk dan rayu
di bahagian sulit. Siapa tahu kemungkinannya? Itu cuma persediaan awal bagi
memastikan dia tidak terus hanyut dengan permainan Xyryll kali ini.
“Sudah lah tu, Ryll.”
“Sampai bila kau nak menipu aku lagi?
Semuanya aku dah tahu…” berhenti seketika.
“Aku rasa… aku dah tak boleh nak
menerima kau lagi. Aku dah tawar hati.”, sambung Asyraf.
“… dan aku tak sepatutnya menerima semua
ini. Aku tak bersedia untuk semua ni.”
Terdiam kedua-dua jejaka itu.
Berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu siapakah yang sepatutnya menyambung
perbualan itu. Xyryll melabuhkan punggungnya ke lantai. Sama bersila.
Tangan-tangannya cuba menyentuh lutut Asyraf di atas katil. Namun, segera
ditepis perlahan, tanda tidak meninginkan.
“Xyryll. Betul kan? Aku ni bukan the
only guy yang kau ada?”
Tertunduk. Malu barangkali? Atau sengaja
melengahkan waktu memikirkan jawapan yang dia sendiri pun tidak pasti.
“But you are my sweetheart, Asyraf.” –
ringkas. Mengelak. Mencuba.
“Jangan jadi dungu. Aku tanya lain, kau
jawab lain.” – padat. Melempar. Tertampar.
“Dengan siapa lagi kau pasang dalam
kolej ni?”. Soalan kedua.
“Asyraf… please lah. Aku minta maaf.” –
ikhlas. Tertunduk egonya.
“Maaf?”. Satu tumbukan padu tepat
mengenai pipi kiri Xyryll. Asyraf sendiri pun tidak menyangka yang dia mampu
bertindak sedemikian rupa. Rasa bengang yang terpendam dalam hati itu kini
sudah terlepas dalam bentuk hukuman yang wajar, mungkin? Dia tak mampu
membiarkan dirinya dipermainkan. Salah. Dia sebenarnya tidak mampu dan mahu
membiarkan perasaannya itu dihancurkan sebegitu sahaja.
Sementelah Xyryll, si sahabat lama,
sahabat karibnya selama ini merupakan lelaki pertama yang pernah dicintainya.
Walaupun secara tidak sengaja barangkali.
"Let's just... break up." Bicara penamat itu yang terungkap dari mulut Asyraf. Walaupun jauh di benak sanubari, hatinya meraung mahu meluahkan segala yang terbuku; "Bodoh! Aku masih sayangkan kau!"
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
Xyryll. Asyraf. Meor
Pengakhiran sebuah perhubungan.
Konspirasi.
Trilogi terakhir ini
bermula 3 Mac 2012.
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.


