Agak keji bila kita round-round kat shopping complex, tengah2 nak cari parking; then kita spot ada 1 kereta Mercedes park dekat ruangan petak Orang Kurang Upaya (OKU). Kalau betullah diorang ni memang cacat or tak ada upaya, then dimaafkan juga lah.
Tapi apa yang selalu dilihat adalah golongan mereka yang suka menggunakan petak letak kereta OKU ni adalah orang-orang yang sihat wal'afiat dan tak ada masalah kelainan upaya pun.
Dan lazimnya, pihak pengurusan shopping mall; takde pulak nak ambil tindakan 'clamp' or 'saman' kereta-kereta mewah ni.
Agaknya, nak sangat jadi OKU kot.
entah apape ntah.
NUke
dalam topik : pantang larang
Cis!
Anak buah aku tadi meng-accuse aku 'amik CD BoBoiBoy' dia tanpa kebenaran. dia siap jerit-jerit dan nangis-nangis hentak kaki lagi tu.
Semuanya bermula apabila ibunya masuk ke dalam bilik aku ni untuk online sekejap. Dia pun masuk sama. Dan kemudian dia nampak CD BoBoiBoy aku tu dalam display cabinet bersebelahan dengan meja komputer. cis sungguh!
Punyalah aku bermati-matian menafikan tuduhan beliau. Nafi sekeras-kerasnya. dia jerit kat aku, aku ala-ala jerit balik kat dia!
Tu CD BoBoiBoy Fariss!!!!
Tak! Tu Cikmey punya!!
Faris punya CD!!!
TAK!!!! Cikmey PUNYAAA!!!
Tak nak kawan dengan cikmey!!
Tak nak kawan sudah!!!
(mungkin ketika ini, faris menganggap aku sebagai makhluk berkepala kotak - Adu Du). cis!
Gila pulak rasanya. Budak 5 tahun kot. Tu pun nak gaduh-gaduh. Mau taknya, aku dapat CD tu lepas pergi meeting dengan Animonsta Studios tahun lepas. Kiranya fresh dari studio okay!! Nasib baik ibu si faris tu tau memang CD tu aku punya. Last-last ibu Faris menyuruh beliau ke depan, untuk kira berapa banyak CD BoBoiBoy yang ada dalam simpanannya. Kata ibu Faris; "Berapa banyak CD BoBoiBoy yang Faris ada? ada 3 kan?? Pergi kira kat depan, ada berapa...?"
Faris laju ke depan, dan mengira koleksi CD BoBoiBoy nya itu. Dan kembali ke dalam bilikku.
Sambil teresak-esak dan sedu sedan, dia berkata...
"Ada TIGA..."
Aku tersenyum puas! hahahahaha! Gila jahat aku ni!
"Tapi Faris nak CD BoBoiBoy banyak-banyaaaaaaaakkkkk!!!!"
Budak kecil. Sungguhpun aku sepatutnya boleh beralah dengan beliau. Tapi tak mungkin akan ku serahkan CD BoBoiBoy ak tu semudah itu!!!
Ha Ha Ha!
BoBoiBoy kuasa tiga!!!!
p/s: Gambar sumber google.
NUke
Sama seperti manusia, Kucing juga tahu akan 'keterkejutan'. Apa kata kita sama-sama mengenali kucing dengan lebih dekat. Sekali sekala terkejutkan kucen ni seronok gak.
p/s: Mak kucen namanya Tut. Anak kucen namanye Tet. Kadang-kala dipanggil 'Ah-tet'.
dalam topik : vlog
Definisi gembira sekarang ni dah jadi banyak dan bermacam-macam. Hidup dalam negara yang 'membangun' memang memeningkan dan merunsingkan kepala. Ibarat aur dengan tebing dan juga lari dengan kasut tempurung.
Okay, tiada kaitan di situ. Nokhtah.
Bila kita gembira, semua benda seems to be easy dan segala masalah dan halangan yang datang boleh diambil 'mudah' untuk diselesaikan atau diabaikan. Jadi, apakah perkara yang boleh menggembirakan kita?
#8: Mendapat tahu bahawa masih ada duit di dalam akaun bank / dompet.
#7: Kekasih hati tidak merajuk jika kita terlambat menjawab panggilannya / membalas SMS.
#6: Gembira bila perut juga gembira; yakni kenyang dan cukup makan, serta tidak membuat perangai.
#5: Masih mempunyai keluarga, teman dan kenalan yang boleh bergantung harap jika sesuatu yang buruk berlaku.
#4: Mempunyai perlindungan insurans, serta kad perubatan.
#3: Ibu masih menunjukkan kasih sayangnya dengan membancuhkan air Nescafe untuk anda.
#2: Masih mempunyai pembaca blog.
#1: Ada internet yang laju.
Tu sebahagian daripada senarai saja.
Okay. apa pula yang boleh membuatkan korang gembira?
NUke
Aku tak pasti pula kalau kalian pernah dengar pasal pantang larang ni. Time aku kecik-kecik dulu ibu selalu pesan dan bagi nasihat pasal buku.
Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu, aku sangat rajin menelaah (ceh!) dan membuat kerja sekolah. Tapi, memandangkan buat kerja rumah pun sambil mengadap TV, kadang-kadang tu terlepas juga daripada kerusi meja study, tup tup dah ada depan TV. Maka buku itu dibiarkan begitu saja.
Lalu, ibu pun memesan;
"Kalau dah habis (belajar) tu, tutup buku tu! Jangan biarkan terbuka..."
Sebab apa?
"...nanti hilang semua ilmu itu!"
Logik?
Cuba bayangkan ilmu2 dari dalam buku tu terbang merewang2 ke dalam rumah. Masuk dalam toaster, masuk dalam mesin basuh, masuk dalam blender. Haha. Logik la sangat.
Tapi, apa aku rasa dan apa pendapat aku pasal hal ini ialah:-
1. Ibu tak nak buku-buku sekolah tu kelihatan bersepah-sepah.
2. Tak nak tahi cicak jatuh. Nanti buku tu kotor. Dan aku takde semangat nak belajar. Lepas tu tak dapat timba ilmu.
Logik?
Persetankan. Dan ak masih percaya dengan so-called 'Pantang Larang' ni. Hahaha. Kalau dah habis baca or tak nak sambung baca buku tu, sila tutup.
NUke
dalam topik : pantang larang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.





