Yeah! Selepas dikeluarkan senarai lapan vokal terhebat artis wanita tempatan.. ada sesetengah yang tak sabar nak tahu senarai untuk artis lelaki pula. Ye lah, kalau dah ada wanita, kena la lengkapkan dengan lelaki. Okay! Alasan diterima. The 8 kali ini menyenaraikan lapan vokal terhebat bagi artis lelaki tempatan. Sedia?
--

#8 : Kaer Azami
Penyanyi lagu ‘Izinku Pergi’ ni memang mempunyai suara yang unik. ‘Lelehan’ dan lenggok yang dipersembahkan menjadikan sesetengah lagu nyanyiannya itu SEDAP! Well, aku ni takdelah minat sangat Kaer ni. Tapi, realitinya, kita semua harus memperakui kekuatan dan kelunakan vokal yang dimilikinya. Atas sebab itu, aku letaklah dia ni pada kedudukan ke-8.
#7 : Aizat
Tak sangka vokal Aizat mampu menewaskan vokal-vokal artis senior yang lain pada AIM16 tempoh hari. Nyatanya, selain berbakat besar dalam penghasilan lagu, Aizat memiliki vokal yang mantap! Dia ni berjaya jugak la membuktikan pada masyarakat yg generasi baru dalam industry muzik juga ada kualiti! Kalau korang nak pandang rendah pada artis2 baru yang lain.. mungkin boleh lah.. tapi bukan pada Aizat okay!
#6 : Faizal Tahir
Disebabkan keupayaan FT menyanyikan lagu2 yg tinggi dan lebih terfokus kepada genre rock, maka The 8 meletakkan kedudukannya sedikit tinggi berbanding Kaer dan Aizat! Tak puas hati? Okay lah. First, cuba ko dngar semula lagu “Aku Tanpa Cintamu” nyanyian kumpulan Mirwana bersama Jay Jay… Ko dengar dgn teliti part FT nyanyi. Nyaring dan tinggi. Done? Ko dengar pulak lagu ‘Kerna Kamu’, dapat didengar ke'garauan' dan ke'kasaran' suara si FT ni. Tak cukup dengan tu… sila lah nikmati lagu ‘Sampai Syurga’ dan ‘Bencinta’. Vokal mamat ni memang mantap! No wonder dia ni boleh sapu award Vokal Lelaki Terbaik dan Vokal Terbaik time AIM15 and AJL23 awl thn ni.. tahniah superman!
#5 : Ustaz Asri (Rabbani)
Pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan besar pada industry muzik tanah air. Berbakat besar dan bersuara lunak, semestinya setiap lagu nyanyian Allahyarham sangat padan dengan vokalnya lalu menyentuh hati kita si pendengar. Perlukah aku mengurai panjang kelunakan vokal penyanyi ‘Pergi Tak Kembali’ ini? Aku rasa, semua bersetuju untuk meletakkan Ustaz Asri di tempat ke-5.
#4 : Reshmonu
Salah satu artis tempatan yang memiliki vokal mantap! Reshmonu membuktikan yg vokalnya bukanlah ‘calang-calang’ dan seperti kebanyakan vokal yg lain. Pernah memenangi Anugerah Vokal Lelaki Terbaik AIM sebanyak 2 kali, dan dia ni terus unggul member ancaman dan saingan kepada artis2 lain di luar sana . AIM16 menyaksikan 2 lagunya dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik. Reshmonu.. mungkin rambutnya pelik, tetapi itu Cuma penampilan saja… vokalnya… tetap unggul dalam kelas yg tersendiri! Syabas!
#3 : Jamal Abdillah
Suara Jamal yang garau tak garau.. besar tak besar… itu yang membuatkan dia ni unik! Bila dengar je suara dia, on the spot kita tahu, yang itu adalah Jamal! Walaupun imejnya tercalar dengan kes2 dadah n what so ever, namun suaranya tetap merdu dan sedap! Bak kata orang tak dimamah usia.. at least sehingga senarai ni dikeluarkan la! Jamal juga pernah memenangi Vokal Lelaki Terbaik pada AIM1, dan dia sentiasa menerima pencalonan bila saja albumnya dikeluarkan. Aku rasa tak ada (atau tak ramai) yang ada vokal yg pure and versatile macam Jamal ni. Kan ?
#2 : M. Nasir
Nama yang besar dalam industry muzik tempatan. Komposer. Penulis lirik. Malah penyanyi. Kalu nak dibilang, dah banyak award dah dia ni menang, baik menerusi AJL, AIM, atau apa2 lagi lah! Vokal Terbaik AIM pun pernah menang. Memang superb! M. Nasir memang every right a sifu! Baik dalam penghasilan lagu.. ataupun kemahiran mengawal vokal! Tapi.. still tak berjaya menduduki tempat teratas senarai ni.. Huhuhu..
#1 : Anuar Zain
Yes! Ramai gadis2.. makcik2 yang suka kat AZ ni. Jejaka Idaman Malaysia kata mereka? Entahlah. Tapia pa yg nyatanya, dialah pemilik vokal emas bagi penyanyi lelaki kat Malaysia ni. Kalau tak disebabkan album 2007 dia dlu tu tak lepas syarat masuk bertanding, aku rasa for sure Vokal Terbaik AIM tahun tu dia yang sapu. Masakan tidak, 2 album terawalnya dulu pernah membolot Vokal Terbaik. Ko jgn main2 ngan Anuar Zain ni! Walopun lagu2nya style jiwang2 , tapi bukan senang nak nyanyi. His best ever vocal performance adalah mnerusi lagu ‘Keabadian Cinta’.. part yang dia tariiiikkkkk tinggi2 tu! Overall! Syabas Anuar sebab berjaya berada pada kedudukan #1!

--
Sekali lagi aku tekankan, aku tak membuat sebarang kajian akademik untuk menyiapkan senarai The 8 ini. Overall, ianya cuma pendapat peribadi dan beberapa individu saja. Dan ianya bukanlah bertujuan untuk menaikkan atau menjatuhkan mana2 pihak. Sebarang kerugian akibat merujuk senarai The 8 ini tidak akan aku tanggung! Hahaha! Oh. Kenapa aku keluarkan senarai artis wanita dulu? Sebab nk siapkan senarai artis lelaki ni cukup susah! Kat sini aku bagi skit other shortlisted artist:-
Hazami, Akill Hay, Bob AF, dan Nazrey Johani.
NUke
Hebat? Cuba teka lirik lagu2 ni...
Lirik 1:
"To find myself again, my walls are closing in..."
Lirik 2:
"Hold me, love me, don't ever go..."
Lirik 3:
"Ku pergi sebentar, bukan untuk curang..."
Lirik 4:
"Walau apapun caranya jua... engkau mendaki gunung yang tinggi...."
Lirik 5:
"That you were Romeo, I was the Scarlet Letter, and my daddy said..."
5 je. Bagi sekali dengan nama penyanyinya. Sapa jwb dgn betul n terpantas... ada ganjaran. laalalala. Sebagai tanda penghargaan NUke Rude Blog kepada anda semua.
NUke
dalam topik : muzik
Setelah perbincangan dan pendapat dikumpul, maka The8 kali ini menyenaraikan lapan penyanyi wanita tempatan yang mempunyai kualiti dan pengaruh vokal yang baik dlm setiap penyampaian lagu. Nyatanya, mmg ramai lagi penyanyi di Malaysia ni yg mmpunyai vokal hebat dan mantap, tapi apakan daya, aku cuma mampu menyenaraikan lapan saja, bukan lah 80, 800, ataupun 8000. Dan mereka yg tersenarai ni masih bergiat aktif dalam industri muzik kini.
--

#8 : Misha Omar
Single debutnya memang meletup habis! Malah suatu ketika dulu, Misha Omar pernah dikatakan ‘the one yang boleh meruntuhkan dominasi Siti (Nurhaliza) dlm industri muzik” sewaktu kemunculan pertamanya. ‘Bunga-Bunga Cinta’ diangkat sbg Juara Lagu 18. Memonopoli malam itu dgn kemenangan Vokal Terbaik. Thn berikutnya, Misha menang lagi utk kategori Vokal Terbaik menerusi ‘Pulangkan’. Nyatanya, vokal Misha memang ber’hantu’ dan mmg sesuai utk lagu2 key rendah & tinggi secara tiba2 spt dalam lagu 'Cinta Adam Dan Hawa'.
#7 : Noraniza Idris
Well, she is a must in the list! Sebab apa? Dia adalah Ratu Pop Etnik! Bukan nak kata artis lain tak boleh nyanyi lagu tradisional dengan baik, cuma ianya lebih baik dan sedap didengari kalau Noraniza Idris yang menyanyi. Suara dia ni kalau diamati, sebenarnya sedap! Best gak! Ada alunan dan vibration pada setiap penghujung baris ayat yang dihabiskan... betul.. sedap suara dia ni!
#6 : Adibah Noor
Semua tahu time AJL 21, Adibah Noor sapu bersih 3 awards termasuk Vokal Terbaik. Yes! She deserved to be on the list. Tak sabar menanti buah tangan terbaru drpd Adibah lagi. Ternyata lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu sememangnya terlalu istimewa bagi Adibah Noor…
#5 : Dayang Nurfaizah
Mendapat jolokan 'Beyonce Malaysia', penyanyi coklat manis ini sememangnya mempunyai vokal yang hebat. Tak semua org ada suara sehebat Dayang. Sedikit edgy dan tajam, namun still maintain merdu. Boleh kata, semua lagu dia ni mosstly match dengan suaranya. Oleh itu, Dayang berada pada kedudukan ke-5.
#4 : Jaclyn Victor
Jaclyn Victor mengejutkan rakyat Malaysia apabila memenangi Malaysian Idol, yg mana dia mmg layak utk bergelar juara. Pastu, berjaya pulak menggondol anugerah Juara Lagu menerusi ‘Gemilang’ yang sememangnya nyaring! Then, terkejut beruk kita dibuatnya bila dia berjaya mnumpaskan dominasi 8 tahun Siti pada AIM2006 dengan memenangi Vokal Terbaik! Ha… bru kau tahu power tak power vocal Jac!
#3 : Ning Baizura
Kau boleh tiru suara Ning Baizura? Cuba buat skit, aku nak dengar! Hm, unik dan versatile. Itu yang ada pada vokal Ning. Tak ramai artis kat Malaysia ni bersuara macam Ning Baizura. Kalau tak caya, cuba korg dengar lagu ‘Selagi Ada Cinta’ dan ‘Awan Yang Terpilu’ tu guna headset… meremang juga lah bulu roma!
#2 : Ziana Zain
"...Hebatkah Cintaaaaaa............"
Kalau kategori Vokal Terbaik diwujudkan sejak awal penyiaran Juara Lagu, rasanya Ziana Zain mungkin mengunggulinya. Paling tak dapat dilupakan bila Ziana membawakan lagu ‘Puncak Kasih’, yang sememangnya bukan calang2 org boleh nyanyi. Last year, 'Dingin' sekali lagi membuktikan keupayaan Ziana utk membawa lagu yg tinggi nadanya.. dengan jayanya! Tahniah Ziana!
#1 : Siti Nurhaliza
Perlukah aku mengurai panjang lagi dengan kekuatan lontaran vokal Siti Nurhaliza? Kelunakan suaranya diperakui ramai dan diiktiraf oleh industry muzik tempatan dan antarabangsa. Cukuplah dengan keupayaan mendapat jolokan ‘Voice of Asia’, dan ‘Asia’s Celine Dion’ yang mana kemudiannya tersenarai dalam senarai Top10 ‘Artis Asia Terbesar (Terhebat)’ dan ‘Artis Muzikal Serantau Terbaik’ masing2 menerusi Channel V dan MTV Asia. Malah, vokal Siti masih maintain hingga kini. Tahniah Siti!

--
Seperti biasa, ia nya cuma pendapat peribadi dan segelintir individu saja. Aku tak buat kajian akademik dan terperinci untuk membuat senarai The 8 ni. Ya! semestinya menyusul selepas ini adalah senarai lapan vokal lelaki terbaik utk artis tempatan kita. Percayalah... muzik2 kita ni sebenarnya best n jauh lagi sedap drpd muzik lain (well... ada jugalah yg tak berapa nak sedap!), kalau kita asyik suka n minat kat produk luaran je, sapa nk menghargai muzik tempatan? Nak harap org luar? haram!
p/s: gambar trofi AIM tu aku amik dr google. Ntah dari website mana ntah. kalau pemiliknya sdg membaca, ingin skali aku ucapkan thank you!
NUke
Salam.
Suatu ketika dulu, ada seorang sahabat. Dia akan sentiasa bertanyakan khabar. Baikkah diri aku ni? Bagaimana keadaan keluarga di rumah. Dan dia juga sering mengambil berat akan makan minum ku. Walaupun jauh dari mata, setiap persoalannya itu memberi makna kepada diri.. diri yang sepi dan keseorangan.
Tapi sayang, setiap persoalan dan sifat kasih & sygnya itu tak selalunya disambut baik oleh aku. Aku ego, berlagak dan slalu mengetepikan dia. Segala perilaku aku terhdp dia ibarat langit dengan bumi. Baik layanan yang diberikan olehnya.. tapi akhirnya dibalas dengan kata2 kesat oleh aku. Biasalah. Alasan lapuk; "darah muda". Amarah aku sering tak terkawal. Pantang ditegur, pantang bergurau lebih2an.
Dah hampir 3 thn mengenali budi pekerti itu.. tapi apa yg selalu aku balas kepadanya ialah tipu helah, yang cuma meningkatkan rasa sangsi terhadap aku. Biarlah. Padan muka dgn aku. Aku tau semuanya berpunca drpda aku. Dan tiada satu pun salah kamu. Dan kini, bila kau sudah pergi... satu persatu sapaan dan geselan kulit tgn yang bersalaman itu aku rindui. Kau kembali pergi menjauhi aku.
Maafkan aku yang naif dan tak mampu menampakkan perbezaan antara kawan dan lawan. Dan aku mahu kau tahu satu; kamu bukanlah sahabat aku. Malah lebih daripada itu. Best friend yang tak mungkin aku dapat galang gantinya.
Dan ketika ini, mungkin kau tak membacanya, dan itu tak mengapa bagiku. Siapalah aku untuk mendapatkan perhatian daripada kamu lagi. Sesal aku kini tak berguna kan? Baru kini merindui gelak tawa, raut wajah, dan teguran yg sebenarnya menjauhkan aku dari lubang bahana.
Terima kasih kawan. Jumpa lagi lain kali.
p/s: commenting is now open for all.
NUke

Siri 7
Pintu diketuk dan dikuak perlahan oleh Jason. Kelihatan Asyraf menuruti di belakangnya. Satu bungkusan air Nescafe ais dihulurkan kepada Xyryll yang dari tadi cuba menghabiskan soalan tuturial terakhir bagi topik Kinematics. Masih ada 2 topik yang perlu dihabiskan oleh tiga sekawan ini. Walaupun malam semakin pekat, dingin bayu menggigit tulang-temulang mereka yang kurus, namun kepanasan air kopi yang diminum Asyraf jelas membuatkan dirinya tidak selesa. Dan hal ini disedari Xyryll.
"Kau ni kenapa? Kalau panas, buka sajalah baju tu."
"Takpe lah!", balas Asyraf. Ringkas.
"Alah! Takkan dengan aku pun nak malu... Haha!", sampuk Jason yang kemudiannya dituruti dengan hilai tawa semua.
--
Kesemua rakan sebilik Jason sudah pun lena dan barangkali sedang asyik dibuai mimpi. Jason pun sudah mula menampakkan kemengantukkan. Asyraf menyiku Xyryll; memberi isyarat untuk beredar dari bilik Jason. Xyryll mengangguk tanda setuju. Setelah pintu ditutup rapat, Asyraf memulakan langkah mendahului Xyryll untuk turun ke tingkat bawah menuju ke bilik. Baginya, latihan tutorial yang diberikan Puan Azizah itu sangat membebankan. Penat kepalanya sudah tak terbendung; mahukan rehat yang sempurna. Sampai saja di muka pintu, telefon bimbitnya berdering. Hatinya sedikit gembira kerana menyangkakan ianya panggilan daripada Alya'. Pantas saja tangan kirinya menyelok poket seluar bermuda, mencapai telefon, dan nyata nama yang terpampang pada skrin bukanlah nama si gadis jelita itu...
"Xyryll..?", bisiknya perlahan. Hairan. Pelik, setelah menyedari Xyryll tidak mengekorinya menuju bilik.
"Hello. Kau kat mana ni?... Ha?... Ada apa?.. Ha! yelah. Japgi aku sampai situ, aku nak letak buku jap!", ringkas saja perbualan yang tidak sampai 30 saat antara Asyraf dan Xyryll. Pelik. Mengapa tiba-tiba saja Xyryll mahu berjumpa? Bukankah duduk sebilik? Sudah tu, mahu berjumpa di pili bomba berhampiran dengan kafeterria pula. Dek kerana kawan karib, Asyraf turutkan saja permintaan sahabatnya itu, walaupun matanya sudah kuyu, mahukan tidur.
--
"Asyraf! Jom temankan aku kejap. Aku nak ke dewan kuliah...!", teriak Xyryll setelah kelibat Asyraf muncul dari kelam malam. Tiada sesiapa di kafeteria itu. Ya lah, ketika itu waktu sudah menghampiri 2.30 pagi. Kebanyakan pelajar lain sudah berada di bilik masing-masing. Namun, ada juga kelibat pelajar kelihatan di perkarangan surau. Mungkin mencari keberkatan malam.
"Apahal pulak lah nak pergi dewan kuliah malam-malam ni... Pergi esok pagi je lah!", balas Asyraf dengan sedikit tinggi nada suaranya. Malas langkah mengantuknya, tetapi mengekori juga si Xyryll yang mendahuluinya.
"Aku rasa nota Matematik Maisarah yang aku pinjam tu tertinggallah petang tadi. Habislah aku...", perbualan spontan yang dibalas oleh Xyryll sedikit pun tidak menampakkan keraguan. Langkah diperkemaskan, sebagaimana iris mata diperbesarkan bagi mencari laluan yang tidak berlampu itu.
Xyryll tersenyum puas, menyedari rancangannya untuk mengajak Asyraf ke dewan kuliah pada tengah-tengah malam buta itu menjadi.
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.


