Raya dah dekat.
Cuti dah apply.
Dah approved dah pun.
Oh ya, aku dah kerja, so takkan dapat lagi duit raya,
Sekarang ni giliran untuk memberi.
Berapakah nilai wang ringgit yg patut aku masukkan dalam setiap sampul duit raya berwarna hijau itu?
a. RM 1
b. RM 2
c. RM 5
d. RM 10
e. Lain2 : ____
aku igt nak bagi budak2 tu 50 sen je. Amacam?
p/s: Nak duit raya? Sila angkat tangan dengan penuh keyakinan.
NUke
dalam topik : raya
Salam.
terima kasih kepada Allah sebab memberi peluang untuk aku terus hidup.
terima kasih ayah dan ibu kerana menjaga aku sehingga ke saat ini.
terima kasih kakak, abang dan adik ku yang sentiasa mewarnai hidupku.
terima kasih J kerana senantiasa ada di hati ku.
terima kasih sahabat2 yang masih mengingatiku.
terima kasih majikanku yang kebetulan berkongsi tarikh lahir yang sama.
terima kasih rakan sekerjaku yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada ku.
terima kasih rakan blogger yang sentiasa menyokong diriku.
terima kasih kamu, si pembaca blog ku!
Aku sayang kamu!

21 tahun, dan (harap2lah) menjadi semakin kacak!
21 tahun. Dewasa kah aku? Menurut undang2 dan perlembagaan, aku kini dah bebas utk masuk kelab malam, menukar agama, dan macam2 lagi. Semuanya menjurus ke arah negatif kan? Tapi tak perlu menunggu umur 21 untuk memikirkan semua itu, sejak mumayiz lagi dah boleh terfikir baik buruknya. Pilih saja jalan yang mana.
Terima kasih kalian, atas segala nasihat, amarah, dendam, tipu muslihat, dan juga godaan yang diberikan. Semua itu mematangkan aku seperti mana aku sedia ada masa kini. aku tidak meminta hadiah snowboard yg beratusan ringgit, walaupun itu adalah hadiah idamanku, aku cuma minta kalian mendoakan kesejahteraanku dan keselamatanku di dunia, dan di akhirat. Terima kasih. :)
NUke
Hari ni, Malam ni, Ketika ni, aku sedang menikmati saat2 terakhir aku berusia 20 tahun. Dan itu bermakna, dah macam2 perkara aku lakukan. Baik yang memberikan ganjaran pahala dan juga dosa. Semua itu penting kan? Tapi, aku sebagai manusia hanya mampu belajar dan membuat kesilapan berulang2. Ada usaha untuk berubah, tapi sekadar niat yang tidak terlaksana.
Kepada diriku,
Ketahuilah bahawa dirimu sudah dewasa. Esok, jam 1.54 pagi, genaplah kau berusia 21 tahun hidup di muka Bumi ni. Sedarkah engkau apa yg sudah kau lakukan dalam hidupmu selama ni? Ya! Bersyukurlah kepadaNya yg memberikan dirimu keupayaan mengharungi hari2 mendatang.
dah 7670 hari dah aku hidup.
NUke
kalau diikutkan, memang tak elok nak bercerita pasal bad words during fasting month ni, tapi, dah itu je idea yang terlintas, maka ku turutkan jua. Haha. Aku percaya, semua pernah memaki hamun org lain. Tak kisah lah time memandu ke, dianiaya, or tertipu. Hm, usually, apekah word yang korang lemparkan as cacian?
The 8 kali ini menyenaraikan lapan perkataan yang sering digunakan untuk memaki hamun.

#8 : Bengong / Bangang
Well, perkataan ni selalunya terpacul kalau kita tersilap teka or kita tertipu dgn soalan teka-teki yang rendah tahapnya. Oleh itu, perkataan yg sesuai digunakan sama ada utk mengeji soalan itu or kebodohan diri sendiri adalah "Bengong". Sometimes, ada juga yang menggunakan "Bangang". Quite famous until managed to be listed in the top 8.
#7 : Pant_t
Demi menjaga kesucian blog ni, aku terpaksa mencensored skit word tu. Bukan lah mahu berlagak suci, tapi aku kena konsider gak sensitiviti readers yg lain. Berbeza ngan Bangang, word keji ni lagi famous sebab ia mmpunyai 2 suku kata dan mudah disebut. Lazimnya, ia digunakan dalam pelbagai situasi yg mengundang caci maki. Sometimes, bila melatah pun tak semena2 keluar carutan ni. Oleh itu, ia berada di kedudukan nombor 7.
#6 : Sengal
Sengal merupakan 1 perkataan yg berunsurkan kejian scara halus dan sdikit terlapik. Jadi, penggunaannya tak selalu mengundang kemarahan yg melampau. Camnepun, kita kena akui yg perkataan ni semakin famous sejak kblakangan ni. "Sengal lah kau" or "Kau memang sengal..!" memang dah lali didengari dan menjadi satu trend skang ni. Syabas!
#5 : Sial / Lahanat
Ungkapan "perangai macam sial...", or "Lahanat punya budak!" selalunya dgunakan oleh kaum lelaki. Tapi, jgn terkejut pula kalo words ni kuar dr mulut perempuan. Bila dah terlalu geram dan marah, perkataan feveret adalah 'sial'. Siapa je yg tak pernah menyumpah seranah org lain dgn word ni? Ada? Ada?
#4 : Puk_m_k
Maknanya sama je dengan yg nombor 7 tu. Tapi cara penyampaiannya lagi menarik kan? perlukah aku explain ttg pnggunaan perkataan ni dgn lbh lanjut? Mungkin tidak, sebab semua org tahu dan pernah (malah sentiasa) menggunakannya. Dan ianya sgt kerap digunakan bila seseorg tu berada dlm keadaan sgt MARAH dan EMOSI!
#3 : Fu*k
Jujurnya, dr aku darjah 6 aku dah tau guna word ni. Cuma tak tau meaning saja. So, bila dah besar ni baru lah tau. hahaha! One of people's choice jugak word ni. Especially bila masing2 dah besar dan matang. Suka je guna perkataan ni. Dan ianya tak terhad ketika someone tu tgh marah. Fu*k juga selalu terpacul dr mulut bila kita tersalah send mesej kat org lain, kalah main game dlm handphone, juga bila sos cili tertumpah pada baju. Tak heranlah kalau skang ni ramai je fu*ker...kat mana2 boleh jumpa. Huhu.
#2 : Bodoh!
"kau ni bodoh ke?", "Bodoh sial!", "Ape lah bodoh sangat kau ni" or "wei! tepi lah bodoh!". Tu antara contoh makian yg mnggunakan pkataan bodoh. Bodoh sangat ke seseorg itu sampai dia dimaki sebegitu rupa? Adakah aku terlalu bodoh sampai tak berupaya nak menerangkan cacian yg mnggunakan perkataan ini? Atau kalian yg terbodoh sikit nak faham? Entah lah. Bodoh Bodoh Bodoh! Kan best kalau tukar jadi Pandai Pandai Pandai!!!
#1 : BABI!!!
Hahaha! Mungkin ramai yg menyangka perkataan Babi menjadi juara dlm kategori ni. bagus2! Yeap, sedar tak sedar, binatang haram ni jugak lah yg menjadi kesayangan kita tatkala hati panas membara! Betul tak? mengaku saja... Semua benda nak kita diBABIkan. kenapa ya? tapi, apape pun, memang aku akui, aku juga sering memaki hamun dgn perkataan ni. Sebab apa? Sebab semuanya macam Babiiii.....! (tak semua lah!). Oleh tu, aku rasa ia memang layak di-ranking kan pada kedudukan nombor 1! Tahniah Babi!
Overall, ia hanya pendapat peribadi dan segelintir individu saja. Tak elok memaki hamun sebenarnya ni. But sometimes, kita terlepas cakap juga. Dalam masa yg sama, kita kna cuba mnahan diri dan bykkan bersabar. Kan?
NUke
dalam topik : the 8
Salam.
Mungkin tindakan aku menyatakan hasrat untuk berhenti blogging tu adalah kirang bijak. seolah2 menampakkan aku menyerah kalah dengan bebanan kerja dan keperluan 'sosial'. Dan itu seperti menunjukkan ketidak matangan aku dan kelemahan aku membahagi masa untuk berblogging dengan masa2 yg lain.
Sungguh memalukan!

By the way, terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang concern. Entry kali ni nak bercerita tentang September 09, 09. Ramai yang ckp (mostly Chinese la) yang angka 9 tu membawa makna yang baik. Lebih kurg dengan nombor 8, angka 9 ni lebih mmbawa maksud kebahagian (or somethg la). Tapi, mereka lagi percaya dngan 'Ong' yang ada pada nombor 8. Prosperity bak kata dorg la! hahaha... Wallahualam.
Pagi tadi, sementara menunggu server kembali pulih, aku baca la online news. And the most attractive news yang aku baca ialah kesungguhan beberapa rakyat Indonesia mengadakan sekatan jalan somewhere in Jakarta (kot). Misi mereka adalah utk men'sweeping' rakyat Malaysia yang ada di situ. What is actually happening right now? Isu & provokasi yg cuba dilakukan oleh media Indonesia seperti menunjukkan tiada penghabisan. Ya, aku ada juga baca forum detikcom yg membincangkan tentang isu ni. Surprisingly, most of the commentors are from Indonesia. And yes, mereka sendiri mengutuk dan menentang operasi Ganyang Malaysia yang cuba dilaung2kan pihak tertentu. And ada juga yang berkata "tidak semua rakyat Indonesia berfikiran kolot dan mempunyai mentaliti dan pemikiran dunia ke3.."
Dan ini membuatkn aku terfikir dan tersedar, adakah aku juga dikelaskan dalam golongan sebegitu? Korang pula bagaimana? okay, enough provokasi and what so ever.
Raya semakin hampir, dan sehingga kini, aku tetap tak rasa ghairah untuk beraya. Kalau betullah terjadi, maka tahun ini menyaksikan tahun ke-5 aku akan beraya di kota metropolitan yang banyak maksiat dicelah2 kota batu... mana lagi kalau bukan KUALA LUMPUR. Dari nama saja sudah menceritakan segala2nya... haih!
Semoga 9 September akan muncul lagi... mungkin pada 1000 tahun lagi.
:)
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.


