Salam.

Asalnya, niat aku blogging ni sekadar suka2 saja. Tak pernah sikit pun aku terfikir nak jadi famous ke ape. After all, aku bukannya famous pun. But aku percaya, ada segelintir bloggers yang famous disebabkan setiap nukilan yang di paparkan dalam blognya. Ok, back to the past. Technically, aku dah ada dalam dunia blogging ni since 2003. Tapi, awal2 aku blogging ni takdelah hebat pun. Aku rasa kalau ada yang vw page aku tu pun, maybe disebabkan dia sesat. haha.

tadi, kat ofis aku agak bosan. Sebab kerja tak jalan. Semua gara2 server yang down. Maybe tak cukup tenaga time bulan puasa ni kot. Tuhan saja yang tahu. So, aku merajinkan diri men'search' nama nukerude kat google. hahah. Obviously, dah takde kerja sangat kan? Or, maybe syok sendiri. Then, macam2 result aku jumpa. Gigih aku mem'view' 23 search pages out of brape pages ntah. Haha, n kebanyakan results tu adalah snipets yang ada kat blog korang.

No big deal. But then, aku terjumpa satu blog ni. Dalam blog tu, penulisnya ada sebut pasal blog NUke Rude nih. Walaupun ayatnya hanya beberapa baris, tapi aku tetap terharu. Boleh tak? Ni antara kandungan blog itu.

"Kte suke wat blog walking ble bosan on9 n xtau nak watpe..
Usya blog2 orang,artis ke? Dorang suke wat cam 1entri wajib..
Contoh die cam blog Nukerude, mesti de entri Pantang Larang: ???
N die akan bagi opinion die.."

Bukan lah mahu menjadi poyo time bulan puasa ni, tapi, aku mahu kalian tahu yg aku menghargai setiap word yang korg quotekan or rujuk via blog aku yang tak seberapa nih. Aku tahu, ada juga blogger friends aku yg buat camtu... macam mana aku tahu? Sebab aku pun slalu quote ayat2 diorg ni dalam blog aku. Tapi takde lah selalu, kang dituduh plagiat lak kan?

Hm, aku baru tahu tentang satu perkara. The more you ignore, the more ideas you get.

Kenapa aku cakap macam tu? Hm, sebab aku berkira2 untuk berhenti blogging. Mungkin sudah penat barangkali...

NUke

Ramadhan 17 pun tiba lagi. Tapi, kita hanya meraikannya dengan cuti. Tu pun di sesetengah negeri sahaja. Sikit pun kita tak mengerti Ramadhan 17 itu. Sikit pun kita tak menghayati mukjizat yang diturunkan olehNya kepada Baginda. Dan dalam masa yang sama adakah kita menghayati dan mengikuti semua ajaran Tuhan yang terkandung di dalamnya?


Ramadhan 17,
Nuzul Quran.
:)


NUke

Sebenarnya, dah lama aku mahu menulis pasal hal ni, tapi cuma kekurangan waktu lapang saja. Tapi, malam ni, aku mengorbankan tarawihku semata2 mahu mengalpakan diri pada hujung minggu.

Ramai yang cakap lelaki ni kalau mandi sekadar membasahkan badan ngan air je. Tak sabun, and tak syampu pun! Mandi kerbau lah, ringkasnya. Ya, dan kebanyakan yang cakap macam tu adalah perempuan. Ada sekali tu, aku cakap lah balik kat dia; Ha...perempuan pun sama la juga, mandi tak sabun, tak syampu..mandi kerbau! Alih2 dia melenting pula! Apahal pulak kan? Salah ke kalau aku repeat balik statement yang dia bagi kat aku tu semula? Salah ke tindakan aku tu? Tak lama pastu, perempuan tu pun terus blah n meninggalkan aku dan beberapa kwn2 aku yg lain kat situ.

Takdelah. Pada aku, tuduhan tu mungkin valid pada waktu2 tertentu saja. Ye lah, tak semua dan tak semestinya sorg lelaki tu masuk bilik air utk mandi, sure dia mandi kerbau! Aku admit juga lah, in some cases, aku hanya mandi sekadar syarat. Asal basah rambut, ketiak, dan badan. Alasannya, sama ada aku nak cepat, ataupun aku dah mandi proper sebelum tu. Tu je. Takdelah pulak aku mandi kerbau setiap hari; 24/7.

Mandi. Bagi aku, mandi tu satu perilaku membersihkan diri dengan sabun, dan menggosok gigi. Ya. kenapa aku hanya cakap 2 benda tu saja? Sebab, aku takkan syampu rambut aku setiap kali aku mandi. Dan aku takkan cuci muka aku setiap kali aku mandi juga. Honestly, aku cuma syampu rambut 2 hari sekali. Cuci muka pulak waktu mandi petang or sebelum nak tido...

jadi, apa bukti yang si perempuan tu ada untuk menjatuhkan HUKUM bhwa semua lelaki hanya mandi kerbau? Adakah disebabkan keadaan tuala si lelaki yang kusam dan kadang2 tu bertahi-lalat? Or, mungkinkah disebabkan dia tak nampak lelaki tu bawak shower gel, syampu, apabagai.. time nak masuk bilik air utk mandi? Ataupun dia terperasan bhw lelaki tu masuk dan keluar bilik air dlm satu tempoh msa yang sngt singkat?

Tepuk perut masing2 dan silalah jawab.

NUke

The 8 merupakan satu slot baru dalam NUke Rude Blog. Slot ini menyenaraikan 8 perkara terbaik mengikut kategori yg dibincangkan. Jadi, untuk episod 1; penulis memilih untuk menyenaraikan 8 items yg boleh dijadikan ikon bulan Ramadhan. :D

---

Apa kah benda yang selalu dikaitkan dengan ramadhan? Dan bila anda ditanya dengan persoalan itu.. apekah jawapannya? Slot The 8 Episod 1 menyenaraikan LAPAN perkara/benda2 yang terlintas secara spontan dalam kpala bila word Ramadhan kedengaran!

#8: Sirap

Minuman ringkas dan mempersonakan. Sirap memang dapat memuaskan nafsu haus manusia. Ya, ia mampu menghilangkan dahaga yang sejak dari pagi mengganggu diri. ‘Ikonik’ tapi masih tidak berapa uumph! Oleh itu, ia berada di kedudukan ke 8.

#7: Kuih Tepung Pelita

Dibalut dengan daun pisang, kombinasi rasa kelat santan di bhgn atas dan manis di bhgn bawah pula mnjadikan kuih ni satu sajian istimewa bulan Ramadhan. Tidak seperti kuih-muih lain, kita leh tgk kehadiran kuih tepung pelita ni dgn banyak (sangat gila!)di mana2 bazaar during Ramadhan. Atas keunggulan dan pencapaian yg cemerlang, Nuke Rude Blog meletakkan Kuih Tepung Pelita ini pada kedudukan #7.

#6: Ayam Percik

Kalau diikutkan, kat pasar malam time bulan tak puasa pun ada dijual ayam percik. Tapi sambutannya taklah sehebat waktu bulan puasa. Rakyat Malaysia yang sedia maklum kuat makan ayam ni memang suka menjadikan ayam percik sbg makanan ringan sesudah berbuka. Tak kurang juga ada yang menjadikan ayam percik sebagai menu utama berbuka puasa. Syabas ayam percik kerana mendapat ranking nombor 6.

#5: Air Tebu

Dengan tak semena2, ramai pulak peniaga yang menjual air tebu di bazaar Ramadhan. Apa dia orang tak takut persaingan ke? Kalau time bulan2 biasa, harga satu jag air tebu adalah sekitar RM2 ke RM3 (mengikut lokasi pasar malam), tetapi tiba2 je harganya sikit naik time bulan puasa. Ada sesetengah tempat, harga satu jag air tebu mencecah RM6. Satu lagi ikon ramadhan yang berjaya dicungkil bakatnya oleh anak2 tempatan. Air Tebu berada di tangga ke 5.

#4: Bazaar Ramadhan

Hah! Memang inilah yang dinanti2kan oleh semua orang time bulan Ramadhan. Even puasa tak start lagi, kita dah sibuk2 carik info pasal bazaar ramadhan. Kat surat khabar pun dah ada iklan awal2 utk booking tapak bazaar. Mengalahkan nak mengejar malam lailatul-qadr kadang2 tu. Hahahah. Disebabkan kejayaan bazaar ramadhan itu, pihak Nuke Rude Blog me-ranking-kan nya di kedudukan #4.

#3: Malam Lailatul-Qadr

Jangan lah tiba2 nak menipu! Tak payah.. Tak payah. Jujurnya, berapa orang je yang terlintas di fikirannya tentang malam Lailatul Qadr bila korang dengar perkataan Ramadhan? Daripada 20 orang tu, maybe 3 org je kot yang terfikir. Haha. Aku? Mestilah tak termasuk dalam 3 org tu. Tapi, malam lailatul-Qadr ni memang salah satu ikon bulan Ramadhan, sebab tu ia berada di kedudukan nombor 3. Sementara berbakikan belasan hari saja lagi, apa kata kita beramal banyak2 semoga kita diampunkan-Nya. Kejarlah fadhilat malam Lailatul-Qadr ni.

#2: Solat Tarawih

Ramai yang akan terfikir pasal Solat Tarawih terlebih dahulu, lepas tu barulah benda2 lain. Alhamdulillah, sekurang2nya kalian masih ingat keistimewaan Ramadhan. Solat Sunat Tarawih smemangnya layak untuk berada di tempat ke-2. Masa ni lah kita dpt tengok masjid2 n surau2 tu penuh. Dan harap2nya ianya akan berterusan bila Ramadhan pergi meninggalkan kita lagi. Tinggi rankingnya, tapi tak berupaya menduduki tempat pertama. Haih!

#1: Bubur Lambuk

“Ramadhan dah dekat ni…”

“Ye lah! Kena keluar ofis awal ni.. Nak gi Kg. Baru, amik bubur lambuk!”


Skang ni, bukan takat kat Kg. Baru je, mostly kat semua surau2 or masjid2 skang ni ada sediakan bubur lambuk secara percuma untuk diagih2kan kepada orang ramai. The question is, tak leh ke bagi benda lain ke?? No No No.. BUBUR LAMBUK is THE ONE! Pilihan ramai dan ada time bulan puasa saja. Hah! Baru kau tahu penangan Bubur Lambuk!? Sampai mnjadi perkara yang come straight forward dlm fikiran bila Ramadhan mengunjung tiba! Kdg2 tu, ada yg sanggup amik half day leave just smata2 nk beratur utk amik bubur lambuk. Tahniah bubur lambuk!

p/s: Sila ambil perhatian ya! Senarai The 8 ini tak mewakili keseluruhan pendapat masykt Malaysia tentang Bulan Ramadhan. Jangan gatal2 tangan nak rujuk The 8 ni dalam kajian tesis korang eh! Aku x btggjawab ngan sgala kerugian.

# Image Bubur Lambuk is courtesy of [r][a][y] eusouff.

NUke

Salam.

Hari ni, dah masuk bulan September. Nyatanya, aku memang kehabisan idea untuk menulis entry kali ni. Mungkin kah ia petanda dan penunjuk kepada aku untuk berhenti daripada dunia blogging. Setelah hampir 7 tahun bergelumang dgn dunia blogging, aku rasa aku dah paparkan perasaan dan emosi lelaki aku. Ya. Hampir 7 tahun. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi itulah realiti. Cuma sebelum ni, nukilan aku tidaklah dipaparkan di laman ni. Entah di mana, aku pun dah lupa.

Lelaki September. Mungkin tu satu gelaran baru yang aku ciptakan sendiri untuk aku. Selain gembira dan tak sabar menantikan ulangtahun yang ke 21, bulan September gak banyak mmpngaruhi emosi lelaki diri. Persediaan untuk diasingkan dan dipisahkan. Perubahan emosi yang terkesan akibat status kewangan. Dan macam2 lagi. Most of it happened in September. Dan oh, sudah tentu September kali ni akan menyerikan lagi hidup kalian kan? Ya lah, Aidilfitri maa.. Raya Raya!

Raya kali ni mungkin tak mmberi banyak makna kot untuk aku. Biasalah, aku lelaki September. Ceh! poyo! Apa kaitannya. Tak de lah, cuma aku semakin bosan kot ngan Raya. Nanti lah aku bagitahu kenapa aku makin tidak menggemari Hari Raya...

Ingat senang ke nak jadi Lelaki September?

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.