Salam. Entry yang ke seratus-satu-belas.

Hm, tak banyak perkara berlaku hari ni memandangkan aku takde kelas. Namun, pagi ni aku dikhabarkan dengan berita gembira setelah design baju nukegroup telah siap. Hari Jumaat diteruskan dengan perjalanan menggunakan motorsikal ku ke masjid UKM bagi melaksanakan solat Jumaat. Alhamdulillah, nasib baik hujan turun sesudah kesemua muslimin pulang dari masjid. Hujan rahmat barangkali.

Bukan mengisahkan tentang hujan. Tapi, keseronokan aku melihat kawan2 kolej ku main futsal bersempena dengan Karnival Varia-C, satu acara tahunan kolej aku ni. But the difference, untuk tahun ni, aku tak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan, kecuali membeli juadah2 di gerai2. Haha, sesungguhnya mengertilah bahawa aku kuat makan.

Best gak tengok budak2 ni main futsal. Topeq jadi goal-keeper. Umair, Ezan, Epong, Jawa, Nazri pun main skali (ada yang aku tak sebut ke? Harap2 semua la aku sebut).. dan Apish pun ada.. walaupun tak main.. tapi support beb! haha, aku ter-miss 1st match dorg tapi sempat tgk dorg main 2nd match. Haha, layan.

Habis dorg main then aku terperasan yang kaki sorang member ni berdarah... Ala, standard aa kan main bola sepak or futsal ke.. Mesti ade injuries.. baru ah best! Baru ah semangat berkobar2.. Ceh! poyo jer. Kat sini, aku letak gambar kecederaan pemain itu. Korang teka lah sapa! hahahaha.. Aku letak gamba ni pun dengan keizinan empunya diri ya! So, takyah nak bayar2 royalti. Hahaha.

kaki si pemain yang berdarah

Btw, malam ni mungkin aku tak ke mana2 sebab nak survey makanan yang ada kat dataran kolej aku tu. Hm, apa yang sedap eyh kat gerai2 tu..?





NUke

enclosed here the 2009 t-shirt design for nukegroup; by Bizandry.

click to enlarge.



Sila konfirmkan order anda secepat mungkin dengan saya.

NUke

Mungkin menjadi lumrah bagi aku sebagai seorang manusia untuk memikirkan hal-hal yang tak berfaedah. Atau, mungkin juga ia sebagai salah satu cara untuk menambahkan koleksi dosa. Apapun, aku tak menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri.

Dalam beberapa entry yang lalu, aku ada sebut tentang sikap kita yang suka menjatuhkan orang lain, dan juga sikap orang lain yang suka menjatuhkan kita. Mungkin hal ini pun termasuk dalam kejahatan minda.



Entry ni tak bertujuan untuk membincangkan secara serius. Cuma, kenapa aku suka fikir hal2 yang kotor ah? Hahaha! Oh ya, anda pernah dipanggil 'PERVERT' ? Haha, Ferdi suka panggil aku dengan gelaran tu! Cis! Haha, aku tak pervert lah weh... kadang kala, standard aa kalau benda2 lawak menjadi sedikit 'dewasa' dan berbaur lucah... kan? Kan?

Tipu la kalau korang kata korang tak pernah wat lawak keji....!!!!

Yang nyatanya, kita masing-masing ada dark-side yang keji! Haha, aku ngaku yang aku kadng2 suka mengusik kawan2 dgn lawak2 sengal-bodo-mngarut nih, Tapi, dorg pun sama je.. sapa suruh layan.. Haha, so.. Mendapat gelaran 'pervert' bagi aku.. sekadar dibuat 'halwa telinga' je (sperti yang dikatakan oleh Kak Ima)...
pada aku, nak buat lawak keji ni mmg kena tgk pada masa dan tempatnya... sebab apa? Sebab bukan semua orang tahan ngan lawak2 keji tu, especially girls. Btul tak? So, jangan lah setiap kali buat lawak or bergurau tu asyik nak diselitkan dengan unsur-unsur keji dan lucah... kalau aku dengar tiap2 masa pun aku boring...

So, tak salah (bagi aku) untuk berlawak2 keji ni... Cuma ada batasnya... Ingat tu.





NUke

Salam.

baru balik dr jumpa dentist dan makan tengahari (ceh!).

Ferdi awal-awal dah plan nak ke Genting Highlands dengan rakan-rakan yang lain. Dia kata esok nak pergi. Wah! Dahsyatnya! takpelah, mereka berkelapangan pada waktu esok... Lagipun, aktiviti ni memang dah lam rancang, cuma asyik postponed je. So, Ferdi as Project Manager pun memilih esok untuk melaksanakan projek yang sudah lama terbengkalai tu.

Aku decide untuk tak turut serta. Sebab apa? Sebab nak wat thesis aku. memang lah aku di-offer oleh mereka untuk tolong buat analisis mekanikal tu, tapi, aku rasa aku da lama sangat tak masuk lab tu. Huhu, lagipun lab aku kat Agensi Nuklear. Alang2 esok ada kelapangan, baik aku buat thesis dulu.

maaf ya rakan-rakan, bukan bertindak mementingkan diri, cuma ada perkara yang perlu didahulukan. Tadi, Ferdi dan Nora begitu komited memujuk aku untuk join diorg esok. Tak cukup dengan tu... Faeezah ngan Nahar pun berusaha untuk mengajak aku ke Genting esok. Siap ada plan nak culik aku tuh! huhuhu~

Tapi takpe, aku tak kesah pun kalau tak dapat join korang bersuka ria... Dalam masa yang sama, aku pun taknak la program ni tergendala (sekali lagi) atas sebab aku tak join sekali. Ala, rilex la weh... Bukannya korang takleh happy pon kalo aku takde. lagipun Nora join kan esok? So, boley aa dia tolong amikkan gamba2 korang! hahaha.





So, aku decide untuk tak pergi dan mengutamakan thesis aku dulu. Maybe next time kot. Nanti jgn lupa amik gamba banyak2, pastu jangan tunjuk kat aku. Huhu~.

Ok lah.

Ni je untuk hari ni.









NUke

Salam.

Aku kembali ke UKM setelah menghabiskan masa bersama keluarga di rumah tempoh hari. Ribuan kemaafan kepada anda yang kerap kali melawat blog ini, menantikan entry yang baru.. (ada ke yang buat camtu?)

Jadi, hari ni cuti. Maulidur-rasul.

Aktiviti wajib ketika cuti adalah seperti berikut:-

  1. Tidur yang melewati subuh.
  2. Mandi setelah tibanya waktu tengahari.
  3. memalaskan diri untuk keluar dari bilik.
  4. melakukan hal2 tak berfaedah menerusi capaian internet.

Aku rasa aktiviti2 tu valid bagi aku je kot. Tapi kalau korang ada penambahan or cadangan yang baik bagi mengisi waktu cuti, aku amat alu-alukan. Btw, aku balik rumah haritu sebab nak jumpa adik aku before dia ke sekolah barunya esok. Merasa la jugak dia masuk sekolah asrama tu. haha! Semoga dia akan menikmati kehidupan 'indah' di asrama tu nanti.

Aku kembali melakukan rutin harian. Makan. tidur. Mandi. dan macam2 lagi..termasuklah kekeliruan dalam memilih baju yang sesuai untuk ke kuliah. huhu... dan apa yang aku harapkan adalah terdapat sedikit kelainan dalam rutin harian aku kelak. ye, aku akan berusaha untuk mempelbagaikan aktiviti normal ku nanti. Oh ya, dengar cerita karnival kolej akan mula hujung minggu ni..betul kah? Jika ya, aku ingin sekali mengucapkan selamat sibuk kepada mereka yang terlibat dalam menjalankan setiap program yang dirancang.

Oh ya, kepada mereka yang mengirimkan salam kepada adikku tempoh hari.. Maaf kalian, aku terlupa menyampaikannya. huhu.. bukan disengajakan.. tapi memang terlupa. Lagipun... aku kan abang dia! haha.. ada hati nak ngorat adik aku konon.. aku report kat awek2 korang kang! hahaha. Gurau jer kay.

Nway, selamat maulidur-rasul dan menjalankan tugasan anda seperti biasa selepas cuti ni.










NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.