Korang mesti pernah melalui jalan-jalan raya atau highway yang sedia maklumnya sesak kan? Contohnya macam di atas Penang Bridge, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, hatta jalan-jalan kecil / kampung kat taman-taman perumahan pun. Putrajaya punya traffic jam pun boleh tahan juga, kan?!




Disebabkan dah terbiasa dengan situasi-situasi 'kesesakan' lalu lintas di tempat-tempat biasa ni, minda kita secara automatik dah ter-set... "Sampai je kat jalan ni, konfirm lah jem!", kata otak. Dan ianya akan menjadi pelik bila situasi yang sebaliknya berlaku.

Dan dalam hati dan hikiran mula lah berkata, "Aik, tak jem pulak jalan ni hari ni... selalunya jem teruk...".


Tahu kah anda, ada pantang larang berkenaan dengan situasi ini?



Menurut orang-orang senior dan lebih berpengalaman dalam bidang pemanduan dan jalan raya, sekiranya situasi ini berlaku, hendaklah kita 'senyap' dan 'mengunci' mulut daripada mempertikaikan keadaan luar biasa itu. Maksudnya, biarlah di minda kita saja yang 'hairan' dengan 'jalan yang tidak jem seperti biasanya', jangan diluahkan di mulut.

Dan pantang larang ini juga digunapakai bukan sahaja kepada si pemandu, tetapi kepada penumpang lain yang ada di dalam kenderaan itu juga, terutama sekali mereka  yang duduk bersebelahan pemandu.

Kononnya, bila seseorang itu menegur akan hal ini, dengan serta-merta 'kesesakan lalu lintas' itu akan muncul di depan mata. Secara tidak semena-mena, anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas...

Begitulah.

Percaya atau tidak? Aku ambil pendekatan 'percaya' atas dasar suka-suka. Sebab kita memang tak tahu apa yang akan berlaku di depan jalan sana tu, kan?!


Kalau korang... percaya tak?



Pic credit google.

NUke

5 Comments:

  1. bukankosong said...
    benda yg kita percaya ni lah yg selalu terjadi

    tp hal jem nih, baru aku tau
    NUke_Rude said...
    bukankosong:
    haaa.. kan?! tak pernah dgr eh pantang larang ni sebelum ni? aku selalu dgr drpd pakcik2... even kakak2 aku pun bgtau benda yang sama. :)
    FaizalSulaiman said...
    haa

    pernah jadi semalam masa aku ke pekan. kawasan tu memang tak pernah jem. sekali jem sesak gila.

    ada gak kepercayaan gini :P
    Janggel / Rain said...
    OOOOO macam tu ye... patutla slalu je jem .
    NUke_Rude said...
    Faizalsulaiman:
    Ahaha. Mungkinkah kebetulan? Atau pantang larang mcmni mmg btul2 ada?

    Janggel:
    Haa... lpas2 ni jangan tegur2 ok? :D

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.