Dalam kegelapan, aku terasa kakiku bergerak dalam takungan air. Mana mungkin hari itu hujan. Tidak terasa butir halus jernih air di pipi. Tidak ku rasa semua itu menimpa rambut yang menutupi kepala ini. Gelap. Aku tersedar daripada lamunan. Sedari tadi aku bergerak jauh ke dalam mulut gua yang kelam.

Berseorangan...




[Memancing Bersama-sama]



Kedengaran suara seorang lelaki yang sangat dikenali. Namun, jauh sekali pernah terbayangkan dirinya berada di situ, dirinya bertegur sapa. memang masing-masing membisu. Dia segak bergaya dengan topi 'golf' yang sinonim dengan gayanya. Style-nya. Dengan kumis halus dibiarkan menghutani raut wajahnya.

Dia yang aku maksudkan ialah seorang penyanyi nasyid yang mana lagu-lagunya menjadi mainan mulut ramai. Dia adalah Maher Zain.

"What the ....?"

Mana datang pula Maher Zain di sini?

Dia seakan-akan musykil dengan apa yang ada disekitarnya. Terlihat akan joran-joran yang dibiarkan terpasak pada batu-batu gua. Hujung kailnya jauh terbenam di dalam air sungai yang mengalir di dalam gua itu. Namun, suasananya tidak lah sesuram tadi. Dari mana datang entah... cahaya samar-samar yang menyinari kelam gua itu.

Aku merapati Zain. Maher Zain. Janggal untuk aku memanggilnya dengan nama Maher. Apatah lagi Maher Zain. Pelik.

Dan dengan tidak semena-mena, Zain tergelincir daripada langkah dari satu batu ke batu yang lain. Basah persalinannya melainkan topi. Aku membantu memapahnya. Kami melangkah menuju ke tebing. Sambil merenung joran yang masih tidak mengena.

Berselang dengan siulan sang cengkerik, terlihat tidak jauh daripada tempat kami duduk adalah sekumpulan pelajar perempuan yang baru sahaja seleai kelas usrah dan mengaji al-Quran. Salah seorang daripada mereka mengecam akan Zain. Lalu segera mahu menerpa ingin meminta 'autograf' daripada penyanyi nasyid kelahiran Lubnan itu.

Pun begitu, langkah dihentikan sementelah mengenang akan pesan si Ustazah akan batas-batas pergaulan.

Bagaimanapun, Zain melangkah sakit ke arah pelajar itu. Hormat. Menghulurkan sekeping album yang siap ditandatanganinya.

Bahu kanan tidak semena-mena kebas dan perit, akibat memapah si Zain yang tergelincir sebentar tadi.

Telefon bimbit berdering. Berbunyi menandakan masuk jam 6 pagi.

Dan malamku tadi berlalu panjang dengan mimpi ini.


Haih.


NUke

4 Comments:

  1. iyllienaz said...
    dah agak dahhh...untunglaa sempat gak memancing bersama even dalam mimpi..haha
    Ri said...
    tido tk basuh kaki ek?
    hehe

    atas semangat drpd nuke- blog updated.
    it's far from a masterpiece but i hoped u enjoyed it anyway.
    Ren said...
    Memncing dengan retis....at least dapat jugak la merasa.
    NUke_Rude said...
    iyllie:
    haha. ko tau2 je lah. kalo entry guna ayat bunga2 ni.. sure mimpi punya!

    Ri:
    tak ingat pulak. tapi before tidur tu duk layan anak buah duk ajuk montaj Mahir Jawi.

    Janggel:
    hahaha. yela. walaupun dlm mimpi.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.