Bagi seorang lelaki, 'penumbuhan' janggut adalah perkara yang dinanti-nantikan bila menjengan alam selepas 'akil baligh'. Sama perasaan excited-nya apabila tahu ketiak udah mula berbulu. Haha! By the way, janggut ni kadang kala memang sangat senang dan mudah dijaga. Dan kadang kala sangat sukar dan mencabar.
Terutamanya bila rutin harian dan minggu terlebih padat dan sibuk dengan kerja-kerja lain. Sampai ada ketika, muka kelihatan sangat serabai dengan kumis, janggut, dan jambang2 yang mula menghutani wajah.
Penyelesaian?
Bercukur.
Kekerapan optimum?
Bergantung kepada kadar hormon seseorang lelaki itu. Ada orang jenis yang senang 'berbulu'. Pagi shave, petang tu dah tumbuh lebat. Ada orang pula, hari ni shave... 2 bulan kemudian baru penuh balik.
Aku?
3 kali seminggu. Dan apa yang paling best ialah perasaan bermain dengan permukaan kulit dagu yang sangat kasar selepas 1 hari bercukur. Ianya ibarat Velcro. Yeah.
Ada sekali itu, selepas sehari bercukur, dan ketika waktu malam dan aku mahu tidur... aku tarikkan selimut ke arah muka, sedikit diletakkan di bawah paras hidung. Dan disebabkan janggut-janggut yang masih 'fresh' itu, kain selimut itu seolah-olah melekat pada janggut... ibarat Velcro.
Dan kemudian, ianya bertukar menjadi bad habit, untuk bermain-main dengan janggut 'velcro' setiap sehari selepas aku bercukur janggut.
Feel...
NUke
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
leh dapat idea tuu!!haha
time cuti kasi biar berjambang