Salam.
Dah lama tak naik motorsikal-ku. Since ada kereta kancil milik Nora, ke mana saja pergi, mesti dgn nya di samping ada Nora dan Ferdi! Cis. Kesian motorku ini. Actually, setiap hari mesti naik punya motor tu. Biasa la, cuma tak sekerap dulu jer.
Hm, tadi aku balik rumah kejap, amik barang kat rumah. Then, singgah office mom and borak2 before balik semula ke UKM. Huhu, satu perjalanan yang mencecah kejauhan 100 kilometer okay! Hm, menunggang motorsikal membuatkan aku lebih alert. Memandu kereta pun alert gak, tapi tak se-alert masa menunggang motorsikal. Kenapa?
Sebab, menunggang motor ni tak ada dinding2 besi dan keluli yang melindungi badan. Aku hanya dilindingi oleh helmet yang disahkan kualitinya oleh SIRIM.
Menunggang motor ni terdedah dengan proses 'luluhawa'. Luluhawa ialah proses mengubah sesuatu kepada sesuatu yang lain. Dalam hal ni, aku ter'luluhawa' akibat terik matahari yang menjadikan kulitku semakin malap. Aku juga akan basah lenjun kalau hujan lebat tiba2 turun mencurah.
Aku hanya menunggang motor. Kalian harus tahu bahawa jalan raya itu bukan untuk kereta2 mewah semata2. kenapa aku kata kereta mewah? Sebab kereta lagi mahal dari motor. So, mewah la kan? Begitu juga dengan lori2, bas2, dan lain2.
Aku hanya penunggang motor. Aku mengharap agar kamu terlihat akan kelibat aku di tengah2 lgarisan2 putus yang memisahkan laluan kamu. Aku tahu kamu marah dan memaki apabila penunggang motor menunggang di tengah2 jalan. Namun, kamu sikit pun tak kisah akan hak si penunggang motor di atas jalan itu.
Kamu suka bersejuk dalam kereta tatkala hujan di luar. Dan kamu bersimpati akan penunggang yang sedang kebasahan. Namun dalam bersimpati itu jugalah kamu sengaja melanggar takungan air di jalanan dan membasahkan kami. Aku hanya penunggang... apa yang termampu aku lakukan ketika itu hanyalah bersabar dengan siraman air jalan yang kadang kala busuk baunya!
Aku hanya penunggang. Dan kamu pemandu mewah. Kamu masuk ke persimpangan dengan sesuka hati... tanpa sikit pun berusaha untuk memastikan tiada penunggang motor disisi kereta mewah mu itu. Aku hanya penunggang... apa yang termampu aku lakukan adalah mengelak daripada masuk ICU.
Aku hanya penunggang. Tatkala jalan sesak, kamu mencemburui ku. Kamu mahu lebih laju daripada ku. Kamu seolah2 geram setiap kali ada motor memintas sisi kereta mewah mu itu. Dan oleh sebab itu, setiap kali ada peluang untuk menukar lorong, kamu terus sahaja tukar... Dan apabila si penunggang yang terkejut akan tindakan mu itu lalu merempuh keretamu...kamu keluar dan memaki hamun si penunggang... tapi, apalah daya... AKU HANYA PENUNGGANG...
aku si penunggang motorsikal;
NUke
dalam topik : life
salam.
lately, aku agak busy dengan penghasilan abstrak yang due date nya hari ni. Alhamdulillah, aku dah submit. And this Selasa aku ada dinner kolej and still tak tahu nak pakai baju apa. Khamis & Jumaat ada sesi pembentangan hasil kajian tesis, and my slides baru siap 55%.
Dengan assignments photography yang masih dalam proses perlaksanaan. Oh Tuhan! aku sangat tak keruan...
Dan vila hal ini melanda diri, aku teringat akan seperkara yang dah lama aku lupakan. Ya! Satu tempoh masa rehat untuk melancarkan pengaliran emosi secara terkawal. Aku ingin sekali ke pulau2 dan menikmati panorama laut. Aku teringin nak ke sungai2 untuk mandi airnya yang sejuk. Aku ingin sekali ke pusat2 peranginan dan tidur di atas tilam hotel yang empuk!
kali terakhir aku betul2 bercuti adalah ...... (tak ingat)! Teruknya diri ni.
Buat masa ni, blog aku menhadi teman setia dan tempat aku meluahkan segala permasalahan, suka, dan duka. Menjadi seorang insan ni agak sukar rupanya. (Ceh! kau nak jadi kucing ke Nuke?)
Aku mahu rehat.
aku betul2 memerlukannya. Mungkin sudah tiba masa untuk menonton rancangan TV yang diminati ramai - Majalah 3! HAhaha.. aku hampir tidak berfungsi nih!
NUke
salam.
Tak sangka, blog aku da menerima lawatan melebihi 10000. woohoo! terharu2. Ni merupakan entry ke-3 untuk hari ni. Dan merupakan hari yang paling banyak ada entry.. (apekah??). Blog ni masih tak sampai setahun, dan aku rasa aku tak boleh nak terlalu berbangga dengan pencapaian kecil ni. Apape pun, dengan jumlah entry sebanyak 127 dan komen yang melebihi 400, maka aku ingin sekali mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang pernah singgah walau sekali pun kat blog aku ni. Tak lupa juga kepada Stalkers (Follower) aku yang dah cecah 25 orang.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan2 blogger yang lain, yang mana mereka ni lah menjadi sumber inspirasi terhadap hasil penulisan aku. Kawan2 kolej, kawan2 1 course jugak, sebab kebanyakan peristiwa yang aku catat dalam blog ni pun ditempuhi bersama kalian.
Ya, aku mengalu2kan teguran positif daripada pembaca bagi mempertingkatkan kualiti bacaan dalam laman blog ni. Sebarang idea juga amat aku alu2kan.
After all, it is just an ordinary blog. But, having you guys as the reader(s)... it is just amazing... thank you people. thank you.
NUke
Limited. Now with 2 version. For those yang dah order, please confirmkan order anda by Monday; March 30, 2009. Bawa duit deposit RM10 bg setiap helai. TQ.
NUke
salam.
Bermula tepat jam 2030, maka kolej aku yang turut menyokong Earth Hour ni terus menutup suis elektrik utama kolej dan menyebabkan semua bahagian di kolej itu menjadi gelap. Selang 5 minit sebelum suis ditutup, ada la satu pengumuman ni, bunyi nya lebih kurang begini:
"Kepada semua pelajar, anda diminta untuk menutup suis lampu bilik bagi menjayakan kempen mengurangkan pemanasan global (Earth Hour)... kerjasama anda amat dihargai"
Persoalannya, berjaya ke Earth Hour yang dianjurkan? Mari aku senaraikan respon2 beberapa individu berkenaan kempen Earth Hour ni. Ni juga merupakan respon serta-merta yang aku dengar:
"Woi!!! Aku tengah buat assignments ni!"
"Aaarghh!! Tesis aku!!!"
"Bab* la weh... org tgh main game ni..!"
Hm, respon aku?
"Arghhh!"
Dan juga rungutan dr beberapa sahabat:
"Ek el le, tadi kata tutup suis sendiri je.. ni ape kes tutup main switch pulak ni!"
Hm, seorg kawan ada cakap kat aku:
"Diorang ni, tak pikir jugak ke budak2 yang tengah buat assignments ke, hal2 penting ke, or thesis kat bilik tu. Tau la nk support, tapi pikir la jugak pasal org lain..."
Btw, aku pergi ke KLCC tempoh hari untuk menemani Nora berjumpa makciknya. Oh, Ferdi juga join sekali. Apa yang best kat situ? Kitorang makan pizza, jalan2 carikan cap yang sesuai dgn Ferdi, dan juga mencari 'wallet' Nora. Almost 4 jam gak la kat sana. TApi yang paling aku suka ialah bergambar kat 1 outlet pakaian ni. Tak lain tak bukan FCUK. Haha.. sukanya!
NUke



