First off, maaf sebab lama tak update pasal muzik Malaysia. Sungguhpun lama kita tak membincangkan pasal arena muzik Malaysia, saya masih mengikuti perkembangan muzik tanahair dari semasa ke semasa ya. Cewah.

Secondly, tahniah kepada TV3 kerana akan menganjurkan Anugerah Juara Lagu edisi ke-30. Sedar tak sedar, dah nak masuk 30 tahun dah AJL ni kan? Kalau, ikut usia manusia, averagenya, umur 30 tahun ni, dah ada anak dua. Aku? masih tak kahwin lagi. Macam mana?



Back to #AJL30, saya personally merasakan yang pentas AJL kali ini bukan boleh dibawa main. Generally, juri-juri yang menilai lagu-lagu untuk dilayakkan ke pentas akhir, ter-amat-sangat-lah brilliant! Syabas. Sebab apa saya cakap cenggitu? Sebabnya, for this edition, kita macam susah sikit nak predict lagu mana yang bakal diangkat sebagai Juara Lagu. This... has somehow reminds me pada AJL21 (yang mana ketika itu, lagu 'Terlalu Istimewa' diangkat sebagai Juara Lagu). Remember in that year, calon2 akhir utk kategori balada, semuanya tip top. But this time around (besides the absence of those categories), persaingan lebih terfokus kepada 2 jenis muzik. Nope, bukan melancholy ballad vs indie; tapi

Mainstream Music vs Underrated Music. I purposely sort these finalist mengikut yang paling mainstream kepada yang paling underrated. Senang cakap, yang paling underdog lah. But again, this is just my personal opinion saja ya. ;)

#1 : Potret | Akim & The Majistret
Good enough, dengan aura dan pengaruh Akim & The Majistret yang tengah memuncak since 'Mewangi' sampai lah sekarang... lagu 'Potret' ni memang paling mainstream dan dapat heavy rotation kat stesen2 radio (even from myself). So, berbekalkan aura itu, lagu Potret ni memang highly likely akan diangkat sebagai Juara Lagu 30. Or at least, mesti ada placing. Kalau tak, ia akan jadi macam... awkward. For me, aura Akim & The Majistret tu sendiri yang akan menjadi main factor kemenangan mereka (kalo dorg menang lah ya), sebabnya... kalau nak dinilai pada lagu, 'Potret' ni kalau Faizal Tahir, or maybe Estranged nyanyi pun, definitely akan layak ke AJL30. Cuma, bila ia dinyanyikan oleh Akim & The Majistret, aura dia lain macam sikit. Lebih penjiwaan.

#2 : Assalamualaikum | Faizal Tahir
Even though dah banyak kali masuk bertanding, dan selalunya berakhir dengan kemenangan salah satu placing, karya nyanyian FT masih belum pernah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu. Bila FT released 'Assalamualaikum' tahun lepas, semua orang macam dah boleh jangka yang lagu ni definitely akan ke AJL30. It is definitely a new kind of music and sound; with a heavy message on world peace and respecting each other. Something yang maybe kita boleh dengar dalam karya2 M. Nasir atau Loloq. The recent example is 'Awan Nano'. Plus point for this song is that lagu ni sudah pun diangkat sebagai 'Lagu Terbaik APM2015' tempoh hari. (Recap:... 'Awan Nano' juga adalah Lagu Terbaik APM2011). So, adakah juri akan turut mengangkat 'Assalamualaikum' sama seperti di APM haritu? Mungkin ya. :)

#3 : Knock Knock | Elizabeth Tan
Honestly, aku tak faham kenapa orang pertikaikan pasal lagu ni. Sama macam #2, lagu 'Knock Knock' ni definitely 'the crowd puller' untuk AJL30; sama macam 'Cinta Muka Buku' oleh Najwa Latif dulu; cuma 'Knock Knock' ni lebih matang dalam penghasilan melodinya. Lagu ni pun sama macam 'Potret', dapat heavy rotation kat radio2 sejak akhir 2014. And for me, Elizabeth Tan is the perfect singer untuk lagu ini; especially part 'jangan abaikanku' yang annoyingly catchy. Not to say it is some sort like a masterpiece, but, it is definitely going to be her signature song for a long time.

#4 : Sampai Mati | Hazama
Another pesaing sengit untuk Akim & The Majistret, FT dan Black. Lebih kurang macam 'Potret', lagu 'Sampai Mati' ni boleh je dinyanyikan oleh other mainstream artists, tetapi vokal Hazama yang membuatkan lagu ni ada 'tarikan' tersendiri. To be honest, lagu ni mungkin tak tersenarai dalam Top 3, tetapi, akan bagi tentangan yang sangat hebat di pentas AJL30.

#5 : Mana Mungkin | Black
Personally, vokal Black dalam lagu ini yang menjadi faktor utama penentu kejayaan lagu ni di AJL30. Berbeza dengan lagu 'Sampai Mati', lagu ini memang rasanya dicipta dan serasi dengan vokal Black.

#6 : Not For Sale | Stacy
A good example of mainstream music; but not as much as the first three. Stacy is another 'AJL crowd puller'. Tak kisah lah kalau dia nyanyi lagi dance, pop atau balada (macam 'Pelangi Senja'), penonton akan tertanya2 dan tertunggu2 konsep persembahan Stacy. Kalau nak compare dengan 'Knock Knock', kekuatan lagu ni terletak pada lirik dan rap verse oleh Altimet; berbanding 'Knock Knock' yang ada elegennya tersendiri. And considering penerimaan peminat dan juri terhadap genre hip hop, tak mustahil lagu ni akan dapat placing Top 3 AJL30 nanti.

#7 : Tak Pernah Menyerah | Dayang Nurfaizah
Dayang sesungguhnya dalam bahaya untuk AJL30 sebab bayang-bayang 'Di Pintu Syurga' masih jelas dan penonton sudah pasti akan membandingkan karya itu dengan 'Tak Pernah Menyerah'. But, knowing Dayang, dia cool jer... Dan setelah menyaksikan sendiri her live performance semasa AJL29 tahun lepas; no doubt that she has a very good vocal. Placing dalam Top3, mungkin tidak, but I think, Dayang dah bersedia untuk kekalkan takhta Vokal Terbaik sekali lagi.


#8 : Malam Ini Kita Punya | Bunkface
Lagu ni paling neutral. Tak terlalu mainstream, tak terlalu underrated. Although karya Bunkface tak pernah diangkat sebagai pemenang mana2 placing di AJL, tapi 2 lagu mereka dah pernah diiktiraf di AIM. Lagu ni cukup baik untuk tersenarai sebagai finalis, tapi macam ada something yang missing. Not like 'Drama King' by Meet Uncle Hussein (ft. Black) yang mana liriknya strong. 'Malam Ini Kita Punya' tak dinafikan satu muzik rock yang segar tapi mungkin bukan dalam kalangan Top 3 kot.

#9 : Hanya NamaMu | Caliph Buskers
Selepas persembahan mereka di AJL29 menerusi 'Romancinta', mereka sendiri muncul dengan single 'Hanya NamaMu'. Lagu berunsur spiritual ni diakui memang susah untuk diangkat sebagai Juara Lagu; melainkan AJL30 buat kelainan. Kalau nak tengok pada recent history, lagu 'AdaMu' oleh Najwa Latif atau 'Jagalah Diri' oleh Jaclyn Victor adalah the perfect examples. These songs are not even made it to the final. Definitely an underrated song, with possible chance to be crowned as Juara Lagu.

#10 : Bukan Hal Aku | Kaka Azraff ft. Alyph (Sleeq)
Satu lagi lagu yang aku tak faham kenapa orang pertikaikan. For me, 'Bukan Hal Aku' ni sangat segar dari susunan muzik, melodi dan penyampaian. Boleh dikatakan the perfect continuation of 'Apa Khabar'-era. Kalau orang nak cemuh lagu ni sebab lirik yang berulang2; sama saja dengan 'Apa Khabar'; yang mana elemen itulah yang menjadi salah satu faktor ianya diangkat oleh juri sebagai Juara Lagu 29. Another plus point for 'Bukan Hal Aku' adalah konsepnya yang minimalis dan elemen electronic/synth yang tak ada dalam finalis lain. Jaranglah kalau nak tengok AJL mengangkat lagu yang similar sebagai Juara secara berturut2. Contoh terbaik mungkin 'Balqis' (2000) dan 'Mimpi Laila' (2001). We never know kot2 tahun ni muzik yang serupa akan diangkat sebagai Juara Lagu.

#11 : Angin Kencang | Noh Salleh
Lagu ni bijak. Dan underrated. Ia macam ada elemen country, etnik; or maybe we can simply say ada pengaruh Sudirman. Definitely the perfect song kalau AJL30 nak naikkan semula elemen Melayu/klasik dalam arena muzik semasa. 'Angin Kencang' ada vibe macam 'Terukir Di Bintang' (cuma lagu 'Terukir Di Bintang' tu boleh dikira sebagai mainstream lah). Bila dengar je, penonton dah boleh imagine suasana tepi pantai atau duduk seat belakang dalam kereta sambil tingkap terbuka; kena dengan lontaran vokal Noh. Kalau lagu ni jadi Juara Lagu, aku memang salute lah.

#12 : Biarkanlah | Drama Band
In my honest opinion, lagu ini paling underrated. Sebab muziknya yang seakan2 muzik Indonesia menyebabkan orang mungkin terlepas pandang. Tapi, good thing about the Indonesian influence is that ianya memberikan kelainan dan menunjukkan adaptasi semasa. 'Biarkanlah' sebenarnya berjaya menipu pendengar macam ni:
"Sedap lagu ni"
"Siapa nyanyi eh?"
"Drama Band"
"Band Indonesia ke?"
"Tak lah. Malaysia."
"Like, seriously??"

Sama macam lagu 'Hanya Aku' by Hyper Act dedulu, kan? Impaknya sama.
--

Overall, tahniah again kepada AJL30 dan semua finalis. Sememangnya anda memang layak untuk ke pentas akhir AJL30. Now, boleh fahamlah macamana punya pening juri2 nak buat keputusan semasa Semi Final MM30 haritu. Personally, lagu2 berikut adalah pilihan penulis untuk placing Top5 AJL30:-


  • Potret (Akim & The Majistret)
  • Assalamualaikum (Faizal Tahir)
  • Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alyph)
  • Angin Kencang (Noh Salleh)
  • Hanya NamaMu (Caliph Buskers)



Tak puas hati? Komen lah!


pic credit: Hot.FM & rahmadgraphic

NUke


Seperti tahun-tahun sebelumnya, blog ini sekali lagi meneynaraikan 100 lagu yang paling kerap dimainkan oleh penulis sepanjang tahun 2015 ini. Walaupun asalnya senarai ni dibuat atas dasar suka-suka. Lelama macam dah kena jadi rutin pulak untuk publishkan list Top100 ni every year-end. Dah sedia semua?

Jom kita kiraturun!


Ranking Title Artist
100 Drag Me Down One Direction
099 Langit Yuna
098 Al Nuraa…Yang 5…Yang 6 Mawi ft. Hazama & Daly Filsuf
097 Mengingat Dia Cakra Khan
096 Kamu Yang Kutunggu Rossa ft. Afgan
095 Remedy Jaclyn Victor
094 Lagu Cinta Asmara
093 Malam Ini Kita Punya Bunkface
092 Obses Akim & The Majistret
091 Dikoyak Waktu Ronnie Hussein
090 Biar Saja De Meises
089 Don't Ed Sheeran
088 Beautiful Aziz Harun
087 Satu Hari Nanti Najwa Latif
086 Tangis Sebatang Tamar Daqmie
085 Cool for the Summer Demi Lovato
084 Istimewah Ella
083 Give You What You Like Avril Lavigne
082 Sampai Kau Jadi Milikku Judika
081 Hilang Adira
080 Lay Me Down Sam Smith
079 Hijrah Cinta Rossa
078 Selalu Ada Amir Jahari
077 Aku Najwa Latif
076 #Peristiwa Sofazr ft. Asfan & RJ
075 Bintang Diandra Arjunaidi
074 Hakeleh SonaOne
073 Good for You Selena Gomez ft. A$ASP Rocky
072 Biasa Zahid
071 #1 Sleeq
070 Andai Kaer Azami
069 Senyum Lagi Qierra ft. Mark Adam
068 7/11 Beyonce
067 Rahsia Ippo Hafiz
066 Heartbeat Song Kelly Clarkson
065 #SUPERGIRLS De Fam
064 Wildest Dreams Taylor Swift
063 Cerita Cinta Kita Ewal ft. Indah Ruhaila
062 Hanya NamaMu Caliph Buskers
061 Ingatkan Dia Wings
060 Sabar Brothers
059 Evo SonaOne ft. Joe Flizzow
058 Bunga Dhia Aiman
057 I Really Like You Carly Rae Jepsen
056 Biarkanlah Drama Band
055 Locked Away R. City ft. Adam Levine
054 What Do You Mean Justin Bieber
053 A Sky Full of Stars Coldplay
052 Setia Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
051 Zai Jian Bu Zai Jian 再见不再见 Shila Amzah
050 Sugar Maroon5
049 Untuk Cinta Hafiz & Adira
048 One Last Time Ariana Grande
047 Love Me Like You Do Ellie Goulding
046 Elastic Heart Sia
045 Terima Kasih Cinta Tasha Manshahar ft. RJ
044 Aku Tahu Ungu
043 Darah Muda Bunkface
042 Syurga Alyah
041 Patah Stacy
040 Semua Tentang Kita Asfan
039 Hantu Atau Buaya Nanasheme
038 Marvin Gaye Charlie Puth ft. Meghan Trainor
037 Material Yuna
036 Uma Thurman Fall Out Boy
035 Selimut Tetangga Repvblik
034 Berteman Sepi Ungu ft. Stacy
033 Langit Tetap Biru Aizat
032 Bad Blood Taylor Swift ft. Kendrick Lamar
031 Terima Kasih Kekasih Azhael
030 The Hills The Weeknd
029 Jaga Dia Untukku Siti Nurhaliza
028 Sempurna Waktu Ir Radzi
027 Jauh Hani & Zue
026 Mikraj Cinta Siti Nurhaliza
025 Tak Pernah Menyerah Dayang Nurfaizah
024 Photograph Ed Sheeran
023 Marry Me Mark Adam
022 Style Taylor Swift
021 I'm Not the Only One Sam Smith
020 Not For Sale Stacy ft. Altimet
019 Bukan Hal Aku Kaka Azraff ft. Sleeq
018 See You Again Wiz Khalifa ft. Charlie Puth
017 Linangan Terakhir Forteen
016 Taubat Qa'rabah ft. RJ
015 Mana Mungkin Black
014 Dahsyat MOJO
013 Wanita Terbahagia Bunga Citra Lestari
012 Seindah Mimpi Jaclyn Victor
011 Sampai Mati Hazama
010 Assalamualaikum Faizal Tahir
009 Thinking Out Loud Ed Sheeran
008 Masih Berdiri Tengku Adil
007 Seluruh Cinta Siti Nurhaliza ft. Cakra Khan
006 Knock Knock Elizabeth Tan
005 Blank Space Taylor Swift
004 Apakah Ini Cinta Judika
003 Terbaik Bagimu Siti Nurhaliza
002 Senyum Aziz Harun

001 Potret Akim & The Majistret


Lagu 'Potret' telah dimainkan sebanyak 141 kali (2.18%) sepanjang tahun 2015!

Additional facts
Jumlah koleksi lagu (2014): 2,339
Jumlah koleksi lagu (2015): 2,575
Total playcounts (2015): 429 songs been played for 6,481 times

Lagu-lagu Top3 tu memang aku admit aku memang banyak kali play tahun ni. And kalau korang perasan jugak, lagu #029 sekali lagi muncul dalam senarai untuk tahun kedua berturut-turut. Memang banyak pun aku play since awal tahun haritu.

All and all, I wish all of you a very good days and may you have a great 2016!

Selamat Tahun Baru 2016!!



NUke

Despite the haywire in my personal life; 2015 was great. Kalau tahun sebelumnya, kehidupan aku diuji dengan kehilangan seorang insan yang tersayang - digelar Ayah; tetapi tahun 2015 ini (boleh lah) dikatakan penuh dengan banyak kisah suka (berbanding duka).




About myself:
Masih bekerja.
Masih sihat. Alhamdulillah.
Masih bujang.
Masih belum sasa. Hahaha!

About my journey:
I have got a chance to explore beautiful places. Which is good. Not only for leisure, but charity and other work-related too. From there, I learned to be grateful for whatever He gives me; be it family, clean water, nice food to eat and a proper job that gives me salary every end of month.

  • Langkawi.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Temasek.
  • Jakarta.
  • Penang.
  • Melaka.
  • Melaka.


About my financial:
A little bit hectic, I must say.
Boros (as usual). Kadang-kadang spent on unnecessary things. But after all, ianya menggembirakan hati kan? So, okay lah.


Emotional-wise?
Aku rasa aku semakin tua (literally). Memandangkan simptom-simptom 'tua' tu makin menjelmakan diri. Once in a while, I do think about settling down somewhere, with someone. Get married, have kids, grow old together. Lawan siapa kentut paling kuat. Main dengan anak kucing. Beli rumah. Travel with soulmate. Pergi buat haji. (Dulu dah ada orang melamar, ko tak jawab! Lepas tu macam nak menyesal! Padan muka!)

Life's short, anyway?

And most important thing. 2015 mengajar aku untuk lebih menghargai apa yang kita ada; dan apa yang kita pernah ada. In fact, I've learnt to let things go and be the way they should be. There's nothing to rush pun. Things happen for a reason. Definitely.


So, the question is. Should I continue blogging?



NUke


Ha, kalau haritu abang cerita pasal trip abang ke Singapura sebab jadi pengapit, la ni abang nak habaq mai pasal trip abang ke Jakarta, Indonesia pulak. No, kali ini bukan sebab jadi pengapit ke apa. Kali ni, abang saja pi berjalan dengan kengkawan.

No. Abang bukan orang Kedah naa. Kedah kalah Piala Malaysia dengan Selangor ya. 2 - 0. Tapi, orang cakap.. orang Kedah ni besar-besar...

Nak dijadikan cerita, kami terbelilah tiket ke Jakarta tempoh hari. Makanya, bila dah terbeli tiket kapal terbang, terpaksalah book hotel. Untuk trip kali ni, abang first time aikh naik KLM; dan stay di Morrissey Jakarta. Comey sungguh aih hotel depa tuh!




Trip ini juga dilakukan dengan hajat untuk menemui sobat yang menetap di negeri jiran itu.

Sebenarnya kan, banyak masa abang di Jakarta tu habis disebabkan berjalan kaki untuk menjari street foods, naik teksi dan tuk tuk (yang macam kat Thailand tu). Selain menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti tak berfaedah seperti melepak di Starbucks, mencari fridge magnets dan bendera Indonesia, abang juga adalah melawat beberapa tempat yang signifikan dengan Jakarta, iaitu Monumen Nasional (MONAS) dan Masjid Istiqlal.




(haa... macam tu)

Basically, Jakarta ni lebih kurang sama macam KL or any other big city in Malaysia. Bezanya, di Jakarta, anda akan rasa lebih panas berbanding KL sebab bandarnya relatively dekat juga la dengan laut, dan terletak kat pulau Jawa. So, normal lah kan. Pulau memang panas. Put aside the environmental issues, you may found that people of Jakarta (termasuk orang kebanyakan dan hot stuffs there) sangat ramah. :)



Barista Starbucks diorang pun ramah!

Orang kat hotel pun ramah! dan hot!

Pemandu teksi pun ramah!

Laundry? Memang tak lah. I choose the latter.

Ok. Tu je lah.



NUke

There are two kinds of people.

Bazaar Ramadan vs Pasar Ramadan

Bazar vs Param





Aku Team Bazar.



Sebab perkataan 'Param' tu macam word tamil. No offense. 



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.