Hari Kekasih dah nak tiba.
Siapa pasangan korang untuk hari istimewa ini nanti?
Maaf, saya tak sambut.
NUke
Itu hari, aku sembang-sembang sama ibu dan juga adik beradik yang lain. Topik perbincangan, pada asalnya lebih berkisar tentang jodoh. Tapi entah macam mana entah, kekarutan kami berlanjutan sehingga ke bab pusat.
Pusat badan. Navel. Belly button.
No. Not Adam's apple you idiot! Itu halkum.
Aku membuat statement kepada kakakku dan ibu. Beginilah lebih kurang kenyataan itu:
Tengok ni, (sambil mengangkat baju menunjukkan pusat) pusat orang cetek je. Tak dalam. Orang tua-tua kata kalau pusat tak dalam ni, jodohnya orang dekat-dekat saja.
Belum sempat aku nak bertanya pada ibu, kakak aku pula menyampuk.
Ha! Kalau macam tu, orang punya jodoh dengan orang yang jauh la! Sebab pusat orang dalam.
Ibu yang sedang mengunyah kuih time tu cuma mampu tersengih. Tersengih sambil kunyah, aku pun tak boleh kot nak buat camtu.
Sebab nak mendapatkan kepastian, aku tanya lah ibu pasal hal ni.
"Betul tak, bu?"
And it comes to my surprise that apa yang 'orang dulu-dulu cakap' kat aku, dan 'orang dulu-dulu' cakap kat ibu adalah dua benda yang jauh tidak berkaitan. Jauh berbeza.
Entahlah. Yang ibu tau, orang dulu-dulu cakap, kalau pusat cetek ni, mati muda. Tak panjang nyawa.
Okay. Bila ayat sebegitu yang keluar daripada mulut ibu; aku pulak rasa cuak. Aku dah tak nak percaya cakap orang dulu-dulu dah.
Tapi, sekurang-kurangnya bukan lah mati pucuk, ye tak?
p/s: Gambar sumber Google.
NUke
dalam topik : life
Salam.
Sebagai tuan tanah; kita selalu melepaskan peluang dan mengambil ringan terhadap apa yang kita miliki. Tak banyak perhatian diberikan. Tak banyak penghargaan diluahkan. Tak banyak perkara kita hargai. Kuala Lumpur. Satu ketika dulu, bila Opah atau kakak-kakak aku ajak aku berjalan ke situ, aku rasa sangat teruja. Ataupun, bila saja mahu pulang ke kampung di Melaka; menyusuri jalan-jalan di tengah bandar KL, aku selalu mengagumi kotaraya ini.
Namun, berbeza dengan aku masa kini. Traffic jam, kesesakan, kotoran sampah dan vandalisme; ditambah lagi dengan kedatangan pendatang asing yang semakin ramai membuatkan aku sedaya upaya mengelak untuk berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Tapi, beberapa minggu lepas, seorang sahabat telah memberikan satu soalan yang 'kedengaran bersahaja' tetapi penuh makna.
"Jom kita jalan-jalan kat KL. Dah lama rasanya tak jalan-jalan kat KL. Last sekali kau jalan-jalan kat KL tahun bila?"
Jalan-jalan.
Bukan sekadar melintasi. Tetapi menikmati.
Bila kali terakhir aku menikmati apa yang ditawarkan Kuala Lumpur kepada mereka yang mahu menghargainya?
Gambar-gambar berikut adalah hasil tangkapan aku (dan juga sudah ditambahbaikkan mutunya) di Kuala Lumpur tempoh hari.
NUke
dalam topik : malaysia
Sunyi… Kesepian yang menghuni bilik itu
membuatkan Xyryll dan Asyraf bertambah buntu. Membisu seribu bahasa. Yang
kedengaran hanyalah bunyi bilah-bilah kipas siling yang meniupkan angin panas
petang Khamis di Bumi Melaka itu.
Hati Asyraf terasa begitu sebak
mengenangkan segala macam kemungkinan antara perhubungan cintanya dengan
Xyryll, sementelah kebenaran diberitahu oleh Meor yang dalam diam juga meminati
dirinya itu.
. . .
NUke
dalam topik : novel
For the past 2 months, I have been running (literally) here and there, back and forth to Sri Hartamas, just to earn some Simoleons living. Bak kata orang, hidup bersederhana saja. And I was stunned and surprised that I am kind of like the life that I lived during that period of time.
Kadang-kadang tu, bila kita sudah terbiasa dengan kesenangan (hasil daripada titik peluh sendiri), kita acapkali terlupa akan kesusahan. Dan bila ketika itu sudah tiba, elok kita 'switch' akan kehidupan penuh kemewahan itu untuk sementara waktu.
Dan bila sudah hidup dalam keadaan serba cukup-cukup, kita akan lebih menghargai jasa, nikmat, dan wang Ringgit yang kita perolehi.
NUke
dalam topik : personal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.













