Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali lagi untuk edisi ke-20; mengiktiraf karya-karya muzik terbaik yang dihasilkan dan diterbitkan oleh penggiat seni dan syarikat rakaman tempatan. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, AIM akan memberikan pengiktirafan kepada lagu-lagu yang menjadi 'penanda aras' dan 'phenomenal' (harapnya lah) dalam tempoh kelayakannya.

Berikut merupakan senarai penuh finalis beserta jangkaan pemenang (mengikut pandangan penulis); serta review pencalonan:-

* - Jangkaan pemenang AIM
# - Pilihan penulis


Artis Baru Terbaik
  • Alex Subryn
  • Jes Ebrahim
  • Mosyi
  • Sekumpulan Orang Gila
  • Yubi
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)
  • Azlan & the Typewriter - "Tanda Tanya"
  • Faizal Tahir - "Biar"
  • Hafiz Suip - "Bahagiamu Deritaku" *#
  • Hazama - "Relakan Jiwa"
  • Ronnie (Hyper Act) - "Hanya Aku"
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita)
  • Adira -"Dewi Cinta"
  • Dato' Siti Nurhaliza - "Galau"*
  • Dayang Nurfaizah - "Seandainya Masih Ada Cinta"#
  • Jaclyn Victor - "Ikut Rentakku"
  • Najwa - "Impian Terindah"
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Berkumpulan)
  • Forteen - "Kita"
  • InTeam - "Syafaatmu"*#
  • NowSeeHeart - "Maafkan Aku"
  • Saujana - "Salam Atasmu"
  • UNIC - "Ya Hanana"
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu
  • Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - "Sedetik Lebih"*
  • Guba & Yuna - "You're So Fine"#
  • Noh Salleh & Aizat Amdan - "In Love With You"
  • Sleeq & Hazama - "Lari"
  • Velvet & Rich - "Bersama Kamu"
Lagu Pop Etnik Terbaik
  • "Sailing the Sahara" - Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)#
  • "Pahlawan Zafana" - Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
  • "Selamat Datang" - Noraniza Idris ft. Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)*
  • "Khilaf Pandangan" - Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
  • "Fantasi Sahara" - Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
  • "Janji Khalifah" - Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
  • "Pemula Langkah" - Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
  • "Zikir Susah Senang" - InTeam (Amin InTeam / Amin InTeam)*#
  • "Maafkan Aku" - NowSeeHeart (Azahari NSH / Azahari NSH)
  • "Mawar Berdarah" - Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik
  • "Di Bawah Gerbang Skaea" - Amy Search (Edrie hashim / Buddhi Hekayat)
  • "Tanda Tanya" - Azlan & the Typewriter (Light & Bakri / Dark)*#
  • "Panik" - Bunkface (Sam / Sam)
  • "Vortex" - Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
  • "Ulek Sayang" - Hazama (Omar K / Omar K)

Lagu Pop Terbaik
  • "Sekadar Mimpi" - Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
  • "Senafas Baru" - Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  • "Ikut Rentakku" - Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  • "Bosan" - Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
  • "Lelaki" - Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)*#

Lagu Hip-Hop Terbaik
  • "Ini Janjiku (R&B Mix)" - Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
  • "Aku Pelat" - Salammusik ft. Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)*
  • "Sebulatnya" - The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar)
  • "Rembau Most Wanted" - W.A.R.I.S (DJ Fuzz / W.A.R.I.S)#
  • "Botingkek" - W.A.R.I.S ft. Juzzthin (DJ Fuzz / W.A.R.I.S, Juzzthin)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • "Rave" - Goldfish & Blink ft. Sona One & Arabyrd (Alvin Teoh & Lau Hoe Yin / Sona One & Arabyrd)
  • "In the House" - Goldfish & Blink ft. Altimet & ZE! (Alvin Teoh & Lau Hoe Yin / Altimet & ZE!)
  • "You're So Fine" - Guba ft. Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)*#
  • "Keep On Movin'" - Joe PV & Joe Flizzow (Joe PV, Jeffrey Little & Saiful Riduan / Joe PV & Joe Flizzow)
  • "Play Some Reggae Music" - Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
  • "Pesan Cinta" - Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
  • "Segalanya Tentang Kita" - Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
  • "Hilang Naluri" - Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
  • "I Still Love You" - Once (Youngky Soewarno, Marijati & Lina / Youngky Soewarno, Marijati & Lina)
  • "Sayang" - Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)*#

Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu
  • "Gelisah" - Amir Jahari (Anas Amdan & Mike Chan)#
  • "Bila Resah" - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)*
  • "Hadiah" - Go Gerila! (Go Gerila!)
  • "Perjalanan" - Go Gerila! ft. Loque (Go Gerila!)
  • "Mungkinkah" - Hafiz Suip (AG Coco)

Kulit Album Terbaik
  • Penghibur Jalanan - Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)#
  • Faizal Tahir - Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
  • Goldfish & Blink - Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)*
  • Zikir Terapi Diri 2 - Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
  • Penglipur Lara - Hazama (Zach Mohd Azriq)

Rakaman Album Terbaik
  • Akim Ahmad - Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
  • Penghibur Jalanan - Amir Jahari (Felix Voon)
  • Kali Pertama - Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
  • Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip (CL Toh)#
  • O - Salammusik (DubmalaS)*

Video Muzik Terbaik
  • "Dwihati" - Aizat Amdan ft. Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)#
  • "Tanpamu" - Amir Jahari (Khairul Azri)*
  • "Jauh Ke Syurga" - Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
  • "Fearless Hearts" - Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
  • "#1" - Pretty Ugly (Perez Oldskool)

Album Terbaik
  • Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)
  • Kali Pertama - Asmidar (Audi Mok, Taja, Acap, Reza Ramsey, Hang Dimas & Aiyad Sakti)
  • Asalkan Aku OK - Awi Rafael (Awi Rafael & Hang Dimas)
  • Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip (LY, Hafiz Suip, AG Coco, Ajai, Satria Anggun (Indo), Kuncidemak, Mohd. Atlan, Manusia Putih, Mega Pandawa (Indo) & Aiman)*#
  • Penglipur Lara - Hazama (Omar K, Audi Mok & Mike Chan)

Lagu Terbaik
Akan diumumkan.

Ulasan: Jujurnya, penulis langsung tak 'kenal' dengan finalis Artis Baru Terbaik. Penulis menjangkakan artis seperti WARIS, Hyper Act, iamNEETA atau Mark Adam untuk tersenarai dalam senarai artis baru terbaik sepanjang tahun 2012/2013, tetapi penulis percaya pihak juri AIM lebih tahu kualiti yang dicari dan perlu dinilai. Adira masih lagi terlalu awal untuk diiktiraf vokalnya, apatah lagi dengan saingan hebat daripada Dayang, Siti dan Jaclyn. Manakala Hafiz berkemungkinan besar mengungguli kategori vokal lelaki. Antara kategori yang perlu diberi perhatian adalah Lagu Pop Terbaik; kerana sejak dua menjak ini AIM suka membuat 'kejutan' dengan penyenaraian dan pengiktirafan karya-karya oleh Edry. Apa-apa pun, diharapkan pengiktirafan kali ini benar-benar telus dan releven. Untuk Album Terbaik, penulis mengharapkan sama ada Hafiz atau Hazama, berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima oleh kedua-dua album ini, tetapi tak terkejut kalau album 'Live' yang menang.


Sama-sama kita nantikan AIM20 yang akan berlangsung pada 14 Disember 2013 nanti.


NUke

0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.