Assalamualaikum wbt.

Tanggal 10 Mei 2008, saya mengambil keputusan untuk menulis blog secara serius (ya ke?) menggunakan platform yang lebih proper, iaitu Blogger (Blogspot.com). Maka, dari detik itu, bermula lah perjalanan blog NUke Rude ini menerusi platform blogspot. Seperti yang kalian dapat lihat sehingga hari ni. Cewah. Mukadimah nak poyo!

By the way, tahun ini masuklah tahun yang ke-11 aku berblogging secara keseluruhannya. Kalau nak cerita pahit getirnya, memang takkan cukuplah kan. So, aku simpulkan saja dengan ayat di bawah ni:-

Tak semua benda yang kau tulis tu akan mudah diterima oleh orang di luar sana.


Jadi, bersempena dengan ulangtahun blog ni yang ke-5 (di blogspot) dan ke 11 tahun (secara amnya), maka aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca-pembaca setia dan juga peminat-peminat siri novel yang entah apa-apa lah aku buat tu.

Mula-mula, ingat nak tukar header blog macam yang kat bawah ni, tapi...tengoklah macam mana nanti...





:)

Salam ikhlas dan sayang,
NUke

5 Comments:

  1. Adam Haiqal said...
    amer, wan nak buat header lah..boleh buatkan takk?:(
    zixol said...
    11 tahun..dah tua ye kau rupanya..boleh mula cari calon isteri..
    Sky0ne said...
    power betul blogger ni. Tegar tu sampai 11 tahun. Tahniah!
    NUke_Rude said...
    Adam:
    Insyaallah. tapi, tak jaminlah cantik ke tak.hahaha

    Hidney:
    terima kasih. ala, header ni pun design in 5 mins. takde la 'wow' factor sgt... hahah. btw,, thanks again, for being such a great blog-reader. lol.

    zixol:
    aye aye! tiba2 bukak topik carik calon...

    skyOne:
    ehhem..terima kasih terima kasih.
    Ri said...
    aww.. miss the old header already
    :'[

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.