I am very sure that each and every one of you here pernah makan nasi goreng, bukan? Well, too bad if you tak pernah makan nasi goreng. Sebab, nasi goreng tu... hmm. you know.. nasi? and goreng? nasi goreng?

Okay, seriously kau tak pernah makan nasi goreng?

But, have you ever tried Nasi Goreng Budak? Or sometimes, dia panggil 'Nasi Goreng Budak Baik'. Pernah? haha. first time dengar? Meh sini Tok Andak nak story-telling seround.

~~~

Tersebutlah kisah di pinggir kotaraya, seorang lelaki berbual bersama yang terchinta. Sama seperti pasangan merpati dua sejoli yang diibaratkan pinang dibelah dua yang lain, lelaki itu bertanya kepada kekasih hatinya:

"Adinda, adinda.. Adinda sudah bersantap?"
"Sudah kekanda. Siang tadi, adidas adinda sudah bersantap dengan lahapnya..."
"Benarkah, adinda?"
"Benar kekanda..."

"Apakah menu santapan siang adinda sebentar tadi?"
"Alah... menu biasa-biasa saja, kekanda.. hanyalah Nasi Goreng Budak?"

"Nasi goreng budak?"

Adakah nasi goreng itu dicampur daging budak? Atau nasi itu digoreng oleh seorang budak? Atau nasi budak yang digoreng? Atau tersalah dengar 'nasi goreng badak'? Maka, si lelaki itu terus bertanya apakah yang dimaksudkan oleh nasi goreng budak itu. Alangkah terkejutnya apabila si kekasih hatinya itu menakrifkan pengertian kepada persoalan yang diajukan kepadanya...

"Nasi Goreng Budak tu hanyalah nasi goreng biasa yang ada sayur campur...alah! yang ada jagung, carrot dan kacang peas warna hijau tu... Lepas tu, takde apa-apa lauk lain..."

"Whatt??", balas si lelaki itu, spontan.
"Kenapa panggil nasi Goreng Budak?"

"Ye lah! Sebab nasi goreng tu... macam budak-budak kecik je yang selalu makan. Haha!"







Sayang, you are damn cute!



NUke

3 Comments:

  1. Janggel / Rain said...
    Mak saya panggil 'nasi goreng bodoh'
    joey said...
    my mum will put extra sausage, or chicken pieces.

    if i were to cook, i probably put the adabi nasi goreng paste.

    which, dah laaaaama x masak. lol
    Addin Ben said...
    saya oernah dengar ada orang panggil nasi goreng bodoh, sbb just letak ikan bilis..

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.