Hampir sebulan yang lepas, aku kena mengahdiri seminar di Cameron Highlands, Pahang. At that moment, aku cuma tahu yang aku kena pergi ke Cameron Highlands sahaja. Aku tak diberitahu apa-apa selain aku kena pergi ke Cameron Highlands di Pahang.

Lagipun, waktu tu, aku agak busy dengan lambakkan kerja-kerja yang melimpah ruah bagaikan dedaunan teh yang memenuhi Cameron Highlands di Pahang.

Keji, bukan? baru dua paragraph.. asyik duk mention Cameron Highlands, Pahang.

Bukan apa, kali terakhir aku pergi ke Cameron Highlands di Pahang adalah pada tahun 1996. Jom buat kira-kira sikit:-

 2013
-1996
     17

Huiyoo! 17 tahun tuh.

Back to the story, on the way ke Cameron Highlands, Pahang, aku singgah di kampong ayah sebentar, untuk sama-sama menikmati juadah tengahari bersama orang tuanya. Then, ibu bukak semula cerita pasal Cameron Highlands, Pahang. Ibu tanya aku stay kat hotel mana.

"Heritage Hotel".

"Oh! Tempat yang sama kita pergi dulu!"


Heritage Hotel in 2013


Demm! Nostalgic sial! Korang pernah pergi tak tempat yang dah lama korang tak pergi? heh, faham tak soalan aku ni?

p/s: Ada tragedi yang hampir meragut nyawa berlaku pada aku time di Cameron Highlands dulu. Nanti aku story eh. ;P

NUke

1 Comment:

  1. Ren said...
    Lama giler weh!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.