Dalam keadaan yang serba sibuk ni, kadang-kadang aku tertanya kepada diri sendiri. Patutkah aku tinggalkan saja dunia 'blogging' yang dah 10 tahun aku ceburi ni?
Kalau nak diikutkan pengaruh Nuffnang atau apape advertlets, rasanya aku ni memang dah kaya. But, I AM NOT. Aku berblogging bukan lah dengan niat mengaut keuntungan daripada iklan semata-mata.
Okay lah, memandangkan aku kekeringan idea untuk tulis sebarang cerita kat blog ni, apa kata korang drop comment, bagitau aku entry yang macamana korang mahu aku olah kan?
setuju?
:)
p/s: By the way, aku terima feedbacks pasal gambar aku kat Pangkor haritu, menyatakan gambar itu terlalu menyeksa mata. Atas dasar itu, aku berfikir semula dan me-removekan; dengan tujuan menghormati diri sendiri dan orang lain.
NUke
dalam topik : blog
Dipendekkan cerita, cuti Hari Merdeka (31 Ogos) haritu, aku ke Pulau Pangkor, Perak untuk menghadiri sesi percutian ringkas bersama-sama ahli keluarga. Haha, agak kelam kabut jugak lah since aku kena attend Sambutan Hari Kemerdekaan kat Dataran Merdeka sebelah pagi tu.
Roughly about after 12 noon, my siblings and I then shoot off to Kampung first, to pick up mom + dad, before putting our asses on the cars in the nearly 2-hour journey to Lumut. From there, we naik ferry to Pulau Pangkor. By the time we reached our hotel, it's about Maghrib time.
Nothing much on the first noght in Pangkor. We had fishes for dinner. Then, walked through the night market near the hotel and bought some stuffs, mostly T-shirts lah, as we planned to wear them on the last day in Pangkor.
2nd day, we had ourself in a big boat, wandering around the bays around the island. We did stop at one beach (can't remember the name) and snorkel. There, we met a couple from Holland who were on a week-holiday, Tom & Natasha. They said they'll be visiting KL, Penang, and maybe Singapore afterwards. That Pangkor is actually their first stop. Abang aku, siap promote suruh diorang pergi Langkawi. Bagus jugak idea dia tu sebenarnya, since Langkawi byk pantai yg cantik2.
[ Pic Removed ]
Then, main 'Banana Boat', itu ini... makan, lepak2 dalam bilik. Petang tu pulak, sewa van teksi kaler pink, untuk pusing2 atas darat pulak. Antara tempat yang kitaorang singgah (yang aku ingat la), kilang proses ikan bilis, ada satu 'mini China', pekan Pangkor, dan Kota Belanda. :)
Malam pulak, mandi swimming pool - eventhough siang tadi dah mandi laut.. tetap nak mandi kat swimming pool.
Hari ketiga macam tak ada apa sangat, since it is just a short holiday, and esoknya kena kerja. So, kitorang rushed back to Jetty, headed back to mainland.
After all, it's a wonderful experience(s) lah untuk diri aku ni. Kat Pulau Pangkor haritu, aku telah berjaya memecahkan rekod peribadi. Antaranya:-
- 1st time snorkeling. Haha.
- 1st time naik Banana Boat. Huhu.
- 1st time pergi Pangkor. Haahaha.
Pencapaian yang sangat dibanggakan! Eh! Haha.
p/s: Terima kasih kpd Kak Ogy yg turut menyertai dan menaja sedikit sebanyak percutian kitaorang kali ni.
NUke
Sempena ulangtahun penubuhan malaysia ke-49 kali ini, saya dengan penuh bangga dan semangatnya (cewah) ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia.
Happy birthday Malaysia!
Teruskan membaca blog ini. Haha! Takde kena mengena kan?!
NUke
dalam topik : malaysia
Today September 14, exactly at 1.54am; I am officially 24 years-old.
Syukur ya Allah, atas kurniaan nikmat yang Engkau berikan selama ini.
NUke
dalam topik : birthday
Heh!
Rilex ya. Bukan sekarang masanya. Tunggulah hari yang sebetulnya utk memberikan ucapan tu.
Esok aku update lagi, okay?
NUke
dalam topik : personal
Kedua-duanya membawa makna yang sama. Esok atau besok. semuanya boleh diterima pakai dalam kehidupan seharian.
Tapi, yang mana satu pilihan korang?
Pada aku lah, aku lagi prefer guna 'esok' since kedengaran lebih suci sopan. dan sesuai jugak rasanya kalau nak guna untuk segala macam urusan yang formal. While, 'besok' sounds a bit like 'garang' ataupun kasar. Either way, kadang2 aku guna 'esok', ada masa lain, aku guna jugak 'besok'.
Dan aku rasa penggunaan dua-dua perkataan ni pun adalah tersendiri & significant!
contoh:
"Nanti, korang jangan lupa datang ke rumah aku esok...", kata Siti Halimah kepada rakan-rakannya.
contoh:
"Besok je lah kau hantar report ni kat bos!", hasut Tuminah kepada Siti Haleemah.
Nampak tak beza?! hahaha
Aku cuma nak tahu pandangan korang... cepat!
NUke
dalam topik : life
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.