Malam tadi, opah ada cerita, yang sebetulnya, atuk mahu letak nama ayah aku 'Mohamad Shafie', dan bukan lah 'Mahmod'. Tapi, entah macammana time nak register surat beranak dulu2, atuk aku ni pergi bubuh nama 'Mahmod'. Teruslah ayah aku jadi 'Mahmod'. Opah cakap, Atuk respon begini "Alah, nama Mahmod pun cantik jugak."
Ayah selalunya akan berdiam diri daripada bercerita pasal Atuk. Sebab ayah tak punya banyak masa nak kenal Atuk. Atuk meninggal dunia sebab kena tembak dengan komunis kat Balai Polis. Time tu, ayah cuma 2 tahun.
Daripada kisah & tauladan orang kampung; diketahui bahawa Opah sanggup tak kahwin lain sebab terlalu sayangkan Atuk. Opah kata, Atuk sangat baik & tak kan ada orang boleh ganti tempat dia. Gila setia opah aku ni! Padahal kalo tak silap, opah menjadi Balu pada usia 26 thn. (Lebih kurang la...)
Atuk... Daripada kecik lagi kitorang cuba carik gambar atuk. Sampai lah 3 or 4 tahun lepas, baru kitorang jumpa. Dengar khabar, selama ni ayah yang simpan. Tapi tak sure lah betul ke tak.
Atuk. Yang sebelah kanan. Separuh duduk, separuh berdiri.
NUke
dalam topik : family
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kesetiaan yang tak tahu ada lagi ke tidak zaman skunk.
aku suka gamba ni bro.klasik gila:)
Semoga arwah atuk anda sentiasa dicucuri rahmat.
Amin...
kan? zaman skang ni, aku pun xtau la bro.
faizalsulaiman:
thank u. :)
janggel:
terima kasih bro. :)