Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts




Buat semua kenalan;
Sama ada yang sudah lama kenal;
Sedang mengenali; dan
Bakal dikenali.





Salam Aidil Adha.


Ikhlaskan pengorbananmu, Ganjaran-Nya kelak menantimu.


Ikhlas;
NUke

Tersebut lah kisaaaaaaahh, seorang jejaka perkasa (perkasa lah sangat!) pulang beraya ke kampung ayahandanya di negeri Perak. Perjalanan dari Kolumpo ke Perak itu mengambil masa kira-kira 2 jam menerusi lebuhraya PLUS. Terik dan kesesakan dilalui dengan tabah oleh si anakanda, semuanya demi mencari erti kenikmatan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.

Well. To cut it short, lepas dua jam bertarung nyawa dengan panas dan jalan jem, aku sampai kat kampung.





Ibu macam terlebih excited pulak bila nampak kereta aku si anak bujangnya masuk ke perkarangan kampung. Mula-mula nampak beliau di muka pintu rumah. Alih-alih lepas aku matikan enjin kereta, dia dah ada kat sebelah pintu kereta. Magik. Magika!

Tangan dihulur, salam diberi, kemaafan dipohon, kucupan singgah di dahi. Dengan ucapan Salam Aidilfitri.

Lepas aku buat semua benda tu, boleh lak Ibu respon cenggini:

Aik! Seorang je? Ingatkan berdua?! Kot lah nak memperkenalkan ke... apa ke..?

Sambil beliau menjenguk-jenguk di dalam kereta.









Aidilfitri 1434H.

Ibu dah bagi hint untuk mulakan hidup 'berdua' pula lepas ni.


Tolong!!!






NUke

Basically, this kind of summarised my pre-Raya.








Rezeki. The only duit raya yang aku dapat (so far). Haha.


NUke







Saya tahu, 
Tidak semua entry di sini memuaskan hati kamu.

Saya tahu,
Tidak semua perkara di sini kamu bersetuju.

Saya juga tahu,
Disebalik senyum yang terukir, ada juga rasa benci.

Andai ada salah silap dan juga typo,
Maaf dipohon, Maaf juga diberi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin.




Ikhlas;
NUke

Peristiwa ni berlaku malam Sabtu lepas. Alang (panggilan kepada kakak ke-3) ada mention pasal nak buat kuih raya. Alah, kuih corn flake yang salut coklat tu je. Dia ada bagi hint kat aku, minta aku tolong dia nanti. Memandangkan time tu aku tengah khusyuk tengok berita, aku mengambil peluang itu untuk 'buat-buat tak dengar'.

Okay. Aku jahat. Tapi jahat bermaruah. Haha!

Nak dijadikan cerita, lepas je layan berita, aku terus buat-buat tak perasan yang dia tengah duk sibuk menyusun acuan kuih / cup kat atas meja dapur. Aku terus je masuk bilik, layan lagu and internet.

Dengan harapan:

"Hehe, buat-buat tak tahu yang Alang nak buat kuih. Duduk diam-diam dalam bilik, then, bila kuih tu dah siap, baru aku keluar bilik... Dengan harapan 'keluar je bilik, terus dapat makan kuih!' "

Tapi, aku salah bajet masa. Aku terlupa pulak yang nak buat Corn Flake coklat tu tak perlu beberapa jam pun. So, aku leka layan internet dan dengar lagu-lagu nasyid (termasuk lagu Ayat Ayat Cinta by Rossa) sampailah dah dekat pukul 10.30 malam.

Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Alang masih ada di situ. Tetapi beliau sudah siap-siap mengemaskan perkakasan buat kuih tu.

Akhirnya, aku tak dapat pun nak 'curi-curi' rasa kuih raya! Sebab dah disimpan dan di-seal-kan dalam balang!!

:(



Taktik jahat kali ni tak menjadi.



Argh!!



NUke

We were made to understand that Opah & Arwah Atok (which we have never got an opportunity to meet him)  originally came from Teluk Anson; that Atok at that time was serving the government as a policeman has to be relocated to a small town named Sungkai.



In that small town of Sungkai, Opah gave birth to her daughters and sons.

And in that small town of Sungkai, Atok was shot to death during a communist attack, somewhere in 1950. Atok was in the police station at that time. The death of Atok has made Opah as a 'Balu'...at the very young age of 26. Rumours saying among the villagers of Kg Rahmat Changkat Sulaiman, that Opah has somehow made a promise to herself that she'll never marry another man (again) - as a sign of loyalty to her beloved 'killed-by-a-communist-husband'.




Ayah; the 4th of the 5, has only spent 2 years with Atok. Ayah has never get a chance to remember his own father's face; until the discovery of Atok's photo years back.

Sungkai.



p/s:  Macam haramjadah je English aku kali ni.


NUke

Al-kisahnya, perkara ini berlaku pada pagi 10 Zulhijjah di dalam sebuah kampung. Bergegas-gegas dan ke hulu hilir lah seorang ibu, mengejutkan anak-anaknya untuk bangun pagi dan bersiap-siap untuk segera ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha secara berjemaah nanti.

Tahu sajalah, sebagai seorang ibu, sebaiknya dia mahu semua yang terbaik untuk ahli keluarga. Ini tidak terkecuali kepada mertuanya. Yakni, Opah aku.

Setelah mengambil giliran untuk mandi, semuanya segera berwudhu' dan memakai baju2 yang cantik. Maklumlah, bukan nak keluar berdating saja nak kena lawa-lawa, mengadap Tuhan pun perlu lah juga.

Opah. Beliau dah lama dah mandi. Pun begitu, opah jugalah insan yang tidak sempat ke masjid di belakang rumah itu untuk menunaikan solat sunat bersama-sama.

Sebab?

Time-time bilal dah ber-iqamah itu lah opah sibuk menjerang air...nak minum kopi; bagai lah.

Apa saja lah opah aku kali ni.


p/s: Opah sudah berusia 88 tahun.

NUke



Harapnya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Andaikata ini Aidilfitri terakhir aku, ampunkan segala salah silapku sedari dulu.



NUke




BATANG PADANG, 29 Ramadhan 1432H - Setelah pasrah dengan keadaan siaran televisyen yang tak seberapa itu, Rabiah meneruskan rutin hariannya sebagai seorang ibu, isteri, dan menantu di kampung Wan Ngah Bedah itu. Dalam perkembangan lain, NUke Rude yang bergembira dengan butang baju melayu itu tersentak daripada lamunan dan keselesaan.

Semuanya gara-gara dirinya yang baru sahaja tersedar yang dia masih tidak memiliki Songkok! Hal ini dipanjangkan kepada Noorsyakimah dan Noorjehan. Sama seperti sebelumnya, Noorsyakimah sekali lagi berang dengan kecuaian adiknya itu. Dia menambah, "...Hish! kau ni memang macam-macam la! Semalam butang baju melayu, hari ni songkok pula!"

Mereka kemudiannya bercadang untuk ke TESCO Kampar, dengan harapan dapat menemui songkok pilihan. Perjalanan menaiki Myvi Biru itu turut disertai oleh Nurhidayah (bukan nama sebenar), Noorjehan, dan juga Faris Rezky (bukan nama sebenar). Sejurus tiba di TESCO, mata melilau mencari songkok, namun apa yang ditemui hanyalah kordial RutBir F&N yang berharga RM6.99. Noorsyakimah & Nurhidayah kemudiannya leka memilih produk kecantikan, bagi menghilangkan kesan parut jerawat; sungguhpun muka mereka tidak nampak celanya.

Songkok Dijual di Tapah?

NUke Rude ketika ditemui di sini berkata, "Kami terpaksa singgah sebentar di Tapah untuk mencari songkok. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan juga hikmah bulan Ramadhan, saya temui songkok di sebuah kedai buku Islamiah berhampiran dengan Maxis Center; bertentangan dengan bank CIMB."

Dia yang berbaju robot bersaiz sedikit ketat dan berseluar 3-suku bagaimanapun sempat melondehkan sedikit seluarnya sehingga menutupi lutut sebelum masuk ke kedai songkok tersebut. Dan bila ditanya berkenaan dengan hal itu, dia enggan mengulas lanjut.

Malam Raya Menjadi Huru Hara?

Suasana malam raya menjadi kelam kabut setelah Rabiah menyedari akan baju melayu suaminya, Mahmod tidak berada di dalam almari di kampung. Dia yang cemas dengan situasi itu segera menelefon anak lelakinya yang masih di Kuala Lumpur, Mohd Ridzwan (bukan nama sebenar) untuk sama-sama memeriksa baju melayu itu di bilik persalinan. Semua ini berlaku gara-gara Mahmod yang begitu yakin akan baju melayunya itu berada di rumah kampung.

Mahmod ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara ini hanya mampu tersengih.

Bersambung...

NUke

Kisah bersiri Aidilfitri: Butang Baju & TV LCD



BATANG PADANG, 28 Ramadhan 1432H – Sekeluarga daripada keturunan Wan Ngah Bedah didapati selamat tiba di kampung milik warisnya itu dengan menaiki sebuah Perodua Myvi, dan sebuah Perodua Kelisa. Menurut salah seorang daripada mereka, Noorjehan (bukan nama sebenar), mereka tiba dengan perasaan penuh girang walaupun sebelum itu perjalanan mereka terpaksa ditangguhkan kira-kira 30 minit dek kerana mencari butang baju melayu di gedung pakaian Hari-Hari. Walaupun tidak berpuasa dengan mengisytiharkan dirinya sebagai musafir, cubaan Noorjehan untuk mendapatkan ‘Corn-in-a-Cup’ gagal, setelah permintaannya ditolak mentah-mentah oleh ahli keluarga yang lain. Dia, bagaimanapun berjaya untuk tidak berpuasa selama 7 hari pada Ramadhan kali ini.

Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah pemilik Myvi Biru, Noorsyakimah (bukan nama sebenar), katanya “…haritu dia tak bagi tahu (kepada) aku! Ini sudah last-last minit baru terhegeh-hegeh nak cari butang baju melayu!”. Ternyata kenyataan amarah itu ditujukan kepada salah seorang saudara lelaki yang menyertai misi balik kampung itu – Nuke Rude.

Encik Nuke Rude apabila mahu diminta komen tentang perkara ini enggan mengulas lanjut. Mungkin dek kerana malu dan terkedu.

TV LCD Pengubat Duka?

Dalam kes yang lain, Puan Rabiah (bukan nama sebenar) berkata, “Harapnya Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna dengan adanya TV LCD Toshiba” yang dibeli oleh salah seorang anak lelakinya itu. Dia menambah, “bukan apa, TV di kampung ni tak clear sangat.”

Rabiah, 59 teruja untuk menonton rancangan-rancangan raya di televisyen, namun, semua itu mungkin terpaksa dilupakan disebabkan hanya stesen tv Al-Hijrah saja yang clear di kampung itu. Encik Mahmod (bukan nama sebenar) menambah “Di kampung ni susah sikit. Nak kena guna aerial tinggi (bumbung) baru clear. Kalau guna aerial dalam rumah ni, memang kabur.” Rabiah kelihatan pasrah dengan situasi yang berlaku.

Difahamkan aerial bumbung di kampung itu sebelum ini musnah dalam kejadian ribut petir.

Bersambung...

NUke



Salam Aidilfitri kepada para pembaca.

Ya, setelah 4 tahun berturut2 beraya di KL (5 tahun secara kumulatif!), akhirnya, family decided utk beraya di kampung ayah. Sungkai, Perak. Ya, tak jauh pun. kalau drive secara normal, mungkin mengambil masa dalam satu jam setengah atau dua jam. Kalau secara abnormal, mungkin boleh sampai dlm masa 45 minit atau berhari-hari. Tapi kalau berjlan kaki... aku tak pasti.

Tak ikut highway pun. Cuma ikut jalan lama. Menyusuri Ulu Yam, Ulu Yam Baru, Batang Kali, Rasa, Kerling, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Trolak... sebelum ternampak stesen minyak Petronas beberapa ratus meter sebelum simpang tiga menuju ke Sungkai.

Malam raya tu, aku balik ke kampung bersama Angah. Dan anaknya.

Alhamdulillah, semalam, kitorang semua dah selamat sampai dan kembali ke KL. Penat, letih, dan macam2 jugalah rasanya. Dan yang nyata, Raya kali ni, aku memang tak banyak muncul dalam kamera digital. Sebab? Aku je yang asyik menangkap2 gambar semua orang. Tak adil pulak rasanya! Hahaha. Tapi, mengambil gambar itu satu kepuasan. Walaupun masih belum memiliki DSLR. Haih! Memandangkan esok hari lahir aku, mungkinkah akan ada seseorang yang akan menghadiahkan aku DSLR satu?

Raya tahun ni mungkin sederhana bagi aku. Tapi, dalam kesederhanaan itulah aku mula mengerti dan cuba untuk menikmati kesedapan beraya bersama keluarga. Yang mana sebelum ni agak sukar untuk aku temui kenikmatan itu.

Salam Aidilfitri sekali lagi kepada semua rakan blogger dan pembaca.

Dan selamat bekerja dan belajar semula!

Oh ya, raya korang camne lak?

NUke





Andai ada tersalah kata,
Sepanjang perkenalan ini,
Walau sekalis pandang cuma,
Tanpa mengerti makna di hati.

Andai salah ku; terbuat dosa,
Sepanjang singkat perkenalan itu,
Niatku cuma bergurau senda,
Dan tidak lebih daripada itu.

Andai wujud dendam di jiwa,
Sepanjang bertahun perkenalan kita,
Hanya ampun dan maaf ku pinta,
Nun di Aidilfitri; hari yang mulia.



Wishing all of you:
'Selamat Hari Raya Aidilfitri'

NUke


Punyalah aku gembira, ingatkan hari ni dah tak banyak kereta kat atas jalan raya time pagi2 nak pergi kerja, rupa-rupanya kereta-kereta tu semuanya singgah petrol station nak isi minyak. Hadeii, tak pasal-pasal aku kena spend 15 minit untuk tuggu turn aku isi minyak motor. RM 5 je pun. Tapi, dia punya queue macam stok minyak dah nak abis esok.

Dan ya. Memang dah kurang skit kenderaan dalam bandar ni, sebab semuanya menghala ke luar bandar. Time raya ni la boleh tengok KL ni lengang sikit.

Then, sebelum sampai ofis, aku park n singgah kat Shell Palm Spring dlu untuk withdraw duit gaji. Sebab aku tau kat situ memang ada ATM Maybank, and alang2 dah on the way ke ofis kan... singgah la sekejap. Tak banyak pun aku keluarkan, cukuplah sekadar bagitahu yang amaunt tu 'suku' daripada total gaji aku bulan lepas. Haih!

Kul 1 petang, aku pun keluar menghala ke UOB Bank seberang jalan dari ofis tu. Tujuannya hanya satu, untuk memastikan semuanya berjalan lancar, aku selitkan kesemua wang yang aku withdraw tadi ke dalam sampul surat putih bersaiz kecil. Sambil jalan-jalan tu, sesekali aku menoleh ke kiri dan ke kanan...

...untuk melintas jalan.

Masuk je pintu UOB Bank tu, aku dah nampak ade 3 orang staff dia tersenyum girang. Aku rasa diorang gembira sebab kehadiran aku (yang satu-satunya lelaki yang masuk time tu) sekurang-kurangnya dapatlah memeriahkan suasana mereka semua. Semuanya pakat nak tackle aku. Aku pun berjalan menuju ke kaunter. Bila saja langkahku menghampiri kaunter 1, aku mengangkat sedikit tangan kanan yang memegang sampul putih berisi wang ringgit. Ternampak saja gadis itu akan sampul itu, dia pun berkata:

"Maaf Encik! Duit baru dah habis!"

"Especially duit seringgit", sampuk kawan dia yang duduk kat kaunter sebelah!

"Aduh!!! Tau pulak dia yang aku nak tukar duit!!!" teriak aku dalam hati sambil menepuk dahi!

Tak pasal-pasal aku kena menapak jauh ke penghujung blok... menuju ke EON Bank!

Jauh tu!

Dan oh, before aku melangkah keluar, diorang siap pesan lagi kat aku, "Lain kali, Encik datang la tukar awal-awal..."

"Aku baru dapat gaji kot...", nak je aku balas balik. Nasib baik diorang tu comel!

NUke



Menjelang Hari Raya Aidilfitri, macam-macam perkara tiba-tiba bermain dalam benak fikiran kan? Mula lah teringat akan kuih raya yang tak dibuat lagi; baju raya yang tak ditempah lagi; to name a few. Slot The 8 kali ni menyenaraikan lapan persoalan atau perkara yang sering dan kerap ditanya (barangkali boleh menjadi persoalan yang selalu ditanya) menjelang Aidilfitri.

--

#8 : SMS Raya / Kad Raya
Dulu-dulu, kita sure akan membeli dan menghantar kad raya kpd teman2, sbg tanda ingatan dan sbg pengganti diri, mengucapkan selamat. And of course, akan ade lah persoalan2 utk penerima such as "Balik kampung mana tahun ni?", "baju raya dah siap ke belum?". Tak lupa juga pantun entah berapa kerat untuk memohon ampun dan salah sepanjang perkenalan. But as masa dan zaman berudah, keadaan juga berubah. Kad raya pun makin jarang dikirim, cuma digantikan dengan kiriman SMS. Murah pun murah!

#7 : Ketupat, Lemang & Rendang
Mulalah rasa panik, bila mengenangkan yang Ketupat instant yang tak dibeli lagi. Then, bila dah terfikir pasal ketupat, meleret-leret jugalah kepada perihal lemang dan rendang. Niat di hati, semuanya nak masak sendiri, penyudahnya tak sempat and kelam-kabut mencari stalls yang menjual semua ni. Mulalah bertanya pada tok nenek, wan ngah, mak su timah semua... "Kat kampung ni ade ke orang jual lemang, tok nek?". Ha, last2 minit baru nak beli.

#6 : Cuti Raya
"Timah, kau amik leave berapa hari?" atau "Aku cuti seminggu! Ko lak?". Perbualan2 camni akan mula didengari dikalangan colleagues and co-workers. Tambah-tambah lak yang memang plan nak beraya sakan. Ada yang sampai amik cuti 2 3 minggu. Alasan..? Kampung jauh tu... penat lagi driving, etc. Nak nak lak raya minggu depan, semua sibuk bertanya sesama sendiri pasal cuti raya.

#5 : Lagu Raya
Sebuk mencari2 CD lagu raya utk didengar dalam kereta. Baru lah feel katanya. Kat radio pun mulalah play lagu2 raya. Dari lagu zaman2 P. Ramlee dlu, sampai la lagu2 baru yang bebudak AF nyanyi. Ade jugak la yg kononnya diberi 'nafas baru'. Penyudahnya merosakkan lagu je. Time2 dekat nak raya ni la company recording and music buat duit. keluarkan CD kompilasi lagu2 raya la. Antara yang femes, lagu 'Sesuci Lebaran'. Wajib ada.

#4 : Duit Raya
Bagi budak2, semua lah berangan nak dapat duit raya daripada pakcik2 & makcik2, uncle2, aunty2, cikgu2 sekolah, etc. And yang dah tua2 pulak dan yang dah bekerja, jenuh memikirkan bajet tahun ni utk duit raya yg nak kena bagi kat anak2 buah. Silap2 boleh botak. Tu belum consider queue kat bank untuk tukar duit singgit singgit baru lagi. And sampul duit raya pulak... camne?

#3 : Kuih Raya
Kuih tat nenas, semperit, corn flakes, batang buruk, sarang semut... dan banyak lah lagi. Berangan2 lah juga nak buat 'almond london' sendri, penyudahnya beli kat Jusco saja. Senang kan? Tunjuk je mana-mana kuih yang suka, beli lah 3 4 jenis, asalkan ada. Then, balik rumah carik balang2 kuih yang dah disimpan entah ke mana, cuci, lap, and masukkan kuih. Bila member dtg rumah cakap camni "Eh! Korang rasalah kuih Almond London yang aku buat ni!".

#2 : Baju Raya
"Baju raya kau warna ape this year?" dan "Kau dah shopping baju raya lom?"
Soalan2 wajib menjelang Aidilfitri. Kan?

#1 : Balik Kampung
Bagi yang duduk merantau kat negeri orang, time ni lah peluang yang sesekali je dtg untuk bertemu mak abah dan sedara-mara di kampung. Awal2 puasa lagi dah plan nak balik beraya kat mana. Puasa pun belum tentu penuh. In some cases, siap bertengkar lagi suami isteri sebab takleh decide nak balik kampung siapa. Dan yang nyata kalau sapa2 yang kena kerja time raya, mereka2 ni pasti diajukan soalan:

"Eh! Kau tak balik kampung ke?"

Rasa cam nak lempang je kan?

--

Overall ini cuma pendapat segelintir individu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sekeliling. Tidak wajar digunakan salam kajian tesis sebagai rujukan ilmiah. Haha. So, korang.. amacam? Cuti raya dah apply lom? Kuih raya baper jenis? Korang bagi duit raya tak tahun ni? Hmm... baju raya pulak camne? dan yang penting, raya tahun ni balik kampung tak??

sometimes, annoying jugak.

Tapi inilah yang menjadikan kita bersemangat dan teruja untuk menantikan hari lebaran.

Kepada yang dah mula bercuti, selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri!

NUke

Salam.

di kesempatan ini, NUke Rude Blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca muslimin dan muslimat. Insyaallah, sama2 kita doakan agar mereka yang pergi menunaikan ibadah Haji dapat menyempurnakannya dengan haji Mabrur hendaknya. Moga-moga kita semua mendapat keredhaan dan keampunan daripada Allah yang Maha Esa. Amin.


Gambar tahun 1993. Cuba la cari yang mana satu aku...


NUke


Salam.
Ha, tahun ni, aku beraya sakan sampai hari raya ke-4 saja. Hari ni, yakni raya ke-5, ak sudahpun masuk ofis. Yeay! (Gembira la sangat kan? Padahal pagi tadi sikit punya liat nak bangun pagi). Before aku proceed, aku nak wish kepada mereka yang senasib dgn aku ni; "Selamat Kembali Ke Workstation!"... Kerja, kerja, hujung bulan dapat duit gaji!

Usually, aku takdelah amik kisah sangat pasal baju-bajan time aidilfitri ni. Tapi this year, aku agak amik berat kot. Maybe sebab dah 21 tahun kot! takpun sebab dah kerja! hahaha. Korang lak? Apa koleksi baju-bajuan utk raya kali ni?

1st Day Raya : baju Melayu maroon since 2005. Dan aku memperbaharui rekod peribadi dengan memakai baju melayu lengkap bersamping sepanjang hari. Selalunya, thn2 sebelum ni, lepas je makan tghari, aku dah tukar ke baju biasa.

2nd Day Raya : baju Astro hadiah time menang Blogger Awards dulu. Tak sia2 dapat hadiah baju, boleh pakai time raya.

3rd Day Raya : Baju pemberian abangku; sempena hari lahir yg ke-21. Merangkap baju raya paling berharga la kot untuk tahun ni. Haha!! Sayang gak abang aku ni kat aku... Thanks bro! tak sia2 je aku jadi adik ko kan? Huhuhu.

4th Day Raya : The only one baju raya yng aku beli menggunakan duit sendiri! hak hak hak. Beli kat mana? Sik boleh gitau la. Tapi, aku beli bukan semata2 utk raya. Baju batik tu aku beli memandangkan ada good offer, dan maybe akan digunakan kalo2 ada event formal company nanti. Kiranya 2 in 1 la kan?

Anyway, raya tahun ni agak menarik dan penuh warna warni. Dan raya ini juga telah merungkai satu misteri yang selama ini tersimpan kemas di atas kepala. Apakah misteri itu? Nanti lah aku cerita.

NUke


Ini adalah Kisah Benar. Berlaku pada hari semalam.

2.45 am - Cubaan tidur selepas menyedari perut sudah buncit.
3.01 am - Rasa-rasanya time ni lah berjaya tidur.
7.09 am - Terbangun dr tidur akibat rasa penat dan letih.
9.04 am - Sarapan pagi nasi goreng (sesudah mandi dan bersiap)
11 am hingga 10 pm
- Makan kuih kapit, kuih bahulu, kuih cornflakes, almond london.
- Makan jugak kacang yang rasa pedas2 tu.
- Makan laksa.
- Makan nasi dagang.
- Makan kek hari jadi.
- Minum air sarsaparila, teh O, sirap, nescafe O.
- Minum jugak air Pepsi, air susu UHT Dutch Lady perasa Strawberi.
- Minum jugak air masak.
- Makan keropok Twisties & Cheezels.
- Makan Mi goreng.
11.00 pm - Bilik air; Berak! Dan kembali lapar.

Jadi, itulah kitaran dan pengumpulan makanan dalam perut, kemudiannya merentasi usus kecil dan besar, sebelum menghadapi pengakhirannya di lubang tahi!

Sekian.

NUke



2002 : Perasaannya bercambur baur. Lebihnya excited sebab 1st time raya di KL.
2006 : It's now become a new family tradition!
2007 : Unexpected. New family members. Just lots of fun!
2008 : What more to expect? Everyone's here, celebrating the day!
2009 : Personally, this is one of the best year! (I think so...)

NUke



Hah! penyimpan mohor Raja-Raja dahpun announce tarikh raya puasa. Esok Raya. Ramadhan dah pergi meninggalkan kita utk kesekian kalinya. Kini, Syawal pula menjelma. Seperti kebanyakan insan, saya, NUke_Rude ingin sekali memohon maaf atas ketelanjuran bicara dan kesilapan maklumat dan perilaku semasa menyampaikan ekspresi emosi lelaki dan juga semasa membalas komen2 yg kalian berikan. Sesungguhnya, saya tidak pasti sama ada dapat bertemu dgn kalian semua pada Syawal yg akan datang, dan diharap, sekiranya ini adalah Syawal terakhr untuk kita, ampunkanlah salah dan silap saya; sebagaimana saya sedia dan sudah pun melupakan dan memaafkan kesalahan yang kalian lakukan (sekiranya ada).

Ayah & Ibu, Adik-Beradik, Yang Tersayang, Sahabat, Blogger dan readers;

10 jari disusun, lembut salam disambut, senyuman manis tanda hormatku; semuanya ku tujukan kepada kalian; pembaca blogku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf atas kesalahan yang zahir dan batin.

NUke

15 September lepas, ada satu majlis berbuka puasa di KLConvex, company bermurah hati pula nak menjemput staffs berbuka puasa bersama-sama. Banyak gila aku makan malam tu... kata diriku yg kuat melantak ni. Layan kan saja beberapa gambar yg aku ada ni.

Anyway, memandangkan aku raya di KL tahun ni, berkemungkinan besar aku akan update blog ni pada setiap hari kot. (Walaupun aku menyedari risiko untuk setiap entry itu tidak dibaca adalah tinggi...sebab masing2 da bz ngan Raya). Pesanan aku kepada semua, "Berayalah dengan sanak saudara dan rakan taulan, namun sebelum tidur, baca lah doa tidur..." (korang sure ingat aku nak suruh korg baca blog aku ni kan? Kan? Kan? Kalau nak baca blog ni, baca je lah sebelum tdo...

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.