NUke
Bas Patt Hup berwarna hijau itu pun tiba di platform. Sama seperti pemandangan biasa di mana-mana, manusia mulai sesak dan berebut untuk menaiki bas. Yang tua ditolak ke tepi, yang bunting terpaksa beralah, dan yang comel cantik didahulukan si jejaka. Budi bahasa kita entah ke mana. Aku membontoti Xyryll ke arah bas itu. Ditolaknya lelaki-lelaki miang yang menempel dan menghalang pintu bas dan terus masuk menuju ke arah tempat duduk paling belakang. Aku cuma menuruti.
Perjalanan singkat ini terasa sangat lama dek kerana bas yang dinaiki bukanlah bas ekspres, tapi bas lompat-lompat cuma. Aku yang sememangnya hilang mengantuk dek terhayun-hayun di dalam bas walaubagaimanapun kagum dengan kemampuan si Xyryll yang elok saja berdengkur di atas bahu kiriku.
Perempuan yang kau tenung-tenungkan time di Melaka Sentral tu adalah Alya'. Since kau tak nak and tak ada usaha nak dapatkan nombor telefon dia, so, aku bagilah nombor dia pada kau. Mungkin kau tak perasan aku letakkan kertas dalam kocek seluar kau waktu dalam bas Patt Hup haritu. Dan jujurnya, memang aku yang beria-ia menyuruh Alya' melayan setiap sms yang kau bagi kepadanya.
NUke
NUke
NUke
Sampai sekarang aku ikut teori ni. Dan selalu aku ceritakan kepada kawan-kawan. Sebab ianya kelihatan logik. Haha!
NUke
Salam.
sedar tak sedar, 16 Mei datang lagi tahun ni. Hm, seperti yg semua sedia maklum, 16 Mei merupakan Hari Guru. Ye ke? Ye la kot. Jadi, aku nak ucapkan kepada semua pendidik di luar sana.. Selamat Hari Guru, kalian memang hebat! Karena kalian, aku dapat tau apa itu huruf A, B dan seterusnya. Kerna kalian juga lah aku dapat meningati Rukun Islam dan Rukun Iman. Dan kerna kalian juga lah aku dapat berblogging ni. yela kan.. kalo tatau nak menulis n membaca, mcm mana nak blogging sendiri? Kan?
Hm, oh ya! sekarang ni aku ada di rumah dan yang paling bagus, aku boleh mengedit mcm2 gamba utk entry2 aku yg akan dtg. So sorry kepada pembaca yg terasa agak bosan ngan gaya penulisan aku kebelakngan ni. Im so sorry okay. Aku just tak cukup bahan utk merancakkan lagi gaya penulisan blog tempoh hari.
Best ke jadi cikgu?
Best kot! Ntah, aku tak penah lak terpikir nak jadi cikgu. Bukan ape, jadi cikgu ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi... tambah2 lak kalo jd cikgu skolah menengah, ngan karenah remaja yg baru nk kenali dunia.. haih~ tak sanggup aku.
Tapi itu yg membuatkan aku salute kepada warga pendidik nih. Dorg bole tahan ngan mcm2 hal n kerenah students. kagum ar! kalu aku.. sure da kena pelempang da students tu! huhu
Since, aku dah ada kat rumah, maka aku merajinkan skit diri utk mengedit gamba time aku kat skolah dulu. Kalau korg terer, teka lah yg mana satu aku kat dlm gamba2 ni.
NUke
Salam.
Salam.
Menurut kalendar universiti, sesi pengajian rasmi utk sesi 08/09 dah pun tamat pada 8 Mei haritu. Tarikh sekarang ialah 13 Mei 09. Maknanya dah lima hari dah aku jadi 'penganggur-yg-menunggu-hari-graduasi'. Saja je aku 'up'kan skit gelaran tu, nak menyedapkan hati...
Honestly, aku merasakan yang aku seorang loser.
Kenapa? kau tanya kenapa?
Tempoh hari, aku lah insan yg paling tak sabar utk habis blajar. Seronok nya bagaikan menang kereta BMW! wooho! Dan tempoh hari juga lah yang aku semahunya melangkah ke alam yang baru dan lebih independent! Hahaha. Bajet dah fully equip and ready lah!
Skang ni aku cuma ada 1 perkataan utk diri sendiri:
CIS!
Ok. Aku admit... aku seorang loser. Au ingat dah habis belajar ni seronok. Tapi, dlm tempoh 5 hari aku tamat pengajian kat UKM, aku rasa bosan teramat sangat. Kat ruma, lepas je aku kemas2 brg dalam bilik baru, aku just lay back n mnghabiskan masa ngan foods. Yeah, i like to eat. sebab tu aku nak isteri aku nti pandai masak! So what?
Habis blaja kat U... aku lepak2 tengok tv. walopun aku ni bukan kaki tv. Aku terpaksa melayan crita indonesia yg salu disiarkan leh TV-tv tempatan. Sometimes, aku rasa mcm aku duk kat Indonesia yg mn cuma certain2 masa je aku leh jumpa drama2 melayu!
Loser-nya aku ni... sampai bangun pagi pun makin liat. nak2 lak time hujung minggu. Aku bertambah malas dan berat utk mengangkat kepala drpd bantal. Bontot dr tilam, dan jejari dari keyboard! Aku kena aktif semula. I was thinking to be a full-time blogger, and i am actually.
No. I need job. Next week, i'll be joinng the xhibition (will talk bout this later) and i need some fresh air so that aku tak 'mati' kebosanan.
Life after habis belajar sucks!
Believe me guys (and girls)
DO ENJOY ur campus life sementara korang ada peluang itu. Student's life is beautiful.
p/s: no pic for now, damn! i missed my own PC!
NUke
Salam.
Kehadapan pembaca yang setia.. terima kasih kerana setia mengadap blog aku setiap 5 menet bagi memastikan diri kalian sentiasa update dengan entry2 yang baru. Ceh! poyo la aku ni! takde maknanya org lain nk refresh blog ni every 5 menet. Ape kau ingat kau tu femes sgt ke Nuke? Hoho..
Itu lah dia monolog dalaman yg lebih kepada mencaci diri sendiri.
Enough.
Memandangkan sesi pengajian di universiti hampir tamat, maka ramailah di antara kita yang bermuram durja, kerana tak mahu berpisah dengan kenalan rapat yg mana kemudiannya menjadi kekasih hati. Betul kan? Well, luckily my J is not in the same university.. Haha! Selain tu, ada juga yang dah tak sabar nak berpisah dengan kawan2, sebab selama ni dia je yg asyik kena buli n dia je yg salu kena kutip tutorial n hantar kpeada lecturer. kadang2 tu, ade org rasa tak sabar nak habis belajar sebab dia yakin bhw lepas habis blaja, jawapan tutorial dia tak akan kena tiru lagi...
Huhu, walau apa pun reason anda, saya tetap dengan pendirian saya! Menjadi satu tanggungjawab bagi saya untuk menyampaikan satu fakta... Yang sebenanrnya, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya... huhuhu (pinjam ayat kat TV)
Ok la, be serious. Korang dah sure ke korang tak tinggal apape (selain kenangan) kat universiti or kpd kawan2? Bagaimana dengan HUTANG? Sudah dilangsaikan kah? atau sudah dikutip kah? Honestly, aku sangat takut bab2 berhutang ni, seksa oo kalo tak bayar, nanti bila akhirat, kena carik org yg kita berhutang tu n langsaikan.. langsaikan dengan apa? Wallahua'lam.
Bila kita berhutang tu, biarlah berpada2 n sentiasa beringat. kalu boleh, biarlah ada list, sekurang2nya kita tak lupa dengan siapa yg kita pnjam n berapa amaun wang yg kita pnjam. Oh! hal ni pun valid untuk barang2 lain. Contohnya kalo kita pinjam setereka ke.. mestilah kena pulangkan. Lagi bagus kalau kita dpt pulangkan awal2. Kang bila org tu dah blah, baru la menggelabah nk pulangkan kat org tu.
jadi, aku kat sini, nak mengambil kesempatan untuk bertanya kepada kawan2 universitiku... "Masih adakah hutang yang belum dilangsai?" dan "Korang dah bayar ke hutang aku tu?"
Sekiranya ada, aku nak maklumkan bahawa aku akan berada di UKM ni sehingga 10 Mei 2009. Jadi, kalau ada apape hal, boleh la call no maxis ku.
Sekian.
NUke
Salam.
Sebelum aku menulis hal2 yang lain. Aku just nak bagitahu, ni entry ke 100 aku untuk tahun 2009. Hip hip hooray! Ok, lets move on to the main idea of this entry. 1 May merupakan Hari Pekerja. memandangkan ianya hari pekerja, maka semua pekerja akan mendapat cuti. Aku yakin, ramai org dah plan balik ke kampong since malam khamis lagi, maklum la cuti 3 hari, bole la lepak2 n rehat kat kampung.
Aku? Aku tak balik ke kampung, sebab keluarga aku duduk di taman perumahan. So, istilah balik kampung maybe dah tak valid untuk aku.. So, jangan tanya aku soalan ni, "Ey, ko tak balik kampong ke?", tapi tanyalah aku dengan soalan macam ni, "Ey, ko tak balik taman ke?"
Ada yang mempertikaikan tentang cuti yang turut sama dinikmati oleh pelajar. Mereka bertanya, kenapa pelajar pun dapat cuti sedangkan mereka bukan pekerja. Ya, mungkin ramai yang tak berpuas hati dengan keistimewaan itu. Namun, dendam itu hanya mampu ditahan dan disimpan dalam hati. Jadi, kenapa pelajar turut mendapat cuti pada Hari pekerja?
Hm, untuk menjawab persoalan ini, aku mengambil masa kira2 2 jam untuk mengumpul idea sebelum mampu berhujah. Pertamanya; memandangkan pekerja (akademik & bukan akademik) bercuti, adalah perlu bagi pihak school, kolej, or universiti turut memberikan cuti kepada pelajar. Ini bagi mengelakkan para pelajar dari belajar secara sendirian di dalam dewan kuliah. kalau hal ni berlaku, ade kemungkinan timbul theory2 baru dalam matapelajaran dan menyebabkan mereka gagal menguasai subjek dengan betul.
Kalau universiti turut menjalankan peperiksaaan pada hari pekerja, maka para pelajar bolehlah bersenang lenang meniru sesama sendiri dek kerana pengawas2 peperiksaan sedang bercuti hari pekerja.
Jawapan lain yang sesuai dan tepat bagi persoalan 'kenapa pelajar turut cuti' ni adalah... "Sebab si pekerja dulu pun dapat cuti time diorg bergelar pelajar... so, kira fair-lah kan?" kata seorang pelajar yg tak ingin namanya disebutkan.
Aku pun terfikir, betul jugak!
So, apa aktiviti yang bagus untuk mengisi waktu cuti? Adakah tidur? Ya, bagi aku, tidur yang lena dan nyenyak pada waktu cuti adalah pilihan yang sangat baik. Dan tak membazir duit.
What do you say?
p/s: kalau pelajar tu bukan sejenis pekerjaan, kenapa dalam mana2 borang tu ada word "Student" dalam ruangan 'Occupation' ?
NUke
Salam.
20 April bermula garang bagi aku. Aku sakit perut. Asyik nak cirit-birit je kejanya. Masuk hari ni dah hari ke 4 aku sakit perut. Cis kan? Oh, hari ni aku bangun awal and berjaya tak membuka pc pada waktu pagi. Selalunya kalau aku bangun awal, mesti buka pc n baca blog. Tapi, tidak hari ini. Aku ada presentation viva. Hah. Viva merupakan kemuncak pembentangan bagi segala pembentangan dalam pengajian kita kat universiti? Setuju?
Pernah korang rasa cuak selain menunggu giliran untuk viva? Haha. Aku dah alami perasaan cuak itu. Sampai 2 kali aku pergi tandas pagi tadi sebab sakit perut yg tak elok2 lagi.. dan mungkin perasaan cuak disebabkan menunggu geliran viva. keji kan?
Overall, aku rasa aku tak well-prepared for the most excited presentation. Aku present macam gred B. Aku tak pasti ape yang akan supervisor and pemeriksa aku bagi markah, tapi like my mom said... "takpelah nak, yang penting dah buat yang terbaik". Oh! sesungguhnya seorang ibu itu bijak untuk menenangkan hati anaknya. Terima kasih Ibu!
A moment before aku masuk ke bilik viva itu, aku rasa senak dan tak boleh nak duk diam, ke hulu hilir dan tak senang hati. huhu. Cuak beb!
Tak usahla mengungkit peristiwa yang berlaku di dalam bilik viva itu. Cukuplah korang mengetahui beberapa perkara kecil termasuklah komen daripada pemeriksa aku yang menyatakan bahwa "Your writing is not as good as your blog... And your English is.......". Kata beliau yang mengomen bahasa Inggeris aku dalam page 'Abstract'. Apa lah nak jadi dengan aku nih?
Aku cuak gak bila leturer aku tu ckp mcm tu. Adakah beliau sebetulnya membaca blog aku ni? Oh No!
Tapi, takpe. Semuanya dah lepas dan selesai. bak kata kebanyakan sahabat tadi... "separuh kaki dah graduate da!". Haha. Iya ke? Mungkin ya. Tapi aku sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk semua perkara yang aku lakukan.
Kepada mereka yang belum viva lagi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan jgn terlalu panik. Yang penting kena confident and defense your own thesis!
NUke
Salam.
As usual, tatkala diri kita ni dah nak habis belajar, maka akan ada satu acara yg boleh dikategorikan sebagai acara wajib; yakni "Majlis Makan Malam".. Tujuannya, (konon2) nak meraikan pelajar tahun akhir. Sebenarnya, pelajar tahun akhir tu bukannya kita kenal and suka sangat pun. Memang kita menunggu masa je dorg nak blah kan? hah. itu lah perasaan dalam hati aku time aku 1st year dulu2.
Skarang ni, aku pulak da final year and akan meninggalkan tempat aku study nih. Sedih ke? Honestly, mmg sedih especially nk berpisah dgn kawan2 yang rapat. Maklumlah, di universiti ni, kwn2 semua dtg dr seluruh plosok Malaysia, bukan mcm kat skolah kebangsaan, pergi kedai je leh jumpa kwn sekelas.. Haha.
Junior2 lepas ni mesti da tak sabar nak tunggu aku blah dr UKM. Aku dapat merasakan yang dialog2 ni akan bermain di benak fikiran mereke:
"Bagus lah mamat tu blah, aku nak pinjam nota kejap pun tak bagi!"
"Alamak! Dah nak blah dah dia ni, duit aku Rm2 yang dia pinjam dlu tak bayar lagi..."
"Hah! Dah lama aku tunggu saat ni, blah jugak dia... Lepas ni, aku lah yang dapat memegang gelaran Lelaki Kacak!"
...dan macam2 lagi. Tapi aku percaya, dalam banyak2 tu, mungkin ada sorang dua je yang berfikiran camni:
"Alamak, takleh lah aku nak usha rambut dia yang spiky tu lagi.. Ouchy!"
"Lepas mamat ni blah, sapa je lagi yang nak teman aku mkn nasik goreng ayam?"
or;
"Lepas ni, terpaksa lah aku drive kreta sendiri.. mamat tu dah blah.. sedihnya!"
hahah.. kalo ada yang terasa, aku mintak maaf aa.. no offence.
Back to main title. Aku dapat tahu yang dinner nuklear tahun ni berkonsepkan BBQ dan akan dianjurkan pada 30 April ini bertempat di pkarangan bagunan nuklear. (oh my J!). Honestly, aku sangat tak kesah tentang perihal tempat itu, cuma aku runsingkan pasal para pensyarah dan juga staff nuklear yang lain... Tapi, what makes me proud of nuclear sc ni, sebab lecturers yang sempoi-but-at-the-same-time-tegas. huhu.
lagi satu, aku dapat tahu yang bayaran untuk dinner adalah RM15 ???? (oh my J!). Bagi aku, 15 ringgit untuk makan BBQ adalah terlalu mahal. Makan ape je kalo BBq kan? mestilah Ayam, sosej, kentang, dan jagung.. btul tak? Aku ada risik2 junior yang handle dinner ni, katanya diorg terpaksa naikkan bayaran dinner sebab:
- Barang2 makanan diorang dah beli dlm kuantti yg byk! (yang ni aku musykil, dinner lambat lagi, takkan da beli mknn basah tu?)
- Diorang kata budak2 1st year nuklear TAK MAHU join dinner.
Mengeluh panjang aku. Respon yang hanya mampu aku berikan adalah... 'mengerlingkan mata sambil menyilangkan tangan di dada'. And bila di tanya2, diorg tak mintak sponsor dr beberapa pihak yang berkaitan. Lagi mengejutkan, diorg ni tak tahu pun pasal nak mintak2 sponsor nih.
Persoalan yang muncul di pemikiran anda mungkin seperti ini; "kenapa korang yang final year tak handle je dinner tu?". Dan aku menjawab, bermula batch kitorang, segala sesi pembentangan hasil tesis, viva dan thesis-thingy dijadualkan pada minggu study week dan minggu pertama exam, which means, no rest and super hard work to catch up both final exams and thesis stuffs. And the other thing is, last year, batch kitorang dah handle dinner untuk sesi lepas.. takkan nak handle lagi kot? penat gak kan?
Sometimes, kita hanya mampu mengharapkan semuanya yang terbaik, namun, realitinya ia memerlukan tanggungjawab bersama.
Selamat berexam!
NUke
Sedih pulak rasanya.

NUke
Salam.
Aku sangat emosi minggu ni. Permulaan hari Isnin yang tidak begitu baik kerana aku tak tahu ada kelas taklimat viva jam 0830 pg tadi. Dan aku juga mengalami tekanan akibat ketidak-siap-an lagi Bab 4 dan Bab 5 tesis aku. Kena submit final draft pada 13 April 2009. Aku juga menjadi tak tentu arah dan mengambil keputusan untuk tak ke kuliah akhir subjek fotografi untuk ke Sains Nuklear.
Tak cukup dengan itu, aku juga mendapati aku di tag oleh Mira yang mana tag itu ada kena mengena dengan 6th folder dan 6th picture dalam folder tu. Maka, untuk menjaga keaslian gambar yang diperlukan itu, aku mengedit terlebih dahulu sebelum memaparkannya di sini.
Korang rasa la kan, berapa banyak huruf T ada dalam entry kali ni?
33 huruf! (aku rasa la!)
NUke
Salam.
sedang-sedang aku view gambar2 yang ada dalam folder 'My Picture', aku terperasan akan style rambut aku yang berubah dari semasa ke semasa. Jujur aku katakan yang aku sangat mementingkan gaya rambut kalau nak ke mana2 event, or even nak ke kafe. Haha! Pada aku, rambut itu penting! Huhu...
So, kat sini aku compile kan beberapa gambar yang aku crop; menunjukkan style rambut aku yang berubah2 tu, since aku Darjah 2, sampai la aku dah masuk UKM.
Pada aku, aku suka style rambut aku waktu aku kat Matrikulasi Melaka (2005), ala2 poyo jer bila dikenang2 semula, tapi, itu lah aku. Mmg poyo pun. Apape pun, aku merasakan yang aku semakin banyak kehilangan rambut. Mungkin ini satu indicator yang cuba memberitahu aku bahawa aku akan botak suatu ketika nanti. Oh ya, teringin juga nak membotakkan kepala suatu hari nanti.. Apakah rupa aku tatkala aku botak nanti? Oh, masih tak terbayang lagi~
Aku nyer tagline waktu skolah dlu.. (mungkin sampai skarang!):
"My Hair Is My Beauty"
Bila dikenang2, apa saja lah yang penting sangat tang rambut tu kan?
NUke
Salam.
Maka berakhirlah sudah pembentangan hasil kajian thesis aku. Memang mencabar bagi aku untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh pemeriksa aku dan juga pensyarah2 yang lain. Takpe, aku ingat kalian semua sampai bila2. Haha... Bukan berdendam okay! Saja je buat ekspresi macam tu. Anyway, aku rasa sedikit lega selepas pembentangan hasil tu tadi. Poor Ferdi and Nora sebab diorg di-schedule-kan untuk membentang pada esok pagi. Sepatutnya petang tadi turn diorg... Takpa2, ada hikmah disebalik kejadian...
Oh ya, semalam; April 01, 2009. Lesen memandu aku tamat tempoh. Haha, dan aku masih tak me-renew lesen. Sebab nya? Ingatkan nak renew hari ni, since ada presentation, maka tak dapat la nak renew lesen. Esok atau lusa je lah aku renew. Lagipun duit biasiswa IBAY (IBu AYah) tak masuk lagi. Maka bersabarlah ya.
Enough.
Kembali kepada beberapa perkara yang aku tak sempat nak ceritakan di sini. Kembali ke 31 Mac, yang mana aku ada dinner kolej, dan tadi, Mira baca blog aku and kata nak tengok gambar2 dinner. To Mira, aku tak banyak sangat amik gambar malam dinner tu, nanti aku amik gamba2 dr kwn2 aku, pastu aku ltak kat sini ok.. Insyaallah...
Then, My 1st ever blog-award given by Mr. Shari (as mention in previous entry).. ni lah dia. And supposed ly aku kena bagi award ni kat 7 org yang lain. Sapa nak, bgtau aku ok. Ahaha.


Yes! maybe my presentation is good, but still...not my best.

Malam ni boleh lah main futsal! Yay!
NUke
Ketika aku mula taip entry ni, jam menunjukkan 2330. Bermakna ada 30 minit lagi untuk masuk ke 2 April 2009.
31 Mac:
Ada majlis makan malam tahunan kolej aku. Temanya tak pasti, rasanya tiada tema. Cuma tagline nya adalah "Malam Pesona Bintang". Aku malas nak hurai panjang lebar pasal dinner tu sebab most of my friends dah explain n cerita pasal dinner.
Apa yang aku pakai? Baju belang hitam emas ngan topi koboi yang aku jumpa kat rumah. Antik rasanya topi tu, sebab ada tulis tahun 1758. Apape je la, yang penting aku dapat makan malam tu and meja kitorang blakang meja VIP. X istimewa pun. haha...
Habis dinner, mendapat satu tekanan. 2 April, jam 0900 akan menyaksikan aku membentangkan hasil kajian tesis aku tu. Huhu, cuak pulak rasanya dengan last minutes preparation, aku still leh menggatal2 tangan untuk wat blog! Apekah?
Oh ya, dapat Award dr Mr. Shari, nanti bila ada masa lapang lepas2 ni aku wat pasal award tu pulak. anyway, thank you to Mr Shari.
Aku makin pressure. Nokhtah.
NUke
salam.
since everybody got pressured by the supervisors for a high quality thesis, so, I'll try to not make any serious entry for some periods of time. This is to ensure no one will attempt any commit suicide after reading this entry. Haha
Korang tak pernah ke rasa yang dunia ni pnuh cabaran? Haha tipu la kalau tak pernah kan? huhu, sama la jugak dgn aku. Kadang2 aku rasa setiap detik ni ade je dugaan baru yang akan mendatangi kita. Tadi, aku baru tahu kwn aku terlibat dengan accident. To Afiq, aku harap kau cepat sembuh tatkala exam final ni just around the corner...
Aku rasa la kan.. ramai yang cari kerja dengan cara2 begini:-
- Minta kerja thru tawaran kerja kosong yang diiklankan dalam surat khabar
- Melalui 'cable'2 dalam company
- Offer yang mmg dtg kepada kita...(kan best camni!)
- Ugutan (ade ke?)
- kerja part time dlu, sampai la dpt offer permanent kat company tu. (ade ke?)
- isi je resume kat jobstreet!
Hm, apa kata kalau kita bakal2 graduan ni memulakan satu step baru dalam usaha mencari kerja... Hm. Korang ada idea mcm mana? Aku? Aku ade 1 je idea wat masa ni. Iaitu dengan mempromosikan diri sendiri di laman blog individu serta menyebokkan diri di laman2 blog yang lain!
berkesan ke? entah la! sebab aku pun tak buat lagi, maka hasilnya aku pun tak pasti. So, sebagai percubaan, meh sini aku promotekan diri sendiri...
---contoh---

Why should you hire me?
because I know you want it. I am 'such a skillful' person in:-
- writing blog (?)
- Exhibiting
- doing labs thing-y
- reviewing products especially music-related stuffs.
- being MC!
- handling money (well~)
---
ha, tu contoh je kot! nanti la, bila aku rasa masa dah sesuai, maka aku akan mula mempromosikan diri selengkap2nya! Sure lah dengan gambar formal yang skema kan?!!
NUke









