Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts
Recently aku ada jumpa seorang kenalan dari alam maya, dan surprisingly, we had a fruitful discussion about almost everything. Okay, exaggerate. Almost anything that crossed our minds lah. Kalau cakap everything tu macam over sangat pula kan? Anyway, among the topic we've discussed ialah perihal KETINGGIAN.
Ask yourself, What is your definition of ideal height? For a man, and woman? Berapa ketinggian korang semua?
Aku? Around 165 - 168 cm. Depending on klinik / hospital mana aku gi buat medical check-up. Kekadang tu nurses and doctors siap ukur ketinggian rambut aku sekali. Yang mana aku yakin, telah menyumbang kepada 3cm ketinggian keseluruhan aku. Makanya, aku mengambil keputusan untuk 'mempercayai' bahawa ketinggian aku hanyalah 165cm.
Tinggi kah itu?
For me, 165cm tu... just nice lah for ordinary Asian man macam aku ni. Tak lah terlalu pendek, tak lah terlalu galah. My definition of galah is 180cm and above; while katik is somewhere around 130cm below. Kot. I don't know, either.
But the main issue here is; does height matters?
Some people may get offended bila orang lain kata dia pendek... katik, yada yada... and vice versa. So, let's just be honest here, korang semua akan rasa offended ke bila seseorang bagi komen2 yang menyentuh perihal ketinggian korang? Adakah anda rasa terancam dengan komen2 sedemikian rupa; or you guys are just like... "I don't give a damn"...
Sebab aku tahu, for some people, mereka amat menitikberatkan hal2 ketinggian ini, especially melibatkan lelaki. Sebabnya, semakin tinggi lelaki itu, semakin kelihatan maskulin. (Katanya!)
(Perempuan takpe kalau renek. Senang nak dakap.) - katanya!
NUke
Untuk slot lelaki kali ni, aku nak membincangkan tentang apa yang berlaku pada lelaki bila mereka bangun tidur. Basically, apa yang nak dibincangkan ni sebenarnya perkara-perkara yang normal je dalam kehidupan lelaki ini. Tak tahu lah kot-kot korang rasa benda ni tak normal. Kalau tak, boleh lah bagi pendapat masing-masing ya! Oh, by the way, sorry dah lama tak update blog, sebab lately agak sibuk sikit dengan kursus, and for me to edit pictures not using my desktop is something yang unusual and not so comfortable. :) Nevertheless, enjoy reading!
#1 : Lelaki & Messy
Most of the guys memang ada sikit perangai bersepah; termasuklah dengan keadaan katilnya. Aku pun ada sikit bad 'attitude' ni. Usually, atas katil akan ada baju / boxer tidur yang masih belum dipakai or yang akan dipakai, some books and cellphones. Tu tak termasuk lagi dengan wayar2 charger yang berselirat kat tepi bantal. Dan bila keadaan ni dibiarkan sampailah waktu bangun tidur, usually..keadaannya makin teruk dan lebh bersepah. Kadang2 tu, position bantal dan selimut pun dah tak tahu kat mana; and macamana boleh terselit celah katil, atas lantai or even kat bawah katil. Lasak sangat gamaknya.
#2 : Always Smart & Handsome
Cuba amik selfie sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Then tengok rupa korang. Jangan tipu, please! Hahaha. Aku ada terbaca satu article kat website mana entah (lupa!), menurut 'pengkaji2' Eropah ni, usually most guys akan kekal kelihatan segak dan hensem even bila mereka baru bangun tidur. Something yang bertentangan dengan kebanyakan kaum Hawa. Haa... sejauh mana kebenarannya itu, aku tak pasti. Cubalah korang tengok sendiri selfie korang sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Or to be fair, suruh kawan korang yg judge sendiri. Aha, this thing somehow reminds me of an old-people saying, "kalau nak tahu orang tu cantik/hensem ke tidak, kena tengok rupa dia waktu tidur / selepas bangun pagi" katanya itulah kecantikan semulajadinya...
Arwah Opah aku pun pernah cakap pasal benda ni dulu.
#3 : Testosterone & Morningwood
Basically, as a normal thing for guy, be it before sleep or after, tahap hormon kelelakian kitorang ni selalunya memang berada pada tahap tinggi. Therefore, faham-faham je lah. Please take note ya, especially girls yang mcm naif sgt tu, perkara ni memang normal ya dalam kalangan kaum Adam. So, kalau kat kampung, tengok sedara mara lelaki yang tidur besepah2 kat ruang tamu tu nti mengalami gejala 'terpacak di pagi hari' or morningwood tu.. anggap je lah rezeki. Jangan pergi tegur lak. Malu kang!
So guys, macamana? Setuju? Ada apapa lagi nak add-on?
Girls? Any comments?
NUke
dalam topik : lelaki
AMARAN: Berunsur saintifik dan sensual.
Seriously? Korang nak baca? Silakan. at your own risk!
Well, actually nak update pasal benda lain. Tapi memandangkan aku dah lama tak bukak blogger ni, maka aku mengambil masa sikit untuk browse my blog statistics and such. Until I found out this little funny thing about people 'google-ing' Kenapa lelaki ketuk lutut.
Seriously... KENAPA?
There's so much theories about why lelaki ketuk lutut diorang. But the famous one that I can remember is the one that has been told to me when I was in secondary school. My friend or classmate told me about this, if I am not mistaken lah.
Teorinya berbunyi macam ini:
Seorang pelajar lelaki yang sedang sibuk menelaah pelajaran di dalam kelas akan terganggu fokusnya apabila didatangi oleh seorang cikgu wanita cantik. Kebiasaannya cikgu tu masih bujang, atau baru-baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Maklumlah, bila dah nampak cikgu yang cun melecun; ditambah pula dengan status sebagai remaja yang menginjak ke dunia dewasa, maka gelora nafsu dan hormon pun sedikit membara. Nak dipendekkan cerita, ransangan pandangan mata si pelajar lelaki terhadap cikgu wanita yang cun tu, sedikit sebanyak menggalakkan kadar degupan jantung, yang seterusnya menggalakkan peredaran darah ke pembuluh-pembuluh darah, sekaligus meningkatkan kadar pengangkutan oksigen ke otot-otot badan.
Situasi ini disebut - RANGSANGAN.
Murid-murid,
Rangsangan ini kemudiannya memaksa rembesan hormon testosteron yang dipunyai oleh individu lelaki sekaligus menjadi pemangkin kepada peningkatan gelora yang disebut NAFSU atau SYAHWAT. Perkara ini adalah normal dalam kalangan remaja yang sedang membesar ke alam dewasa. Sebab itu ya, individu-individu dalam peringkat ini amat dikhuatiri untuk terjebak ke 'kancah' hitam yang mendustakan masa depan.
(Walaweh!)
Senang citer, ended up, lelaki tu stim.
Persoalan, kenapa ketuk lutut dan kaitannya dengan apa yang ditaip di atas ini?
Jawapannya: Secara saintifik, aku tak pasti pula kalau dengan mengetuk lutut tu akan merembeskan hormon atau enzim lain yang akan mengurangkan paras testosteron dalam badan; tetapi, yang aku tau, kalau kena dengan cara ketukannya, lutut anda akan merasa SAKIT. Perihal ini akan 'menipu' otak supaya fokus kepada kesakitan yang dialami, berbanding kepada rangsangan syahwat tersebut.
Haaa.. nampak tak kaitan dia?
Dapat jawab tak soalan 'kenapa lelaki ketuk lutut'?
Baguss.. jawapannya ialah:-
Jawapan ikut skema: Seorang lelaki itu mengetuk lututnya kerana mahu menipu otak dengan kesakitan, berbanding rangsangan shaywat.
Jawapan ikut ayat pasar: Sebab nak turunkan konek yang stim. Mudah, bukan?!
p/s: No offense to para cikgu wanita di luar sana. Contoh diberi berdasarkan situasi semasa teori ini didedahkan kepada aku, yakni ketika aku di sekolah menengah. Gambar lutut diambil dari sumber Google.
NUke
dalam topik : lelaki
Sambungan versi pertama. Klik sini untuk membaca.
Bila aku diajukan soalan "Bila kau nak kahwin?", seringkali jawapanku berbeda-beda bergantung kepada si pengaju soalan. Jika yang bertanya adalah seorang:-
Makcik / Pakcik:
Jawapan aku: Insyaallah, bila dah sampai masanya, kahwinlah saya.
Kawan biasa (bujang):
Jawapan aku: Lepas kau kahwin.
Kawan biasa (tak bujang):
Jawapan aku: Tengoklah macamana...
Kawan rapat:
Jawapan aku: Hahaha! Ko carikan lah pasangan untuk aku! Takpun, kau kahwin je lah dengan aku.
Strangers:
Jawapan aku: Hehehe. Itu lah... (lalu ku berlalu pergi).
Bukan tidak mahu berkahwin, apatah lagi menimang cahaya mata. Tapi, mungkin perasaan gerun dengan perkahwinan itu terlalu kuat kot. Sebab nya, secara peribadi, aku ni agak perfectionist. Semuanya kalau boleh nak sempurna. Termasuklah perkahwinan. Dan barangkali itu menyebabkan aku takut jika perkahwinan yang akan dibina itu retak dan musnah. Meninggalkan aku seorang diri.
Bukan fobia. cuma khuatir dan risau.
Penakut barangkali.
NUke
AMARAN: Entry ini berpotensi untuk di-per-debat-kan. Baca atas risiko sendiri.
Cewah! Siap ada warning kot! Apa-apa pun, ruangan Lelaki kali ini nak membincangkan tentang persepsi aku terhadap perkahwinan. Maklumlah, sejak kebelakangan ni ramai pulak kawan-kawan yang berjaya mendirikan rumah tangga, makanya aku tertarik untuk mengetengahkan isu ni.
Lelaki dan Perkahwinan.
Bagi aku, perkara kahwin ni normal lah untuk dibincangkan. Baik di peringkat kawan2, keluarga dan rakan sepenjawat. No big deal. Cumanya bila ada elemen-elemen mendesak tu, akan menyebabkan yang ditanya tu menjadi tidak selesa.
Lately, banyak juga aku terbaca pasal isu kahwin ni. Especially isu kahwin lambat. Haaa... Ada certain kes tu membincangkan pasal Perempuan sekarang yang suka kahwin lambat. And in some cases, ada ke-pelik-kan bila sang Lelaki pulak yang cenderung untuk kahwin lambat.
So, I did some askings di kalangan my friends, and some family members about this issue.
Is it okay for a woman to kahwin lambat?
Rata-rata respon yang aku terima adalah: NO. Penjelasan yang dorang beri selalunya berhubung kait dengan kesihatan lah.
Perempuan ni elok kalau dapat first baby before umur 30.
- Angah.
Hish! Perempuan yang nak kahwin lambatni, janganlah! Nanti takde orang nak.
- Anonymous.
Better kahwin awal sebab ovum masih fresh!!
- Another Hamba Allah.
So, basically jawapan yg diterima tu turut dipengaruhi oleh stigma masyarakat. Pada mereka, wanita yang kahwin lambat ni sebenarnya 'tak laku', and maybe terlalu mementingkan kejayaan hidup. But, whatever it is, ajal dan maut serta jodoh itu adalah urusan Yang Maha Esa.
Okay, bagaimana pulak dengan sang Lelaki? Is it okay untuk kahwin lambat?
Basically, aku terima mixed review on this issue. Ada some friends yang pertikaikan kenapa ada lelaki yang sanggup kahwin lambat, sedangkan perkahwinan itu nikmat. I don't really know whether the 'nikmat' that they said means betul2 kenikmatan, atau seks. (No offense). But here are some answers that I got from my guy friends about marriage & late-marriage:-
Rugi siapa kahwin lambat. Sedap kot!
- Rakan Baik.
Okay je. Rileks lah dulu. Nak kumpul duit. Nak beli rumah dulu. Takkan nak bagi bini makan pasir?
- Hamba Allah (termasuk aku)
Depends. Kena plan betul-betul.
- Rakan Sepenjawat.
Tak kisah lah apa jua alasan anda, tetapi seperkara yang aku pernah diingatkan ialah; Jangan Terlalu Merancang sebab kesudahannya adalah Kehendak Yang Maha Esa. Sorang kawan pernah cerita kat aku, he's married anyway, katanya:-
Awal-awal dulu, aku memang merancang dalam bab-bab nak berkahwin ni. Kononnya nak mengumpul harta dulu. Rumah, duit. Bila dah stable baru nak kahwin. But, tup! tup! tak sempat nak mengumpul, dah kahwin. At first aku ingatkan aku akan gagal melunaskan tanggungjawab fitrah kepada isteri. Tapi, Allah tu Maha Kaya. Marriage is a good thing. Lebih-lebih lagi kalau kau ikhlas dalam melaksanakannya dan melakukan semua itu hanya kerna Allah. Pintu rezeki tu banyak. Alhamdulillah, lepas kahwin, aku dikurniakan lebih banyak rezeki. Perkahwinan mengajar aku mengurus kewangan, kehidupan, dan emosi.
Of course, lepas dia berhujah macam tu, dia mengajukan soalan susulan: "Bila kau nak kahwin?"
Jawapan aku?
--Bersambung...
NUke
AMARAN: Entry ini hanyalah menyatakan pendapat penulis sahaja.
Bila kita semakin dewasa, banyak benda yang dipelajari. baik buruk atau tidak, semua itu boleh dikategorikan sebagai ilmu. cewah. Bezanya, kalau kita gunakan ia ke arah yang betul, maka baik lah ia. Kalau guna ke arah kejahatan, maka buruk lah ia.
Walaweh, ayat macam lecturer.
Dalam hal kali ni, aku cuma nak bincangkan pasal personaliti lelaki yang stereotype-ly dilabelkan 'punca' kepada perbincangan berunsur lucah. Haha! Bersedia semua? Go!
Kenapa bercakap lucah?
Aku rasa benda2 yang lucah ni senang nak tarik perhatian orang lain untuk sama-sama mendengar perbualan kita. Sebab benda ini adalah....tabu... mungkin? Bila unsur-unsur seks dimasukkan ke dalam perbincangan, banyak respon drpd banyak org dapat kita dengar. Dan ianya seringkali terhasil dalam bentuk ketawa terbahak-bahak.
Setuju?
Kenapa lelaki?
Sebab kelazimannya, lelaki je yang suka melucah ni. Bukannya nak cakap tak ada perempuan yang melucah, tapi obviously, memang kaum lelaki yang selalunya melucah pun. Sebab apa? Jawapan itu mungkin berbeza-beza di antara individu. But then, perbatasan pe-lucah-an tu kena sentiasa ada. Takut pulak orang sekeliling ingat kita ni gila seks ke apa. Lagipun, kita tak mahu lah orang yang join perbincangan kita tu nanti rasa offended pulak!
Sama dalam perbincangan sebelum2 ni pasal lelaki, boleh conclude lah yang 'insiden-insiden' berkaitan melucah ni memang selalu dikaitkan dengan lelaki. Haha! Kan?
But not to conclude that all men are the same; talking about sex every single time. But maybe every 8 minutes... kot!
Haha!
NUke
dalam topik : lelaki
Aku tak berapa kisah sangat kalau seorang lelaki itu berbulu dada. tapi kalau perempuan ada bulu dada...DAN LEBIH LEBAT daripada lelaki, yang itu aku kisah. Something wrong somewhere, kot?! Anyway, aku takde bulu dada (lagi). Haha.
Lelaki vs Bulu Dada.
Tiada apa-apa kesalahan pun. Kalau ada, mungkin akan memberikan extra credit kepada lelaki itu; sebab bertambahlah ke-macho-annya. But kena ingat, ada perempuan yang suka lelaki berbulu dada, ada yang tidak. terpulang kepada selera masing masing. Cuma pendapat aku bagi mereka yang berbulu dada ni, make sure kebersihan itu sentiasa dijaga. Especially yang berbulu lebat.
Risau jugak kalau daki-daki melekat and tak terkeluar daripada pintalan-pintalan bulu dada tu kan? Haha. Keji.
Bayangkan Lindsay lohan ada bulu dada macamni?
What say you?
p/s: Itu hari dah tumbuh bulu dada sehelai, lepas tu dah tercabut kot. haha! Gambar sumber Google.
NUke
dalam topik : lelaki
Minum petang tidak seharusnya terbatas kepada kuih karipap dan pisang goreng! Bagaimana jikalau anda mencuba resepi ini. Oh, kepada para lelaki... kalau dah bosan makan megi cara biasa, boleh juga cuba resepi ini!
(Klik gambar untuk besarkan)
Bebahan:-
- 2 peket Maggi Kari
- 2 biji telur ayam
- Lada sulah
- 1-2 keping keju (sebarang jenama)
- Beberapa ekor udang (dipotong kecil/dadu)
- Minyak
Cecara masak:-
1. Rebuskan mi Maggi sehingga kembang.
2. Setelas kembang, dan ditoskan, gaul sebati mi itu dengan serbuk perencah.
3. Taburkan lada sulah di serata mi, dan gaulkan sekali lagi.
4. Bulat-bulatkan mi seperti yang ditunjukkan dlm gambar di bawah, menggunakan tangan yang bersih.
5. Masukkan cebisan kecil keju dan juga udang yang dipotong kecil. (Boleh juga menggunakan daging lembu/ayam sebagai alternatif lain). Kemudian dibentuk seperti bebola semula.
6. Pecah dan pukul telur.
7. Panaskan minyak.
8. Celupkan bebola Maggi itu tadi ke dalam pukulan telur sebelum memasaknya di dalam minyak yang sudah panas.
9. Angkat bebola Maggi itu setelah warnanya bertukar kekuningan.
10. Sedia dihidang!
bergedil Maggi yang siap dimasak!
Resepi ini diilhamkan oleh my sister, Alang atau namanya Hidayah!
Selamat Mencuba!
NUke
Selalu kalau bab-bab merajuk ni, kita serahkan saja kepada perempuan. Perempuan = merajuk. Lelaki = pujuk. Tapi, bagaimana pula kalau lelaki yang merajuk?
Tipu lah kalau korang (lelaki) kat luar sana sikit pun tak pernah merajuk. Even dengan mak bapak sendiri pun korang pernah merajuk kan? Merajuk sebab parents tak beli mainan Hot Wheels yang korang nak. (Aku dulu main konda kondi je dgn abang sendiri). Haha.
Dalam bercinta, memang menjadi lumrah adegan rajuk dan memujuk ni. Kekasih hati merajuk, kita memujuk. Cuba memberikan segala perhatian kepada dirinya secara penuh.
Tapi, kenapa kalau kita (si lelaki) yang merajuk, tak selalu mendapat pujukan daripada si kekasih?
Awkward.
Stigma masyarakat: Lelaki kalau merajuk...nampak buruk.
Betul kah?
Pada aku, ianya benar dalam keadaan berpada-pada. Maybe lelaki tak sesuai kalau nak merajuk lama-lama. Sebab kalau lelaki dah mula merajuk, perasaan marah dan menyampah mula menebal juga.
Payah kan?
NUke
dalam topik : lelaki
Kehabisan idea untuk masak bagi menikmati makan malam? Saya ada caranya!
Klik la image kalau nak besarkan. Apa susah!
Bahan-bahan
(seperti yang diceritakan di dalam gambarajah di atas).
Cecara masak (mengikut firasat aku):
- Defrost daging burger itu sebelum memasaknya di atas api yang kecil. Tak perlu terlalu masak. Cukup sekadar half-cooked. Setelah itu dibiarkan sejuk pada suhu dapur untuk seketika.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan bersama 1/2 sudu mayonnaise dan garam (secukup rasa, 3/4 sudu kecil pun okay). Pukul telur kira-kira 5 minit atau sehingga campuran sudah berbuih halus.
- Daging burger yang sudah sejuk pada suhu dapur itu kemudiannya dipotong dadu.
- Masakkan campuran telur dan daging burger yang telah dipotong tadi dengan api yang kecil. Since nama resepi ni pun 'scramble' maka korang scramble kan telur dan daging burger itu bersama-sama sehingga betul-betul masak.
- Siap dan sedia dihidang.
- Best served with sos lada hitam.
Enjoy!
Konsep dan idea asal oleh NUke Rude & Apai.
NUke
Aku ni, kalau kata nak main bola sepak tu... jarang-jarang lah. Lagipun tak ada lah terer sangat. Tapi, kalau futsal tu, gigih lagi la. Zaman-zaman belajar dulu ada juga geng ajak main sama-sama. Main futsal ya! Dan aku selalunya jadi keeper. Personally, aku mmg suka jadi keeper pun, dan juga main barisan defense. Tapi, takdelah hebat sangat pun!
Main sekadar untuk suka-suka sahaja.
Bola-bola lain pun aku ada gak main! Haha!
But that's not the issue ya, entri kali ni nak berkongsi pasal satu kejohanan Futsal yang bakal berlangsung di Malaysia tak lama lagi. Mungkin ramai yang tak alert, so sebab tu aku tergerak nak publishkan entri pasal tournament ni.
Malaysia Youth Futsal Championship (MYFC) 2012.
Initiatif ni disokong penuh oleh Kem. Belia & Sukan (KBS). And yang paling menarik, hadiah yg ditawarkan tu agak 'hebat' gak la. Up to RM10,000. Kalau nak lebih banyak info, leh view website and facebook page diorang ni:
Cerita banyak tak guna juga lah! Tengok sendiri dan buat lah keputusan sama ada nak join atau tak! Tapi, kalau konfiden level tu tinggi, why not join kan?
Majulah Sukan Untuk Negara!!
katanya!
NUke
Belenging adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi tidak berbaju. Seringkali dirujuk kepada si pelaku yang sedang tidur. Ringkasnya, tidur dengan tidak berbaju.
Jadi, kelebihan ini ternyata lebih berpihak kepada lelaki lah, memandangkan lelaki tidak memiliki payudara yang ranum, dan itu bukanlah sebahagian daripada aurat mereka.
(Wanita pun boleh saja nak ber-belenging time tidur, tapi make sure korang belenging dengan suami korang lah ya! Dan pastikan pintu bilik berkunci. Haha!)
Bila ditanya pada orang yang lebih berusia perihal belenging ni, mereka cakap ada baik dan buruknya. Yang baik, tentulah dapat menyejukkan badan dengan segera. Dan juga cepat mengeringkan peluh-peluh di badan.
Dan yang tak eloknya, mendedahkan ruangan dada (ketika baring) terlalu lama kepada angin sejuk boleh menyebabkan dada menjadi sejuk dan cenderung mendapat penyakit (paru-paru berair). Lebih buruk dilihat juga kalau dada-dada anda itu berparut-parut dan teruk kulitnya. Orang lain pandang pun jadi geli. Haha.
Aku yakin lah, kebanyakan lelaki (atau kemungkinan semua lelaki) kat sini pernah belenging time tidur. At least sekali. Yang perempuan, aku tak pasti. Mungkin anda ada cerita nak dikongsi?
pic credit: Google.
NUke
dalam topik : lelaki
Pusat? Pusat hiburan? Pusat khidmat masyarakat?? No. Pusat yang ada pada badan.
Pusat itu ibarat satu simbol kelelakian seorang lelaki yang suka tak berbaju bila bergambar. Tak tahu ke yang mendedahkan aurat itu berdosa? Haha. Cakap banyak tak guna, ini sekadar peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan lelaki yang lain juga.
By the way, entry kali ini lebih cenderung untuk membincangkan akan kebersihan diri. Lebih terfokus kepada kebersihan pusat.
Melainkan watak 'Kyle' dalam siri Kyle XY, semua orang memang sudah lahir dengan adanya pusat. Dipanggil belly-button dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi, jarang orang kebanyakan ini mengambil pusing akan perlunya untuk menjagakebersihan pusat. Akibatnya? Pusat tu pun berdaki-daki.. berbau barangkali.
lagi kronik kalau korang tu jenis yang memiliki pusat yang dalam dan sempit; disertai dengan bulu-bulu. Sampai jari kelingking sendiri pun muat tak muat saja. Jadi, mengambil kesempatan itu untuk mengabaikan saja kebersihan pusat kalian.
Macam aku yang memiliki pusat tak berapa nak 'deep' ni, takpe. Sambil2 mandi, sabun badan dan tenyeh-tenyeh sekali ruang pusat tu. Buangkan daki-daki akibat peluh dan habuk.
Bagi yang susah nak 'korek' pusat korang tu, apa kata gunakan cotton bud. Basahkan sedikit dengan air dan sabun, dan cuci sampai diyakini bersih. Tapi jangan lah tenyeh melampau-lampau sangat sampai boleh terkeluar isi perut. Ngeri lah pulak.
NUke
dalam topik : lelaki
Expression aku: Heh!
Kalau bercakap pasal kereta, rata-rata bersetuju dengan menyatakan 'Lelaki' lebih berminat dengan topik ini. Ya. Lelaki mampu berbicara tentang kereta ni berjam-jam lamanya berbanding wanita. Pun begitu, ada juga di kalangan wanita yang obsesi nya terhadap kereta ni melampaui golongan lelaki.
Aku? Moderate. Tidak terlalu obses. Tidak terlalu teruja.
Sebab once aku dah decide on my own favourite car, aku dah susah nak meng-consider pilihan2 lain.
Back to the main topic; pengetahuan lelaki terhadap kereta ni kadang kala menyebabkan kaum wanita cenderung untuk 'mempergunakan' lelaki bila saja ada masalah melibatkan kereta berlaku. Kalau enjin tak leh start; mula lah gelabah.. mencari si boyfriend / suami / anak-anak lelaki untuk mintak tolong. Padahal masalah itu mungkin simple saja. Sama juga dengan insiden tayar pancit. Yada yada yada.
Expectation terhadap lelaki (berkenaan isu kereta ni) sangat tinggi. Menggunung tingginya.
So, lelaki. On the other side; have to know lots of thing about kereta. Enjin. Wayar itu, wayar ini. Minyak hitam. Tayar spare. Even pam angin dalam tayar. Tak leh main tibai je brape pressure angin yang nak dipam tu. Kalau tanya (kebanyakan) wanita tentang hal-hal kereta ni... selalunya jawapan yang diberi:-
Alah! Saya perempuan.. takpe. Awak tu lelaki. Awak kena tau...
Haha!
Dan expectation menggunung oleh wanita ini kadang kala menyebabkan seseorang lelaki itu kelihatan 'cool' dan bergaya.
Heh.
NUke
dalam topik : lelaki
Bagi seorang lelaki, 'penumbuhan' janggut adalah perkara yang dinanti-nantikan bila menjengan alam selepas 'akil baligh'. Sama perasaan excited-nya apabila tahu ketiak udah mula berbulu. Haha! By the way, janggut ni kadang kala memang sangat senang dan mudah dijaga. Dan kadang kala sangat sukar dan mencabar.
Terutamanya bila rutin harian dan minggu terlebih padat dan sibuk dengan kerja-kerja lain. Sampai ada ketika, muka kelihatan sangat serabai dengan kumis, janggut, dan jambang2 yang mula menghutani wajah.
Penyelesaian?
Bercukur.
Kekerapan optimum?
Bergantung kepada kadar hormon seseorang lelaki itu. Ada orang jenis yang senang 'berbulu'. Pagi shave, petang tu dah tumbuh lebat. Ada orang pula, hari ni shave... 2 bulan kemudian baru penuh balik.
Aku?
3 kali seminggu. Dan apa yang paling best ialah perasaan bermain dengan permukaan kulit dagu yang sangat kasar selepas 1 hari bercukur. Ianya ibarat Velcro. Yeah.
Ada sekali itu, selepas sehari bercukur, dan ketika waktu malam dan aku mahu tidur... aku tarikkan selimut ke arah muka, sedikit diletakkan di bawah paras hidung. Dan disebabkan janggut-janggut yang masih 'fresh' itu, kain selimut itu seolah-olah melekat pada janggut... ibarat Velcro.
Dan kemudian, ianya bertukar menjadi bad habit, untuk bermain-main dengan janggut 'velcro' setiap sehari selepas aku bercukur janggut.
Feel...
NUke
Confidence. This things ada kalanya dapat menentukan dan membezakan perwatakan seorang lelaki dan seorang wanita. Setuju? Not to point out kelemahan siapa-siapa, tetapi umum pandangannya bersetuju mengatakan bahawa Lelaki lebih confidence dalam melakukan apa saja perkara yang dibuatnya, manakala kaum wanita selalunya dikaitkan dengan goyah, dan takut untuk mencuba.
But hey! Wanita seperti ibu aku tu confident je masak bubur cha cha! Rasanya pun sedap. Kalau aku? Alamatnya, bubur cha cha tu akan menjadi bubur ayam McD. Sebab apa? Sebab bubur tu akan jadi rosak, lantas sebagai pengganti, aku akan membeli bubur ayam McD.
Wanita ada tahap keyakinannya yang berbeza dengan lelaki. Setuju?
Ada perkara yang wanita kurang confidence-nya. Seperti mengambil selekoh tajam tanpa mengurangkan kelajuan kereta. Atau, mahu mengundurkan kereta di tempat parkir yang sempit. Kurang keyakinan untuk memotong kereta / lori di jalan raya. Dan banyak lagi perkara lain yang dirasakan mudah oleh kaum lelaki.
Lelaki pula, ada masanya sangat konfiden. Kadang-kadang rasa teragak-agak. But bila saja keyakinan itu datang, benang yang basah pun mampu ditegakkan juga.
Ya. Itu lelaki.
p/s: Gambar itu memang cantik. Terima kasih.
NUke
dalam topik : lelaki
Nowadays, dah macam-macam perkara berlaku. Suatu benda yang mungkin tak pernah terfikir pada masa dulu, dah pun terjadi zaman sekarang ni. That's why sometimes kita boleh dengar orang muda-muda (macam aku) berkata like this:-
'Sometimes I hate technologies'.
Cewah. Teknologi tu bagus. Kalau tak bagus, masakan sekarang ni aku boleh berblogging menggunakan komputer & internet. But the not-so-good about it is...the internet and what so ever la. Internet pada pandangan aku adalah satu bentuk baru pembunuhan diri dan akidah.
Ok ok. Mungkin agak agresif. But, harap korang leh faham maksud aku la. Through internet and the konektiviti yang kita peroleh, macam2 bentuk rupa benda kita leh tengok. Be it a good thing, or bad. For educational purposes or just pleasure. In short, it also leads most of us to PORN.
Lelaki dengan Porn tu memang dah sebati. Betulkah? Benarkah?
Pendapat aku: Tak juga.
Those who were raised up in a very good manner / ways selalunya takkan ada sebab untuk dipengaruhi dengan benda-benda lagha ni. Cuma sebagai pesanan, janganlah memulakan atau ada perasaan ingin tahu itu. Sebabnya, bila sekali dah ter'tengok', maka akan ada keinginan untuk tengok dan tengok lagi. Maklumlah, 'nikmat dunia' la katakan.
Mungkin juga lelaki selalu dikaitkan dengan filem lucah sebab jumlah nafsunya yang fokus. Dan satu. Jadi, bila perasaan itu diaktifkan, maka ia akan mula membuak-buak. Penyelesaiannya adalah dengan mencari koleksi-koleksi tak berfaedah ini untuk kepuasan diri. Lepas-lepas tu, tak ada apa sangat pun.
Bukan menidakkan, jauh sekali membenarkan.
Tapi, aku personally rasa yang lelaki tu memang suka akan Porn.
Tak pasti pulak dengan kaum wanita.
Huhu.
NUke
dalam topik : lelaki
Masing-masing ada kelebihannya.
Ada orang suka yang berkulit cerah.
Ada orang suka yang tak berapa nak cerah.
Ada orang suka gelap sikit-sikit.
Ada orang suka yang gelap gelita.
Standard lah.
NUke
dalam topik : lelaki
Adik aku kata:
"Lelaki yang ada bulu ketiak nampak macho."
Aku ada bulu ketiak.
Aku MACHO.
NUke
Amaran : Entry ini maybe offensive kepada segelintir pihak. Baca atas risiko sendiri.
Ada risiko bila seorang lelaki itu tertidur untuk tempoh masa yang agak lama ketika menaiki tren / LRT waktu pagi. Tambah2 pula, jam masih lagi menunjukkan waktu 6.45 pagi, ketika dia mula-mula menaiki tren. Ngantuk. Perjalanan ke tempat kerja memerlukan dia untuk menaiki tren di Stesen pertama. Tempat kerja pula sangat hampir dengan Stesen ke 24; yakni stesen terakhir.
Mula tertidur di Stesen ke 4. Dan tersedar dari tidur bila saja sampai di Stesen ke 23. Mata digosok2 perlahan. Begitu juga dengan muka. Badan ditegakkan sedikit dan dijauhkan dari sandar bangku. Mengeliat sedikit. Menegangkan otot-otot yang sasa. Ya. Otot-otot yang sasa; juga terdapat di dalam seluar. Berlaku ereksi di situ.
Gambar sumber Google ini dipilih; sebab tidak terlalu lucah dan masih dapat menyampaikan mesej dengan berkesan.
Namun, disebabkan keadaan yang sedikit sejuk dan masih lagi pagi. Ereksi itu sedikit tidak terkawal. Sama situasinya apabila baru saja bangun dari tidur. Bagaimana mahu cover bila berhadapan dengan situasi sebegini?
- Ambil beg sandang / beg galas, letakkan di bahagian hadapan; dan berjalan seperti biasa.
- Bagi yang memakai seluar yang agak longgar, masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket; dan tarikkan sedikit ke bahagian depan, supaya tidak begitu kelihatan ada berlakunya ereksi.
- Duduk seketika dan ambil masa untuk otot-otot mengendur. Jalan seperti biasa.
- Stay je dalam tren tu... and penyudahnya, terlepas bas, and lambat masuk ofis.
- Ketuk lutut? Berkesan ke?
Kedengaran agak keji bukan? tetapi itu adalah normal bagi kaum lelaki.
Chill.
NUke
dalam topik : lelaki
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.











