AMARAN: Entry ini berpotensi untuk di-per-debat-kan. Baca atas risiko sendiri.
Cewah! Siap ada warning kot! Apa-apa pun, ruangan Lelaki kali ini nak membincangkan tentang persepsi aku terhadap perkahwinan. Maklumlah, sejak kebelakangan ni ramai pulak kawan-kawan yang berjaya mendirikan rumah tangga, makanya aku tertarik untuk mengetengahkan isu ni.
Lelaki dan Perkahwinan.
Bagi aku, perkara kahwin ni normal lah untuk dibincangkan. Baik di peringkat kawan2, keluarga dan rakan sepenjawat. No big deal. Cumanya bila ada elemen-elemen mendesak tu, akan menyebabkan yang ditanya tu menjadi tidak selesa.
Lately, banyak juga aku terbaca pasal isu kahwin ni. Especially isu kahwin lambat. Haaa... Ada certain kes tu membincangkan pasal Perempuan sekarang yang suka kahwin lambat. And in some cases, ada ke-pelik-kan bila sang Lelaki pulak yang cenderung untuk kahwin lambat.
So, I did some askings di kalangan my friends, and some family members about this issue.
Is it okay for a woman to kahwin lambat?
Rata-rata respon yang aku terima adalah: NO. Penjelasan yang dorang beri selalunya berhubung kait dengan kesihatan lah.
Perempuan ni elok kalau dapat first baby before umur 30.
- Angah.
Hish! Perempuan yang nak kahwin lambatni, janganlah! Nanti takde orang nak.
- Anonymous.
Better kahwin awal sebab ovum masih fresh!!
- Another Hamba Allah.
So, basically jawapan yg diterima tu turut dipengaruhi oleh stigma masyarakat. Pada mereka, wanita yang kahwin lambat ni sebenarnya 'tak laku', and maybe terlalu mementingkan kejayaan hidup. But, whatever it is, ajal dan maut serta jodoh itu adalah urusan Yang Maha Esa.
Okay, bagaimana pulak dengan sang Lelaki? Is it okay untuk kahwin lambat?
Basically, aku terima mixed review on this issue. Ada some friends yang pertikaikan kenapa ada lelaki yang sanggup kahwin lambat, sedangkan perkahwinan itu nikmat. I don't really know whether the 'nikmat' that they said means betul2 kenikmatan, atau seks. (No offense). But here are some answers that I got from my guy friends about marriage & late-marriage:-
Rugi siapa kahwin lambat. Sedap kot!
- Rakan Baik.
Okay je. Rileks lah dulu. Nak kumpul duit. Nak beli rumah dulu. Takkan nak bagi bini makan pasir?
- Hamba Allah (termasuk aku)
Depends. Kena plan betul-betul.
- Rakan Sepenjawat.
Tak kisah lah apa jua alasan anda, tetapi seperkara yang aku pernah diingatkan ialah; Jangan Terlalu Merancang sebab kesudahannya adalah Kehendak Yang Maha Esa. Sorang kawan pernah cerita kat aku, he's married anyway, katanya:-
Awal-awal dulu, aku memang merancang dalam bab-bab nak berkahwin ni. Kononnya nak mengumpul harta dulu. Rumah, duit. Bila dah stable baru nak kahwin. But, tup! tup! tak sempat nak mengumpul, dah kahwin. At first aku ingatkan aku akan gagal melunaskan tanggungjawab fitrah kepada isteri. Tapi, Allah tu Maha Kaya. Marriage is a good thing. Lebih-lebih lagi kalau kau ikhlas dalam melaksanakannya dan melakukan semua itu hanya kerna Allah. Pintu rezeki tu banyak. Alhamdulillah, lepas kahwin, aku dikurniakan lebih banyak rezeki. Perkahwinan mengajar aku mengurus kewangan, kehidupan, dan emosi.
Of course, lepas dia berhujah macam tu, dia mengajukan soalan susulan: "Bila kau nak kahwin?"
Jawapan aku?
--Bersambung...
NUke
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
:-)
hahah. jemput aku ya! aku nak seat VIP! hahaha.
Ri:
hahaha. well said.
Ano:
kind of agree with you, actually. thanks.
terima kasih menyinggah! singgah la selalu! :D
Hidney:
insyaallah... nak jadi pengapit tak nnti?
fb name: Aszone Samat