Ingat tak, dulu-dulu (in reference to zaman tiada handphone lagi) kita selalu berborak-borak dengan keluarga kita. Borak-borak dengan adik-beradik yang lain. Borak-borak dengan ibu dan ayah kita. Borak-borak dengan kawan-kawan kita... Ingat tak?
Best bukan?
Dulu-dulu, bila kawan datang rumah ajak main bola (bola tu dapat sebab main tikam-tikam stickers) atau badminton atau konda-kondi atau bola chap...semuanya rasa seronok; sebab masing-masing mengeluarkan 'suara' ketika berkomunikasi. Cewah. Ayat macam nak buat testis thesis.
But now, bila teknologi semakin menguasai donia... aku seolah-olah merindui semua kenangan dulu. Aku jumpa kawan, tapi kurang bersembang. Aku bertanya khabar... tapi dalam bentuk 'teks' dan aksara. Aku wish happy birthday kat dorang... tapi menerusi media sosial yang mujur ada reminder.
Dan aku duduk bersebelahan. Kami duduk saling bersebelahan.
Tetapi mata liar memandang skrin telefon yang semakin canggih.
Communication.
At its best.
I miss the real conversation.
NUke
dalam topik : life
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
p/s people sometime have different persona online vs offline
hahaha. well, thats our communication nowadays. ;)
Ren:
hahaha (gelak sambil taip)
cipan:
yeap. no more main badminton dgn jiran2, police and thief, or main guli.
depends. it helps sometimes, yet killing another part of our lives.
joey:
hahaha. can we have a real conversation now. (put away phones)
Hanisah:
i think.. that was real.