NUke
dalam topik : sekolah
NUke
NUke
dalam topik : sekolah
Sampai sekarang aku ikut teori ni. Dan selalu aku ceritakan kepada kawan-kawan. Sebab ianya kelihatan logik. Haha!
NUke
p/s: DS stands for Dewan Selera.
NUke
dalam topik : sekolah
dalam topik : sekolah
dalam topik : sekolah
dalam topik : sekolah
Memang letih dan penat. Tahniah & thanks aku ucapkan pada DG & Shidee (walopun Shidee x dpt dtg) sebb bjaya mengumpul kawan2 maktab utk turun n join reunion tak formal utk batch SPM 2004. Tak sia2 ada facebook... boleh invite member2 lain.
Aktiviti2 kitorg semalam... makan2 dengan kesemuanya berjumlah nearly RM400.00. Lepas makan, gi main boling. For sure lah aku antara yg tercorot! ahahha. Then, habis main boling dlm kul 5.30 ptg. Ada few member yg terpaksa balik. :(
Ain Nabilah mncdgkan utk karaoke. Survey2 tempat area Midvalley. mahal. Then kuar lak cdgn g karaoke kat Alamanda. Layan. Since ada yg bawak kete, so mnumpang la mana2 celah yg boleh. Karaoke dari kul 9.30 malam sampai 11.30 mlm. Habis, lepak kat mapley Presint 9. Nearly 1 pagi tadi baru masing2 balik.
Supposedly Ain boleh je dropkan aku kat KL Sentral, since aku park moto aku kat terminal Putra. Tapi memandangkan dah lewat, aku lepak rumah Shakhir Sha'in. On the way nk balik UIA, shakhir drop aku kat Terminal Putra.
Fun! Enjoy! Hilang jugak la rindu kat kawan2 yg dah 5 tahun tak jumpa.
Most probably ada Formal Reunion lagi bulan Mac ni. Huhuhu.
Thanks all.
NUke
dalam topik : sekolah
(Baru aku teringat yg aku ada pembaca non-muslim). Doh! Anyway, sedar tak sedar dah masuk bulan disember dah. Hujung tahun dah rupenya. Macam2 perkara dah berlaku tahun ni. Dan aku tak berniat nk mengulas pjg sebab belum tiba hujung tahun lagi. Nanti2 lah aku huraikan rumusan kehidupan peribadi sepanjang tahun 2009 ni.
Masih ingat akan buku rekod pelajar?
report card merupakan salah satu penanda aras tahap akademik bg plajar sekolah. Dulu2, kita bukan main gerun lagi nk bagi & tunjuk report card kat parents, tambah2 lak kalau ada subjek yang markah dan grednya ditulis oleh cikgu dgn pen kaler merah.
Mungkin subjek Additional Mathematics.
Lainlah kalau kita cemerlang dalam kelas, bangga dan tak sabar2 je nk tunjuk mak ayah (dan satu kampung) buku rekod tu. Lain sekolah, lain kaler bukunya. Macam aku time skolah Melawati dlu, buku tu kaler putih. Mmg lah cepat kotor. Tapi itu dah cukup bagus drpd warna pink. Sebab aku tak suka pink. Warna nya macam ubat antibiotik klinik.
Perasaan parents kalau anak yg cemerlang, surelah bangga. Siap sign report card besar2 lagi. Kalo boleh nk sign ngan pen dakwat basah jenama parker. Bagi yg tak berapa nk excellent, mula lah ada plan nk bagi opah tandatgn. Tak pun tandatgn sendiri je. Well, aku pernah suruh opah aku tandatangan buku rekod utk sekolah agama dulu2. ye la, sebab banyak main... exam pun hancur. Dah tu plak salu je kena denda mengaji satu juzu' al-Quran, gara2 lambat dtg sekolah dengan si Asyraf Yaakub tu. Entah ape lah khabar mamat tu.
But Alhamdulillah, parents aku menerima pencapaian akademik anak2nya dengan hati terbuka. Not to say that they're not concern, cuma mereka percaya dgn usaha anak2nye. Apa yg mampu dicapai oleh kami, ibu dan ayah cukup mengerti. Cuma kdg kala saja peringatan diberi tatkala pencapaian sedikit merosot. Akibat leka bermain Proyo di dalam kelas.
Damn! Aku rindu zaman tingkatan 2.
NUke
dalam topik : sekolah
- Beli pensel kaler (bajet dlm RM 3 sekotak x 60) = RM180
- Beli Muqaddam(s) = RM 120
- Order printed plastic glasses with Tadika's logo (50-60 glasses) = RM300
- Beli gelung getah hoola hoop bermacam2 kaler utk kegunaan sukan = RM 250
- Masuk Tabung kewangan tadika...
- Amey
- Pendek
- Katik
- Poyo
- Bajet
- Am
- Budak Kuiz
- Mahmod; (ni nama ayah aku! tapi aku dpt nickname ni sbb nk mmbezakan 'Amir' yang banyak gila dlm 1 batch time skool dlu)
- Negro Mono @ Monyet Hitam
- Nyet
- Kacak!
- Simpul (sempena ngan kening aku yang pelik)
- Nuke
- Mimi
- Numo (hahaha!)
dalam topik : sekolah
Salam.
Sorry pasal tajuk entry tuh. Bajet nk wat gempak lah, tapi bila pikir2 balik rasa cam bongok je. Huhu. Ok la, aku tak nak cerita pasal monyet or beruk dalam entry kali ni. Aku just nak share some stories ngan para pembaca. Tentang apa? tentang cinta! (kalo korg btul2 follow blog ni, aku rasa sure korang excited ngan entry ni, sebb aku ni jarang2 story pasal love ni) oh ya, ayat dalam kurungan tu tadi lebih kepada perasaan berlagak dan menghina diri yang poyo je lebih!
Bercinta zaman sekolah? Sapa yang tak pernah? Ada? Ada? Oh, masih ada juga org yang tak bercinta pada zaman sekolah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kepada tuhan, sekurang2nya masih ada anak2 muda yang fokus kepada pelajaran instead of bercanda dan berdating sewaktu di skolah.
Ok la. Tengahari tadi aku membuang masa dengan mengemas kotak2 lama yang lama terperosok dalam almari buku aku. Kotak kasut je pun. Bila aku tengok je 1 kotak ni, aku pun pelik. Dalam hati berkata, "Kejadah pulak la kotak ni?" and terus aku amik and buka. Haha, rupa2nya dalam kotak tu ade dekat 100 pucuk surat yg aku terima sejak aku skolah menengah dulu. Don't get me wrong okay, bukan semuanya surat cinta. ada tu ada lah, tapi kebanyakkan nya kad raya and surat2 tawaran masuk MRSM and Matrik Melaka. Oh, surat dari PTPTN pun ada...
Dekat sejam lebih aku belek tiap2 surat tu dan terjumpa lah sepucuk surat dari sampul warna biru. Slow2 aku baca. Yer, surat daripada S. S adlah 1st love aku (dan aku masih igt lg, time aku kapel ngan dia, aku ckp yg dia tu 2nd love aku) biasala, kena la nampak mcm berpengalaman skit kan? Tersenyum aku membaca surat drpd S. Terbayang2 aku time kitorg 1 kelas and involved dlm xtvt persatuan kat skola dlu2. Oh indahnya kenangan itu~
Aku simpan surat tu. Kat muka ni still melebar je senyuman. Aku terus membelek dan terjumpa 1 lagi surat dri sampul berwarna perang. It's from K, my 2nd love. Honestly, sebelum kehadiran insan yg aku sayangi sekarang, sukar untuk aku lupakan K. Aku rasa aku kapel ngan dia pd waktu yg salah. Time aku nk abis skola and maybe disebabkan aku jauh ngan dia. Tambah2 lak time dlu2 aku mana la reti nak bagi2 coklat ke hadiah2 ke kat girlfrend.. so, maybe bila K terjumpa smula 1st love dia time celebrate birthday dia yg 18, dia jatuh hati smula. Tapi takpe, aku pasrah je walaupun time aku clash ngan K, masih tersimpan hadiah untuk K dalam beg, tatkala aku dalam pjalanan balik KL dr Melaka. Aku break up ngan K just 6 hari after birthday K.
Cinta monyet. datang dan pergi. Kemudian datang lagi. Aku mula bergerak scara solo (cewah~!) selama setahun before aku berjumpa J. Asalnya aku just mahu menjadi kawan, tapi biasa lah kan, lama2 jadi kawan..tiba2 terchenta pulak! aduuhh!!
Aku taknak tunjukkan kasih syg aku kat J dengan melampau sgt, and aku tak nak terlalu mengharap. Aku takut utk kecewa lagi. Aku sayang sangat kat J.
p/s: korang rasa sapa yg ada dlm gambar tu? S? K? or J?
NUke
salam.
hari ceria bagi aku yang nearly putus asa dengan thesis. Don't want to talk about it.
by the way, hari ni segalanya berjalan lancar. hari yang mendung dan hujan di tengah hari, memberikan kesejukan instead of kepanasan terik. Syukur kepada-Mu ya Allah.
Ibu telefon, menyatakan bahawa adikku mendapat tawaran masuk ke sekolah asrama di Perak. Alhamdulillah, tiada berita yangmenggembirakan bagi seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya mendapat tempat pengajian yang baik, sesuai dengan usaha membina jati diri dan keyakinan diri dan berjauhan (lagi) dengan anaknya.
Demi memastikan anaknya mendapatkan pelajaran yang terbaik, si ibu rela berpisah dan berjauhan dengan anaknya itu yang selama ini ada di depan mata.
Bagi aku, mendapat tahu adik aku yang seorang tu dapat masuk sekolah asrama adalah sesuatu yang menggembirakan. Aku pun sangat mengharapkan dia dapat menikmati kehidupan asrama, perasaan rindu dan menghargai keluarga, berdikari dan menjaga diri.
Tak ada yang lebih menyedihkan bagi aku apabila perlu berjauhan dengannya. Sebab apa? Sebab dia lah satu-satunya adik aku. baru kini aku faham akan perasaan sedih untuk berpisah dengan adik sendiri. Ya, dahulu giliran aku ke sekolah asrama, dan aku tak pasti bagaimana perasaan kakak2ku dan abangku apabila mereka terpaksa berjauhan dengan adik-adik mereka ni... Sekarang aku yakin aku sudah tahu akan perasaan mereka ini.
Impian aku sebagai seorang abang agar kau lebih matang dalam pemikiran, setelah bergaul dengan orang yang pelbagai ragam. Kau ikutilah segala yang baik, larangi lah sahabatmu pabila mereka ingin melakukan kesalahan kelak.
Impianku sebagai seorang abang agar kau lebih menghargai erti sesebuah kekeluargaan, yang mana aku pasti kau akan merindui ibu bapamu, adik beradik mu, dan juga bilikmu. Aku juga berharap agr kau bijak dalam meilih kawan. Kerana sebab kawan lah kita maju, dan sebab kawan jugalah kita jatuh.
Impianku sebagai seorang abang agar kau berjaya dalam pelajaran dan kemahiran yang kau pilih. Kau melihat segala kesusahan ibu ayah dalam usaha mencari wang untuk kita bersekolah. pada usia sematang kau, kau patut tahu untuk lebih berdikari. Berdikari tak bermakna kau bebas, berdikari juga tak bermakna kau tak memerlukan keluargamu... tapi, berdikari untuk mempertahankan diri, menjaga maruahmu, menjaga nama baikmu, dan berjaya dalam pelajaranmu.
Kalau adik beradikmu yang lain boleh sampai ke universiti dan boleh dibanggakan dengan bidang tersendiri, kenapa tidak kamu, wahai adikku?
Selasa ni, kau akan ke sekolah baru mu. Aku sedih. Aku ingin sekali menghantarmu...
Impian seorang abang;
NUke
salam,
sedang aku mandi pagi tadi, tiba2 aku teringat akan lagu2 sekolah lama, and terus teringat pada zaman sekolah2 dulu. So, entry kali ni aku buat khas untuk cikgu-cikgu kelas aku dari aku Darjah 1 sampai la aku Form 5.
Sekolah Kebangsaan Sg. Tua Baharu, Batu Caves (1995 - 1999)
Darjah 1C : Pn Norlaily
Darjah 2A : Pn Saliza
Darjah 3A : Pn Saliza
Darjah 5B : Pn Salawati (then sambung study ke UPSI) & Pn Rahayu
Darjah 6R : Cik Norhizal (sekarang dah jadi Puan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur (2000 - 2002)
Tingkatan 1C : Pn Hashimah
Tingkatan 2B : Pn Salmah
Tingkatan 3B : Pn Rozana
Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Pulau Pinang (2003 - 2004)
Tingkatan 4B : En Abd Samad
Tingkatan 5B : En Abd Samad
Kelas Seni Visual : Cik Julianaasnizah Omar
Homeroom Teacher : En Shuhaimi
Terima Kasih Cikgu!
sebab apa? sebab diorg selalu marah2 aku la, aku ada usaha sikit nak belajar, kalo x, asyik nak main-main je dalam kelas. (baru aku sedar betapa nakalnya aku ni)
NUke