Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts




Ada ketika, kita kena refleksi semula tentang diri kita sendiri. Apakah ertinya bagi kita untuk berada di sesuatu tempat pada masa yang tertentu. Macam aku sekarang ni. Berada di tempat asing bersama-sama dengan circle of people yang asing. Well, takde lah asing sangat, tapi usually aku takdelah kerap melepak dengan these circle of friends macam time kursus ni.

Anyhow... recently, few things happened that affect my feelings, emotions and financial. Couple of good things happened, together with some not-so-happy things; it's a Life Package, kan!? Tak aci lah kalau semua benda dalam hidup ni semuanya happy2 je. Kena ada sedih2 juga.


Chapter 1 : Ayah

Ayah dimasukkan ke Hospital semula, disebabkan kanser dia kembali menyerang! Hiyaargh! Macamtu lah gamaknya jeritan sel-sel kanser dalam badan beliau. Dan keberadaan aku jauh di perantauan ini sikit sebanyak affect my emotions, sebab this time, I know I can't take him for granted. Sekerap mana aku cuba meyakinkan diri untuk tidak menjadi a 'family man' type, semakin dekat aku menghampiri dan menjadi seperti itu. 

Chapter 2 : Cinta

Aku bersyukur sebab dalam banyak-banyak orang, dia pilih aku. Dan aku menerima dia. But sometimes, satu perjalanan tu takkan selalunya gembira dan bahagia. Banyak gelora semasa proses rundingan damai, sebelum keputusan secara pemahaman sendiri diambil. I am glad that we are still friends, good in saying hello and goodbye; and I am blessed to have a chance to experience part of my life together with you. I appreciate all your love, time and supports given towards me and my family, my career and my life; and I am looking forward to be part of your life again, as your truly best friend. It is best for now, for both of us, to live and enjoy our lives in our own ways and directions. Sorry and Thank you.

Chapter 3 : Tanggungjawab

How should I start this? Great things come with great responsibilities. Eh?! I don't know whether I am ready to face uncertainties in life. Though, I am grateful to Allah, for all the things that He gave me, previously, now and in the future.



Lastly, I love you all. Chewah.


NUke

Hari Kekasih dah nak tiba.

Siapa pasangan korang untuk hari istimewa ini nanti?












Maaf, saya tak sambut.


NUke

Perkenalan antara aku dengan dia bermula hanya di laman sosial.

Dan dari situ, kami mula bertukar-tukar komen.

Sebelum mengambil keputusan untuk saling bertukar-tukar mesej.

Dan diikuti dengan perbualan secara malaya menerusi YM.

Diikuti dengan SMS.

Call.

Dan akhirnya kami bersua muka.


Sehingga kini.






Aku rasa ini dah memang jadi pattern cinta zaman sekarang kot.

NUke







Can't help it. So in love.

NUke



Late.
I was in a meeting.

Waiting.
Keep waiting.

Not talking.

No 'Goodnight' wish for me tonight.
No 'Thank you, sayang' today.

I think I shall drink cups of caffeine,
So I won't fall asleep.

As the fact that I am actually missedthe wish-es.

-Silent treatment.




















Mode: Everybody Hurts (Avril Lavigne)



NUke

Cinta yang terluka sudah lama pulih dan terubat. Parut yang lama mencacatkan rupa, juga telah lama pulih. Memori pahit yang bertemankan hujan sebelum ini sudah lama disorokkan disebalik peristiwa-peristiwa yang menggembirakan diri kebelakangan ini.

Lima tahun sudah.

.

NUke

Selamat Ulang Tahun, Sayang.


Gila lah!



4 tahun.


Love you!


NUke

It's not like everyday korang boleh baca pasal kisah cinta NUke. But, this time, aku dah buntu. Macam pasrah pun ada juga. Sayang tu memang ada, tapi entah; aku tak mahu lepaskan semuanya macam itu saja.

Dia memang merajuk.

Dan ikhtiar aku  pun dah sampai ke penghujung.

Sekarang apa?










NUke

I write better when I am sad, awak.




I still love you, awak.




NUke

Heh! Sekali sekala kena jiwang. Walaupun itu bukanlah sifat aku secara natural di dalam dunia blog, tapi, sesekali dengan si dia, feeling jiwang tu terlepas juga! Haih! Gatai noo nak kawen aih!

Tidak lah. Bukan aku yang nak kahwin. At least bukan dalam masa yang terdekat ni la kot. Nak kena stabilkan diri dari segi mental, fizikal, rohani, dan kewangan. Bila badan da betul2 terserlah six-pack nya, barulah boleh ready nak kawen! Barulah larat nak angkat isteri bawak ke bilik tidur! Haha! Imaginasi liar. Tapi, apa-apa pun, kewangan tu kena standby jugak. Nak kahwin ni bukan boleh tangkap muat saja. Kalau boleh, elaklah berhutang dengan sapa-sapa semata-mata untuk selesaikan urusan kenduri kahwin.

Zaman sekarang ni, kalau takde RM10 ribu, jgn la mimpi nak bercakap pasal kahwin. Apatah lagi kenduri-kenduri bagai. 10 tahun akan datang.. mungkinkah perbelanjaan itu akan double? Wallahu'alam.

Perkahwinan Idaman aku? Hm, mestilah berkahwin dengan si isteri yang berpegang utuh pada ajaran agama. Se-rempit-rempit mat rempit pun, jauh di sudut hati, mesti dia nak kahwin dengan wanita yang beriman, so isteri dia tu nanti boleh jadi ustazah pada anak-anaknya. So, tengok, betapa pentingnya pegangan agama dalam kehidupan berumahtangga. Cewah!

Then, nak yang pandai masak! Supaya aku berjimat. Tak yah nak membazir asyik makan kat kedai mamak je. Dahtu, aku ni dah la suka makan. Tapi sayang... belum tiba masanya lagi untuk aku betul2 menjadi berat! Jadi, diharapkan dgn penyeri rumah tangga yang suka memasak nanti.. akan 'taff' lah aku!

Then... hm. ape lagi? Nak live-stream kenduri kat blog ni.. boleh? Baru lah style!


NUke

The fact is, this exact moment; aku rasa sangat bersalah pada dia. Yeah. Aku telah merahsiakan sesuatu bagi tujuan tidak mahu dia risau dan marah; tapi kenyataannya bila tindakan aku merahsiakan perkara itu sebenarnya membuatkan dia lagi marah.

Aku tak marahkan dia bila dia kata dia membenci aku sejak 3 jam yang lalu.

Aku bertindak bodoh. 3 jam sebelum ni, aku suruh dia tunggu di YM since aku ada sedikit urusan. Terlupa akan perkara itu, aku boleh bantai tido dan rehat petang.

Dan dia setia menunggu aku selama 3 jam.


Tadi, segala perkara dan permasalahan aku jelaskan. Aku perlu meyakinkan dia semula. Aku perlu bersungguh untuk memenangi hatinya semula. Aku perlu ketepikan ego yang barangkali boleh memusnahkan semuanya. Aku tak mungkin mahu kehilangan dia. Aku terasa bodoh atas kesilapan yang boleh dielakkan, sebetulnya.



Aku minta maaf.



p/s: When you have someone that really, really care about you. Someone who really loves you for who you are... please; please jaga hati dia dengan sebaik mungkin. Aku pernah kehilangan dia sekali. Tak mungkin aku mahu kehilangan dia untuk kedua kali.

Saya minta maaf.

NUke

aku tak pasti.


keliru.

salah kah aku mencintainya?

perlu kah aku menceritakan bagaimana ia bermula?

dan sampai bila kasih sayang itu akan kekal antara aku dan dia?

siapa dia?

berbaloikah aku mencintainya?








knb oirhih 49p9z8P( c


io




deasx 4444444444412






!!PLEH


Berbaloikah dia mencintai aku?
NUke


Salam.

Actually, ter-come cross ngan topik ni gara2 perbualan aku dengan my colleague tengah hari tadi. Kitorang berbincang pasal peranan lelaki utk approach perempuan, to make her as his girlfriend la. But then, aku cakap ngan dia, kenapa perempuan yang tak nak approach lelaki yang dia suka tu. Dia kata takkan la perempuan yang nk approach lelaki.

Imagine seorang gadis cina yang tinggi sedaya upaya menyebut ayat ini:-

"Takkan perigi nak carik timba...?"

Comel kan? haha.

Aku reply: "Why not? For me, I find it HOT~"

Kejadahnya kan? But for me, zaman skang ni dah tak perlu kisah sangat sapa approach sapa. Kalau suka, katakan suka. Nanti bestfren korang yang sebat dlu. ye ke? But, of course la it will be nicer & sweet kalau lelaki yg approach perempuan dlu kan?




NUke


Ini cerita waktu sekolah menengah.

Dia pernah satu kelas dengan aku dlu. Dan kitorang memang rapat. Rapat jugak la. Erm, memang rapat. Aku akan sentiasa menjaga dia; baik dr segi pergi rehat, masuk lab, sampai la keja sekolah dia; semua aku tanya, sama ada nk bg dia tiru aku... or aku yg tiru dia.

Sama seperti aku, dia jugak slalu tanya macam2 pasal aku. Amik berat jugak lah.

Sampai lah kami masing2 dah membawa haluan masing2, belajar di universiti yang lain; dengan tempoh belajar yang tidak sama. Aku grad awal drpd dia.

Dan kami masih akrab sehingga kini...

Walaupun aku sudah berpunya; dan begitu juga dengan dia. Tetapi aku ada dengar2 cerita drpada kawan2 kitorg yang dia kini berseorangan yakni single. Aku pun terkejut. Kalau boleh, aku nak saja tolong carikan pasangan untuk dia; sebab aku tak mahu dia bersendirian sedangkan aku punyai kekasih sendiri.

Tapi itu semua diluar batasan aku. Aku sedar yang aku tak mampu melakukan semua itu.

Sahabat, walau siapa pun & bila pun masa itu kan tiba, aku doakan kau bahagia.

Sahabat, aku yakin kau takkan membaca nukilan ini (kot), tapi ada satu ketika, bila kau duduk bertentangan dengan ku, aku pernah sekali terjatuh cinta.

Hanya sekali. Dan aku yakin aku takkan mampu mencintai kamu. Dan sebab itu lah aku terus saja meneruskan langkah dengan kehidupan aku kini; bersama kekasih hati yang dicintai.

Hm, itu cerita sekolah menengah...

NUke

Maaf sayang,

Bukan Abang tak sayang. Cuma Abang tak sambut.






NUke

Aku ingin sekali menikmati kemanisan cinta.

Biasalah, siapa yang tak nak kan?
Seorang yang normal, sure ada perasaan untuk dicintai
Dan juga mencintai...
Tak kisah la daripada apa, dan siapa.
Walau kucing sekalipun...

Jadi.
Aku sedang bercinta.
Sangat menyayanginya.
Sangat mencintainya.
Cukupkah hanya sekadar cinta.
Cinta kepada seorang manusia biasa saja.
Kelak, mati, ditinggalkan juga.
Baik cinta pada Yang Esa.

Ada ke aku kesah dengan perilaku ni?
Cinta mendorong aku ke arah mana sebenarnya ha?
Antara syurga dan neraka saja.
Mungkin berada di tengah-tengah kot.
Tengoklah macam mana
Bila dah mati nanti baru lah tahu.
Ke syurga, atau neraka...?

Macam mana nak tahu ya?
Kena la mati dulu.

Bunuh diri.

Dan ketahuilah ke mana masa depan ku nanti.





Itulah sebabnya aku semakin malas bercinta.
Cukuplah...



Cinta membuatkan aku ingin membunuh diri...


























NUke

Salam.

Sorry pasal tajuk entry tuh. Bajet nk wat gempak lah, tapi bila pikir2 balik rasa cam bongok je. Huhu. Ok la, aku tak nak cerita pasal monyet or beruk dalam entry kali ni. Aku just nak share some stories ngan para pembaca. Tentang apa? tentang cinta! (kalo korg btul2 follow blog ni, aku rasa sure korang excited ngan entry ni, sebb aku ni jarang2 story pasal love ni) oh ya, ayat dalam kurungan tu tadi lebih kepada perasaan berlagak dan menghina diri yang poyo je lebih!

Bercinta zaman sekolah? Sapa yang tak pernah? Ada? Ada? Oh, masih ada juga org yang tak bercinta pada zaman sekolah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kepada tuhan, sekurang2nya masih ada anak2 muda yang fokus kepada pelajaran instead of bercanda dan berdating sewaktu di skolah.

Ok la. Tengahari tadi aku membuang masa dengan mengemas kotak2 lama yang lama terperosok dalam almari buku aku. Kotak kasut je pun. Bila aku tengok je 1 kotak ni, aku pun pelik. Dalam hati berkata, "Kejadah pulak la kotak ni?" and terus aku amik and buka. Haha, rupa2nya dalam kotak tu ade dekat 100 pucuk surat yg aku terima sejak aku skolah menengah dulu. Don't get me wrong okay, bukan semuanya surat cinta. ada tu ada lah, tapi kebanyakkan nya kad raya and surat2 tawaran masuk MRSM and Matrik Melaka. Oh, surat dari PTPTN pun ada...

Dekat sejam lebih aku belek tiap2 surat tu dan terjumpa lah sepucuk surat dari sampul warna biru. Slow2 aku baca. Yer, surat daripada S. S adlah 1st love aku (dan aku masih igt lg, time aku kapel ngan dia, aku ckp yg dia tu 2nd love aku) biasala, kena la nampak mcm berpengalaman skit kan? Tersenyum aku membaca surat drpd S. Terbayang2 aku time kitorg 1 kelas and involved dlm xtvt persatuan kat skola dlu2. Oh indahnya kenangan itu~

Aku simpan surat tu. Kat muka ni still melebar je senyuman. Aku terus membelek dan terjumpa 1 lagi surat dri sampul berwarna perang. It's from K, my 2nd love. Honestly, sebelum kehadiran insan yg aku sayangi sekarang, sukar untuk aku lupakan K. Aku rasa aku kapel ngan dia pd waktu yg salah. Time aku nk abis skola and maybe disebabkan aku jauh ngan dia. Tambah2 lak time dlu2 aku mana la reti nak bagi2 coklat ke hadiah2 ke kat girlfrend.. so, maybe bila K terjumpa smula 1st love dia time celebrate birthday dia yg 18, dia jatuh hati smula. Tapi takpe, aku pasrah je walaupun time aku clash ngan K, masih tersimpan hadiah untuk K dalam beg, tatkala aku dalam pjalanan balik KL dr Melaka. Aku break up ngan K just 6 hari after birthday K.

Cinta monyet. datang dan pergi. Kemudian datang lagi. Aku mula bergerak scara solo (cewah~!) selama setahun before aku berjumpa J. Asalnya aku just mahu menjadi kawan, tapi biasa lah kan, lama2 jadi kawan..tiba2 terchenta pulak! aduuhh!!

Aku taknak tunjukkan kasih syg aku kat J dengan melampau sgt, and aku tak nak terlalu mengharap. Aku takut utk kecewa lagi. Aku sayang sangat kat J.



p/s: korang rasa sapa yg ada dlm gambar tu? S? K? or J?


NUke

Salam.

Hm, malam tadi, aku bercita2 lah nak menyiapkan sepenuhnya tesis aku tu.. tapi lain lak jadinya, aku kuar makan, lepak2 kat bilik, n sentuh skit je tesis tu. Haha. Oh ya, aku dapati entry Spender Selesa yang lalu sangat mendapat sambutan. Ternyata tajuk spender adalah tajuk yang bagus. Haha. Enough spender!

korang perasan tak yang lately, penulisan aku dlm blog ni agak skema? Skema kah aku? Cis. Ni la akibat menaip tesis 24/7. Bahasa pn jadi poyo2 n baku jer. ntah pape la aku ni. So, kalo korg rs blog ni mcm jd skema jap.. bersabarlah.. nanti2 aku alter balik style nukilan aku sprti dulu2 ok.

Oh ya, nak bercakap pasal cinta. Honestly, aku ni bukan la tau menahu sgt psl2 cinta ni. Nak2 lak kalo suruh cerita pasal cinta dalam blog ni. Aku admit yang aku ni jenis perlakuan-tak-romantik. So, aku kesah ape kan? Kak Kiah kampung sebelah pun tak amik tahu pasal aku ni kan? Haha.

Ramai org (basically kwn2) desak aku suh crita psal lover aku kat dlm blog ni. Eiysh! Takde keja lah aku nak letak kesah2 cinta aku kat dlm blog ni. Sorry ah bro.. sis... bukannya kedekut ke hape.. cuma tak ready lg kot.. or maybe, aku tak suka kot!

but then, ada jugak member2 aku yg berkata: "tak payah laa letak2 pasal awek kat blog ko tu.. aku rs org lain bukannya nak baca sgt pun psl awek ko tu!"

hm.. betulkah?






Btw, final draft thesis aku untuk viva ni dah di-approved oleh my supevezor.. skarang, masa untuk rilex, sambil mencr info pasal Bra pulak! hahaha.


NUke

Salam.

Rasa macam dah sangat lama tak update blog ni walaupun hanya 2 hari. Hm, banyak gak perkara yang terjadi dan tak larat kalau nak share semuanya. Cukuplah sekadar mengetahui beberapa hal. Walaupun berita duka bagi aku dek kekalahan Chelsea, tapi aku lagi suka Manchester United kalah! haha. Enough for that.

Back to the main idea of this entry; Taylor Swift.

Lately, aku realized yang makin ramai kwn2 kolej aku nyanyi lagu Love Story. Honestly, aku sangat suka dengan lagu ni. Tak tahu kenapa, maybe sebab good compositions of lyrics and melody. Di tambah pula dengan suara si taylor Swift ni yang sharp and edgy. A very nice love song for those who are actually in love (of course) and maintaining their single status. Huhu. Agak shocking gak la lagu 'country' ni leh ade dlm chart Hot 100 billboard. Wuhu.

Aku mmg sangat merekomenkan lgu ni kepada semua orang. Sila lah dengar. Nak tgk video kat youtube? klik sini.






NUke

aku jarang menyebut itu
kerna apa ya?

kerna aku mahu kau tahu

tahu apa ya?

luahan jujur dari hatiku


aku jarang mendampingimu

mungkin malu

malu dengan apa?

aku malu dengan kamu

tinggi santunmu

indah bahasamu


aku jarang bertanya khabarmu

sombong barangkali

mungkin mementing diri

tapi tak bermaksud aku menafikan kamu
kewujudanmu

kasih sayang mu


---


rumit kah?
apa?
menjadi seorang lelaki?
kamu rasa?
tak serumit perempuan barangkali...
mungkin ya. tapi..
tapi apa?
lelaki memikul tanggungjawab yang besar kan?
ya, aku setuju.
jadi?
aku faham. rumit juga menjadi lelaki.
aku tak kisah semua tu.
...
kenapa diam?
saja. aku berfikir.
boleh aku tahu? kalau kau tak kisah untuk berkongsi...
mesti lah. kau kan lelaki aku.
Ha ha. aku tahu.
apa yang kau tahu?
kamu sayang aku kan?
Ish, perasan.
tak mengapa. aku pasti kau akan menyayangi aku...
...?
...lebih daripada kau menyayangi aku sekarang ini.
kenapa kau cakap macam itu?
sebab aku sangat pasti.
apa dia?
bila aku sudah mati, kau akan lebih menyayangi diri aku ni.
kenapa kau cakap begini?
kau sayang aku kan?
TAK!
Haha, nanti kau akan sayang aku!
Haha...

nanti dulu...
kenapa?
ada seperkara yang aku perlu kongsi denganmu.
apa dia?
perasaan ini.
aku tak faham.
Aku...
?
Aku sayang kamu.





NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.