dalam topik : exam
Dalam beberapa entry lepas, aku ada mention pasal kalkulator saintifik fx-570 yang mana time SPM dlu ramai yg bercanggah pendapat; sama ada kalkulator jenis ini dibenarkan dibawa masuk ke dlm exam hall atau pun tidak. Aku dan beberapa kwn dulu2 jenis yang tak amik port sangat, as long as kalkulator ni boleh digunakan untuk kira2... tu je.
Dan ada yang mengatakan yang kalkulator ni tak boleh dibawa masuk disebabkan fungsi2 tertentu pada kalkulator ni yg 'menggugat' tahap kesukaran soalan. terutamanya soalan Add Maths. Benarkah?
Benar. Selain berupaya menyimpan memori untuk satu-satu nilai tertentu menggunakan fungsi 'Alpha'-alphabet, kalkulator ni jugak boleh digunakan utk pengiraan kamiran tentu dan pembezaan yg mempunyai had (nilai2). Soalan peperiksaan akan menjadi mudah dan tergugat sekiranya si pengguna tahu menggunakan fungsi2 ini. Tak cukup dgn kamiran dan pembezaan, pengiraan soalan matriks dan vektor juga menjadi mudah.

Berbeza ngan kalkulator model lain (keluaran Casio), fx-570 jugak ade fungsi untuk menukarkan unit; yang mana dpt mnjimatkan masa para pelajar utk mmbuat pengiraan.
Dan seperti yg aku katakan, fungsi2 kalkulator ini hanya berguna untuk soalan2 objektif dan juga bagi tujuan semakan semula setelah selesai menjawab soalan. terutamanya Add Maths.
Macam mana aku tau? Hahaha...
p/s: kadang2 ada faedahnya kita baca manual...
NUke
dalam topik : exam
Salam.
Akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. Exam pertama aku unutk semester terakhir sudah pun berlalu dengan jayanya. Ok. aku tipu. Exam tu memang berlalu dengan jayanya, cuma aku je tak menjawabnya dengan jaya. Jadi, harapan aku untuk menggenggam A solid untuk subjek itu mungkin kabur (atau hilang dr pandangan sama sekali). Tapi, aku percaya akan kebesaran Tuhan. Aku nak minta agar si pemeriksa kertas jawapan itu akan berlembut hati. Amin...
Tak perlu kau pertikaikan perbualan aku dengan adik beradikku yang lain. Kami tahu sememangnya kami memiliki satu persamaaan. Suka membuat lawak sengal. Kadang2 aku pun malas nak layan diri sendiri. Tapi, berbual-bual dengan adik beradik yang lain sedikit sebanyak akan melegakan tegangan emosi yang sememangnya tak stabil.
Jika haritu aku berbicara tentang ibu, kali ni aku nak cerita pasal Opah. Ye, opah. Opah merupakan satu panggilan kepada nenek. Nenek pula adalah satu perkataan yang sinonim dengan Opah. Opah, Nenek, Tok Wan, Nanny, and the what so ever tu adalah panggilan cuma. Tak perlu lah kita gaduhkan tentang Opah.
Oh no, mood aku untuk bercerita tentang Opah telahpun musnah. Aku emosi sekejap, sesuai dengan tagline blog aku ni yg kini menjadi kegilaan belia-belia: "Kenapa aku emo ah?" yang mana kalau korang nak tahu, ibu aku pernah bertanya..."Emo tu apa nak?". Disebabkan aku ni mewarisi genetik lawak daripada En Mahmod, aku menjawab: "Ala.. Emo pun tak tahu? Tak rock ah camni, bu~"
Oh, sungguh tak percaya akan perbualan ku itu. Aku menasihati ibu2 dan bapa2 muda zaman sekarang ni utk menjaga perilaku dan perkataan yang anak2 anda luahkan agar tak menjadi seperti aku ni. Haha. Tapi, ibu aku memang slumber. Seslumber dia menggosok2kan kepala aku yang berambut cacak itu. Hey, kalau org lain, jgn harap la dapat pegang kepala aku..!
Entry ini lebih kepada perbualan satu hala dan sesi bercerita karut disebabkan hilang keyakinan diri disebabkan exam sebentar tadi.
Btw, baju nukegroup dah siap. Supposed ada 16 helai, tapi yang aku dapat cuma 15 helai je.. ni tgh dalam proses berurus niaga jap.
Korang tak rasa ke lately aku ni kurang self-confidence?
NUke
Salam.
Tadi, aku dpt call dr Ijan. Perbualan kitorg lebih kurg cenggini:
I : "Elo. Ko watpe?"
A : "Tdo. Haha.., Nape?"
I : "Nak ajak hang gi tengok wayang.. nak tak?"
A : "Kul bpe?"
I : "Satu."
A : "ok."
hasil drpd dialog tu, aku rasa korg dpt conclude byk perkara. Antaranya, aku bangun lambat, aku takde exam (lagi), dan aku masih x mandi lagi. So what? Aku masih lagi berbau wangi yer. Tak sia2 pakai deodorant. haha.
Back to main idea of this entry. Tadi, aku, ijan n umair gi Alamanda, nak tengok wayang. Cerita apa? Hm, 18SG punye cerita. Siap time nak masuk panggung tu kna tunjuk IC lagi, maybe sebb kitorg nampak sangat muda. Oh ya, kitorg tengok citer "Shinjuku Incident" lakonan Jackie Chan. Apa yg aku leh kata pasal citer ni? Hm, superb! Jalan cerita menarik and easy to understand. basically its all about pendatang haram China di negara Jepun, n howe they're involved into Kongsi Gelap. Kalo dah namanye pun kongsi gelap, mesti lah ade kes toreh2 muka, putus tgn n what so ever... Haha.
Memang maskulin ah crite nih. but mengecewakan jugak la sebab tak byk adegan fighting oleh Jackie Chan. Da tua gamaknya.
So, masa2 study aku terbuang di Alamanda. Thesis correction pun baru buat sikit2. kadang2 tu rasa mcm give up pun ada. Huhu. Aku perlukan semangat yg kuat untuk berhadapan dengan thesis ini.
Oh. Btw, aku surf la tenet n youtube malam td, terjumpa lak iklan Canon featuring Avril Lavigne. Aku teringat dulu yg dia (Avril) ni pernah bg statement yg dia takkan gunakan lagu dia untuk promo products, but things change kan? Lagi pun, dia nampak mcm commercial skit dlm iklan ni , walopun penuh dgn unsur pink.
* Gambar tu consist of large Coke, 3 movie tixs, sandwiches, and web yoyooh. Captured moment before aku update blog ni.
NUke
Salam.
sedar tak sedar aku dah dekat 3 tahun kat UKM. Tadi agak busy dengan pnghasilan abstrak utk tesis dan pembentangan hasil next week. So, semalam mmg aku tak dapat curi masa untuk update blog, plus mmg tandus idea.
Tadi, jam 10.15 pg, aku ke kaunter pejabat fizik gunaan. Tujuan? mengambil Kad Masuk Jadual Peperiksaan (KMJP) atau bhs senangnya slip exam. Masuk kali ni, dah 6 kali aku amik slip tu yang mana kalau tak ada slip tu, maka tak boleh la nak masuk hall exam nanti.
Quite serabut tadi, ditambah pula dengan design baju yang still need alteration. Aku rindu rumah. Tapi, macam tak boleh nak balik jugak minggu ni since next monday ada presentation. Hm. tunggu dah settle mana2 yg patut la baru aku leh balik.
Oh ya, assignments makin bertambah. Dan tekanan juga makin meningkat.
Time aku amik slip exam tadi, aku macam tak caya. Insyaallah, it could be my last slip exam kat UKM ni sebagai seorg student 1st degree. Satu feeling yang best gak sebenarnye. Apa yang aku harapkan ialah aku berjaya men-study-kan diri untuk my final semester exam. Pergh! rasa macam banyak main je semester ni and uite not ready for exam eventhough exam final akan berlangsung sebulan sahaja lagi! Apa la nak jadi dgn aku ni?
Hm, skarang ni aku still bz ngan abstrak and later will continue updating blog. See ya!
I miss J!
NUke
Salam.
Sedar tak sedar, dah pertengahan Mac 2009. Maka, tekanan akibat tesis juga makin terasa. Chapter 4 aku tak habis taip lagi ni. Dengan analisis sampel yang masih on the way. Aku rasa aku dah banyak delay beberapa perkara termasuk assignments. Hujung minggu ni yang konon2nya bercadang nak balik akan aku ketepikan kerana timbunan tugasan yang perlu dihantar. Oh ya, semester n imerupakan semester ke 6 aku di UKM (tak termasuk short sem) dan aku tak sabar nak tamat pengajian prasiswazah. Huhu, sedikit pening menghadap butir2 tulisan dalam buku2 yang tebal tu. Huhu.
Oh ya, dengan lambakan assignment yang perlu segera disiapkan ni, terfikir pula aku :Bila nak mula buat revision untuk final semester exam? Hah! Ada 1 bulan lebih je lagi before first paper exam aku mula. My 1st paper is on April 28. last paper will be on May 7. Viva? Not sure, some says that will be held in the middle of April, just few days before the exam week. Surely, i am totally not ready for that.
Ya Allah... banyak main2 rupanya aku ni!!
Study2. Itu je harapan aku yang salu bersinar tatkala pagi hari. Masuk je tengah hari.. terus malas nak study! Cis! tak gna btul!
Jadi, aku berpendapat bahawa ulangkaji untuk peperiksaan akhir semester harus lah bermula... Bila?
SEKARANG!
NUke
Salam.
Hitam telah mengeluarkan dirinya (blackout) selama hampir 13 jam bermula 5 pagi tadi sehingga jam 7.30 petang. Akibat pengeluaran hitam ini, maka pelbagai aktiviti warga kampus terbantut. Antaranya ialah:-
- Tidur pagi sehingga melewati subuh.
- Ber-YM dan meng-update blog.
- Cuci-mencuci di kedai dobi.
- Masak-memasak lauk di dalam bilik.
- membuat assignments (ceh! dah hari ahad baru nak start buat assignment)
- Aktiviti2 yang memerlukan suhu rendah. (dek kerana kipas x berfungsi)
Namun, antara aktiviti yang tak terjejas akibat blackout ialah:-
- Makan secara solo mahupun berkumpulan.
- Mandi.
- Berak/Kencing.
- Kutuk mengutuk dan saling memaki.
- Keluar ke tempat2 mulia.
- Keluar ke tempat2 berdosa.
- Keluar ke tempat2 tak berfaedah.
Cause of this problem is said to be from a dysfunction switches at Fakulti Sains Teknologi. Affected area are as shown in diagram.
Meanwhile, (tiba2 dalam English lak), my friends and I went to Panggung Seni to watch-watch and walk-walk at Karnival Premium Zaba (Kapreza). Topeq was 'hot' with Epong because he was the one who asked us to join him to the carnival at the very-very hot AFTERNOON. Topeq was sweating like he is burn in hell. I am pity of him. But i keep wondering why Epong and Din did not sweating... hurm...
Later in the evening. the rain fall down heavily. Din-lot must be shivering alone in his room i guess.
Blackout. Tada!
NUke
salam.
Once know the final exam schedule
One hour or less before Final Start
aku amik ni drpd http://izzyzatt.blogspot.com/
thanx.
NUke
salam.
dah lama gak dah tak update blog ni. paling latest pun pasal atikel utusan. Hm, generally cuti semester dah mula and most kawan2 skang ni duk bercuti kat rumah masing2. But som eof them staying kat Univ to do their final year project. Begitu jugak aku.
Petang tadi aku carik2 la pengorek tinger, pastu terslongkar 1 paper bag Parkson dalam kotak aku tu.. hoh, macam2 ada.. then, timbul perasaan untuk menyelongkar lagi.. langsung aku lupa pasal pengorek telinga. Huhu...
Magnet Euro 08, keychain itik, n tiket konsert Avril adalah antara barang2 yang ada, di samping kad2 kecik besday aku tempoh hari. Then, tergerak hati nak bukak n baca. Huhu.. aku baru perasan yang ade lukisan penyu dalam salah satu kad tu.
Then, selongkar lak fail-fail dalam kotak tu lagi. Macam2 aku jumpa.. even 1 sachet nescafe kaler merah. hah, boleh aa minum nescafe malam ni. hahahu.
Along YM aku tadi.. dia tanya pasal hal2 kat rumah. So far, tak ada apa-apa. Hujung minggu ni kena pergi taiping lak, sedara kahwin.
Dah 2 hari aku layan youtube. Tengok koleksi Juara Lagu tahun2 lepas.. terpesona sekejap ngan lagu Ziana Zain - Puncak Kasih.. terus teringat zaman-zaman sekolah rendah dulu time lagu ni tengah famous. Then, Jumpa klip lagu Sheila Majid - Ku Pohon. Dah lama aku cari lagu ni, jumpa pulak, and terus aku download. Pastu, tertengok klip persembahan Ramlah Ram time AJL 88. Doenload gak lagu tu.
Youtube, Makmal, mapley, dan juga bilik yang sepi merupakan destinasi-destinasi aku sepanjang cuti ni selain balik ke rumah pada setiap hujung minggu untuk membasuh baju secara percuma.
Tadi, aku gi amik gambar2 dari Iqa (melalui cuR). Gambar2 makan di McD PKNS yang baru bukak time exam tempoh hari. Huhu, most of the pics aku yang amik. and ade 1 pic yang aku sangat suka.. so, aku letak kat sini...
dalam topik : exam, juara lagu, muzik, UKM
salam.
Tengahari tadi menyaksikan aku menjadi orang yang ke berap puluh ntah masuk ke DECTAR bagi mengambil exam STKM 2512 : Pemakanan. Satu subjek yang bertaraf Luar Pusat (LP) bagi aku bagi memenuhi kehendak pengijazahan aku.
Alhamdulillah, dengan berkat doa daripada ibu dan keluarga, serta ucapan2 goodluck yang diterima dari kawan-kawan, aku berjaya la jugak menjawab soalan exam itu dengan penuh tabah dan harmoni.
Time jawab exam tu, ada la beberapa kali aku mendongak ke siling DECTAR disebabkan kelenguhan tengkuk. Beberapa kali juga jari-jamariku 'diletupkan' dengan pembebasan gas Nitrogen yang terdapat pada pergelangan sendi.
Exam bermula jam 1200, dengan 2 bahagian utama : objektif dan struktur. Sehinggalah jam menunjukkan tepat jam 1300, aku sudah berada di pertengahan soalan struktur yang betul-betul menguji ketabahan jari-jemari. 20 soalan objektif, 15 soalan struktur termasuk 2 soalan semi-esei, menjadikan jari-jemariku hampir tercabut.
Jam 1321, aku sekali lagi menjadi makhluk tuhan paling bergaya yang pertama keluar dewan exam di kalangan mereka yang mengambil subjek Pemakanan itu. Namun, aku gagal menjadi makhluk tuhan paling kacak yang kedua keluar dari dewan seperti mana aku menggenggam anugerah itu pada peperiksaan semalam.
Selang 5 minit selaps aku keluar, nasuha menjejaki ku.. Lazimnya, beberapa ketika selepas dia keluar, Iqa akan menyusul... Namun pada exam tadi, FERDI menjadi makhluk tuhan paling bergaya yang ketiga keluar dari dewan, yang mana peristiwa ini melayakkan Ferdi merangkul pingat gangsa bagi kategori pelajar sains Nuklear.
Overall soalan kali ini agak student friendly and mostly expected sebab lecturer dah bagi hint awal2 lagi subtopik apa yang akan keluar.
Thank kepada lecturers Pemakanan.
Pemenang 3 Pingat Emas "Manusia Keluar Exam Terawal" kategori Sains Nuklear
NUke
salam.
pagi tadi menyaksikan aku menjadi orang yang ke seratus lebih masuk ke dalam DECTAR bagi mengambil exam Fizik Nuklear Lanjutan.
5 minit sebelum exam bermula, aku baru terperasan yang aku tak bawak masuk kalkulator fx-570 berwarna kelabu aku. Huhuh.. So, aku minta izin dr pembantu peperiksaan untuk keluar dewan bagi mengambil kalkulator fx-570 aku yang berwarna kelabu itu...
Sambil aku jalan ke seat aku dalam hall tu, ada mata-mata (bukan polis aa) menyaksikan langkahku di samping kelihatan Shaima tersengih lebar (maybe gelakkan soalan kot! xpun sengih kat aku! hahahu)
Soalan kali ni seperti yang dijangkakan, cuma struktur soalan agak diubah, namun memberikan maksud yang sama.
1 soalan (yakni soalan ke 4) ditambah bagi menampakkan kelainan soalan dari tahun-tahun sebelumnya. (skema gila ayat aku ni)
Format soalan x berubah, yang beza, this year student diminta untuk menjawab 4 soalan daripada 5 soalan yang 'dipertandingkan'.
daripada 5 soalan tu, aku jawab 4 (of course la!) soalan 1, 2, 3, dan 5.
(no way aku nak jawab soalan 4 tu ok << guna intonasi Meera (haha!)
contengan2 jawapan ditoreh oleh aku pada buku jawapan sehingalah aku habis idea.
Sekali lagi, aku menjadi orang pertama keluar dewan di kalangan coursemate aku, di samping menjadi makhluk tuhan paling sexy yang kedua keluar bagi kategori keseluruhan hahahu.
Hal ini menjadi bahan bualan dan kutukan oleh Mira yang nampak begitu terpesona dan tak puas hati. lalu mIra bertanya pada aku berkenaan perasaan menjadi antara org terawal keluar hall exam. haha!
So far, aku rate paper Fizik Nuklear Lanjutan ini sebagai "Most Expected and Highly Tendency To Get B+" paper...
Terima kasih Prof. Shahidan
aku yang masih terpesona;
NUke
salam.
pagi tadi aku study dengan Nora, Ferdi, Iqa, Cu-R, and Faeezah.. together with other 2 persons. Dalam diam2 kitorang study, timbul pulak idea untuk memeriahkan dinner Sains Nuklear yang akan datang. So, macam2 perkara yang dibincangkan... Nora dengan ideanya yang jahat, Ferdi mengambil langkah berkecuali, aku dengan slot Award yang dirancang, manakala Iqa n Cu-R memulakan tindakan menyalin mana-mana yang patut.
basically, perbincangan lebih ter-fokus pada slot anugerah. Tapi benda ni still dalam development hell and production, sebab kitorang tak membincangkan perkara ni dengan seluruh warga Sains Nuklear tahun 3 lagi...
award akan dibahagikan kepada 3 kategori utama: final year, lecturer, n staff
beberapa kategori dibincangkan, antara yang difinalized kan adalah seperti berikut:-
----------------------------------------------------------
Nuclear Science Award (nama pun still x confirm lagi):
Final Year:-
Best Smile
Best Laugh
Favourite Quote
Best Dress
Most 'Jambu'
Most Handsome
Most Beautiful
Most Annoying
Most Talkative
Most Outspoken
Most Missed Class(es)
Most Fit / Tough
Best Kept-Secret
Best Tech
Best Accessories
Best Driver
Best Fight
Best Home-Seeker (Home sicker)
Best Uniform
'Perv' Award
Leadership Award
Highlighter Award
Jury Award : Drama Queen
Couple Of The Year
Event Of The Year
-----------------------------------------------
Lecturer:-
Best Dress
Favourite Quote
Favourite Class
Most Popular Lecturer
-----------------------------------------------
Staff:-
Most Popular Staff
----------------------------------------------
Hal ni still dlm progress, any positive comments and idea is much appreciated.
NUke
Salam,
alhamdulillah, hari ni aku berjaya mengadjust jadual tdur aku n kembali senyum pada pagi hari...
entry kali ini membicarakan tentang pengaruh muzik terhadap emosi, kaitannya dengan pembelajaran dan pelajaran, serta hubungkaitnya antara lulus / gagal exam.. (haha!)
sepanjang 3 minggu exam ni, aku byk mendengar lagu (baik lagu mat saleh, melayu, france, even russia), thanks to my friend yg banyak bagi lagu2 pelik kat aku (thx Ferdi for the Russian songs).
Here, aku sertakan 10 lagu yg aku recommend kan untuk memuaskan hawa nafsu music korang...
10 . Greatest Day : Take That
single terbaru dari kumpulan British - Take That. Kalau korang suka lagu Rule The World nyanyian mereka sebelum ni, aku rasa baik korang dengar lagu baru diorg ni... sedap didengar.
09. Better In Time : Leona Lewis
lagu ni dinobatkan sebagai lagu putus cinta yang ke 4 terbaik pada era 2000-an, oleh majalah cleo edisi bulan brapa ntah. memang layan... sesuai didengar ketika stadi Arab.
08. Fifty Sixty : Alizee
bagi mereka yang tak boleh nak senang hati tanpa music, akan tetapi tak nak ikut sama menyanyi, aku rekomen kan lagu yang korang susah nak faham. Bagi aku, lagu baru Alizee ni cam happy2 jer. Best dengar.
07. Main Hati : Andra & The Backbone
one of the nicest ballad yang aku pernah dengar. ear-friendly.. sesuai untuk study
06. Sesungguhnya : Ungu
lagu dr kumpulan Ungu, yang diambil dari album Para PencariMu... sikit sbanyak memberi keinsafan disamping sedap didengar di waktu senja...
05. What About Now : Daughtry
a little rock for the hard-to-understand subjects. pada aku, lagu ni sangat nice.
04. Cuba : Faizal Tahir
lagu ni kadang2 memberikan inspirasi...
03. Forever : Chris Brown
muzik sedap, lagu biasa2 je, tapi layan gak la~
02. Dugaannya : Hujan
woo woo, aku suka dengar lagu ni time exam weeks, membuatkan aku kdg2 alpa nak study, langsung terus mengupdate blog aku yang hitam ni..
01. Mantera Beradu : Malique ft. M. Nasir
aku terpaksa admit yang lagu ni paling selalu aku dengar time exam. favourite phrase "kucing bawak tidur~". another good collaboration between Malique and sifu M. Nasir. Best lyric.
Kalau korang ade apape lagu yang best nak dikongsi, silakan...
NUke
salam.
hari ni, hari yang biasa2 saja, aku bangun lambat, g basuh baju kat dobi, main pc, angkat baju kat luar sebab hujan lebat.. n malam ni (tadi) aku ade jamuan penghargaan ajk family day last sem.
skang ni ngadap pc, dengan harapan, connection nternet laju, so xde la YM aku asyik nk putus jer.
Sehingga di sini sajalah..
Rindu J
NUke
salam.
pagi td jam 0815, menyaksikan aku menjadi org pertama masuk ke Lobi Utama DECTAR bagi mengambil exam semester yang ke-5 bagi aku... hahaha. kagum bercampur bongkak lak rasenyer.. huhu
Entry kali ni membicarakan komen aku tentang exam pagi tadi. STPD 2013 : Sejarah dan Falsafah Sains.. aku duduk di meja bernombor 180 (kot)... depan aku, farhana... blakang aku.. ariff.. 2 individu ni mmg xleh nak bepisah dengan aku time exam.. especially farhana sebab no matrix ktorg sblh2 jer. Thx nana, it's a pleasure to work with u for the stpd presentation. haha.
sebaik saja pegawas exam bg arahan "boleh mula menjawab sekarang...", aku trus selak satu per satu helaian buku soalan... peergh.. banyak la pulak soalan.. (9 soalan yg beranak-anak)...
konon2 mulanye nak draft jwpn ngan pensel la dulu.. sampai page 2, aku stop, n trus selak smula page 1 n start menjawab soalan sebab masa menjawab 2 jam jer.
soalan 1 a pun dijawab..dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat markah bagi soalan 1 a tu hanya 2 markah...(soalan tu mintak 4 perbezaan pengetahuan dan maklumat) which means ade 8 points yg kena jawab.. n markahnya hanya 2?? (what the heaven??) trus aku rasa down sangat2... then, aku try selak page blakang2 dan lebih mengecewakan bila aku tgk ade few soalan yg mnta takrifan dan contoh hanya diperuntukkan dgn 1 markah sahaja..
semangat aku untuk membuat yg terbaik dengan mengisikan setiap baris ruangan jawapan dengan segala maklumat yang aku tau, tiba2 menguncup... (what for kite tulis berbaris, n berjela2 padahal markahnya cuma 1 or 2, kan? so baik tulis "jawapan" semata2 without any explaination...)
surprisingly, ade few good questions yg memberikan peluang untuk student menggebang sehabis-habisnya.. 1 soalan 10 markah n 1 lagi soalan 7 markah. haha (yang ni aku suka)
Then dlm kul 0935 camtu, aku menjadi org pertama kluar hall dikalangan coursemates ku.. ini diikuti dengan nasuha, iqa, nora, ferdi, anonymous, dan lain2.. pastu, borak2 jap ngan nasuha kat luar dewan, b4 dia ajak lepak2 minum kat mapley (dgn iqa, nora n ferdi).
kat mapley makan mi goreng mamak (yang banyak gila tu) dan minum milo! sedap dan kenyang.
tu la dia post mortem exam STPD 2013.
NUke
salam, all readers.
minggu2 exam ini menyaksikan aku dan coursemates ku belajar di pelbagai jenis tempat.. Taman2 bertasik di Putrajaya menjadi salah satu destinasi ulangkaji kami.. selain daripada bilik tutorial 1 di bangunan sains nuklear tu. menelaah pelajaran di tempat2 sebegitu sedikit sebanyak memberikan ketenangan kepada aku, di samping berjaya menghilangkan tekanan dan lari daripada kebiasaan.
huhu, tapi entah apa kena lak malam ni aku rasa teramat malas untuk study.. next paper aku - esok (Nov 14, 2008 : Jumaat jam 0830) and aku rasa aku tak habis cover lagi sumer topik subjek sejarah & falsafah sains ni. oleh itu, aku mngambil kputusan utk update blog jap, di samping mmbuat skit survey ttg artist of the year thn ni. haah (mmg da xde keje)!
1 masalah dah setel antara aku dan "ANONYMOUS".. alhamdulillah.. aku harap hubungan aku ngan "ANONYMOUS" pasni berlalu cam biasa je.
Hurm.. aku rasa lega lpas dah update blog. ok. later...
NUke
salam,
sedar x sedar, semester ni dah pun sampai ke penghujungnya.. bgitulah aku menikmati semester 1 tahun 3 aku sbg seorg mahasiswa UKM. But, rite now, aku x nk crita xperience aku spnjg aku jd student,
aku just nk share jadual exam aku.. lalala
07 Nov 08 - 0830
VVVA 2513 : Bacaan & Penulisan Dalam Bahasa Arab 1
14 Nov 08 - 0830
STPD 2013 : Sejarah & Falsafah Sains
19 Nov 08 - 0830
STSN 3212 : Fizik Nuklear Lanjutan
20 Nov 08 - 1200
STKM 2512 : Pemakanan
21 Nov 08 - 0830
STSN 3512 : Radioekologi
Good luck Nuke!
NUke






