Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

There's a pain that sleeps inside
It sleeps with just one eye
And awaken; the moment that you leave







I am Fragile
I am in the Vulnerable Mode
I am ready to All-Out
I am ready to Speak Out


Just be ready for it.

NUke

Padahal, nilainya cuma bergantung pada nilai nombor yang tercetak pada helaian2 kertas yang mempunyai tandatangan gabenor bank. Itu lah duit. But yet, Duit mampu mengubah manusia dan dunia.



Dan duit juga mampu mengubah emosi.





NUke

Actually, aku takdelah plan nak publish any entry hari ni. Mungkin sebab malas nak edit gambar utk topic yg ada dalam kepala ni. Lagipun, kalau nak update series, rasanya masih awal lagi. Just now, aku tlg my mom dengan her blog. You can visit here.

Apape pun, walaupun mngambil masa nearly sejam menolong ibu, aku rasakan yg ianya perlu dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak. Bukanlah mahu berlagak baik, cuma, lebih kepada malu terhdap diri sendiri. Lagipun, menlong ibu bapakan satu amalan mulia, kan?

Aku menulis malam ni dengan penuh emosi dan tanda tanya. Kau pernah terfikir tak kalau satu hari nanti, kau akan mati dan ketika itu, tiada seorang pun akan datang menziarahi kau? Atau, kau mati kemalangan, kena langgar treler, tapi takde sorg pun nak tolong alihkan cebisan mayat kau yg berterabur kat tgh jalan?

Tak pernah kan? Aku pun tak pernah terfikir gak. Tu cuma imaginasi liar aku saja. Sengaja mahu men-saspenkan para pembaca.

Kali ini serius.

Kau pernah dengar tak, kalau2 ada tafsiran mimpi ke apa ke... Sebab 2 3 hari ni, aku ada mimpi someone yang dah meninggal dunia. Kali pertama aku mimpi, arwah tu tgh baring disebelah ku. Kali kedua pula, aku mimpi yg arwah ada di laman rumah tgh menyapu laman.

Dan tadi, ketika aku sedang menunggang motor utk balik ke rumah, aku tiba2 teringat akan semua pesanan mereka yg mengenali aku.

Kau pernah terfikir tak bagaimana kau akan mati?

Aku pernah. Dan lately aku merasakan yang ianya mungkin akan jadi kenyataan kot? Oh ya, dan aku pernah mention akan hal ini kdp one of my sisters.... very long time ago. I guess, nearly 5 years ago.

Dan aku mulai rasa takut sebab aku rasa aku belum bersedia.

"Ya Allah, kalau dengan nyawa kurniaanMu ini akan menambahkan amal jariah kepadaku...."
"...Dan kalau ianya cuma hanya akan menambahkan dosa bagiku..."

"Aku redha."

"Kau lindungilah insan yang aku cintai dari segala malapetaka. Dan ampunilah dosa2 mereka terhadapku."

NUke



Salam.

Suatu ketika dulu, ada seorang sahabat. Dia akan sentiasa bertanyakan khabar. Baikkah diri aku ni? Bagaimana keadaan keluarga di rumah. Dan dia juga sering mengambil berat akan makan minum ku. Walaupun jauh dari mata, setiap persoalannya itu memberi makna kepada diri.. diri yang sepi dan keseorangan.

Tapi sayang, setiap persoalan dan sifat kasih & sygnya itu tak selalunya disambut baik oleh aku. Aku ego, berlagak dan slalu mengetepikan dia. Segala perilaku aku terhdp dia ibarat langit dengan bumi. Baik layanan yang diberikan olehnya.. tapi akhirnya dibalas dengan kata2 kesat oleh aku. Biasalah. Alasan lapuk; "darah muda". Amarah aku sering tak terkawal. Pantang ditegur, pantang bergurau lebih2an.

Dah hampir 3 thn mengenali budi pekerti itu.. tapi apa yg selalu aku balas kepadanya ialah tipu helah, yang cuma meningkatkan rasa sangsi terhadap aku. Biarlah. Padan muka dgn aku. Aku tau semuanya berpunca drpda aku. Dan tiada satu pun salah kamu. Dan kini, bila kau sudah pergi... satu persatu sapaan dan geselan kulit tgn yang bersalaman itu aku rindui. Kau kembali pergi menjauhi aku.

Maafkan aku yang naif dan tak mampu menampakkan perbezaan antara kawan dan lawan. Dan aku mahu kau tahu satu; kamu bukanlah sahabat aku. Malah lebih daripada itu. Best friend yang tak mungkin aku dapat galang gantinya.

Dan ketika ini, mungkin kau tak membacanya, dan itu tak mengapa bagiku. Siapalah aku untuk mendapatkan perhatian daripada kamu lagi. Sesal aku kini tak berguna kan? Baru kini merindui gelak tawa, raut wajah, dan teguran yg sebenarnya menjauhkan aku dari lubang bahana.

Terima kasih kawan. Jumpa lagi lain kali.

p/s: commenting is now open for all.


NUke

Salam.

Hari ni, dah masuk bulan September. Nyatanya, aku memang kehabisan idea untuk menulis entry kali ni. Mungkin kah ia petanda dan penunjuk kepada aku untuk berhenti daripada dunia blogging. Setelah hampir 7 tahun bergelumang dgn dunia blogging, aku rasa aku dah paparkan perasaan dan emosi lelaki aku. Ya. Hampir 7 tahun. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi itulah realiti. Cuma sebelum ni, nukilan aku tidaklah dipaparkan di laman ni. Entah di mana, aku pun dah lupa.

Lelaki September. Mungkin tu satu gelaran baru yang aku ciptakan sendiri untuk aku. Selain gembira dan tak sabar menantikan ulangtahun yang ke 21, bulan September gak banyak mmpngaruhi emosi lelaki diri. Persediaan untuk diasingkan dan dipisahkan. Perubahan emosi yang terkesan akibat status kewangan. Dan macam2 lagi. Most of it happened in September. Dan oh, sudah tentu September kali ni akan menyerikan lagi hidup kalian kan? Ya lah, Aidilfitri maa.. Raya Raya!

Raya kali ni mungkin tak mmberi banyak makna kot untuk aku. Biasalah, aku lelaki September. Ceh! poyo! Apa kaitannya. Tak de lah, cuma aku semakin bosan kot ngan Raya. Nanti lah aku bagitahu kenapa aku makin tidak menggemari Hari Raya...

Ingat senang ke nak jadi Lelaki September?

NUke


Sakit hati juga kan bila kita asyik diajukan dengan soalan yang sama berulang-ulang kali. Tak mengapalah, dah Tuhan ciptakan mulut, maka bertanyalah sepuas2 mungkin. Tapi kalau dah sampai tiap2 kali berjumpa dan asyik ditnya dengan soalan2 yang sama je, baran jugak kan?



Lumrah manusia.

Suka nak amik tahu hal2 peribadi orang lain.

Suka tak nak amik tahu perihal diri sendiri yg perlu diperbaiki.

Ada sesetengah perkara memanglah bagus untuk dikongsi bersama, tapi ada kalanya, it's better left unspoken. Ryte? ada sesetengah perkara yang tak boleh dikongsi. Justeru, aku memohon maaf daripada kawan-kawan. Sebab apa?

Ada perkara yang aku tak boleh kongsi. Kerana ianya terlalu peribadi dan berkaitan dengan family.

Full stop.



NUke


Salam.

Kehilangan aku beberapa hari lalu adalah disengajakan. Jadi, itu yang tak update blog tu. Nanti bila2 masa aku cerita pasal trip aku ke Seri Iskandar 2 hari lepas.


Seperti biasa. hari2 aku berlalu sepi dan kadang kala penuh dengan emosi. Maklumlah... aku hanya seorang lelaki yang sedang mengenali dunia dan cuba memahami dunia daripada perspektif aku sendiri. Kadang kala kita buat silap... kadang kala kebenaran dari pihak kita dinafikan.

Susah kalau semua orang asyik nak jadi 'No.1'. Semuanya dia betul, semuanya perlu mengikut kata dan perancangan nya.

Sikap macam ni ada masanya memang perlu ditonjolkan, tapi selalunya orang tak suka dengan sikap camni. So, langkah yang terbaik untuk mengawal emosi marah, hanyalah dengan BERDIAM DIRI.







Susah kalau semua nak jadi Mr./Ms. Perfectionist!




NUke


salam.

Well, agak menyakitkan hati kan bila perlakuan dan gerak geri yg kita lakukan dibalas dengan makian dan gelak tawa yang menjadi bahan gurauan kawan2. Haha, ape yg aku merepek ni? To make it easier, susah kan kalau kita saja yg asyik nak respek kat orang, but then, org lain buat tak kesah je dengan kita, or sometimes tak pernah ada intention nak respect kita and org lain pun.

Respect!

Aku rasa itu salah satu benda penting dlm hidup. Semua org nak rasa dihormati. But then, to gain something, we should give something la kan? Aku rasa respek pun lbh kurg mcm tu la. Aku respek semua org, as long as org lain pun pandai menghargai and menghormati org lain, dlm erti kata yg lain, pandai respek org lain.


Respek ape?

Segala-galanya. Respek akn perbuatan dan perilaku baik, PRIVASI, dan diri sendiri. Haha. Kenapa aku buat entry camni ha? Aku rasa aku tengah bengang kot. Bengang ngan someone yg kurg respek org lain. Mungkin ni akan membuatkan aku menjauhinya. Tapi, aku salu terfikir... Aku takleh la nak jadi 'mean' sgt mcm zaman tak berapa nk matang dulu2. Aku lebih kepada pendekatan diplomasi...

Ko buat taik ngan aku.. aku still senyum
Ko mencaci aku dalam tawa... aku akan still membalas tawa ko; macam ianya satu gurauan bodoh...
Tapi;
Bila ko dah tak reti nak respek aku as a human... Aku akan cuba untuk x membuat apa2, mungkin tu lebih baik kot!




Entahlah.






NUke



Salam.

Hm, rasanya macam banyak cerita nak dikongsi. Malam semalam, lebih kurg kul 11.45 mlm, satu area Sungai Tua mngalami black-out. huhu! Bosan. Time aku nak wat keja, time tu la nak black out. macam haram je rasanya. Selain drpd takde air, aku paling tak suka black out. sebab apa? Obviously la sebab kepanasan kan? Walopun cahaya lampu tu membekalkan haba, tapi kalau sampai dah kipas pun tak bepusing.. mmg macam celaka. Sebab tu aku tak suka blackout. Lagipun, time2 blackout la byk pencurik amik kesempatan merompak. Huhu!


So, ape yang aku buat time blackout semalam? Haha, at first, aku on9 thru my mom's lappy, sambil borak2 ngan my mom n my cousin. Huhu, siap makan biskut kering cicah kopi lagi. Sedap seyh!. Then, cousin aku ni dah nak mati kebosanan sangat.. dia ajak aku gi Danau Kota. katanya nak carik 1 snowcap. (walopun Malaysia ni takde snow..).. pusing la 2 3 kali, last2 xjumpa. So, sebab taknak rasa kecewa sgt, dia beli la 1 topi kulit ala2 koboi tu, n satu topi biasa yg mcm org pakai gi mancing. Huhuhu.. Ok la kan?

Balik rumah kul 3 pagi. letrik dah ade. Aku sambung online and tulis artikel.

Hari ni, misi mengemas dan menyusun atur semula segala almari dalam bilik aku. huhu, before this, bilik tu akak aku yg guna, since dia pun dah kawin n pindah, aku lah yg take over. Hm, aku terlupa lak nak amik gamba keadaan bilik aku sebelum di'renovate'kan.. aku cuma amik gamba lepas bilik tu dah renovet je. Huhu.

Bilik bujang.. Dah kemas pun rasa mcm bersepah gak!

Aku agak emo hari ni. Mungkin sebab penat angkat2 almari kot. Maghrib tadi terlelap jap. Bila bangun je, rasa macam nak gila jap.



Huhu.


NUke


Salam.

Semalam, lebih kurang jam 6 petang, aku terkial2 menukar layout blog aku ni. before this, aku pernah berbual dgn seorang kawan, and ckp kat dia aku prefer kaler hitam untuk blog aku ni. Tapi, alih2 jadi kaler putih lak.



hm, kenapa aku pilih putih pulak? Kata suka dark n emo2 nih..? Kalau nak sangat tahu jwpn tu, aku pun x pasti. Aku takde jawapan konkrit. Mungkin aku da sakit mata kot asyik tgk layout blog aku yg kelam2 tu.. Huhu. Tapi aku berbangga gak la, sebb aku pernah pakai layout dark-emo yg original nya aku x sengaja tukar dulu2. Aku admit, layout blog yang aku guna sebelum ni la yg menampakkan kematangan aku kot... Haha. Mungkin!


rupa blog aku; 1 ketika dulu... huhu

Jadi, skarang ni tiada lagi emosi yang keterlaluan. Mungkin dah tiba masanya untuk mencari "tuning" yang ade skit lari... sebab tu aku tukar pic banner kat blog tu. So far, mcm2 reaksi aku dapat drpd kwn2 aku ttg layout baru blog ni. Ada yang suka, ade jugak yang prefer layout lama. Hmm, terima kasih sebab sudi mmberi pandangan. Tengok lah mcm mana.. kalo aku rasa perlu utk tukar.. aku tukar semula.





NUke

Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?

Oh.
Sebab mereka ketuk pintu tak bagi salam.
Mereka banyak menyusahkan pelajar.
Tatkala pelajar memerlukan pertolongan mereka sebb kunci hilang, mereka menjawab "Ambil esok pagi saja tak boleh ke?"
Dan kalau kita call diorang; diorang boleh lak cakap "Oh, saya ada di luar ni... sorry la, tak boleh nak tolong"
Kepala hotak dia kan?

Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?
Mestilah kena hormat...
Sebab merekalah yang memberikan cdgn untuk melimitkan aktiviti pelajar kolej.
Mungkin takut bakat2 baru yang lebih berkualiti dihasilkan...
Ye lah, kalau jadi macam tu... mestilah diorg jadi LOSER!

Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?
Oh, senang saja...
Mereka la yang membuat rondaan utk 'membanteras' xtvt setinggan pada jam 1.30 pgi.
Boleh pula ucap 'Selamat Malam' lepas dah rampas kad matriks student.
And kena bayar RM70 pulak untuk claim balik kad matrix tu.

Kenapa jadi macam ni ya?
Alah, senang saja...
Mereka pernah menjadi pelajar satu masa dulu...
Tapi tak faham n mendalami kepayahan hidup pelajar.
Pelajar yg setinggan beramai2 dlm 1 bilik tu bukan sebab nk 'menderhaka' pada kolej...
Cuma langkah berjimat; keluarga pun susah.
Tapi, aku rasa, felo2 gampang ni mana pernah fikir pasal hal tu.
MEreka cuma mahu menampakkan yg mereka ni lebih berkuasa saja.

Pergi Mampos lah kau Felo!

Ada la sorang felo ni... dah menghuni kolej begitu lama, lepas tu jadi felo di kolej yang sama pula. Masakan dia tak tahu ramai yg membencinya kan? Sedangkan rakan seperjuangan sendiri dahulu pun memberi tambahan nama 'Anjing' di belakang nama betulnya.

Kesian Felo itu.






p/s: nanti aku sambung Bab 2 lak

Ikhlas daripada Amier Bin Mahmod


NUke


tarikh and waktu terakhir sebelum aku keluar dewan peperiksaan sebagai seorang mahasiswa prasiswazah sains nuklear.



sedih rasanya.



NUke

salam.

Pada tanggal 3 Mei 2009.
Aku ingin sekali mengisytiharkan bahawa:-

Cellphone Sony Ericsson aku telah ROSAK. dan yang lagi best, ia LANGSUNG TAK BOLEH ON!

Hal ni mendesak aku untuk menggunakan 1 cellphone saja.


DAN 1 lagi pengumuman, cellphone Motorola aku dengan ini diisytiharkan SEMI-ROSAK. Sebelum ni pun mmg dah problem, sebab button 'Send' and 'Select' dah dysfunction, tapi petang tadi ia mengalami kerosakan melampau apabila cellphone ini langsung tak boleh nk retrieve sms even kalau aku guna softwarenya.

Maka, dengan ini aku mengumumkan bahawa AKU TERPUTUS HUBUNGAN SMS dengan semua sahabat dan individu lain. Aku cuma boleh menerima dan membuat panggilan sahaja menggunakan cellphone Motorola aku tu. Oh ya, i am currently using my MAXIS number.




TQ.


NUke

Salam.

Akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. Exam pertama aku unutk semester terakhir sudah pun berlalu dengan jayanya. Ok. aku tipu. Exam tu memang berlalu dengan jayanya, cuma aku je tak menjawabnya dengan jaya. Jadi, harapan aku untuk menggenggam A solid untuk subjek itu mungkin kabur (atau hilang dr pandangan sama sekali). Tapi, aku percaya akan kebesaran Tuhan. Aku nak minta agar si pemeriksa kertas jawapan itu akan berlembut hati. Amin...


Tak perlu kau pertikaikan perbualan aku dengan adik beradikku yang lain. Kami tahu sememangnya kami memiliki satu persamaaan. Suka membuat lawak sengal. Kadang2 aku pun malas nak layan diri sendiri. Tapi, berbual-bual dengan adik beradik yang lain sedikit sebanyak akan melegakan tegangan emosi yang sememangnya tak stabil.

Jika haritu aku berbicara tentang ibu, kali ni aku nak cerita pasal Opah. Ye, opah. Opah merupakan satu panggilan kepada nenek. Nenek pula adalah satu perkataan yang sinonim dengan Opah. Opah, Nenek, Tok Wan, Nanny, and the what so ever tu adalah panggilan cuma. Tak perlu lah kita gaduhkan tentang Opah.

Oh no, mood aku untuk bercerita tentang Opah telahpun musnah. Aku emosi sekejap, sesuai dengan tagline blog aku ni yg kini menjadi kegilaan belia-belia: "Kenapa aku emo ah?" yang mana kalau korang nak tahu, ibu aku pernah bertanya..."Emo tu apa nak?". Disebabkan aku ni mewarisi genetik lawak daripada En Mahmod, aku menjawab: "Ala.. Emo pun tak tahu? Tak rock ah camni, bu~"

Oh, sungguh tak percaya akan perbualan ku itu. Aku menasihati ibu2 dan bapa2 muda zaman sekarang ni utk menjaga perilaku dan perkataan yang anak2 anda luahkan agar tak menjadi seperti aku ni. Haha. Tapi, ibu aku memang slumber. Seslumber dia menggosok2kan kepala aku yang berambut cacak itu. Hey, kalau org lain, jgn harap la dapat pegang kepala aku..!

Entry ini lebih kepada perbualan satu hala dan sesi bercerita karut disebabkan hilang keyakinan diri disebabkan exam sebentar tadi.


Btw, baju nukegroup dah siap. Supposed ada 16 helai, tapi yang aku dapat cuma 15 helai je.. ni tgh dalam proses berurus niaga jap.



Korang tak rasa ke lately aku ni kurang self-confidence?






NUke

Salam.

pagi ni aku bangun tak berapa nak awal. Dengan keadaan sejuk disebabkan tak berbaju. Malam tadi, aku ada call ibu. Aku cerita semua yang aku rasa; tension, nearly give up, and almost tak tentu arah disebabkan aku down. Ibu terkejut and cakap nak dtg jumpa aku esoknya (hari ni).

Kul 11.
Ibu datang. First time aku rasa tak sabar nak jumpa and cium tgn ibu sepanjang aku study kat UKM ni. maklumlah, rumah aku ngan UKM ni takde la jauh sgt, dlm sejam lebih da bole sampai kalo naik motor. So, bagi aku yg mmg down ni, aku rasa peluang berjumpa ngan ibu sendiri itu amatlah berharga.

Aku drive keta. Tak banyak benda dibualkan. Sampailah kat kedai makan Pak Ngah. Aku duk dlm keta and crita semuanya kat ibu. Ibu nasihatkan aku. Banyak benda ibu cakapkan. Hubungan aku dengan kawan, hubungan aku dgn keluarga... and ibu ingatkan aku perkara yang paling penting; hubungan dengan Tuhan. Ibu suruh aku banyak berdoa dan memohon pada Allah, pencipta yang satu. Tapi, aku sedar akan dosa yang banyak ni... akankah doa aku diperkenankan? Oh tuhan. Kau maha hebat. Kau menguji aku dengan ujian ini. Mampukah aku mengharungi nya?

Aku sangat mengagumi ibu. Ibu pandai menukarkan mood yg sedih dan down menjadi ceria. Aku seronok mendengar jenaka ibu tentang adik-beradik aku yg lain. Aku terpesona dengan ibu yang asyik menikmati kerang rebus. Betapa aku bersyukur mempunyai ibu yang memahami kehendak emosi anaknya itu. Ibu tak memaksa aku untuk dapat pointer yang tinggi. Aku tahu itu. Tapi aku mahukan nya sebab aku mahu menunjukkan kepada ibu bahawa pelaburannya selama hampir 16 tahun sejak aku mula masuk sekolah rendah itu berbaloi.

Aku tak boleh berterusan untuk down. Kalau difikirkan, apa sajalah yang aku hadapi sekarang ini berbanding mereka yang jauh lebih susah dan teruk menghadapi ujianNya. Aku kena bangun dan teruskan hari2 mendatang.

Aku kena mula study untuk exam kali ni. Kalau tak, macam mana nk perform? macam mana nak tunjukkan kpd ibu bhwa pelaburannya itu berbaloi?




Terima kasih ibu. saya sayang ibu.






NUke

aku still down.

aku call ibu.

ibu tanya, semuanya ok tak?

aku jawab ok. perhaps, aku tgh study ni.

aku tipu.

sampai sekarang, aku tak study apape.

sampai sekarang, aku tak wat correction thesis.

aku tipu diri sendiri.

aku kata aku bersemangat tinggi.

aku tipu.

aku still down.

disebabkan viva tempoh hari.

aku gembira bergelak ketawa dengan kawan-kawan.

aku tipu dorg dgn ketawa aku.

menunjukkan aku tak apape n viva itu perkara kecil saja.

damn!

aku target at least 3.77 utk sem ni.

now, aku sedar.

aku ada tendency untuk dpt 2.00 sahaja.

aku rasa macam nak bakar tesis aku.


NUke

Salam.

Aku sangat emosi minggu ni. Permulaan hari Isnin yang tidak begitu baik kerana aku tak tahu ada kelas taklimat viva jam 0830 pg tadi. Dan aku juga mengalami tekanan akibat ketidak-siap-an lagi Bab 4 dan Bab 5 tesis aku. Kena submit final draft pada 13 April 2009. Aku juga menjadi tak tentu arah dan mengambil keputusan untuk tak ke kuliah akhir subjek fotografi untuk ke Sains Nuklear.

Tak cukup dengan itu, aku juga mendapati aku di tag oleh Mira yang mana tag itu ada kena mengena dengan 6th folder dan 6th picture dalam folder tu. Maka, untuk menjaga keaslian gambar yang diperlukan itu, aku mengedit terlebih dahulu sebelum memaparkannya di sini.


Korang rasa la kan, berapa banyak huruf T ada dalam entry kali ni?








33 huruf! (aku rasa la!)


NUke

Salam.

Benda pertama yang aku pikir sebaik saja aku sampai ke bilik di UKM ni adalah meng-update blog! Cis! kalau lah ibu bapaku tahu, maka hancur luluh lah harapan mereka... Mesti diorang ingat aku balik UKM ni dengan perasaan tak sabar2 nak siapkan thesis writing... tapi haram jadah!

Emosi agak tak stabil. Hari ni, aku ikut ibu aku hantar adikku ke sekolah asramanya. Turut disertai oleh Angah. Since lesen aku da expired, maka Angah lah menjalaskan tugas sebagai driver manakala aku co-driver yang perlu memastikan diri aku dan diri Angah tak tidur tatkala hujan lebat yang menyebabkan kemengantukan. Sampai rumah jam 6.30 ptg. Layan kerenah anak buah sekejap sambil tgk TV sementara menunggu waktu Maghrib dan masakan malam siap.

Habis makan, kemas2 barang and mula bergerak ke stesen Terminal Putra. Angah hantar aku since dia pun nak balik ke rumah dia kat Ampang. Perjalanan ke KL Sentral amatlah smooth dan untuk itu, aku amat menghargai teknologi LRT Putra yang satu ketika pernah memegang gelaran "Sistem Rel Keretapi Tanpa Pemandu Paling Panjang Di Dunia". Tapi sekarang aku tak pasti akan gelaran itu... masih dipegang erat lagi kah?

Sampai KL Sentral, aku terus beli tiket KTM Komuter ke UKM yang berharga RM3.30 tu. Trun ke platform 6 dan tunggu tren.

Tunggu dan terus menunggu...

Tunggu lagi... dah setengah jam aku tunggu ni...

Tunggu dan akhirnya ada lah satu pengumuman:

"Tren ke Seremban akan tiba dalam masa 30 minit"




Tatkala aku mendengar perucapan itu... hatiku berdetik memaki hamun setiap orang yang bekerja di KTM walaupun brader Pakistan yang hanya bekerja sebagai cleaner di situ. Oh Komuter, apalah nasib kamu? Adakah kamu selalu sangkut di tgh2 rel lalu menyebabkan kelewatan? Atau kamu dipandu oleh pemandu yang tak mementingkan jadual waktu kerja?
Atau masalah teknikal yang perlu dipersalahkan?

Jujur aku katakan, kelewatan itu SELALU berlaku bagi tren yang menghala ke Seremban! Vavi betul!

Aku rasa la kan, tagline KTMKomuter tu patut di ubah la, daripada "Keselamatan Anda Keutamaan Kami" ke "MASA Anda Keutamaan Kami".

Korang tahu tak macam mana nak saman KTMKomuter?





NUke

salam.

lately, aku agak busy dengan penghasilan abstrak yang due date nya hari ni. Alhamdulillah, aku dah submit. And this Selasa aku ada dinner kolej and still tak tahu nak pakai baju apa. Khamis & Jumaat ada sesi pembentangan hasil kajian tesis, and my slides baru siap 55%.

Dengan assignments photography yang masih dalam proses perlaksanaan. Oh Tuhan! aku sangat tak keruan...

Dan vila hal ini melanda diri, aku teringat akan seperkara yang dah lama aku lupakan. Ya! Satu tempoh masa rehat untuk melancarkan pengaliran emosi secara terkawal. Aku ingin sekali ke pulau2 dan menikmati panorama laut. Aku teringin nak ke sungai2 untuk mandi airnya yang sejuk. Aku ingin sekali ke pusat2 peranginan dan tidur di atas tilam hotel yang empuk!

kali terakhir aku betul2 bercuti adalah ...... (tak ingat)! Teruknya diri ni.


time kat PD dulu2...

Buat masa ni, blog aku menhadi teman setia dan tempat aku meluahkan segala permasalahan, suka, dan duka. Menjadi seorang insan ni agak sukar rupanya. (Ceh! kau nak jadi kucing ke Nuke?)

Aku mahu rehat.

aku betul2 memerlukannya. Mungkin sudah tiba masa untuk menonton rancangan TV yang diminati ramai - Majalah 3! HAhaha.. aku hampir tidak berfungsi nih!



NUke

Salam.

Ni kali ke 4. dah 3 kali aku padam benda2 yang aku taip untuk entry kali ni.

Nak cerita tentang satu situasi. Bagaimana nak 'mengajar' orang yang suka buat cerita palsu demi mendapatkan perhatian ramai? Bukan bertujuan nak membenci siapa2, cuma kadangkala aku berdepan dengan situasi ni. jadi, bila benda macam ni terjadi, maka aku akan sakit hati. Bila aku sakit hati, maka aku cepat marah.

Kesannya, bila aku marah, aku tak tentu arah! huhu.

Patut kah kita berkawan dengan orang yang macam ni? patut ke? kalau korang la kan... patut ke korang berbaik2 lagi dengan orang macam ni? Or korang leh wat bodow je..? Honestly, aku memang takleh wat bodo je ngan orang macam ni. terasa macam nak je aku caci maki dia and last skali cakap kat depan2 muka dia.."In YOUR FACE!!!" yang mana aku pun tak tahu apa maknanya. haha.


Mungkin kita patut ignore orang macam ni.

Ni saja kot. Akan datang aku nak crita psl benda lain lak.


btw, lately asyik hujan. perubahan monsoon agaknya. Kenapa orang suka kaitkan hujan dengan something that we call 'PAIN' ah? Ke aku sorang je yang berpendapat macamtu?


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.