NUke
salam,
entry ni lebih kepada extended-version of Epong's 'Nothing' .. dan aku turut bersetuju dgn pendapatnya yang semakin gerun dan takut mengenangkan keadaan politik semasa yang berlaku di Perak, Kedah, dan Malaysia amnya.
justeru, aku mempelbagaikan bacaan ilmiah. Dan kali ini, instead of reading 1-side punya news, aku baca kedua2 sides. Reason? so that aku mendapat gambaran yang sebenar terhadap perkara sebenar yang berlaku dalam negara kita ni.
Enclosed here some online-news links that YOU should read (click the title ok):-
- Malaysia Should Face Grilling at UN Review : HRW (msn news)
- Rakyat Mula Buka Mata (Utusan Malaysia)
- Malaysia Opposition Reels After Defections (Reuters)
- Isu Derhaka : UMNO Dicabar Bertindak Ke Atas Anuar Musa, PM Abdullah (Harakah)
- Defections Roil Malaysian Politics (Al-Jazeera)
- Tetap Saman Sultan (Utusan Malaysia)
- Diancam Keselamatan, Diugut & Kereta Disimbah Cat (Harakah)
- PAS Kecam Tindakan Rampas Harakah & Suara Keadilan (Harakah)
- Malaysian Govt Faces More Bruising Electoral Tests (msn news)
- Tidak Bercadang Guna ISA terhadap Karpal (Utusan Malaysia)
Baca dan nilai la sendiri. Aku dah naik fed-up ngan kerenah birokrasi dan gila kuasa sesetengah pihak ni. Please Malaysians, regarding on the upcoming PilihanRaya Kecil ni (bg kawasan yang terlibat), sila lah buat pilihan terbaik.
Aku tak rasa entry ni akan ada comments or feedbacks... tapi kpd siapa2 yg baca entry ni, please.. baca artikel suratkhabar yang disenaraikan tu, and nilai sendiri.
Thank You.
NUke
dalam topik : politik
WARNING
this entry is about local politics, those who are not interested, please visit another sites.
--------------
Assalamualaikum,
Umum mengetahui sekiranya sesebuah kerajaan itu mentadbir sesebuah negeri atau persekutuan, mereka digelar "Pemerintah", manakala mereka yang kalah, (atau tidak memerintah dalam kawasan tersebut, dipanggil "Pembangkang").
Situasi ini lazimnya diamalkan di seluruh negara di dunia. contoh terbaik adalah Amerika Syarikat, di mana sekiranya Parti Demokrat memerintah, maka gelaran Pembangkang adalah kepunyaan Parti Republikan. Begitu juga sebaliknya.
namun, situasi berbeza di Malaysia. Secara keseluruhan, negara diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipanggil Pemerintah, manakala Pakatan Rakyat pula merupakan pihak Pembangkang.
Hal ini sepatutnya berterusan dalam pemerintahan negeri. Sedia maklum bahawa negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan juga WP Kuala Lumpur diperintah oleh Pakatan Rakyat, justeru mereka membawa gelaran Pemerintah. Akan tetapi, mereka tetap dilabel sebagai PEMBANGKANG. Dalam hal ini, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pemerintahan si Pemerintah, digelar pihak Pembangkang.
Media tetap mewar-warkan pemerintah 5 negeri (dan WPKL) tersebut sebagai pihak pembangkang. Masakan mereka menjadi pihak pembangkang sedangkan mereka sudah pun memerintah pentadbiran negeri-negeri itu hampir 1 tahun?
Mungkin tampak remeh, namun situasi ini sedikit sebanyak meracuni pemikiran rakyat dalam menilai baik buruk sesuatu pentadbiran.
Apa yang ditulis dalam entry kali ini hanya merupakan pendapat, dan sekiranya ada pandangan yang boleh dikongsi, amatlah saya alu-alukan.
NUke
Re-post from my older Blog : NukEnergy
-----------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, NukEnergy-readers;
Hari sabtu lepas menyaksikan masyarakat Malaysia yang
berumur 21 thn ke atas keluar membuang undi bagi Pilihan Raya Umum ke-12
(PRU12). Justeru, aku yang masih tak layak mengundi ni pun, turut tak sabar2
menunggu keputusan PRU12 yg akan diumumkan mlm tu. Of course, focus utama aku
mestilah pada kawasan P98S16 (Parlimen Gombak, DUN Batu Caves), tempat di mana
letaknya rumahku. Dan Alhamdulillah, setelah beberapa kali PRU (yg sempat aku
observed), akhirnya kemenangan berpihak kepada BA. Malah, nak menambahkan lagi
rasa, Parlimen Gombak yang menjadi perhatian ramai (terutamanya penduduk
Selangor), turut jatuh ke tangan BA. Scenario yang sama turut berlaku di Bukit
Antarabangsa, Gombak Setia, mahupun Selayang; suatu fenomena yang baru dan
jarang2 (mungkin tak pernah) berlaku di Selangor. Apatah lagi kemenangan
majority pihak pembangkang telah menyekat penguasaan BN di Selangor, sebuah
negeri maju yang memberikan prospek kekayaan Negara.
Bukan berpihak kepada mana2 barisan, Cuma ingin meluahkan
rasa yang terbuku… adakah mereka terlalu sibuk mengejar Kelantan dan negeri
pantai timur, sehingga memandang ringan tentang kebangkitan yang berlaku di
pantai barat? Suatu pengajaran yang perlu diambil / dipandang serius. Kadang
kala kita sering alpa / memandang remeh tentang suatu perkara yang dianggap kecil.
Justeru, aku dapat menggambarkan situasi ini dengan pepatah ni… “YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN”. Maka, berakhirlah penguasaan BN di 4
buah negeri pantai Barat; iaitu Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang,
selain gagal merampas/menguasai negeri idaman – Kelantan. Siapa sangka? Tambah
mengejutkan apabila WP Kuala Lumpur turut terlepas daripada genggaman apabila
10 daripada 11 Parlimen WPKL dimenangi oleh Pembangkang. Nasib baik WP
Putrajaya tu ada 1 parlimen je, and nasib baik BN menang di situ, otherwise…?
Oh ye, fenomena ini turut membuatkan diriku tersentak, apabila memikirkan suatu
perkara – adakah pengaruh media tidak berkesan? Ataupun kesukaran mempengaruhi
minda warga kota yang semakin bijak membuat pilihan? Entahlah~
Timbul persoalan – siapakah yang harus dipersalahkan? Bagi
aku, aku hanya mampu tersenyum sinis yang tidak bermakna. Sama2lah kita ikuti
perkembangan berita2 utama Negara berkenaan hal ini.
Adakah ini merupakan 1 titik revolusi dalam politik
kebangsaan? Hanya tuhan yang tahu. Namun, sebagai mahasiswa, aku hanya berharap
mana2 pihak yang telah memenangi kerusi DUN @ Parlimen yang dipertandingkan
akan menjalankan tanggungjawab mereka dan berbakti kepada masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Sebab kalian telah dipilih secara suara
majority oleh rakyat.
Harapanku, semoga politik di Malaysia akn bertambah baik dan
mana2 kesilapan perlu diberi perhatian, manakala suatu yang baik itu, perlu
diteruskan.
So kawan2, any comments?
---------------------------------------
NUke
dalam topik : politik

