Showing posts with label thesis. Show all posts
Showing posts with label thesis. Show all posts

aku still down.

aku call ibu.

ibu tanya, semuanya ok tak?

aku jawab ok. perhaps, aku tgh study ni.

aku tipu.

sampai sekarang, aku tak study apape.

sampai sekarang, aku tak wat correction thesis.

aku tipu diri sendiri.

aku kata aku bersemangat tinggi.

aku tipu.

aku still down.

disebabkan viva tempoh hari.

aku gembira bergelak ketawa dengan kawan-kawan.

aku tipu dorg dgn ketawa aku.

menunjukkan aku tak apape n viva itu perkara kecil saja.

damn!

aku target at least 3.77 utk sem ni.

now, aku sedar.

aku ada tendency untuk dpt 2.00 sahaja.

aku rasa macam nak bakar tesis aku.


NUke

Since ade 3 4 org kawan2 aku yg nak tengok suasana viva, maka aku letak la gamba2 ni.






*guna Photoscape.


NUke

Salam.

20 April bermula garang bagi aku. Aku sakit perut. Asyik nak cirit-birit je kejanya. Masuk hari ni dah hari ke 4 aku sakit perut. Cis kan? Oh, hari ni aku bangun awal and berjaya tak membuka pc pada waktu pagi. Selalunya kalau aku bangun awal, mesti buka pc n baca blog. Tapi, tidak hari ini. Aku ada presentation viva. Hah. Viva merupakan kemuncak pembentangan bagi segala pembentangan dalam pengajian kita kat universiti? Setuju?

Pernah korang rasa cuak selain menunggu giliran untuk viva? Haha. Aku dah alami perasaan cuak itu. Sampai 2 kali aku pergi tandas pagi tadi sebab sakit perut yg tak elok2 lagi.. dan mungkin perasaan cuak disebabkan menunggu geliran viva. keji kan?

Overall, aku rasa aku tak well-prepared for the most excited presentation. Aku present macam gred B. Aku tak pasti ape yang akan supervisor and pemeriksa aku bagi markah, tapi like my mom said... "takpelah nak, yang penting dah buat yang terbaik". Oh! sesungguhnya seorang ibu itu bijak untuk menenangkan hati anaknya. Terima kasih Ibu!

A moment before aku masuk ke bilik viva itu, aku rasa senak dan tak boleh nak duk diam, ke hulu hilir dan tak senang hati. huhu. Cuak beb!

Tak usahla mengungkit peristiwa yang berlaku di dalam bilik viva itu. Cukuplah korang mengetahui beberapa perkara kecil termasuklah komen daripada pemeriksa aku yang menyatakan bahwa "Your writing is not as good as your blog... And your English is.......". Kata beliau yang mengomen bahasa Inggeris aku dalam page 'Abstract'. Apa lah nak jadi dengan aku nih?

Aku cuak gak bila leturer aku tu ckp mcm tu. Adakah beliau sebetulnya membaca blog aku ni? Oh No!

Tapi, takpe. Semuanya dah lepas dan selesai. bak kata kebanyakan sahabat tadi... "separuh kaki dah graduate da!". Haha. Iya ke? Mungkin ya. Tapi aku sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk semua perkara yang aku lakukan.

Kepada mereka yang belum viva lagi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan jgn terlalu panik. Yang penting kena confident and defense your own thesis!





NUke

Salam.

Hm, malam tadi, aku bercita2 lah nak menyiapkan sepenuhnya tesis aku tu.. tapi lain lak jadinya, aku kuar makan, lepak2 kat bilik, n sentuh skit je tesis tu. Haha. Oh ya, aku dapati entry Spender Selesa yang lalu sangat mendapat sambutan. Ternyata tajuk spender adalah tajuk yang bagus. Haha. Enough spender!

korang perasan tak yang lately, penulisan aku dlm blog ni agak skema? Skema kah aku? Cis. Ni la akibat menaip tesis 24/7. Bahasa pn jadi poyo2 n baku jer. ntah pape la aku ni. So, kalo korg rs blog ni mcm jd skema jap.. bersabarlah.. nanti2 aku alter balik style nukilan aku sprti dulu2 ok.

Oh ya, nak bercakap pasal cinta. Honestly, aku ni bukan la tau menahu sgt psl2 cinta ni. Nak2 lak kalo suruh cerita pasal cinta dalam blog ni. Aku admit yang aku ni jenis perlakuan-tak-romantik. So, aku kesah ape kan? Kak Kiah kampung sebelah pun tak amik tahu pasal aku ni kan? Haha.

Ramai org (basically kwn2) desak aku suh crita psal lover aku kat dlm blog ni. Eiysh! Takde keja lah aku nak letak kesah2 cinta aku kat dlm blog ni. Sorry ah bro.. sis... bukannya kedekut ke hape.. cuma tak ready lg kot.. or maybe, aku tak suka kot!

but then, ada jugak member2 aku yg berkata: "tak payah laa letak2 pasal awek kat blog ko tu.. aku rs org lain bukannya nak baca sgt pun psl awek ko tu!"

hm.. betulkah?






Btw, final draft thesis aku untuk viva ni dah di-approved oleh my supevezor.. skarang, masa untuk rilex, sambil mencr info pasal Bra pulak! hahaha.


NUke

Salam.

Aku sangat emosi minggu ni. Permulaan hari Isnin yang tidak begitu baik kerana aku tak tahu ada kelas taklimat viva jam 0830 pg tadi. Dan aku juga mengalami tekanan akibat ketidak-siap-an lagi Bab 4 dan Bab 5 tesis aku. Kena submit final draft pada 13 April 2009. Aku juga menjadi tak tentu arah dan mengambil keputusan untuk tak ke kuliah akhir subjek fotografi untuk ke Sains Nuklear.

Tak cukup dengan itu, aku juga mendapati aku di tag oleh Mira yang mana tag itu ada kena mengena dengan 6th folder dan 6th picture dalam folder tu. Maka, untuk menjaga keaslian gambar yang diperlukan itu, aku mengedit terlebih dahulu sebelum memaparkannya di sini.


Korang rasa la kan, berapa banyak huruf T ada dalam entry kali ni?








33 huruf! (aku rasa la!)


NUke

Salam.

Maka berakhirlah sudah pembentangan hasil kajian thesis aku. Memang mencabar bagi aku untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh pemeriksa aku dan juga pensyarah2 yang lain. Takpe, aku ingat kalian semua sampai bila2. Haha... Bukan berdendam okay! Saja je buat ekspresi macam tu. Anyway, aku rasa sedikit lega selepas pembentangan hasil tu tadi. Poor Ferdi and Nora sebab diorg di-schedule-kan untuk membentang pada esok pagi. Sepatutnya petang tadi turn diorg... Takpa2, ada hikmah disebalik kejadian...

Oh ya, semalam; April 01, 2009. Lesen memandu aku tamat tempoh. Haha, dan aku masih tak me-renew lesen. Sebab nya? Ingatkan nak renew hari ni, since ada presentation, maka tak dapat la nak renew lesen. Esok atau lusa je lah aku renew. Lagipun duit biasiswa IBAY (IBu AYah) tak masuk lagi. Maka bersabarlah ya.


Enough.

Kembali kepada beberapa perkara yang aku tak sempat nak ceritakan di sini. Kembali ke 31 Mac, yang mana aku ada dinner kolej, dan tadi, Mira baca blog aku and kata nak tengok gambar2 dinner. To Mira, aku tak banyak sangat amik gambar malam dinner tu, nanti aku amik gamba2 dr kwn2 aku, pastu aku ltak kat sini ok.. Insyaallah...

Then, My 1st ever blog-award given by Mr. Shari (as mention in previous entry).. ni lah dia. And supposed ly aku kena bagi award ni kat 7 org yang lain. Sapa nak, bgtau aku ok. Ahaha.


award from Mr Shari.

Then, back to today. Aku rasa presentation aku masih teruk, walaupun kebanyakan rakan mengatakan yang presentation aku bagus. Jujur aku katakan, aku sangat gugup waktu presentation tadi. Terima kasih kawan2 atas dorongan dan sokongan yang diberikan; juga ucapan2 'good luck' yang kalian berikan. Tapi, aku lebih menyalahkan diri sendiri sebab tak bersedia sepenuhnya dan melakukan latihan dgn secukupnya.

Yes! maybe my presentation is good, but still...not my best.



Malam ni boleh lah main futsal! Yay!



NUke

salam.

lately, aku agak busy dengan penghasilan abstrak yang due date nya hari ni. Alhamdulillah, aku dah submit. And this Selasa aku ada dinner kolej and still tak tahu nak pakai baju apa. Khamis & Jumaat ada sesi pembentangan hasil kajian tesis, and my slides baru siap 55%.

Dengan assignments photography yang masih dalam proses perlaksanaan. Oh Tuhan! aku sangat tak keruan...

Dan vila hal ini melanda diri, aku teringat akan seperkara yang dah lama aku lupakan. Ya! Satu tempoh masa rehat untuk melancarkan pengaliran emosi secara terkawal. Aku ingin sekali ke pulau2 dan menikmati panorama laut. Aku teringin nak ke sungai2 untuk mandi airnya yang sejuk. Aku ingin sekali ke pusat2 peranginan dan tidur di atas tilam hotel yang empuk!

kali terakhir aku betul2 bercuti adalah ...... (tak ingat)! Teruknya diri ni.


time kat PD dulu2...

Buat masa ni, blog aku menhadi teman setia dan tempat aku meluahkan segala permasalahan, suka, dan duka. Menjadi seorang insan ni agak sukar rupanya. (Ceh! kau nak jadi kucing ke Nuke?)

Aku mahu rehat.

aku betul2 memerlukannya. Mungkin sudah tiba masa untuk menonton rancangan TV yang diminati ramai - Majalah 3! HAhaha.. aku hampir tidak berfungsi nih!



NUke

Salam.

Cuma mahu bercerita tentang kelakuan segelintir manusia yang suka melihat kejatuhan orang lain. Selain aku, korang pun mesti pernah merasa atau mengalami situasi ini kan? Kenapa ah? Kenapa mesti ada orang yang suka menjatuhkan orang lain? Atau; Kenapa kita pun suka jatuhkan orang lain ah?

Mac 2009 bermula garang bagi ku. Permainan emosi berlarutan dan berlanjutan susulan dari kes Motor yang tak boleh start pada penghujung Februari, perubahan analisis untuk thesis, dan juga undangan perasaan putus asa terhadap segala usaha.

Aku semakin lemah barangkali...

Oh, Atau mereka yang semakin kuat?

Kelambakan assignment yang perlu disiapkan, dan aku pun sedikit tak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan semua itu. Oh ya, perkara runsingan dalam kepala ini berlaku sejak 2 minggu ini. Kenapa ya?

keruntuhan kawalan emosi makin menguasai diri. Aku kelihatan murung dalam cermin. Senyuman menampakkan diri seperti BADUT! Wah!

Korang mesti tak faham apa yang aku tulis kat blog ni kan? ha, tu la, sapa suruh baca. Huhu.

Btw, malam tadi main futsal. Sangat seronok setelah lama tak main dengan kawan2 kolej. Satu penyegaran untuk tubuh badan ini. Dah lama rasanya tak berpeluh2 sakan.

Bila lah mahu tamat pengajian ni? Aku sudah mahu muntah lah!
















NUke

Salam,

semalam merupakan hari yang terindah bagi aku (hahahahahahhahahahahahah!) sebab macam2 perkara berlaku, dan kekusutan makin menjadi2.

mood sakit hati


boleh la pulak PC aku kena attack ngan virus (kot!).. habis jahanam! kena format driver C:/ yang mana kat situ la terdapatnya aku punya:
  1. Thesis
  2. Gambar2
  3. Software2 berguna
  4. Semua Installer
  5. kerja2 tak berfaedah
  6. game Hangaroo

aku sangat tekanan ketika itu... kejadian yang berlaku pada jam kira2 4.30 petang itu menyebabkan segala aktiviti normal aku menjadi kelam kabut di samping terpakasa membatalkan hajat untuk bersuka ria bersama kawan2 di kolej tercinta ini (ceh!)

jam 5.55 petang, aku tekad... ye, aku tekad untuk balik ke rumah untuk mengambil CD driver PC aku n beberapa CD driver yang lain, include wireless n phone tools, huhu.. aku pecut dekat 150km/j di lebuhraya PLUS tu menghala ke rumah... perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 1 jam menjadi 45 minit!

Sampai kat rumah, aku trus meluru ke bilik aku, mencari CD2 itu. dan CD driver wireless tu takde la pulak!!!!! aargh! TAHI betul! uurgh! xpe, memandangkan waktu tu pun da senja n aku pun tba2 lapar, maka aku pun tunggu la mak ayah aku balik rumah n makan.

Angah aku balik rumah jap. amik barang2 dia sbb dia da nak pindah rumah dia... then, aku wish dia birthday! dan aku dapat duit! hahaha

tpat jam 9.05 mlm aku balik ke UKM semula. tapi xde la laju sgt... aku speed around 100 - 120 km/j je (ko nak mampos ke..?) ...

lastly, aku sampai UKM kul 10.15 mlm n start godek2 smula PC and install apape yg patut.

Need help... sapa2 ada installer software2 berikut.. aku nak boleh?? :(
  1. Adobe Photoshop 7.0 or yg lg update
  2. Real Player 11
  3. Chicken Invaders 3 (ceh!)
  4. Lemonade Tycoon2 (ni pun ko nak jugak?)
  5. K-Lite Codec Pack
  6. TuneUp Utilities

Terima kasih

Daripada aku:
NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.