Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Maka, dengan itu bermula lah kisah merapu penulis blog ini untuk kesekian kalinya. Alkisahnya pada suatu petang yang damai, burung tidak lagi berkicau. Karena burung itu tidak mempunyai suara. lol.






Macam ni je lah. Aku nak tahu juga, kenapa kalau kita makan (especuially di rumah lah) kan.. kalau nasi putih, kita boleh je nak makan guna tangan. Walaupun lepas-lepas tu kita tahu yang nasi putih tu akan dicampur dan digaulkan bersama kuah-kuah, gulai, sup bagai... semuanya tu.

Tapi, 

Bila kita nak makan nasi goreng ke... (walaupun di rumah), kita akan gunakan sudu dan garfu? Padahal, nasi goreng tu lagi lah best, siap dah digorengkan sekali dengan lauk-lauk bagai semua...


Agenda Yahudi ke apa semua ni? Korang pun akan buat benda yang sama ke tidak?


Atau aku seorang saja?




NUke

Jadi, kesimpulannya, itu hari aku masak Paprik Ayam, sementelah teringat yang aku pernah 'berjanji' dengan ibu untuk masakkan untuk beliau. Untuk makluman awal, sang ibu mengaku yang dia tak reti nak masak paprik. 

"Apa dia? Pap? Pape? Paper syirik?" - Ayat yang di-exaggerate oleh aku ketika mengajukan tentang persoalan paprik kepada beliau tempoh hari.

Jadi, bersempena dengan kepulangan si ibu daripada menunaikan ibadah haji tempoh hari, maka aku mengambil peluang keemasan ini untuk mengotakan janjiku pada beliau. So, hari Sabtu nan indah yang lalu, aku mencuba nasib diri untuk meng-impress-kan si ibu dengan masakan bujangku inieww. hewhewhew.





Cara masak Paprik Ayam Hensem:-

Bebahan yang kena ada:-

Ayam yang dipotong dedadu. (Kuantitinya bergantung kepada berapa orang yang nak melantak nanti)
Cili giling / mesin
3 Bawang putih
3 Bawang kecil
1 Bawang besar (dihiris)
Baby corn (pipotong panjang)
Separuh batang lobak merah (dipotong panjang)
Sos cili
4 cili padi (ikut tahap pedas korang lah!)
Daun limau purut.
2-3 Limau nipis (ikut level kemasaman yang korang nak lah!)

Garam
Gula

Cecara:
Tumis bawang putih dan kecil sehingga naik sehh bau. Lepas tu, masukkan cili giling/mesin. Biar menggelegak sikit. Masukkan ayam yang didadukan itu. Then, adjust water level dalam kuali. Chewah.

Lepas tu, masukkan lobak merah dan baby corn.

Lepas-lepas tu, adjust garam dan gula secukup selera korang. Then, kalau nak pedas-pedas hangat sikit, bubuh cili padi. Then, adjust guna sos cili. Recommended: Sos Cili Thai.

Ha! Lepas tu, perah limau nipis tu.

Tunggu la sekejap sampai kuah tu macam kering-kering sikit, lepas tu masukkan daun limau.

Rasa-rasa and adjust gula and garam (jika perlu).



Ta-da! Siap!

Paprik Ayam Hensem!




Selamat menchoba!

NUke

I am very sure that each and every one of you here pernah makan nasi goreng, bukan? Well, too bad if you tak pernah makan nasi goreng. Sebab, nasi goreng tu... hmm. you know.. nasi? and goreng? nasi goreng?

Okay, seriously kau tak pernah makan nasi goreng?

But, have you ever tried Nasi Goreng Budak? Or sometimes, dia panggil 'Nasi Goreng Budak Baik'. Pernah? haha. first time dengar? Meh sini Tok Andak nak story-telling seround.

~~~

Tersebutlah kisah di pinggir kotaraya, seorang lelaki berbual bersama yang terchinta. Sama seperti pasangan merpati dua sejoli yang diibaratkan pinang dibelah dua yang lain, lelaki itu bertanya kepada kekasih hatinya:

"Adinda, adinda.. Adinda sudah bersantap?"
"Sudah kekanda. Siang tadi, adidas adinda sudah bersantap dengan lahapnya..."
"Benarkah, adinda?"
"Benar kekanda..."

"Apakah menu santapan siang adinda sebentar tadi?"
"Alah... menu biasa-biasa saja, kekanda.. hanyalah Nasi Goreng Budak?"

"Nasi goreng budak?"

Adakah nasi goreng itu dicampur daging budak? Atau nasi itu digoreng oleh seorang budak? Atau nasi budak yang digoreng? Atau tersalah dengar 'nasi goreng badak'? Maka, si lelaki itu terus bertanya apakah yang dimaksudkan oleh nasi goreng budak itu. Alangkah terkejutnya apabila si kekasih hatinya itu menakrifkan pengertian kepada persoalan yang diajukan kepadanya...

"Nasi Goreng Budak tu hanyalah nasi goreng biasa yang ada sayur campur...alah! yang ada jagung, carrot dan kacang peas warna hijau tu... Lepas tu, takde apa-apa lauk lain..."

"Whatt??", balas si lelaki itu, spontan.
"Kenapa panggil nasi Goreng Budak?"

"Ye lah! Sebab nasi goreng tu... macam budak-budak kecik je yang selalu makan. Haha!"







Sayang, you are damn cute!



NUke

Amaran: Entry ini TIDAK ditaja oleh mana-mana syarikat Pizza. Aku tak dibayar pun, okay?


Tatkala hati perut merintih kelaparan, aku terkenangkan pizza. Ya! Itu adalah satu sebab kenapa duit semakin cepat habis. sikit sikit nak beli kat luar, sikit-sikit nak makan kat luar. Tapi, bila perasaan malas utk memasak itu datang...apa boleh buat.

Lalu aku mengambil keputusan untuk meng-oder pizza.

Domino's Pizza. Call 1-300-888-333.

Ringing entah berapa kali. Then drop call. Cilanat!

Aku saja usha website diorg utk confirmkan hotline no. tu. Memey betul! Tapi aku lebih tertarik dgn aplikasi tempahan secara online. lalu, aku merajinkan diri mendaftar sebagai pengguna, dan terus order pizza dengan pelahapnya.

Dan yang paling best, kita boleh track kita punya order tu!!! 





Aku suka!

Aku rasa lepas-lepas ni aku order je domino's pizza kot.



p/s: Dah 30 minit order... masih tak sampai-sampai lagi!

NUke




Tempoh hari, aku balik ke kampung Opah di Perak. And it came to our surprise that Durian di dusun Opah dah mula gugur. But then, ada juga dahan yang serkah, dan patah lalu memusnahkan harapan kami untuk menyebat habis 80 biji durian.

Sayang oo.. kira-kira 80 biji durian tak dapat dilahap oleh kitorang sebab masih muda. T_T


Nevertheless, some of them tu memang dah masak pun. So, dapat lah juga merasa sorang sikit.

Siapa kat sini peminat durian?



NUke

Minum petang tidak seharusnya terbatas kepada kuih karipap dan pisang goreng! Bagaimana jikalau anda mencuba resepi ini. Oh, kepada para lelaki... kalau dah bosan makan megi cara biasa, boleh juga cuba resepi ini!




(Klik gambar untuk besarkan)

Bebahan:-

  • 2 peket Maggi Kari
  • 2 biji telur ayam
  • Lada sulah
  • 1-2 keping keju (sebarang jenama)
  • Beberapa ekor udang (dipotong kecil/dadu)
  • Minyak

Cecara masak:-

1. Rebuskan mi Maggi sehingga kembang.
2. Setelas kembang, dan ditoskan, gaul sebati mi itu dengan serbuk perencah.
3. Taburkan lada sulah di serata mi, dan gaulkan sekali lagi.
4. Bulat-bulatkan mi seperti yang ditunjukkan dlm gambar di bawah, menggunakan tangan yang bersih.



5. Masukkan cebisan kecil keju dan juga udang yang dipotong kecil. (Boleh juga menggunakan daging lembu/ayam sebagai alternatif lain). Kemudian dibentuk seperti bebola semula.
6. Pecah dan pukul telur.
7. Panaskan minyak.
8. Celupkan bebola Maggi itu tadi ke dalam pukulan telur sebelum memasaknya di dalam minyak yang sudah panas.
9. Angkat bebola Maggi itu setelah warnanya bertukar kekuningan.
10. Sedia dihidang!

bergedil Maggi yang siap dimasak!



Resepi ini diilhamkan oleh my sister, Alang atau namanya Hidayah!


Selamat Mencuba!

NUke



Jumaat lepas, aku diberi peluang untuk sama-sama join makan malam di Borneo. Gila jauh! Semata-mata nak makan, sampai ke Borneo tu. Tiket flight dan jemputan semua included. ye lah. Sebab tak perlu naik flight pun. Makannya hanya di Borneo Rainforest Bistro, dekat dengan Sunway Resort. Haha.

Apapun, restoran yang lahir dari idea Datin Tiara Jacquelina ni sebenarnya sangat menarik gak untuk dikunjungi. Of kos lebih sesuai kalau korang ada plan nak buat majlis-majlis atau pun apape function lah.

Makanan? Mostly makanan yang asalnya daripada kepulauan Borneo. Mi Kolok, Laksa Sarawak dan Nasi Lalap tu among makanan yang ada kat bistro ni. Gado-Gado Borneo Style pun ada. Sedap! Once in a while, kalau nak bawak family datang sini pun okay juga.

Back to the dinner; malam itu, ada few performances yang best juga. Ada Fireblowers, dan borneo dance; just to name a few. Tengok lah gambar-gambar. Malas nak cerita banyak2 sangat, nanti korang boring!


Fireblowers performance by Wizard Ent.

Fireblowers by Wizard Ent.

KL Art Group performers

Performance by KL Art Group


NUke


Kehabisan idea untuk masak bagi menikmati makan malam? Saya ada caranya!




Klik la image kalau nak besarkan. Apa susah!

Bahan-bahan

(seperti yang diceritakan di dalam gambarajah di atas).

Cecara masak (mengikut firasat aku):


  1. Defrost daging burger itu sebelum memasaknya di atas api yang kecil. Tak perlu terlalu masak. Cukup sekadar half-cooked. Setelah itu dibiarkan sejuk pada suhu dapur untuk seketika.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan bersama 1/2 sudu mayonnaise dan garam (secukup rasa, 3/4 sudu kecil pun okay). Pukul telur kira-kira 5 minit atau sehingga campuran sudah berbuih halus.
  3. Daging burger yang sudah sejuk pada suhu dapur itu kemudiannya dipotong dadu. 
  4. Masakkan campuran telur dan daging burger yang telah dipotong tadi dengan api yang kecil. Since nama resepi ni pun 'scramble' maka korang scramble kan telur dan daging burger itu bersama-sama sehingga betul-betul masak.
  5. Siap dan sedia dihidang.
  6. Best served with sos lada hitam.

Enjoy!


Konsep dan idea asal oleh NUke Rude & Apai.


NUke


Kesempatan ke Brunei atas dasar kerja haritu tidaklah aku sia-siakan. Bak kata orang, alang-alang dah melawat tempat orang; apa kata kita cuba makanannya sekali. Jadi... antara makanan yang sinonim dengan Brunei Darussalam adalah 'Ambuyat'.

Dengar pun macam pelik kan?

Alkisah bermula pada zaman dahulu kala... sago itu diproses entah macam mana... sehinggalah menjadi likat seperti cairan mukus. Nama diberi adalah ambuyat. Kalau nak makan ambuyat ini, ada penyepit khas (ala-ala chopsticks) dan dikepit dan digulung-gulung sampai la putus.

Muka bangga lepas berjaya makan ambuyat! Fear Factor tu!

Hm, nak tunjuk pun tak reti sebab lupa nak amik video haritu. Pandai-pandai la korang imajin.

Then, ambuyat yang berjaya dikepit-kepit dan digumpal-gumpal itu hendaklah dicicah dalam kuah 'Binjai'. Depend pada sesetengah restoran la... ada yag combine binjai, budu (tak sure), dan tempoyak.

Masuk je mulut.... korang tak boleh kunyah benda tu. Kena telan terus. Sorry to say, telan ibarat menelan kahak. Huhuhu. Well, orang Brunei sendiri cakap macam tu kat aku.

Dan di situlah siksaan aku bermula. Dah lah kerongkong aku ni tak berapa nak besar. So, jenuh jugaklah aku nak menelan benda tu. And ambuyat ni baunya takdelah wangi sangat. So ada satu point tu rasa macam nak muntah balik. Betul-betul Fear Factor.

But; it was 'nyaman' yakni sedap!

Siapa dapat makan ambuyat ni tanpa mengeluarkannya semula .... diibaratkan sebagai seorang yang kuat dan tabah la kiranya! Hahaha!

I've tasted it. At least once in my life.

And now it's your turn.

Don't forget to try Ambuyat if you happened to visit Brunei.


NUke

As most of you have been informed, early last week I was away from KL to the northern part of Malaysia for a media trip. Thanks to the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), the media got a chance to visit, see, and experience their initiatives in the Northern Corridor Economic Region (NCER).

Malas nak cerita panjang, overall trip itu memang penuh dengan aktiviti dan of course (penat juga lah) since kena bergerak ke satu tempat ke satu tempat yang lain dengan cepat. Tapi, yang pasti, ianya adalah sesuatu yang akan dikenang.

Aku malas nak letak pictures yang formal-formal sangat ni. Jadi, aku letakkan la random pics yang bersahaja okay.

Enjoy the pics.







Oh! Keadaan agak panas dan berjerebu sepanjang aku berada di Utara. Cuma hari kedua saja ada sedikit mendung dan hujan.


NUke



Dah namanya kerja dengan event company, maka clients itu terdiri daripada bermacam2 industri. Bukanlah sesuatu yang tidak bagus, tapi hanya mensyukuri nikmat yang diberi.

Bulan puasa ni, memang banyaklah undangan berbuka puasa a.k.a Iftar daripada para clients.

Hari ini; berbuka di hotel itu.

Hari esok; hotel di sini pulak.

Lusa. Sana.

Tulat. Situ.

Bak kata Siti dulu-dulu... Siti Situ Sana Sini.

Then, boss belanja buka puasa lagi...


Alhamdulillah. Syukur.

Yet, berbuka puasa bersama keluarga juga tetap di hati.


NUke

Ingat lagi akan perihal ayah yang ditahan wad? Okay. Dalam pada sibuk ibu ke sana ke mari, menguruskan dan menjenguk ayah di Wad, sesekali di rumah dia sempat menggentel tepung dan membuat kuih siput. Asalnya, dia buat untuk suka-suka saja. Alih-alih, dah ada kat Kedai Jimat kat belakang rumah... Sepeket, Dua Ringgit! Hebat!

Dan disebabkan itu juga lah, ibu telah melakukan kerahan tenaga kepada anak-anaknya yang ada di ruah semasa proses penggentelan berlaku. Nak dijadikan cerita, time tu, ofis aku memang tutup seminggu sempena akhir tahun. Dan peluang itu (yang mana sepatutnya aku dapat berehat-rehat) dimanfaatkan ibu untuk merealisasikan impian bisnes kuih siputnya tu.

Maka, terpaksalah kami membantu ibu menggentel adunan teung a.k.a doh itu pada papan bergaris membentuk gumpalan siput yang kecil.



Oh, for those who did not know what is Kuih Siput, don't worry... ianya Halal dan tidak mengandungi Siput yang sebenar.

Dan oh! Disebabkan itu, aku da expert dah gentel-gentel tepung ni! heh!


NUke

A friend of mine, this afternoon gave a comment about a restaurant.

An Indonesian-food restaurant by the name of Sari Ratu Authentic Nasi Padang.
Something like that.

She said, "...padahal makanan pun lebih kurang makanan biasa saja...".
She took a breath and continued, "... tapi harganya, mahal gila!"

I added to her statement. It sounds something like this:
"Sebab ada word Authentic tu lah yang jadi mahal..."

She complimented my statement by adding:
"Ye la! Additional RM10..."

And we laughed.



Morale:
Kadang-kadang, rasa masakan kedai yang mahal dan gerai-gerai tepi jalan tu lebih kurang sama saja. Tapi disebabkan oleh pengaruh tempat, jenama, dan menu yang sedikit diolah... menjadikannya MAHAL. Senang saja kan orang sekarang ni nak buat duit....


NUke

Matanya ligat menuruti anak panah di skrin, anak panah kecil, atau nama Inggeris-nya adalah 'cursor' itu ligat mencari butang 'Send' pada ruangan emel. Siap. Satu correspondence dihantar kepada potential client yang berminat untuk menyertai ekspo yang diuruskannya.

Perutnya berbunyi. Mengenangkan akan hal itu, dia segera mengaktifkan tetingkap 'Skype' dan sedia berhubung dengan rakan sepejabatnya yang duduk di partition yang lain. Lazimnya, tepat jam 12 tengahari dia akan bertanya, tetpi tidak pada hari itu. Lewat 12 minit.

Hey, what's for lunch?
Lintas jalan?

Dia lebih prefer untuk ke kedai-kedai yang terletak di seberang jalan berbanding dengan deretan kedai makan yang ada di tingkat bawah bangunan. Bosan barangkali asyik menikmati lunch di tempat yang sama. Dengan menu yang sama.

Ok je, assuming that it's not raining lah... haha.
It's okay. I have an umbrella.
Ella
Ella
Eh
Eh
Eh
Hey, kena eja according to pronunciation - Umberella.


Historic. Hillarious. That simple word - Umbrella has somehow lead us to sing Rihanna's signature single. Habis di situ, masing-masing menghabiskan sisa-sisa masa yang ada sebelum waktu makan dengan menyudahkan kerja yang penting.

1.08 petang. 5 orang pekerja itu semuanya bergerak menuju ke kedai makan di blok bangunan kedai yang terletak di seberang jalan. Makanan dan minuman dipesan. Dan sesudah 20 minit, barulah hidangan tiba, sedia dinikmati oleh perut-perut yang lahap mahukan nasi... melainkan seorang rakan yang memesan kuey teow kantonis.

1.58 petang.
Rintik. Semakin lebat. Lebat. Teks ringkas dihantar kepada salah seorang staff, menyatakan akan situasi mereka yang terperangkap dalam hujan dan tidak dapat masuk ke pejabat dengan segera. Sesi bernyanyi-nyanyi di meja makan berlangsung, dari satu lagu ke satu lagu. Sehinggalah lagu hits Rihanna itu.

Hah!!! Where's your Umberella??
It's all because of you. Kalau you tak mention pasal hujan tadi...
No no! You lah! No worry konon. I have umberella lah!
Ha ha.


Berlalu sudah suatu tengahari nan hujan.


NUke





Kenapa weh?

Kenapa????



NUke

Bagi mereka yang mengenali aku sedari sekolah rendah, pasti mereka akan tahu akan tabiat buruk aku yang tak suka makan sayur. Selalunya, kalau ada jamuan2 kelas atau dapat makanan bungkus lepas aktiviti sekolah, aku akan makan saja apa yang diberi...kecuali sayur. Sayur tu, sama ada aku akan buang dalam longkang, atau aku asing ke tepi. Yelah, buang dalam longkang sebab duduk makan dgn kawan2 tepi longkang. Huhu.

Maaf lah sayur. Bukannya aku niat nak buang kau ke apa... Bukan juga niat aku untuk membazir. 
Lebih kurang camtu lah dialog aku kepada sesayur itu.

Tapi, aku macam ada satu perasaan geli kot dulu-dulu. Semuanya sebab aku pernah ternampak sorang budak muntah kat tandas sekolah. Keluar sayur-sayur. Eyek. Geli dowh! Muntah-muntah warna kuning, then ade helaian2 daun (yang aku assume time tu adalah sayur).

Gila tak trauma! Dah ter-set dalam fikiran:

Makan sayur = Muntah!

Then, bila dah masuk Darjah 6, aku mula lah makan sayur sikit-sikit. Tak boleh banyak sangat sebab setiap kali makan sayur, terbayangkan muntah daun! Tu yang buat tekak tertutup rapat dan susah untuk menelan sayur!

Sayur; menurut sumber ini.

Bila dah masuk usia remaja dan akil baligh, aku makan juga lah sayur. Tu pun takde lah banyak. Sebab lepas tu baru tersedar yang sayur ni, kalau kena pada masakannya, jadi sangat sedap! Kiranya macam jakun jugak lah.

Masuk universiti, aku jadi alah dengan sayur balik! Sebab selalu je aku tengok kat dalam tray sayur yg ada kat kafe kolej tu, ada telur2 lalat. Dan masakannya tidak begitu meyakinkan. Sayur pun macam dah terlalu layu. Lagipun, kalau ambil lauk sayur, kena tambah 30sen. Zaman2 study dulu, mana la ada duit sangat nak mkn sayur! Hehe.

Sekarang?

Aku makan petai beb! Kagum gila! Pecal pun aku bedal!


Kau gelak pulak?! Kau makan petai?

NUke



Klik la image kalo nak besarkan! Apa susah!

Cecara masak (mengikut firasat aku):

Portion A

  1. Kupas bawang merah & bawang putih. Basuh2 sikit, lepastu tumbuk guna lesung batu. Tumbuk sampai penyek.
  2. Potong lobak merah tu secara menegak. Dah siap, basuh2 sikit dgn air yg bersih. Letak tepi.
  3. Ambil udang, buangkan kulit dia. Potong kecik2 supaya nampak banyak. Kepala udang takmo aa! Ada taik. Letak tepi lepas dah basuh2 dengan air bersih.
Portion B
  1. Rebuskan mi maggi tu kejap. Bagi dia kembang sikit2. Lepas tu toskan.
  2. Buka peket perencah maggi tu, campurkan dengan air masak. Kacau bagi sebati. Air masak tu tak yah banyak sangat, nanti tak terasa rencahnya.
Portion C
  1. Tumiskan bawang2 yang dah ditumbuk lumat. Jgn lupa letak minyak dalam kuali. Tumis sampai naik sehh bau...
  2. Masukkan lobak merah dulu. Kasi dia lembut skit.
  3. Lepas tu masukkan pulak udang2. Bagi dia berkawan dengan bawang & lobak merah dalam kuali panas!
  4. Then, masukkan perencah maggi yang dah dicampurkan air tu. Kasi gaul2 sikit dengan udang dgn lobak merah tu, supaya rasa tu meresap masuk dlm udang & lobak merah! Kalau agak2 rencah tu hampir2 kering, tambah la sikit air. Guna api kecik je. Tak yah nak besau2.
  5. Masukkan mi maggi yang dah direbus tadi. Gaul sebati.
  6. Telur tu.. simpan dalam poket seluar. Tambah la lagi dua koleksi telur!! Hahaha.
  7. Ok, last skali, masukkan telur. Gaul la sampai sebati dan telur tu masak.
Sedia dinikmati.

Hebat kan? Well. Angah yang ajar!

NUke

The fact is, once in a while, aku akan cuba keluar dengan kawan-kawan lama, dan lepak2 dengan mereka. Tujuannya, untuk meng-update-kan diri masing2 dgn kisah hidup. Sama ada masih bekerja, sambung belajar, ataupun sudah berkahwin.

So, sesi melepak selalunya dimulakan dengan satu panggilan telefon ataupun kiriman SMS.

Aku: Weh, free x sabtu ni?

Kawan1: Nape?
Kawan2: Free. Nk ajk lepak ke?

Aku: Yup. Lepak jom. Makan2.

Kawan1: Oh. Aku da ade plan lain.
Kawan2: Set je! Katne? Kul bpe?

Aku > Kawan1: Ok, xpe. lain kali leh lepak.
Aku > Kawan2: Hm, ko decide la. Hjg mgu ni aku dtg sana kot.

Kawan2: Ok. Nak ajak Kawan3 skali ke?

Aku: Ok je. Kalo dia free ah!

Kawan3: Ko nak ajk lepak ke sabtu ni? Aku ok je. Katne?
Kawan2: Dia kata ok. Nk lpak mn?

Aku: kedai mkn biasa pun xpe kot. Saja je nk lepak2, mkn2 ngan korg. Around lunch time la... Amacam?

Kawan2: Okay! Sabtu ni jmpa!
Kawan3: okeh! apa2, gtau lah aku. Jmpa sabtu ni.

--

Bila dah jumpa, masing2 masih lagi takde idea nak makan kat mana. Plan asal, nak makan kat kedai2 biasa je. Nak jimat katanya...

Tapi, biasalah, bila masing-masing pun keliru nak makan apa, penyudahnya ke restoran Fast Food juga.






Selalu je camtu! Terus saja membazir.

Kadang2, malas nak layan diri sendiri.


NUke

Heh, sejak-sejak anak buah aku yang sorang ni dah pandai cakap, macam-macam benda dia mintak! Ni, sekejap tadi sedang aku melayan nafsu bermain game on-line, dia datang kat aku dengan satu permintaan.

"Cikmey, nak makan rochi lah!"

"Makan roti?"
"Nak makan roti apa?"

"Rochi Bushkat..."

"Apa?!"

"Roti Bushkat.."

"Ha?"

"Roti Bushkat.."

Aku berjalan menuju ke dapur, aku buka ikatan roti Gardenia (Sungguh enak di makan begitu saja) yang baru dibeli tadi, dan ku sapukan Nutella Coklat di atasnya. Dan ku beri kepadanya...

"Ini... Roti... Coklat..."

"Ini... Rochi... Bushkat..."




Hadeii.. pelat pulak!!

p/s: Image courtesy of Google.

NUke

"Celaka lah kau!"
"Apahal pulak?"
"Sebab kau lah kita sekarang sangkut kat sini..."
"Aku pulak? Kau yang ajak kita keluar tadi kan?"
"Ye lah. Kau sepatutnya halang aku..."

Aku cuma mampu menggelengkan kepala saja. Sekarang ni dia menyalahkan aku pula. Gara-gara mahu cepat tiba ke kedai makan Pak Ngah, tayar kereta dia pecah akibat tertusuk paku berkarat sepanjang 3 inci di bulatan Seksyen 15. Jam sudah pun menunjukkan 1.30 pagi.

Dan dalam kesejukan dan kepekatan malam itu jugalah aku bangun dari tempat tidur, untuk mencari makanan di dapur.

Gila lapar... sampai termimpi2 nak pergi makan kat luar.




NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.