Klik la image kalo nak besarkan! Apa susah!
Cecara masak (mengikut firasat aku):
Portion A
- Kupas bawang merah & bawang putih. Basuh2 sikit, lepastu tumbuk guna lesung batu. Tumbuk sampai penyek.
- Potong lobak merah tu secara menegak. Dah siap, basuh2 sikit dgn air yg bersih. Letak tepi.
- Ambil udang, buangkan kulit dia. Potong kecik2 supaya nampak banyak. Kepala udang takmo aa! Ada taik. Letak tepi lepas dah basuh2 dengan air bersih.
Portion B
- Rebuskan mi maggi tu kejap. Bagi dia kembang sikit2. Lepas tu toskan.
- Buka peket perencah maggi tu, campurkan dengan air masak. Kacau bagi sebati. Air masak tu tak yah banyak sangat, nanti tak terasa rencahnya.
Portion C
- Tumiskan bawang2 yang dah ditumbuk lumat. Jgn lupa letak minyak dalam kuali. Tumis sampai naik
sehhbau... - Masukkan lobak merah dulu. Kasi dia lembut skit.
- Lepas tu masukkan pulak udang2. Bagi dia berkawan dengan bawang & lobak merah dalam kuali panas!
- Then, masukkan perencah maggi yang dah dicampurkan air tu. Kasi gaul2 sikit dengan udang dgn lobak merah tu, supaya rasa tu meresap masuk dlm udang & lobak merah! Kalau agak2 rencah tu hampir2 kering, tambah la sikit air. Guna api kecik je. Tak yah nak besau2.
- Masukkan mi maggi yang dah direbus tadi. Gaul sebati.
Telur tu.. simpan dalam poket seluar. Tambah la lagi dua koleksi telur!! Hahaha.- Ok, last skali, masukkan telur. Gaul la sampai sebati dan telur tu masak.
Sedia dinikmati.
Hebat kan? Well. Angah yang ajar!
NUke
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
mantap la ko!
PADAHAL MEGI GORENG JE KOTTT!
dia kena letak kat periuk dengan air mendidih, with api kat bawah
p/s chef cooking mama saja. hiks
jgn lpa mencuba!
hidney:
kalo guna prego tu.. tau la. hahaha.
zixol:
haa.. sbb tu la maggi goreng aku ni lain drpd yg lain! cewah!
joey:
stuju bro.. kalo x nanti rasa kapur.. huhuhu
kenapa maggi kau nampak suci dan maggi aku hitam?
aku nak penjelasan sekarang.
err.. ko ltak kicap kot!.. huhu.
ayie:
ape lagi.. resepi da ade.. g la cuba!