Hujan yang sedikit lebat tu membuatkan semua penunggang motorsikal sedikit berhati-hati. Aku gerenti; kalau aku berjaya mendahului orang-berusia-separuh-abad yang menunggang perlahan di depan aku ni; aku akan sampai rumah dengan cepat! Dah lah rasa nak terkencing, terberak... lapar. Semua rasa ada. Geram tu dah tentulah. Apa nak buat? Sabar je lah sambil menunggang dengan perlahan. Nak mencelah, selit sana selit sini akan menjadikan pergerakan aku lambat. Sebab jalan memang jammed. Kereta pun grak slow-mo je.
Then, aku terperasan akan ade ruang untuk aku memintas moto EX5 yang ditunggang oleh orang-berusia-separuh-abad tu. Dia pulak, memang jenis tak reti2 nak nengok side mirror. Tak tau ke dah berapa panjang motor membontoti dia...? Bawak lak kat in between lorong laju. Lagi la sakit hati!
Lama gak la menunggu, akhirnya...Yeah! That's it, aku berjaya memintas beliau. sempat la jugak aku press throtle tu kuat2 skit, bagi gempak skit bunyik! Aku gembira dan memecut laju. Aku rasa orang-berusia-separuh-abad tu sikit tak banyak pun terkejut kot! Sebab disebalik pantulan imej kat side mirror aku tu, aku nampak orang-berusia-separuh-abad tu makin lama makin slow, sebelum tiba2 ternampak motor dia jatuh dan bergesel dengan satu lori yang angkut tong gas!
Aku cuak.
Tak lama lepas tu, aku dengar satu dentuman kuat! Dan terlihat di dalam cermin sisi tu, ada beberapa penunggang motor lain yang tak sempat nak mengelak orang-berusia-separuh-abad yang dah terbaring kat jalan tu. Motor2 semua banyak tergelek orang tu. Dan diorang semua jatuh. Lori gas tu pulak terbabas ke sebelah kiri; menghentam sebuah treler.
Aku pandang depan. Semua yang ternampak cuma lampu brek kenderaan2 lain. Semua benti dan menoleh ke belakang. Lori tong gas tu terbakar dan meletup! Yang terlihat, ada beberapa driver keluar dari kereta masing2, menjauhkan diri. Adu jugak penunggang motor yang disambar api. Semua panik. Aku berpeluh. Cuak.
Piiiin!!!
Siot; brader motor belakang aku ni pulak yang hon aku. Sedar-sedar je, orang-berusia-separuh-abad yang tadinya ada kat depan aku dah menukar lorong. Aku pulak yang slow... Terus aku memecut laju~
Imaginasi... liar sungguh!.
NUke
dalam topik : life
13 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
aku terkejut jugak.. sampai meletup bagai.. tapi tkde pon dalam berita... haram!.. hahahaha
siot ko!
imaginasi ko macam betol dokk!
Imaginasi terlebh liar tu..
Mintak dijauhakn...
ada 'Jalan' di hapadan 'Kuching' ya. Sila perhati dan fahamkan tajuk sebelum membuat sbrg andaian. hahaha.
atok:
long time no see you bro. imajinasi kena la liar. hahaha.
nizam:
ala. rilex la bro. jgn la marah2.. bosan gila kot mengekor motor slow tu... khayal la kjap.
chill bro... hidup kna ceria.
faizalsulaiman:
hahaha. biasa la. bosan kat atas jalan raya..
farhana:
ya, minta dijauhkan daripada sebarang bentuk kenyataan.. huhuhuhu..
hahaha. tu la ko. sape suruh korek idung time drive. mmg la xde org nk tumpang. geli!
iyllie:
ahaha. jgn marah iyllie. tak rock ah camni!
ini takut.
kalau betul terjadi, semua salah kau.
sungguh cis.
aik. ape pulak. salah ke kalo aku berimaginasi? hahahaa..