Selama ini, aku hanya dapat melihat daripada pandangan seorang pejalan kaki. Bila kita mahu melintas jalan, kita akan menoleh kanan, kiri, dan kanan semula. Dan apabila jalan sudah 'clear', barulah kaki ini ligat melangkah menyeberang jalan.
Dan pernah juga dalam kesesakan lalu lintas di tengah kotaraya, aku cuba melintas jalan. Sesekali ku jengahkan kepala untuk memamstikan tiada motorsikal menyusur di celah-celahan kereta dan bas.
Dan dari situ, aku mula berubah pandangan. Aku kini menungang motor. Kadang2 aku berasa geram apabila ada pelintas jalan sesuka hati melintas jalan tanpa menggunakan lampu isyarat pedestrian yang disediakan. Aku juga rasa bengang bila ada pedestrian tak melintas jalan menggunakan jejantas dan zebra crossing. Sebabnya, aku ini membawa motor. Dan acapkali aku terpaksa menekan brek secara mengejut apabila muncul sekujur tubuh pejalan kaki yang tiba-tiba muncul dari hadapan sebuah van atau lori. Dah tentu aku tak nampak yang kau ada dekat situ!!!!
Now, who said that only Malaysian Drivers are being RUDE while they're on the road?
Pedestrians too!
Think Before You Cross the Road. Use Zebra Crossing.
p/s: Image courtesy of Google.
NUke
dalam topik : malaysia
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kat universiti boleh dimaafkan la. sebab dorg masih bergelar pelajar. so, kalau salah, boleh tunjukkan. cewah!
zixol:
tu namanya pemandu kurang ajar. Tapi, aku tak kurg ajar.
Why naik jejantas, sedangkan bleh jer cross terus. Not many car there. Tapi still, kena berhati-hati.
p/s bakal membeli kereta :)
adoi. :(