How do you describe with a term 'having-a-long-day'? Adakah apabila terlalu banyak perkara yang berlaku, ataupun bila tak banyak benda yang boleh dilakukan dalam sehari?

Aku pun tak pasti dengan takrifan aku terhadap terma tu. Pada aku, istilah itu sangat sesuai bila kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas utk tempoh masa yang sangat lama.

Dalam pada kesesakan yang disebabkan oleh hujan lebat dan jumlah motorsikal yang berhenti berteduh di bawah jambatan; sehingga memaksa jalan 3 lorong menjadi 2 lorong itu, aku terdengar satu slot rakaman siaran pagi utk satu stesen radio tempatan.

Ada 2 rakaman, dalam 2 selang masa yang berbeza.

Dalam salah satu rakaman tu, ada lah seorang pemanggil meluahkan rasa tak puas hati terhadap suaminya & juga kepada seorang perempuan yang mengganggu suaminya itu. Dia cakap lebih kurg cenggini lah; 'Dia nampak je laki saya tu pakai keta besar.. ada rumah besar! Tapi, tau ke dia yang saya yang bekerja keras utk semua tu?! Sesuka hati je perempuan tu nak goda2 laki saya'.

Walaupun dalam talian tu (maybe) pompuan tu menggunakan nama samaran seperti Timah, Joyah, Musliha, or apape saja nama; atau mungkin nama betul yang digunakan; pada aku,perkara2 sebegini tak perlu kot sampai diluahkan pada medium umum yang mana boleh didengari oleh berjuta-juta pendengar Malaysia. Tu tak masuk, kalau2 ada pendengar2 oversea yang dgr scara on-line.

Bagi aku lah, kalau kau ada masalah dengan suami/isteri atau perkara2 yang melibatkan orang ketiga; baiklah bincang bersama-sama dulu. Ni, dengan tindakan meluahkannya menerusi radio, kau telah membuatkan ramai pendengar beranggapan buruk. Mungkin juga ada yang beranggapan baik. Tapi, perkara pertama yang aku terfikir pasal luahan itu tadi ialah:-


  1. Kau nak kata, yang kau lah banyak menyumbang kepada kemewahan yang kau dan suami kau miliki sekarang ini. Dalam erti kata lain, kau telah merendahkan darjat dan martabat lelaki yang bergelar Suami.
  2. Kau nak kata, perempuan2 lain di luar sana sekarang ni lebih memandang kepada kemewahan dan harta serta bersikap materialistik. Realitinya, kau pun begitu. Otherwise, kau takkan mention dan ungkit kemewahan yang korang kecapi ini adalah hasil drpada usaha kau seorang.
  3. Secara tak langsung, kau telah mengumumkan yang kau tak Hot! Sebab tu bila ada perempuan lain yang tease or goda2 laki kau, dia layan je. Cuba kalau kau Hot, aku rasa takkan adenye laki kau tu nak layan perempuan lain.
Lagipun, tak elok juga kalau nak heboh2 masalah laki-bini kat media massa ni. Sebab kau tu bukannya artis or personaliti2 popular. Kebanyakkan orang tak nak amik tau sangat.

Lagi satu, katakan lah ade orang yang kenal kau dan terdengar akan masalah yang kau luahkan itu. Siapa sangka diorg boleh mula bergossip di tempat kerja or di kawasan kejiranan. Tak pasal2 cerita or masalah laki-bini korang tu satu kampung dah tahu. Imagine, kalau korang ada anak2; lepas tu diorg pergi sekolah, kawan2 diorang or cikgu2 diorang sebuk2 tanya apa masalah yg family korang ada skarang ni? Tak ke pressure anak ko nak gi sekolah nanti? Yang mana benda yang tak sepatutnya diketahui, kini dah menjadi bahan bualan di kalangan teman2 sekerja, atau pun jiran tetangga?


Fikir lah dulu sebelum meluahkan apapa kat radio. Kalau setakat nak kongsi cerita 'Tadi saya makan Megi!! Saya gembira, sebab saya berjaya masak megi sendiri..!', aku takde lah kesah sangat.


Alhamdulillah, setakat ni takde pulak pendengar nak luahkan kat radio pasal 'Saya tak puas bersenggama dengan isteri/suami saya malam tadi! Boleh pulak dia tolak permintaan saya untuk 2nd round!'

Duh!

NUke

8 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    last paragraph buat aku tfikir..tak mustahil kalau jadik

    mcm aku tau radio mana.hehehehe
    farhana said...
    Biasanya org yg tak matang je buat macam tu.
    zixol said...
    slalu aku xdela pk sgt bnde ni..aku dgr radio pon kalo ade pemanggil mcm tu, just dgr jela, XDE BUAT ANALYSE PON..tp stat mlm ni buat aku tepikir....


    ADE BETOL GAK APE KO CKP TU!
    iyllienaz said...
    ada je yg dah ada wife hot tapi cari perempuan lain..
    a.t.O.k. said...
    kau kate ade 2 rakaman. puas aku cari ulasan rakaman ke dua.

    hampa.
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    aku masih berharap takkan ade lah org luahkan psal citer atas katil kat radio! huhu.

    farhana:
    hm, mungkin dorg tertekan sgt kot! or tak sempat nak berfikir panjang! :)

    zixol:
    yea. bila dah terlalu bosan dalam kesesakan lalu lintas, benda2 mcm ni pun aku boleh ter-analyse! huhu.
    NUke_Rude said...
    iyllie:
    setuju! mmg ada jenis laki yang gatal. itu mungkin pndangan & perspektif drpd seorang wanita. But pada aku (lelaki), kesimpulan pertama yg aku buat; seperti yg aku nyatakan tu lah! huhu :)

    atok:
    alah!! aku sebenarnya lupa pasal rakaman kedua tu. hahaha! ampun!
    Muhamad Zaki Zafir said...
    aku dgr kat hot fm psl prmpuan tu smlm kot ke kelmarin.lupe dh. :)

    bg aku, dia cari tempat nk lepas geram.tp silap lah, dia lepas kt radio.cerita dalam kelambu dia satu malaysia tau.semua duk mengata dia dgn laki dia.ape daa. :O

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.