Ada ketika, kita kena refleksi semula tentang diri kita sendiri. Apakah ertinya bagi kita untuk berada di sesuatu tempat pada masa yang tertentu. Macam aku sekarang ni. Berada di tempat asing bersama-sama dengan circle of people yang asing. Well, takde lah asing sangat, tapi usually aku takdelah kerap melepak dengan these circle of friends macam time kursus ni.
Anyhow... recently, few things happened that affect my feelings, emotions and financial. Couple of good things happened, together with some not-so-happy things; it's a Life Package, kan!? Tak aci lah kalau semua benda dalam hidup ni semuanya happy2 je. Kena ada sedih2 juga.
Chapter 1 : Ayah
Ayah dimasukkan ke Hospital semula, disebabkan kanser dia kembali menyerang! Hiyaargh! Macamtu lah gamaknya jeritan sel-sel kanser dalam badan beliau. Dan keberadaan aku jauh di perantauan ini sikit sebanyak affect my emotions, sebab this time, I know I can't take him for granted. Sekerap mana aku cuba meyakinkan diri untuk tidak menjadi a 'family man' type, semakin dekat aku menghampiri dan menjadi seperti itu.
Chapter 2 : Cinta
Aku bersyukur sebab dalam banyak-banyak orang, dia pilih aku. Dan aku menerima dia. But sometimes, satu perjalanan tu takkan selalunya gembira dan bahagia. Banyak gelora semasa proses rundingan damai, sebelum keputusan secara pemahaman sendiri diambil. I am glad that we are still friends, good in saying hello and goodbye; and I am blessed to have a chance to experience part of my life together with you. I appreciate all your love, time and supports given towards me and my family, my career and my life; and I am looking forward to be part of your life again, as your truly best friend. It is best for now, for both of us, to live and enjoy our lives in our own ways and directions. Sorry and Thank you.
Chapter 3 : Tanggungjawab
How should I start this? Great things come with great responsibilities. Eh?! I don't know whether I am ready to face uncertainties in life. Though, I am grateful to Allah, for all the things that He gave me, previously, now and in the future.
Lastly, I love you all. Chewah.
NUke
Assalamualaikum para pembaca!
Yeah! Ini lah entry pertama untuk tahun 2014! Oh my... lamanya tak ber-update! By the way, maafkan saya kerana terpaksa membiarkan blog ini berhabuk (untuk sementara waktu). cewah.
Sebenarnya, untuk tempoh tujuh (7) bulan ni, aku kena attend kursus. Jadi, tak dapat nak fokus sangat untuk update blog. Ni pun curi-curi je. Takpa, aku akan tetap usahakan diri untuk kemaskini blog ni from time to time, okay?
:)
NUke
Masih lagi mengekalkan tradisi! Sama seperti tahun-tahun yang lepas, blog ini sekali lagi menyenaraikan 100 lagu yang paling kerap dimainkan sepanjang tahun 2013. Dan ini merupakan tahun yang ke-8 senarai ini dikeluarkan. Heh, kalau tahun lepas lagu Terukir Di Bintang berjaya mengungguli senarai, tahun ni korang rasa siapa? Lagu Malaysia? Lagu Antarabangsa?
Sedia? Mula.
Ranking Title Artist
100 If You Could See Me Now The Script
099 Babak Cinta Tengku Adil
098 Kau Yang Terindah Alyah
097 Pesan Cinta Afgan
096 Tak Berhujung Pagi Sofazr
095 Wanita KRU
094 Come and Get It Selena Gomez
093 Rock N Roll Avril Lavigne
092 Vortex Faizal Tahir
091 Bosan Stacy
090 Rabbi Zidni Hafiz Hamidun
089 KL Kita Yuna ft. Qi Razali
088 Masih Aku Cinta Shila Amzah
087 I Still Love You Once
086 Try P!nk
085 Monster Big Bang
084 Everything Has Changed Taylor Swift ft. Ed Sheeran
083 Thief Mark Adam
082 Teman Pengganti Black ft. Malique
081 Putih-Putih Melati ST12
080 Bukan Milik Kita 6ixth Sense
079 Tuhan Jagakan Dia Motif Band
078 Red Taylor Swift
077 Galau Five Minutes
076 Deja Vu Shila Amzah
075 Neng Neng Nong Neng (Ku Ingin Lama
Pacaran Di Sini) TRIAD
074 Tak Cuba Kembali Asfan
073 Ku Tiba Lagi Hyper Act
072 Catch My Breath Kelly Clarkson
071 Ikut Rentakku Jaclyn Victor
070 Daylight Maroon5
069 Begin Again Taylor Swift
068 Kehilangan Firman
067 Anugerah Hidup Estranged
066 Bersama Kamu Velvet ft. Rich
065 Lebih Indah Siti Nurhaliza
064 Blurred Lines Robin Thicke ft. T.I. & Pharrell
063 Denganmu Aizat
062 Terima Kasih iamNEETA
061 Bukan Dia Tapi Aku Judika
060 Untuk Bermimpi Misha Omar
059 Pendusta Alif Satar
058 Al Haq (Yang Satu) Mawi ft. AC Mizal
057 Skyfall Adele
056 Jangan Pergi Loka
055 Hanya Aku Hyper Act
054 Setelah Kau Tiada Cakra Khan
053 Concrete Wall Zee Avi
052 I Wanna Go Yuna
051 Lights Ellie Goulding
050 Applause Lady Gaga
049 Penglipur Lara Hazama
048 Thrift Shop Macklemore & Ryan Lewis ft. Wanz
047 Love Will Prevail Maher Zain
046 Aku Mahu Dia Hazama
045 Dia Yang Kau Pilih Shahir
044 Agenda Jahilliah Bunkface
043 Suara Azan Fitri Haris
042 Sandiwara Cinta Repvblik
041 Tetap Menantimu Nomad
040 22 Taylor Swift
039 One More Night Maroon5
038 Roar Katy Perry
037 AdaMu Najwa Latif
036 Dwihati Aizat ft. Yuna
035 When I Was Your Man Bruno Mars
034 Takkan Terpisah Black
033 I Love You Najwa Latif
032 Kalau Aku Kaya Altimet ft. Awi Rafael
031 We Are Never Ever Getting Back
Together Taylor Swift
030 Angin Syurga Misha Omar
029 Relakan Jiwa Hazama
028 Gelisah Amir Jahari
027 Penghibur Jalanan Amir Jahari
026 Here's to Never Growing Up Avril Lavigne
025 Sahabat Najwa Latif ft. Syam Kamarul & Sleeq
024 Sayang Shae
023 Mirrors Justin Timberlake
022 Diamonds Rihanna
021 Ajari Aku Anuar Zain
020 Locked Out of Heaven Bruno Mars
019 Kita Forteen
018 Girl On Fire Alicia Keys
017 Just Give Me a Reason P!nk ft. Nate Ruess
016 Hall of Fame The Script ft. will.i.am
015 Iman & Aman InTeam
014 Heart Attack Demi Lovato
013 Harus Terpisah Cakra Khan
012 Pencuri Mark Adam
011 Rembau Most Wanted W.A.R.I.S.
010 Muara Hati Hafiz ft. Siti Nurhaliza
009 Jagalah Diri Jaclyn Victor
008 Dikalung Kasihan Imran Ajmain
007 Tanda Tanya Azlan & the Typewriter
006 Lelaki Yuna
005 Setengah Mati Merindu Judika
004 Bahagiamu Deritaku Hafiz
003 Galau Siti Nurhaliza
002 I Knew You Were Trouble. Taylor Swift
001 Aku Yang Tersakiti Judika
Lagu 'Aku Yang Tersakiti' oleh Judika ni telah dimainkan sebanyak 117 kali sepanjang tahun ini. Ha! First time lagu dari Indonesia berjaya mengungguli senarai ni!
Oh, sekadar makluman (bagi mana-mana pembaca yang tak tahu) - senarai ni hanyalah senarai lagu yang kerap dimainkan oleh penulis blog ini. Tiada mana-mana kaitan dengan playcounts dari mana-mana radio tempatan atau luar negara ya!
So, lagu mana yang menjadi pilihan korang untuk tahun 2013 ni? Share sikit...
SELAMAT TAHUN BARU 2014!
NUke
Sedar tak sedar, setahun sudah pun berlalu sejak aku siarkan 'Bungkusan Tahunan 2012'. Dan dalam setahun itulah, macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku. Perkara yang membuatkan aku senang, susah, suka, duka, amarah dan gelora. Lol. GELORA! (gelora nafsu ke apa...)
![]() |
| Header blog yang baru! |
Walau apa pun yang telah berlaku, aku rasa aku telah berjaya mengahadapinya dengan tabah...kot. Otherwise, aku dah tak ada di sini, mengarang satu lagi entry yang entah kan dibaca ataupun tidak oleh kalian di luar sana.
Bermula dengan pengiktirafan oleh blogger Awie Omar (sekali lagi), yang telah menamakan blog NUke Rude ini sebagai 'Blog of the Year' 2012 dalam 'Anugerah Ekstravaganza' beliau. Hahah. Budget anugerah secara besar-besaran lah kan... aku takde hal. Orang nak iktiraf, aku terima. Nak kutuk, aku makan dalam. Hahahaha. Terima kasih encik Awie, by the way. Awal tahun 2013 sebenarnya menyaksikan kepergian seorang insan yang sangat rapat dengan aku; Opah. Beliau sempat lagi membelikan aku hadiah harijadi yang tertangguh untuk diberikan sejak tahun 2002. Cuma selepas 11 tahun, baru aku dapat 'menebus' kembali hadiah itu. Opah kini dah pergi menemuiNya, si Pencipta. "Bestlah Opah... dapat jumpa Atuk!" - adalah ungkapan yang aku bisikkan pada telinga arwah Opah sewaktu mengucupnya untuk kali terakhir.
On the bright side of my life; 2013 juga menyaksikan aku berjaya memiliki harta pertama aku yakni - Motosikal. Yezza! Mac 2013, aku habis bayar duit motor, sekali gus menjadikannya milik aku sepenuhnya. Harta kedua aku yakni sang kereta masih belum habis dibayar... so, takleh nak bergembira sangat lah, kan? Besides, in term of career, tahun ini aku banyak travel; basically untuk attend kursus dan seminar. Well, sambil menyelam, minum air. Alang-alang dah berjalan tu, sempat juga lah beli fridge magnet utk dijadikan souvenirs. Hehe.
Aku juga banyak travel dalam Malaysia untuk tujuan peribadi sepanjang tahun ni. Termasuklah jadi pengapit untuk majlis kahwin kawan ofis kat Kelantan dan Baling, Kedah. Humaakaaiiih. Jauh noo.. Agak-agak kalau si kawan aku tu tak datang time aku kahwin nanti.. memang aku ugut untuk putus sahabat! Other than that, aku travel to Sarawak (sebab nak tengok Rainforest World Music Festival 2013) dan Kota Kinabalu, Sabah (sebab nk lari sekejap dari kesibukan office, dan terjumpa 'Nemo' yang comel).
LUCK. Year of LUCK. Untuk aku.
Sebab aku...banyak juga lah menang peraduan itu ini... mostly tiket konsert. Alhamdulillah, aku menang tiket Rainforest World Music Festival 2013; dan tiket konsert Linkin Park Live in Kuala Lumpur 2013. Ada juga menang tiket wayang dan tiket utk tengok live Jazz performance, tapi aku tak sempat sangat nak book program. So.. burn. Dan yang paling 'bertuah', aku berjaya mendapatkan 2 BlackBerry (Z30 + Z10) pada harga RM780+ on the launching day. Haha. Celcom buat promo.. siap dapat 2 tix konsert Alicia Keys, Headphone (value RM300+) plus Alicia Keys punyer album. Ok lah kan?
In terms of social life, aku akhirnya terjebak dengan IG. Lol. Dah 2013 baru nak ada IG. Lambat kan?
Personal life? Ayah aku kena 'serangan' kanser sekali lagi tahun ini, sejak ia dikesan pertama kali pada penghujung 2010. So, family members sekali lagi diuji dengan ujian daripadaNya. Dan untuk pertama kalinya, aku kena 'Panic Attack' - menyebabkan aku 2 hari berulang alik ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.
Apa?
Kahwin? Entah. Dah malas nak beria-ia mencari. Biar bakal si isteri datang sendiri mencari aku. Okay?
Oh, 'kerjaya' blog aku memuncak pada 2013 apabila blog ini di-feature-kan dalam Utusan Melayu pada 22 Jun 2013. Yeay! :P
Apa-apa pun, 2013 merupakan tahun yang baik bagi aku dan aku harapkan 2014 akan beri lebih banyak peluang aku untuk memperluaskan pandangan dan minda dengan mengunjung ke tempat-tempat orang; baik di dalam or luar negara.
Orang yang paling hampir itulah yang menggembirakan hati!
Selamat tahun baru kepada semua pembaca setia blog ini.
NUke
Situasi:
Jamal sedang memakan bersama-sama keluarganya dan mertua di kampung Rahmat Changkat Sulaiman. Dia tidak sedar bahawa dia sedang makan menggunakan dua lapis pinggan sehinggalah ditegur oleh ibu mertuanya yang garang...
"Aikh, Jamal! Kome ni dah gataii sangat ke nak kahwin dua? Bini kome tu baru je beranok oi. Kome jangan nak cari paseii..."
Jamal terkelu. Tak pasti apa yang dimaksudkan oleh mertuanya itu.
Penjelasan:
Tahukah anda, orang-orang terdahulu sebelum kita mendakwa adalah tidak baik untuk seseorang itu untuk menjamah makanan dengan pinggan berlapis. Atau bahasa mudahnya, makan guna dua pinggan (atau lebih) bertindih. Ini karena, dakwa mereka perbuatan tersebut seolah-olah 'mahu makan lebihh' a.k.a 'mahu kahwin lebihh', dan perkara ini acapkali mendatangkan kegusaran kepada kaum wanita, terutamanya ibu-ibu mertua. Jika mahu difikirkan logik akal, apa kaitannya makan guna 2 pinggan bertindih dengan kahwin dua?
Wallahu'alam. Aku tak tahu apa kaitannya.
Tapi yang nyata, perlakuan sebegitu memang nampak tak elok dan tak sopan pada pandangan mata kasar. Mungkin orang dulu2 takut pinggan bawah tu pecah or retak or sumbing... maklumlah, dulu-dulu mana ada pinggan polisterin or plastik ni, semuanya seramik! Siap ada corak bunga merah lagi kat tepi!
Atas dasar itu, mereka berkemungkinan mengeluarkan dalil dan hujah bagi membanteras penggunaan pinggan secara bertindih semasa menikmati hidangan! Cewah!
Korang pernah dengar tak pasal pantang larang ni? Ke aku sorang je?
pic: Google.
NUke
dalam topik : pantang larang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.


+copy.png)






