Terbeliak matanya mencari cahaya di dalam bilik itu. Peluh di dahi tak perlu dicerita, setiap roma dan ruang mengeluarkan cecair jernih yang...jika dirasa dengan lidah, masin juga rasanya. Lenjun mukanya juga dengan peluh yang tidak berhenti-henti mengalir. Kaget, tanpa sebarang desakan, Azman mengelap pantas mukanya, memberikan sedikit ruang untuknya untuk bernafas. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi benar-benar menguji kesabaran dan kemampuan akal jantannya.

Siapa Kasih? Gadis berambut hitam, panjang yang ditemuinya di dalam mimpi sebentar tadi? Aneh, itu bukanlah kali pertama. malah jika mahu dikira dan dihitung pertemuannya dengan Kasih dalam mimpi-mimpi nan terdahulu... mungkin ini adalah kali yang ke... err, tidak terkira.

Namun, bukan enak mimpi yang dinikmati Azman itu, jauh sekali mimpi yang memaksa dirinya mandi wajib; tetapi semuanya lebih tertumpu kepada kesalahan lampaunya yang sebelum ini sudah jauh dibuang dari kotak memori. Sungguhpun Azman adalah seorang kaki perempuan pada zaman mudanya dahulu, namun tidak sekali dia pernah bertemu dengan gadis bernama Kasih itu.

Musykil.

Ingin sekali dirinya beristighfar memohon keampunan Illahi, namun lidahnya kelu, butir katanya berterabur menyusun abjad jawi, dungu melafazkan bahasa syurga yang pernah dipelajarinya sewaktu kecil-kecil dahulu.

Allah... Allah... Ampunkan aku, ya Allah.
Ampunkan aku...
Ampunkan aku...


Bangkit, bersendirian di dalam bilik yang luas, Azman membiarkan tubuh bogelnya itu longlai melangkah ke bilik air yang sengaja didindingkan kaca. Pancur air laju membasahi tubuhnya yang mulai membuncit itu, memaksa Azman perlahan terduduk bersandar, hanyut. Dia amat berharap agar segala yang dimimpikan tadi hanyalah satu lagu permainan syaitan yang dilaknat.

Kembali terimbau babak-babak hitam putih mimpi di dalam paparan mindanya.

"Azman, kau kejam."
"Kenapa kau tinggalkan Kasih macam ni saja?"

Suara-suara gemersik Kasih kembali menghantui jejaka itu. Tanpa sedar, Azman mengalirkan air matanya. setelah hampir berpuluh tahun dirinya tidak pernah menangis, malam itu, dia menangis semahunya... kerana takut; takut akan kesalahan yang tidak diketahui. Azman takut dengan dirinya sendiri. Azman takut, dengan Kasih yang misteri.




INSOMNIA.




Nota: Nama watak adalah rekaan. jalan cerita berdasarkan imaginasi yang diolah dan dicampurkan dengan sedikit mimpi penulis yang ingat-ingat lupa. Tapi mostly fiksyen lah. Cebisan nukilan ini hanyalah berakhir di sini. Inginkan lebih? Tunggu saya tak tidur malam dan insomnia dahulu.



NUke



Kasino karya Saifullizan Tahir ini sememangnya digarap baik sedari permulaan ayat pertama sehinggalah baris akhir. Naskah yang mengisahkan tentang kehidupan Mohd Narcissus Yussof, seorang pemilik syarikat swasta di kota raya.

Cerita banyak pun tak guna. Dari tajuk pun dah boleh agak yang tema novel ini lebih terfokus kepada 'duit'. Ya, dari situ, cerita diolah dan disulam baik dengan plot-plot perancangan Narcissus untuk mendapatkan sejumlah wang sementelah keadaan semasa menjadikan dirinya berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM3.8 juta.

Dalam pada Narcissus berusaha dan merancang untuk mendapatkan sumber kewangannya itu, turut diselitkan adegan-adegan romantik dan konflik cinta jejaka itu dengan isteri, skandal dan juga cinta sejati.

Namun, bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan penulisan buku Fixi ini, cuma ada satu pesanan saja daripada saya:

Buka minda dan cubalah menerima apa saja butir penulisan di dalam KASINO ini dengan rasional.

Mahukan lebih banyak komen tentang buku ini? Maaf, sila baca sendiri. Inzal.



Judul: Kasino
Penulis: Saifullizan Tahir
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2011
Skor: Wajib Beli, Wajib Baca


NUke



Anugerah Industri Muzik ke-19 kembali, mengiktiraf karya-karya terbaik yang dihasilkan pemuzik, pengkarya tempatan. Dan berikut adalah calon-calon top 5 / finalis bagi AIM 19 yang akan berlangsung November ini.

* - Jangkaan pemenang.

Artis Baru Terbaik
  • Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
  • MOJO (Andai Ku Bercinta Lagi)*
  • SalamMusik (Alamak ft. Altimet)
  • Stephen Rahman Hughes (Bertemu di Syurga)
  • The Malayan (Aku Bukan Lagenda)
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam lagu (Lelaki)
  • Azlan & the Typewriter : Idola*
  • Faizal Tahir : Buta
  • Hazama : Majnun
  • Jamal Abdillah : Bahagia Sementara
  • Stephen Rahman Hughes : Bertemu di Syurga
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita)
  • Jaclyn Victor : Counting Days
  • Jaclyn Victor : Jagalah Diri
  • Nora : Doa
  • Shila Amzah : Patah Seribu
  • Dato' Siti Nurhaliza : I Cry Out*
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu
  • Firdaus : Saat Terindah
  • Forteen : Seperti Dulu
  • GX4 : Kerana Kasihmu
  • Prince of Pop : Main Jauh Jauh
  • Ramlah Ram & Sleeq : Sesaat Kau Datang
Kulit Album Terbaik
  • Muka Surat Satu (Filsuf) - Anuar Sujud (Raunajud)
  • Sang Enemy (Hujan) - Sanjay*
  • World Wide Transgression (Love Me Butch) - Wing Meng
  • Take Over (Mizz Nina) - Even Odds Sdn. Bhd.
  • Terukir Di Bintang (Yuna) - Zul Amran Hilmi
Rakaman Album Terbaik
  • Zikir Terapi Diri (Hafiz Hamidun) - Hafiz Hamidun / CL Toh
  • Raja Pop 2 (Jamal Abdillah) - Eddie Slam / Greg Henderson / Voodoo / Illegal
  • Menggoda (Kat Hassan) - Edry Hashim / Manusia Putih / Cat Farish
  • Hikmah (Nora) - Rahmad Ayob
  • Perjalanan (Shanel) - Azlan Abu Hassan / Lee Stephen / Arief Renald
Video Muzik Terbaik
  • Kerna-Nya Aku Menolakmu (Firdaus) - Sahak
  • Bila Seharusnya (Goldfish and Blink ft. Noh Saleh) - Michael Weicker / Marcus Weicker
  • Pelangi Senja (Stacy) - Ghaz Abu Bakar
  • Terlalu Mencintaimu (Suki) - Jeremy Zainal
  • Sparkle (Yuna) - Quek Shio Chuan*
Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Endang Endong Cintaku Satu : Noraniza Idris (Wan Mohammad Logan / Noraniza Idris / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Hari Demi Hari : Noraniza Idris (Mohd Shahril / Noraniza Idris / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Kuasa Cinta : Noraniza Idris (Edrie Hashim / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Mahligai : Noraniza Idris (Helen Yap / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Menarik Hati : Noraniza Idris (Asmin Mudin / Ahmad Fedtri Yahya)
Lagu Nasyid Terbaik
  • Asmaulhusna : Mawi (Hafiz Hamidun / Hafiz Hamidun)
  • Allah : Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun / Hafiz Hamidun)
  • Garisanmu : Izzat Mahadi (Hafiz Hamidun / Hafiz Hamidun)
  • Doa : Nora (Gjie 6ixth Sense / Lukhman S)
  • Erti Al-Fatihah : Voice of Ummi (Johan Nawawi / Johan Nawawi)
Lagu Rock Terbaik
  • Idola : Azlan & the Typewriter (Audi Mok / Dark)*
  • Buta : Faizal Tahir (Audi Mok / Faizal Tahir)
  • Simetri : Hazama (Audi Mok / Omar K)
  • Mati Senyap : Silent Death (Stone / Zizie Hashim)
  • Bebas : The Azenders (Sam / Sam)
Lagu Pop Terbaik
  • Sebelah Jiwaku : Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  • Harapan : Hyper Act (Hyper Act / Frozen)
  • Patah Seribu : Shila Amzah (Shila Amzah / Shila Amzah)
  • Terukir di Bintang : Yuna (Yuna / Yuna)*
  • Jagalah Diri : Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Lagu Hip Hop Terbaik
  • Teman Pengganti : Black & Malique (Malique / Malique)*
  • Sendiri di Kuala Lumpur : Filsuf (Belle Fatah / Filsuf / Bob Yusuf)
  • Aku Maafkan Kamu : Jamal Abdillah & Malique (Malique / Jamal Abdillah / Tripdizs / Malique)
  • Just You and Me : Mizz Nina (Saph / Shazrina Azman)
  • Tenang Sayang : SSK (DJ Jocular / Saph & NBE)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • Memo : Yuna (Yuna / Yuna)*
  • Counting Days : Jaclyn Victor (Aubrey Suwito / Aubrey Suwito / Lin Li Zhen)
  • Stand Up : Dato' Siti Nurhaliza (Bryan Bouro / Bryan Bouro)
  • Haircut : ZE! (Sarah Zainal Abidin / Sarah Zainal Abidin)
  • Photo of You : Yuna (Yuna / Yuna)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
  • Tentang Rasa : Astrid
  • Sudah Cukup Sudah : Nirwana Band
  • Aku Bersahaja : Rossa ft. Taufik Batisah
  • Ku Pinang Kau Dengan Bismillah : Rossa ft. Ungu
  • Aku Kembali : Sammy Simorangkir
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu
  • Gerimis Mengundang : Brenda & Budi (Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy)
  • Counting Days : Jaclyn Victor (Aubrey Suwito)
  • Kasanova : Stacy (Edry Abdul Halim)
  • Bertemu di Syurga : Stephen Rahman Hughes (Azlan Abu Hassan)
  • Terukir di Bintang : Yuna (AG Coco)*
Lagu Terbaik
  • Pemenang Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Pemenang Kategori Lagu Nasyid Terbaik
  • Pemenang Kategori Lagu Rock Terbaik
  • Pemenang Kategori Lagu Pop Terbaik
  • Pemenang Kategori Lagu Hip Hop Terbaik
  • Pemenang Kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Album Terbaik
  • Sang Enemy : Hujan (Noh Salleh / AG Coco)*
  • Hikmah : Nora (Johan Nawawi)
  • Take Off : Pesawat (Pesawat)
  • SalamMusik : SalamMusik (Salam)
  • Stay-C : Stacy (Muhammad / Kuncidemak)


Trivia:
  1. Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik dimonopoli oleh Noraniza Idris secara sepenuhnya! Ini menjanjikan satu trofi kepada beliau sekiranya AIM turut mengiktiraf artis/penyanyi dalam penganugerahan bagi kategori lagu kali ini. (lazimnya, anugerah bagi kategori lagu hanya diberikan kepada penggubah & penulis lirik sahaja)
  2. Selain Noraniza Idris, penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya juga merupakan pemenang dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik apabila kelima-lima finalis merupakan karya tinta beliau sendiri. Juga menjanjikan 1 trofi untuknya.
  3. Pemenang Vokal Terbaik Wanita AIM18, Yuna tidak tercalon dalam kategori yang sama pada AIM kali ini. Namun, kategori itu diserikan semula dengan kemunculan Dato' Siti Nurhaliza yang ditentang hebat oleh Jaclyn Victor, Nora, dan Shila Amzah.
  4. Yuna dan Jaclyn Victor mengungguli senarai dengan 6 pencalonan, masing-masing menerima double nominations dalam beberapa kategori.


NUke

Sekali lagi, sama macam tahun-tahun yang lalu; blog ini masih mengira turun 100 buah lagu yang kerap dimainkan sepanjang tahun ini. Dan sehingga jam 8 malam tadi, 20 lagu paling kerap dimainkan telah pun dikenalpasti.

Heh.




Korang rasa lagu mana yang akan ranked #1 nanti?




NUke

Dalam keadaan yang serba sibuk ni, kadang-kadang aku tertanya kepada diri sendiri. Patutkah aku tinggalkan saja dunia 'blogging' yang dah 10 tahun aku ceburi ni?

Kalau nak diikutkan pengaruh Nuffnang atau apape advertlets, rasanya aku ni memang dah kaya. But, I AM NOT. Aku berblogging bukan lah dengan niat mengaut keuntungan daripada iklan semata-mata.

Okay lah, memandangkan aku kekeringan idea untuk tulis sebarang cerita kat blog ni, apa kata korang drop comment, bagitau aku entry yang macamana korang mahu aku olah kan?

setuju?

:)

p/s: By the way, aku terima feedbacks pasal gambar aku kat Pangkor haritu, menyatakan gambar itu terlalu menyeksa mata. Atas dasar itu, aku berfikir semula dan me-removekan; dengan tujuan menghormati diri sendiri dan orang lain.


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.