Do I sound so naive?
When I don't hold J's hand when we're out; dating.

Do I sound so naive?
When I don't drink. Far away from getting drunk.


Do I sound...

No, sayang.
Nobody's judging you except yourself, now.

Do I sound naive now?


Konklusi: I have a lot of friends. Some are so religious, but some are not. I don't judge them. As long as they're good to me, I'm good. Kita dah dewasa. Kalau tak pandai nak tegah orang lain; tegahlah diri sendiri.

Aku pun kadang-kala terlupa.


NUke


Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes, you did
- Grenade; Bruno Mars

Sekembalinya Hafiz dari UK langsung tidak diketahui oleh Jasmyn. Masakannya, nombor telefon sudah lama ditukar, emel kirimannya tidak berbalas, pesanan suara dan macam-macam lagi ikhtiar yang dilakukan; semuanya menemukan jalan buntu. Hanya kepasrahan saja yang mampu digenggam Jasmyn. Namun, itu semua tidak lama sebelum perkhabaran pulangnya si kekasih hati itu diberitahu secara tidak sengaja oleh Zack.

Jas! Kenapa kau tak pergi birthday party Norul last week?
Aku baru balik dari site visit kat Ipoh petang tu. Penat. And malas pulak nak pergi.
Oh... Itu yang aku hairan tu, sebab Hafiz ada saja kat party tu.
Sorry...? Hafiz?
Ya, Hafiz. Itu yang aku lagi hairan. Selalunya, mana ada Hafiz, situlah ada engkau.
Hafiz dah balik KL ke, Zack?
Ya. Sempat juga aku berborak sekejap dengan dia. Dah 2 minggu dia balik.
Really?
Haih! Kau ni memang tak tahu ke, atau buat-buat tak tahu? Dia tak contact kau ke?

-
Hafiz yang sebelum ini terkenal dengan sikap tegas dalam ramahnya kini sudah banyak berubah. Mungkin persekitaran di UK membantu dan menyumbang ke arah perubahan tak terjangka itu. Langsung dia tidak mengambil peduli akan Jasmyn yang selama keberangkatannya di negara asing itu. Jasmyn cuba meyakinkan dirinya bahawa perubahan yang berlaku itu barangkali bersifat sementara. Bagi Jasmyn, kekasihnya itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri semula dengan segala macam perkara di Kuala Lumpur... termasuk juga hakikat sama ada dirinya itu masih lagi bergelar kekasih kepada Jasmyn.

Tapi tidak langsung dalam benak dan hati Hafiz memikirkan akan fakta yang bertaut kukuh selama 5 tahun di dalam hati si gadis.

Hafiz, I know this is your number. Don't lie. It's me, Jasmyn.

Ahh.. Jasmyn. What do u want?
I need to see u. I need 2 talk to u.

Abt what? There's nthg 2 talk abt.
The Dome; KLCC. 2moro. 6pm.

-
Gemuruh, cuak, dan gementar. Semua itu dirasakan Jasmyn; ketika pertama kali ingin bertentang mata dengan Hafiz yang sudah 5 tahun tidak berjumpa. Perasaan itu menjadi lebih teruk apabila Hafiz datang lewat 45 minit dan bersama-sama dengan seorang perempuan yang langsung tidak dikenalinya.

Jasmyn. Meet my girlfriend.

Tangan dihulur untuk bersalam.
Bersalam.

I'm Jasmyn.
Hai Jasmyn. I'm Sofia.
Nice to meet you Sofia.
-

Zack memandu keretanya sedikit perlahan. Dia tidak mahu segera menghantar Jasmyn pulang ke rumah. Biarlah dia menyusur masuk ke arah lebuhraya yang menjadikan perjalanan mereka sedikit panjang. Dia tidak mahu mengikuti jalan biasa yang selalu dilalui Jasmyn. Di sudut hati lelakinya itu, mahu saja dia memeluk Jasmyn, membiarkan gadis itu menangis semahunya di bahu kirinya. Tetapi, siapalah dia pada Jasmyn. Hanya teman yang dicari pabila hati dilukai oleh Hafiz.

Zack sedar akan realiti itu. Kereta Satria berwarna perak itu dipandu laju; menuju ke arah selatan bandaraya penuh dusta. Dan Jasmyn membiarkan Zack terus memandu. Tanpa kata dan soal.

Tak pernah ku bayangkan cerita kita berakhir begini
Tegarnya kau dustai semua janji kita berdua
- Entah; Afgan

- End of Part 4 -


NUke

Harta pertama aku.

Semalam, kejadian baik & buruk berlaku pada keluarga aku; dalam sehari. Abang aku, ditimpa kemalangan yang menyaksikan banyak perkara perlu dikorbankan. terutamanya kewangan... sebab motor dia rosak teruk di bhgn depan. Eksiden lah katakan... Kesian dowh, aku tengok condition motorsikal dia tu. Sedih. Tapi syukur pada Tuhan, sebab abang aku tu okay je. Cuma luka2 kat lutut dan lengan. Normal lah kalau jato motor. Tapi yang paling aku takleh blah, dia sangat bersyukur that muka dia takde cedera apa... dia kata kalau tak nanti market dia hilang! Sabar je lah aku.

Aku lagi hensem kot daripada dia!! (Cewah!) tak nak kalah jugak!

Semalam juga, aku telah menerima aset pertama milik aku. Yakni motorsikal baru. Yeah! Setelah bertahun-tahun menggunakan motorsikal biru hasil keizinan abang ipar; maka aku sudah memiliki harta pertama yang didaftarkan atas nama sendiri... selain broadband!

So, lepas ni boleh pergi kerja naik motor. Pergi dating dengan J pun naik motor.

Yeay....







Hm, bertambah lagi komitmen bulanan.


NUke

Ok. Aku rasa macam nak gembira. Sebab akhirnya aku berjaya memiliki aset atas nama sendiri. Tapi, semalam; abang aku terlibat dalam kemalangan on the way nak ke tempat kerja dia.

So, tak boleh nak gembira sangat.

I got something, while he lost something.






Nasib baik dia panjang umur lagi. Dia kata "nasib baik muka aku okay! Kalau tak nanti, tak 'market' lah weh...!"

Sabar saja lah.

NUke





Kenapa weh?

Kenapa????



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.