Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Chewah!

Untuk kesekian kalinya, Ramadan kunjung tiba. Dan untuk itu, pertamanya aku memohon beribu kemaafan kepada para pembaca kerana lambat wish "Selamat Menyambut Ramadan" kepada kalian. Ketiadaan aku di dunia maya dan blog selama ini adalah disebabkan oleh beberapa urusan duniawi. haha!





Kalau dalam entry yang lepas, aku ada summarise sedikit sebanyak tentang progress hidup. Jadi, benda yang sama anda boleh jangkakan dalam entry kali ni. Cuma disimpulkan dalam 'kelainan ramadan' yang aku tempuhi tahun ni.

Kelainan #1
Kalau tahun lepas, aku banyak berbuka puasa di Masjid Putra Putrajaya, makanya tahun ni, majority sesi berbuka puasa aku berlangsung di Sungai Petani, Kedah. Pa habaq oghang Kedah?? Seuanya gara-gara kursus 7 bulan aku yang still on-going and will only ends by end of September! Kann... Up til now, aku masih tak berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga lagi. Sedih kan, aku!? Good thing is, kat utagha ni macam-macam juadah yang aku maybe tak pernah explore pun sebelum2 ni... antaranya "tepung bungkus". First time aku dengar nama kuih ni kat sini... 

Kelainan #2
Ramadan kali ni disambut tanpa kehadiran sang Ayah. Sebulan lepas, sang Ayah telah dijemput menemui Ilahi. Untunglah beliau. Dah boleh jumpa parents dia kat 'atas' sana. I am sure sang Ayah ditempatkan dalam kalangan hamba2Nya yang beriman. Well, at least we, the children, knew how his life ends... but how about our own good-self? Baik atau buruk penghujungnya, Allah je yang tahu. Agak kekok untuk aku ucapkan sebenarnya ni... yang sebenarnya, aku rindu Ayah.

Kelainan #3
Hehehe. Ini sepatutnya menjadi rahsia antara kita ya. Janji? Tahun ni, aku decide tak nak bagi duit raya! Hahaha!



So, tell me... how was your Ramadan so far?






NUke

4 Comments:

  1. Umar Kadir said...
    Selamat berpuasa :)
    Anonymous said...
    Salam ramadan 318. Lama gilos dok kedah. Demi kerjaya katanya. Layankan saja...ekekeke. weh.nnti2 jom buka pose nuk jom.
    aefitbentuah said...
    oooo.....hmmm.....semoga dapat merancang kehidupan yang lebih baik....boleh tak komen mcm tu? Hahahahahaha.... selamat pose n raye....
    Faizal Sulaiman said...
    kelainan?

    Tahun ni first puasa aku di sarawak. hahaha

    buka awal k.

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.